Robot seks wanita dijual RM23,642
HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.
Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.
"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.
"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.
Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.
Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).
Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.
Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

***********************
ni level bijak tahap gaban ke cipan?

date Monday, January 11, 2010

Entry kali ni tak de kena mengena dgn sapa2 yg bernama Bakar(ada sorang cikgu dulu nama Cikgu Bakar dan ada sorang budak kat sekolah rendah aku dulu nama ni jugak kena denda dgn aku hehehe) atau Bakariah(Alfatihah untuk arwah makndak).
Apabila musim hujan dah beralih ke musim agak panas maka banyak pulak kes bakar-membakar ni berlaku.
Ada yg bakar ayam, bakar ikan malah makin bertambah gerai2, kedai2 makan jual ikan bakar. Kat ujung luar kawasan kolej ni ada satu gerai mkn ni dah mula jual ikan bakar...aku nampak tadi masa jalan kaki ke kolej.

Ada juga yg suka bakar membakar hati org lain samada mmg hoby dia mcm tu, cakap ikut suka je ataupun suka provoke org. Kalau provoke cara terhormat dan positif ok lah, tp jgn le selalu2 sgt dan jgnlah dijadikan hobby semasa pulak.

Thn lepas, kes bola sepak..dah ada `encik bakar' (Bro Ben..maf yer aku ciplak guna ayat hang dp blog tu) bersemangat membakar stadium. Walaupun ia belum lagi meranapkan atau merobohkan stadium itu, itu sudah cukup mengambarkan tentang `keberanian' rakyat Malaysia dgn slogan 1 malaysia.

Thn ni, dah ada kes membakar perasaan kumpulan org Islam bila nama Allah digunakan dlm majalah Kristian oleh pihak gereja. Kemudian tak lama lepas tu, keberanian lagi sekali berlaku di mana gereja2 pulak dilontar dgn bom tangan dan mengakibatkan kebakaran.

Dalam pak mak menteri duk cakap `semangat 1 malaysia', lagi banyaaak kes2 satu planet berlaku.hal2 mcm ni kena ditangani dp akar umbi...bukan hanya sekadar bercakap dan mempunya slogan yg cantik dan bagus.kalau tak, tak heran malaysia nanti akan menempa nama di satu dunia mcm kisah di Rwanda...tu baru satu jenis warna kulit berbunuhan sesama sendiri, lebih 1 milion org mati secara tragis dlm 3 bulan je.

Kita dikurniakan akal....gunakanlah sebaik mungkin
Kita diberi perasaan....kawallah sepositif mungkin
Kita bagi yg Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, dikurniakan iman......gunakanlah sebijak dan sewajar mungkin dalam membantu pengawalan akal dan perasaan kita.
Moga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan Rahmat Allah. Amiin.

date Saturday, January 9, 2010

Cuba baca petikan perbualan di bawah ini :

Kata seorang pelajar Melayu:Saya paling tak suka orang cina. Diorang ingat diorang bagus. Pijak orang melayu.
Kata seorang pelajar Cina:Orang melayu tak hormat orang cina punya. Kita terpaksa kerja kuat! Nak hidup! Nak belajar tinggi! Takde duit macamana nak berjaya?!!

Kata seorang pelajar melayu:Orang cina makan babi! Pengotor! Berak tak pernah basuh!!
Kata seorang pelajar wanita:Saya paling tak suka sekolah ni! Sebab sekolah ni bodoh! semua orang dalam sekolah ni bodoh! Tak kiralah, melayu ke, cina ke, india ke.. Semuanya bodoh!

Kata seorang remaja Cina:Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk Universiti.
Kata seorang remaja Cina:Melayu duka komplen! Selalu cari salah orang lain! Salah sendiri tak nampak!

Kata seorang remaja Melayu:Oi cina! lu jaga sikit lu punya mulut eh!! Lu menumpang je kat negara ini tau! Siapa yang suka cari gaduh!
Kata seorang pelajar India:Saya benci diri saya sendiri sebab saya bagi orang lain buli saya. Sebab saya tak ramai. Saya tak kuat! Saya sebenarnya nak kawan dengan semua orang. Tapi orang lain sibuk nak cari gaduh. Saya tak berani!

Kata seorang remaja Cina:Terlalu bangga dengan bangsa sendiri, tak habis-habis cari gaduh dengan bangsa lain.
Kata seorang remaja Cina:Melayu takde otak!!
Kata seorang remaja melayu:Bangun pagi tak mandi pagi. Badan bau busuk!

**************************
inilah petikan perbualan dalam filem Gadoh lakonan dan arahan namron.Tq bro Ubi suggest pilem ni. Wa dpt petikan perbualan ni bila wa google kat internet.Tq again pd yg menyumbang petikan ini. Pilem ni mmg jujur dlm memperkatakan apa yg berlaku di negaraku tercinta ini. Kalau hal2 remeh seperti ini duk terus berlaku macam mana nak bersatu...gunalah slogan `1 dunia' ke `1 planet' ke apa2 satu pun lah.

Pilem ni berkisarkan pelajar2 sekolah yg bergaduh kerana isu perkauman walaupun depa tak tau sgt pesal mereka bergaduh. kumpulan melayu dan cina mempunyai perception masing2 terhadap kaum lain melalui pengalaman mereka dan apa yg mereka dp dp ibu bapa dan keluarga di rumah. Kemudian pelajar yg bergaduh ni didenda oleh guru untuk join satu group untuk berlakon bagi menjayakan satu program.Disinilah mereka belajar erti unity.

"Synopsis Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.
What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Movie Info:Duration: 70 minsDirector: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Language: Bahasa Malaysia with English/BM subtitles
Poster design by: Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio

Aku dah lama nak cari pilem2 yg berani dan jujur seperti ini untuk bahan ngajar kpd pljr2 aku tapi selama ni aku banyak guna pilem luar yg berkisarkan perkauman mcm omputih dan mat black akhirnya mereka jadi kwn baik. Ta[i sayangnya pilem namron ni tak lepas untuk ditayangkan di mesia ni. Sebabnya? fikirlah sendiri hehehe.

p/s. Aku sedang berusaha untuk download pilem ni tp masih lagi belum berjaya......uargghhhhh.

date Friday, January 8, 2010

Ibu pilu anak mohon ampun - Kes pembunuhan empat sekeluarga di gemencheh, Negeri Sembilan
Oleh RAIS YEOP JOHARI, SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI dan NORHAYATI YAHAYAberita@kosmo.com.my
ZAHARAH yang meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rashidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh semalam.
KERATAN Kosmo! semalam.
TAMPIN - "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."
Demikianlah kata-kata ringkas yang diucapkan oleh Rashidi Ismail, 34, kepada ibunya, Zaharah Atan, 59, pada pertemuan singkat di pintu van polis ketika dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini semalam.
Suspek dibawa ke tempat kejadian untuk membantu siasatan sebaik sahaja polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Gemas.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Shafirda Hashim mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Permohonan reman dibuat oleh Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin.
"Walaupun hanya sekejap jumpa dia (Rashidi) tetapi ia cukup bernilai. Dia menyatakan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku dan minta maaf," kata Zaharah sambil mengalirkan air mata.
****************************
boleh aku rumuskan tahun 2009 melabuhkan tirainya dgn kisah yg penuh tragis dan menyayat hati apabila sebuah bas ekspres mengalami kemalangan di mana ada penumpang2 yang mati dlm keadaan yg ngeri. Tahun 2010 memulakan hari barunya dgn satu lagi peristiwa yg menyayat hati di mana seorang anak yang berkelulusan ijazah anak seorang imam ditangkap kerana membunuh 4 org ahli keluarganya termasuk ayahnya di mana kepala si ayah telah dipenggal dan dibawa dr kampungnya di N.9 ke Shah Alam untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ.

Simpati pada ibu dan ahli keluarganya dan juga pada si lelaki tersebut.
Apakah masalah yg paling besar dlm hidupnya hingga sangup memperlakukan seperti ini selain dp putus tunang yg diberitahu oleh ahli keluarganya dlm akhbar.

Ngeri...sadis...tragis.....
Ya Allah kurniakanlah perlindungan dan RahmatMu kepadaku, sahabat2 di sini dan semua insan di Malaya ini dan juga luar Malaya di dunia dan akhriat. Amiin.

date

akhirnya penantian ku untuk sambung cuti di kg datang juga.harini last duty kat opis.esok pepagi insya-Allah balik kg sambung cuti sampai 3hb.January ni.
macam biasa tetap bwk balik berapa papers dan bhn2 untuk dibaca dlm menghabiskan proses penulisan papers aku tuh.tp rasanya 2-3 hari kat kg sure tak sentuh paper tu hehehe.
harini cari2 sket bhn kat web, blog2 article2 yg berkaitan.
tiba2 rasa mengantuk dan letih sgt..opis pun sunyi..ramai dah bercuti lagi2 majority staff kat dept aku ni celebrate krismas.mood pun jadi mcm kurang le sket nak buaat2 kerja adusss.

tadi lunch sempat pergi rumah susan kejap jumpa mak ayah dia yg dtg dp canada dan adik dia dp sweden.sembang2 sampai teralit (khusyuk) terlupa dah yg aku kena gi temankan b.fung plak keluar cari barang sket kat carrefour.sedar2 dia dah call.peramah parents dan adik susan rasa mcm dah kenal lama.tak sangka org lain yg sambut krismas, aku plak dpt hadiah dp susan hehehe..dan sudah semestinya juga maple syrup dp mak dia hehehe.dpt lagi hehehe.tadi pun sempat le merasa biskut halia yg terkenal dp sweden dan crepe yg dibuat berinti jem dan walnut then tuang maple syrup kat atas....emm, kak Zeem, teringat kat akak tadi :).nengok kemesraan susan sekeluarga, aku dpt rasa betapa hepinya bila anak2 duk jauh dpt jumpa mak ayah.isk aku tak sabar nak balik kg esok.

Sahabat2, selamat menyambut tahun baru Islam dan omputih. Mohon maaf bebanyak, buka buka buru dan all the best semuanya yer. Selamat bercuti juga pd yg cuti2 Malaysia. Untuk yg bertugas, selamat bertugas. Allah Bless us.

date Thursday, December 24, 2009









Di antara organ2 badan manusia yang terpenting adalah hati.sebagai manusia, seseorang itu ada perasaan marah, kecewa, terluka, tidak puas hati, cemburu,dendam,benci,menyampah,sabar,gembira dan lain2 lagi.setiap org adalah berbeza perwatakannya disebabkan oleh beberapa faktor seperti didikan agama, latar belakang keluarga, cara dibesarkan,pengalaman yang dlalui dan lain2 lagi. ada yang mudah tersinggung, cepat marah,mcm tak kisah sgt apa yg berlaku dan lain2 lagi.semua ini akan memberi impak samada positif ataupun negatif pd diri sendiri dan juga orang sekeliling.perasaan2 di atas selalunya muncul dlm pergaulan seharian dalam keluarga, bersama rakan, di tempat kerja,tempat belajar termasuklah dlm berjiran.

kalau kisah2 di kg seperti rasa tak puas hati ayam2 si polan memakan padi jiran, membuang baja semulajadinya di taman2 rumah jiran,jiran bising dan penting diri tak peduli hak jiran sebelah selalu kita dengar yang melibatkan perasaan2 di atas dan juga boleh membuka pintu perselisihan faham dan pergaduhan.dalam pergaulan seharian dgn rakan2 juga ada yg dah bersahabat melebihi berbelas malah berpuluh tahun dan ada yg membuat keputusan untuk bekerja sebumbung atau membeli rumah bersebelahan tp akhirnya menjadi musuh kerana perasaaan2 di atas.perasaan di atas ada juga melibatkan mulut atau lidah sebagai puncanya. bak kata pepatah melayu "kerana santan, pulut binasa, kerana lidah mulut binasa" (betul ke yer...ingat2 lupa ni).

ada juga yang terasa kecil hati dgn rakan2 lama akhirnya membuat keputusan mendiamkan diri atau menjauhkan diri.saya ada terbaca tulisan dp salah seorang kenalan blogger, rasa terpanggil untuk membaca dan terus membaca coretannya, hati dan perasaan menjadi sejuk dan tenang dgn kata2 nasihat dan kisah hidup manusia yg dicoretkannya.benarlah bnyk yg perlu dilakukan secara istiqamah dlm mendidik hati. antaranya ialah :

*menjaga kehalalan dan kesucian makanan, minuman dan punca rezeki.
*banyak beristhghfar, berzikir, membaca ayat2 al-quran, solat sunat
*banyak berdoa agar Allah memelihara hati kita, tingkah laku kita, moga kita sentiasa dlm Rahmat Allah
*menhagdiri majlis2 ilmu,mendampingi orang2 berilmu dan agama (ulama') dan sahabat2 yang mengingatkan kita tentang kebaikan coretan ini untuk peringatan diri ini juga.

sahabat2 yg ada tips dan pandangan dlm mendidik hati ini, silalah kongsi di sini."dlm diri manusia ini ada seketul daging, jika rosak ia, rosaklah manusia itu, jika baik ia, maka baiklah manusia itu. itulah sekeping hati".
ini bait2 lirik lagu nasyid. terlupa pula tajuknya.dulu selalu dengar ketika belajar dulu, ia berkumandang ketika pogram2 berjalan.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
* hidup ini satu perjuangan, dalam kehidupan kita harus terus berjuang termasuk berjuang dgn nafsu dan sikap diri sendiri.moga kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan Akhirat. Amiin.

date Monday, December 21, 2009

face book kalau diterjemahkan ke dlm B.M boleh la kut dikatakan muka buku bak kata2 si bomoh dlm salah satu siri sitkom kat tv tu.aku rasa ramai je rakyat malaysia tak kira peringkat umur ada face book ni.aku ni mmg takde at the moment.boleh dikatakan setiap hari aku akan dpt email dp shbt2, stndts, ex students malah strangers yg menjemput aku utk join face book.
aku hargai jenputan itu tetapi maaflah mmg tak dpt nak aku tunaikan?sebab?inilah yg ditanyakan oleh shbt2 dan studnts aku...ada yg email melebihi 10 kali tapi aku tak pernah terima atau reply utk join face book ini. boleh dikatakan ramai shbt2 aku dpt menjejak kasih melalui face book. beberapa bulan yg lalu, salah sorang shbt telah memberitahu shbt2 lama bertanyakan aku dan meminta aku join face bok. aku ckp aku masih tak berminat nak join dan silalah hubungi aku di ym, email ataupun blog ataupun beri ym dan email address mereka pd aku.hasilnya dptlah aku contact dgn beberapa org shbt lama.

hari ni aku buka email...ada lagi beberapa undangan dan kali ni aku rasa rindu sgt kat kwn2 ni dan teruja sbb nampak wajah mereka yg dah berpuluh thn dan berbelas thn tak jumpa.Tak sangka Yon pun ada kat situ, Fizah..... aku nampak gmbr hang grad..wah dah abis ye PHD hang tu.Dah balik Malaysia ke? Melihat gmbr2 ini, hati ni tertarik2 juga untuk join face book....tapi nampaknya aku masih belum boleh join..kenape yer? hehehe....entahlah tp mmg aku tanak join dan tak rasa nak join...so shbt2 yg dpt hubungi aku silalah ke sini yer...shbt2 yg mengenali shbt2 yg lain beritahulah tentang blog aku or email aku kat depa yer.sorry bebanyak yer.

date Monday, December 7, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu