Polis syariah giat cegah maksiat
SEORANG anggota polis syariah menyoal seorang lelaki yang duduk di tepi pantai bersama kekasihnyadi Banda Aceh pada 18 Disember lalu.
BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.
"Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.
"Kamu sepatutnya pergi dari sini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.
Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.
"Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.
"Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana," katanya.
Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.
Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. - Reuters .
*************************************
baguihnya macam ni kan....ada berani kat nak buat kat Malayisa?
cukup ke kakitangan jari jemari nak buat mcm ni memandangkan bnyk naa tempat kat malaysia ni lagi2 kat KL & PJ yang boleh membuatkan kaki tangan dan jari jemari pak mak abang dan kak polisi tak cukup rehat?
Ramai orang berpendidikan skg ini...adakah org ini berilmu?
Apakah itu ilmu?
Mengapa bertambah2 org sakit jiwa...dan jiwanya sakit serta kacau?
CHICAGO - Satu kajian terbaru mendapati jumlah pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) yang mengalami tekanan jiwa dan lain-lain penyakit mental meningkat lima kali ganda berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.
Penemuan tersebut dirumuskan berdasarkan borang soal selidik psikologi yang digunakan sejak 1938.
Ia mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.
"Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini," kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.
Hasil kajian itu yang didedahkan semalam akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.
Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej.
Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.
"Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang," kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. - AP
bukan di USA je, di Malaysia pun budak sekolah rendah ke, menengah ke, kolej ke university ke yg dah graduan ber PHD ke....bnyk kes2 melibatkan jiwa. Ada yg beri kesan buruk (harm) pd org lain ataupun hanya pada diri sendiri.kes budak sekolah rendah cuba rape ibu kandung, anak sembelih bapak,tuang asid pd muka bapa girlfriend,langgar org sampai mati disebabkan kemalangan kecil sebelum tu dan bergaduh dan lain2 lagi hanya kerana perkara remeh......itulah kalau sistemnya lebih kepada apa yg hanya boleh dilihat oleh mata.Ilmu Akal perlulah seiring dgn ilmu Syara'.Jgn pisahkan matlamat kehidupan akhirat dgn duniawi.
Robot seks wanita dijual RM23,642
HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.
Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.
"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.
"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.
Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.
Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).
Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.
Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP
***********************
ni level bijak tahap gaban ke cipan?
Entry kali ni tak de kena mengena dgn sapa2 yg bernama Bakar(ada sorang cikgu dulu nama Cikgu Bakar dan ada sorang budak kat sekolah rendah aku dulu nama ni jugak kena denda dgn aku hehehe) atau Bakariah(Alfatihah untuk arwah makndak).
Apabila musim hujan dah beralih ke musim agak panas maka banyak pulak kes bakar-membakar ni berlaku.
Ada yg bakar ayam, bakar ikan malah makin bertambah gerai2, kedai2 makan jual ikan bakar. Kat ujung luar kawasan kolej ni ada satu gerai mkn ni dah mula jual ikan bakar...aku nampak tadi masa jalan kaki ke kolej.
Ada juga yg suka bakar membakar hati org lain samada mmg hoby dia mcm tu, cakap ikut suka je ataupun suka provoke org. Kalau provoke cara terhormat dan positif ok lah, tp jgn le selalu2 sgt dan jgnlah dijadikan hobby semasa pulak.
Thn lepas, kes bola sepak..dah ada `encik bakar' (Bro Ben..maf yer aku ciplak guna ayat hang dp blog tu) bersemangat membakar stadium. Walaupun ia belum lagi meranapkan atau merobohkan stadium itu, itu sudah cukup mengambarkan tentang `keberanian' rakyat Malaysia dgn slogan 1 malaysia.
Thn ni, dah ada kes membakar perasaan kumpulan org Islam bila nama Allah digunakan dlm majalah Kristian oleh pihak gereja. Kemudian tak lama lepas tu, keberanian lagi sekali berlaku di mana gereja2 pulak dilontar dgn bom tangan dan mengakibatkan kebakaran.
Dalam pak mak menteri duk cakap `semangat 1 malaysia', lagi banyaaak kes2 satu planet berlaku.hal2 mcm ni kena ditangani dp akar umbi...bukan hanya sekadar bercakap dan mempunya slogan yg cantik dan bagus.kalau tak, tak heran malaysia nanti akan menempa nama di satu dunia mcm kisah di Rwanda...tu baru satu jenis warna kulit berbunuhan sesama sendiri, lebih 1 milion org mati secara tragis dlm 3 bulan je.
Kita dikurniakan akal....gunakanlah sebaik mungkin
Kita diberi perasaan....kawallah sepositif mungkin
Kita bagi yg Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, dikurniakan iman......gunakanlah sebijak dan sewajar mungkin dalam membantu pengawalan akal dan perasaan kita.
Moga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan Rahmat Allah. Amiin.
Cuba baca petikan perbualan di bawah ini :
Kata seorang pelajar Melayu:Saya paling tak suka orang cina. Diorang ingat diorang bagus. Pijak orang melayu.
Kata seorang pelajar Cina:Orang melayu tak hormat orang cina punya. Kita terpaksa kerja kuat! Nak hidup! Nak belajar tinggi! Takde duit macamana nak berjaya?!!
Kata seorang pelajar melayu:Orang cina makan babi! Pengotor! Berak tak pernah basuh!!
Kata seorang pelajar wanita:Saya paling tak suka sekolah ni! Sebab sekolah ni bodoh! semua orang dalam sekolah ni bodoh! Tak kiralah, melayu ke, cina ke, india ke.. Semuanya bodoh!
Kata seorang remaja Cina:Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk Universiti.
Kata seorang remaja Cina:Melayu duka komplen! Selalu cari salah orang lain! Salah sendiri tak nampak!
Kata seorang remaja Melayu:Oi cina! lu jaga sikit lu punya mulut eh!! Lu menumpang je kat negara ini tau! Siapa yang suka cari gaduh!
Kata seorang pelajar India:Saya benci diri saya sendiri sebab saya bagi orang lain buli saya. Sebab saya tak ramai. Saya tak kuat! Saya sebenarnya nak kawan dengan semua orang. Tapi orang lain sibuk nak cari gaduh. Saya tak berani!
Kata seorang remaja Cina:Terlalu bangga dengan bangsa sendiri, tak habis-habis cari gaduh dengan bangsa lain.
Kata seorang remaja Cina:Melayu takde otak!!
Kata seorang remaja melayu:Bangun pagi tak mandi pagi. Badan bau busuk!
**************************
inilah petikan perbualan dalam filem Gadoh lakonan dan arahan namron.Tq bro Ubi suggest pilem ni. Wa dpt petikan perbualan ni bila wa google kat internet.Tq again pd yg menyumbang petikan ini. Pilem ni mmg jujur dlm memperkatakan apa yg berlaku di negaraku tercinta ini. Kalau hal2 remeh seperti ini duk terus berlaku macam mana nak bersatu...gunalah slogan `1 dunia' ke `1 planet' ke apa2 satu pun lah.
Pilem ni berkisarkan pelajar2 sekolah yg bergaduh kerana isu perkauman walaupun depa tak tau sgt pesal mereka bergaduh. kumpulan melayu dan cina mempunyai perception masing2 terhadap kaum lain melalui pengalaman mereka dan apa yg mereka dp dp ibu bapa dan keluarga di rumah. Kemudian pelajar yg bergaduh ni didenda oleh guru untuk join satu group untuk berlakon bagi menjayakan satu program.Disinilah mereka belajar erti unity.
"Synopsis Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.
What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.
Movie Info:Duration: 70 minsDirector: Brenda Danker, Namron
Producer: Anna Har
Production Company: Big Pictures Productions
Supported by Pusat KOMAS
Starring: Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Language: Bahasa Malaysia with English/BM subtitles
Poster design by: Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio
Aku dah lama nak cari pilem2 yg berani dan jujur seperti ini untuk bahan ngajar kpd pljr2 aku tapi selama ni aku banyak guna pilem luar yg berkisarkan perkauman mcm omputih dan mat black akhirnya mereka jadi kwn baik. Ta[i sayangnya pilem namron ni tak lepas untuk ditayangkan di mesia ni. Sebabnya? fikirlah sendiri hehehe.
p/s. Aku sedang berusaha untuk download pilem ni tp masih lagi belum berjaya......uargghhhhh.
Ibu pilu anak mohon ampun - Kes pembunuhan empat sekeluarga di gemencheh, Negeri Sembilan
Oleh RAIS YEOP JOHARI, SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI dan NORHAYATI YAHAYAberita@kosmo.com.my
ZAHARAH yang meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rashidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh semalam.
KERATAN Kosmo! semalam.
TAMPIN - "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."
Demikianlah kata-kata ringkas yang diucapkan oleh Rashidi Ismail, 34, kepada ibunya, Zaharah Atan, 59, pada pertemuan singkat di pintu van polis ketika dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini semalam.
Suspek dibawa ke tempat kejadian untuk membantu siasatan sebaik sahaja polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Gemas.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Shafirda Hashim mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Permohonan reman dibuat oleh Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin.
"Walaupun hanya sekejap jumpa dia (Rashidi) tetapi ia cukup bernilai. Dia menyatakan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku dan minta maaf," kata Zaharah sambil mengalirkan air mata.
****************************
boleh aku rumuskan tahun 2009 melabuhkan tirainya dgn kisah yg penuh tragis dan menyayat hati apabila sebuah bas ekspres mengalami kemalangan di mana ada penumpang2 yang mati dlm keadaan yg ngeri. Tahun 2010 memulakan hari barunya dgn satu lagi peristiwa yg menyayat hati di mana seorang anak yang berkelulusan ijazah anak seorang imam ditangkap kerana membunuh 4 org ahli keluarganya termasuk ayahnya di mana kepala si ayah telah dipenggal dan dibawa dr kampungnya di N.9 ke Shah Alam untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ.
Simpati pada ibu dan ahli keluarganya dan juga pada si lelaki tersebut.
Apakah masalah yg paling besar dlm hidupnya hingga sangup memperlakukan seperti ini selain dp putus tunang yg diberitahu oleh ahli keluarganya dlm akhbar.
Ngeri...sadis...tragis.....
Ya Allah kurniakanlah perlindungan dan RahmatMu kepadaku, sahabat2 di sini dan semua insan di Malaya ini dan juga luar Malaya di dunia dan akhriat. Amiin.
akhirnya penantian ku untuk sambung cuti di kg datang juga.harini last duty kat opis.esok pepagi insya-Allah balik kg sambung cuti sampai 3hb.January ni.
macam biasa tetap bwk balik berapa papers dan bhn2 untuk dibaca dlm menghabiskan proses penulisan papers aku tuh.tp rasanya 2-3 hari kat kg sure tak sentuh paper tu hehehe.
harini cari2 sket bhn kat web, blog2 article2 yg berkaitan.
tiba2 rasa mengantuk dan letih sgt..opis pun sunyi..ramai dah bercuti lagi2 majority staff kat dept aku ni celebrate krismas.mood pun jadi mcm kurang le sket nak buaat2 kerja adusss.
tadi lunch sempat pergi rumah susan kejap jumpa mak ayah dia yg dtg dp canada dan adik dia dp sweden.sembang2 sampai teralit (khusyuk) terlupa dah yg aku kena gi temankan b.fung plak keluar cari barang sket kat carrefour.sedar2 dia dah call.peramah parents dan adik susan rasa mcm dah kenal lama.tak sangka org lain yg sambut krismas, aku plak dpt hadiah dp susan hehehe..dan sudah semestinya juga maple syrup dp mak dia hehehe.dpt lagi hehehe.tadi pun sempat le merasa biskut halia yg terkenal dp sweden dan crepe yg dibuat berinti jem dan walnut then tuang maple syrup kat atas....emm, kak Zeem, teringat kat akak tadi :).nengok kemesraan susan sekeluarga, aku dpt rasa betapa hepinya bila anak2 duk jauh dpt jumpa mak ayah.isk aku tak sabar nak balik kg esok.
Sahabat2, selamat menyambut tahun baru Islam dan omputih. Mohon maaf bebanyak, buka buka buru dan all the best semuanya yer. Selamat bercuti juga pd yg cuti2 Malaysia. Untuk yg bertugas, selamat bertugas. Allah Bless us.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Friday, January 15, 2010