* Soalan : SIAPAKAH DZULQARNAIN ?

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjawab:
Didalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, iaitu: "Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam matahari, dia pun melihat matahari terbenam kedalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ (di laut itu)segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu bolehmenyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'." (Q.s. Al-Kahfi: 86).

Apakah yang dimaksud dengan matahari yang terbenam dalammata air yang hitam? Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?

Jawab: Kisah Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an pada Surat Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah sebenarnya Dzulqarnain, siapakah orang-orang yang didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan terbitnya matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara terperinci dan jelas, baik mengenai nama maupun lokasinya, hal ini mengandung hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui. Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada SuratAl-Kahfi maupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan utamanya ialah sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia.

Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya: "Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaranbagi orang-orang yang berakal." (Q.s.Yusuf: 111) Kisah Dzulqarnain, mengandungi contoh seorang raja soleh yang diberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan Barat. Semua manusia dan penguasa negara tunduk atas kekuasaannya, dia tetap pada pendiriannya sebagai seorang yang soleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan dibawah ini: "Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, makakelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikankepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tiada taranya'." (Q.s. Al-Kahfi: 87). "Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, makabaginya pahala yang terbaik sebagai balasan ..." (Q.s.Al-Kahfi: 88).

Jadi, apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari,sehingga berada pada tempat yang paling jauh. Di situ diterangkan bahwa dia telah melihat matahari seakan-akan terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya,matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagi penglihatan kita saja yang seakan tampak matahari itu terbenam (jatuh) ke laut. Padahal matahari itu terbit menerangi wilayah (bangsa) lain. Maksud dari ayat tersebut, bahwa Dzulqarnain telah sampai ke tempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata air yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitujuga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai ditempat terjauh, iaitu terbitnya matahari dan sampai bertemu pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj. Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannya semula, iaitu sebagai seorang raja yang adil dan kuat imannya, yang tidak dapat dipengaruhi oleh hal-hal yangdikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya dengan misalnya membangun bendungan yang besar, yang terdiri dari bahan-bahan besi dan sebagainya.

Di dunia ini beliau selalu berkata dan mengakui, bahwa segala yang diperolehnya sebagai karunia dari Allah dan rahmat-Nya. Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an: "Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalahsuatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janjiTuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancurlebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar." (Q.s. Al-Kahfi:98). Tujuan utama dari Al-Qur'an dalam uraian di atas ialahsebagai contoh, dimana seorang raja saleh yang diberikekuasaan yang besar pada kesempatan yang luar biasa dan,kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di sekitarterbit dan terbenamnya matahari. Dalam keadaan demikian,Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidakberubah. Firman Allah swt.: "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kamitelah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untukmencapai) segala sesuatu." (Q.s. Al-Kahfi: 84). Selanjutnya masalah tersebut tidak diterangkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dan kaumnya, siapa sebenarnya mereka itu. Karena tidak ada manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada hal-hal yang diterangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal itu diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.

_________________
* dalam sebahagian penulisan Dzulkarnain atau ada yang menulisnya sebagai Iskandar Dzulkarnain adalah orang yang sama dengan Alexander the great. Malah terdapat buku rujukan sejarah di Malaysia yang bercampur aduk antara dua nama ini yang tertulis dalam sejarah beliau seolah-olah merujuk kepada individu yang sama. Mengikut fakta sejarah mengenai Alexander the Great, ksiah hidup dan peribadi beliau amatlah berbeza Dzulkarnain yang diceritakan di dalam Al-Qur'an a;-Karim.

*Alexander diriwayatkan datang dari keluarga yang porak peranda dari moralnya dan lain-lain. Ayahnya,seorang raja, mempunyai perempuan simpanan dan berkahwin dengan seorang wanita yang pernah menjadi kekasih Alexander.Alexander pula mempunyai hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri serta hubungan sulit dengan sahabat karibnya sejak kecil (dikategorikan homosexual). Beliau yang kagum dengan dirinya sendiri setelah berjaya menawan kerajaan-kerajaan lain dan membina empayarnya, akhirnya mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Berbanding dengan Dzulqarnain yang diceritakan dalam Al-Quran adalah seorang raja yang soleh di mana menyembah Allah yang satu.

date Wednesday, June 4, 2008

5 comments to “Dzulqarnain(Zulkarnain)”

  1. TyRoX SaN
    June 5, 2008 at 2:47 AM

    Tahniah!!!!

    saudari memang hebat kerana "update" blog hampir setiap hari.

    kaya dengan isi.

    pendapat saya:

    boleh tak saudari "bold skit" bnda yang bleh diambil sbg isi2 penting

  1. Tirana
    June 5, 2008 at 6:53 AM

    Salam Azwari...

    Good article indeed. Keep it up!

    Kak Tirana nak tanya, yang kat bawah tu gambar mak dan ayah Azwari ke?

    Kalau ada masa jenguk2 la blog kak tirana pulak ye

  1. IKRAB family
    June 5, 2008 at 4:08 PM

    Tq sedare tyrox.

    Emmm...nak bold yang mana satu ye..semuanya penting he he he...Insya-Allah nanti saya nengok mana yang betul-betul main points, sya highlight.Tq for the suggestion.

    Sudi-sudilah bertandang dan kongsilah idea di sini ok.Bawakla cekodok kaanda ke nasi goreng kanada ke dgn teh tarik bleh lepak-lepak sini ;)

    Wslm Kak Tirana.Tq sudi datang jenguk ke sini. Ye, tu gambar abah dan mak saya yang tersayang.Selalu-selalulah jenguk sini share cerita dan idea ye.Insya-Allah, nanti saya jenguk blog akak ye..errr apa url dia?

  1. Tirana
    June 5, 2008 at 4:45 PM

    Azwari..

    click aje kat nama kak tirana tu..nanti dia gi ke profile. Kat situ ada list blogs kak tirana..Click la yang mana2 satu yang azwari suka..hehehe

  1. IKRAB family
    June 7, 2008 at 12:18 PM

    ooh betul gak, lupe lak maklumlah semkin hari semakin muda he he he.okeh don't worry, kita meriahkan vila kita sesama ye.emm dah tghri,lapaq la pulak...pekena teh tarik sedap gak ni.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu