
Planet digelar Bumi Baru ditemui
LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.
--------------------------------------------------------------------------------
LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.
Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.
Bintang itu diberi nama Gliese 581.
Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.
Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.
Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.
Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.
Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi
Dilaporkan Musytari akan berada kira-kira 592 km dari Bumi lewat mlm Isnin.
Jarak terdekat dgn bumi sejak 1963.
Musytari berada dekat dgn bumi setiap 12 tahun.
Subhanallah.Tiap kejadian itu ada hikmahnya.
Lama dah aku tak update blog aku ni.
Hanya beberapa hari saja Ramadhan Al-Mubarak akan melabuhkan tiranya...dan memberi laluan kpd Aidil Fitri.Rasa sedih juga....seperti cepat sungguh Ramahdan berlalu kali ni.Moga diberi peluang dan ruang oleh Ilahi untuk menempuh Ramdhan lagi pada tahun berikutnya Insya-Allah.
Moga amalan diterima dan Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada semua sahabat.Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan.Moga sahabat semua ceria dan gembira pada hari raya nanti bersama keluarga tersayang, dilindungi dan diRahmati Allah selalu.Amiin.
Moga sahabat semua sihat.dah 3 hari kita berpuasa...Insya Allah diberi kekuatan diri, istiqomah dalam membuat amalan dan kebajikan.Moga semuanya diterima Allah dan kita memperoleh iktibar dalam menjadi insan yg lebih berkualiti.
hari pertama puasa...kwn sekerja aku walau non-Muslim dia mmg peka dgn apa2 occasion atau perayaan lalu dpt la aku buah kurma mcm thn2 sebelum ni.
ada jugak yg beri order untuk kek lapis sarawak dan tart nenas bentuk hati tu...kalau ada yg nak order, bagitau ye :)
harini salah sorang kwn sekerja aku bg broucher persatuan menembak.beberapa bulan yg lepas dia ada ajak aku kalau nak ikut pergi training tumpang keahlian dia.harini bila dpt broucher tu semangat pulak aku rasa tapi tak dptla nak join harini....ingat nak duk umah lepas kerja buat apa yg patut lebih2 lagi pd bulan puasa ni kan.
bila aku habaq kat dia...untuk memegang senjata dan belajar menembak ni merupakan salah satu `dream' aku...dia mcm heran je hehehe.dah lama aku teringin nak join tapi takde kwn yg nak bwk.nak gi sorang tak berani la pulak huhuhu.masa zaman belajaq dulu...ada la join kelab memanah kampus.ni aktiviti riadah yg digalakkan rosulullah jugak kan.
masa kecik2 dulu...mmg tak reti erti penat...petang2 lepas buat kerja sekolah masih boleh berlari, melompat bermain degn kwn2.setiap kali puasa rasa seronok sgt sebab lauk kegemaran mesti disediakan emak pada hari pertama sahur dan berbuka.umur 5-6 tahun dpt makan sambal udang galah dgn telor masin serta papedom dah kira makanan paling istimewa sgt tu hehehe.skg ni, dapat mkn apepun takape asalkan masak sendiri sebab kdng2 lauk yg dibeli di pasar ramadhan ada yg mcm nak basi...tak fresh.smlm je beli nasi kerabu...mmg sedap :).
tak sabar rasanya nak tunggu 26hb sebab Insya Allah aku balik kg cuti seminggu sekali dgn cuti Merdeka...dept bagi cuti ....dpt gak berpuasa,berbuka,bertadarus dan bertarawikh dng abah dan mak nanti.
Moga kita semua diberi peluang oleh Allah untuk menempuhi Ramdahan AL-Mubarak ini dengan cara yg sebaiknya sehingga ia menutup tirainya.Mendapat semangat yg teguh dgn penuh keimanan seperti sahabat2 Rosulullah di mana tetap istiqomah ber-qiamullai pd mlmnya dan berperang pd siangnya walaupun berpuasa masih tetap gagah berani dan ikhlas dlm perjuangan ke jalan benar.Amiin.
Ni email yg saya dpt dp seorang sahabat.Renungilah ia.
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
"Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya ingin MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
************************
Saya juga mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, kesilapan dan kekhilafan.
Moga amaln kita bertambah dan diterima Allah.
Ahlan-wa sah lan Ramadhan AL-Karim.
Sabtu lepas aku bwk pelajar2 aku ke Melaka.
Ke taman Mini Malaysia, Bandar Hilir dan Tempat Portugis.
Kami dilayan dgn sungguh mesara dan meriah sekali oleh pihak2 di sana.
Tq lah Ayu sudi dtg jumpa dgn aku kat Tmn Mini Malaysia. Sedap dodol yg ayu bagi tu.
Nanti jumpa lagi.Insya Allah.
Kerap disaman letak kereta depan rumah
Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
KUALA TERENGGANU - Kereta kena saman hampir setiap hari.Masalah itu dihadapi penduduk Taman Perumahan Jalan Pejabat di sini selepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melarang mereka meletak kenderaan dengan membuat garisan kuning betul-betul di hadapan rumah penduduk di situ sejak seminggu lalu.Salah seorang penduduk, Toh Chin Keong, 45, berkata, kenderaannya yang diletakkan di luar rumah disaman oleh seorang penguat kuasa MBKT semasa dia balik untuk makan tengah hari Isnin lalu."Sudah hampir 20 tahun saya tinggal di perumahan ini dan meletak kereta di situ tanpa sebarang masalah. Saya terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Chua berkata, dia telah menerima empat saman dalam tempoh seminggu lalu."Malah, sebuah kereta saya yang rosak dan diletakkan di luar rumah turut disaman," katanya.Beliau mempertikaikan tindakan MBKT membuat garisan kuning di hadapan rumah penduduk sehingga menyusahkan mereka yang telah tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.
*********************
huih baru pertama kali aku dengaq dan baca cerita macam ni.hahaha.
sian la kat depa yg duduk kat tempat tu.
teringin la aku nak cerita sikit pasal soal kejiranan ni (aku pernah ada sentuh sikit dalam entry kat blog ni dulu).ada stgh tempat, kwsn untuk letak kereta memang sempit, ada yg luas.ada jiran2 yg paham dan boleh bertolak ansur dan aada juga yg tidak.
jika kita hidup berjiran ni perlulah ada sikap tolak ansur namun jnglah hanya sebelah pihak saja.janganlah tidak mahu menyusahkan diri dan keluarga, kita menyusahkan pula jiran2 kita dengan membuka pintu pagar tanpa ditutup semula lalu mengambil separuh dp kawasn luar ruamh jiran kita, janganlah parking kereta betul2 depan gate dia tanpa minta izin..bila dia nak keluar..boleh pulak nengok aje sambil cekak pinggang (nengok kereta tu lepas ke tak).....janganlah pula membiarkan pokok2 yang sendiri tanam berdahan panjang sehingga menggangu ke tengah jalan....lalu parking kereta di tempat jiran yg bersih dan selesa kawasannya.
dalam Islam hidup berjiran ni kena banyak yg kena jaga....janganlah satu pihak je duk tolak satu pihak lagi kena lunsur (tolak ansur).
kalau tak tau nak memahami jiran2...eloklah buat sistem saman mcm cerita di atas tu.....hehehe.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Friday, October 1, 2010