Malaysiaku tercinta, tanah tumpah darahku,memang aku bangga jadi rakyat Malaysia malah bersyukur.Aku tak pernah nak membandingkan dengan negara-negara lain kerana setiap negara ada kelebihan masing-masing...cuma lately aku rasa sungguh sedih,kecewa dengan apa yang berlaku di negaraku yang tercinta ini.Cukuplah dengan masalah sosial yang meningkat,jenayah tak terbendung,yang paling terbaru harga petrol dan barang-barang yang pastinya akan naik melambung......

Hari ini harga petrol naik dengan happynya, kalaulah petrol tu boleh ketawa agaknya dia akan ketawa berdekah-dekah melihat anak tempatan rakyat Malaysia yang terkulat-kulat malah ada yang menangis rasanya,pagi ni aku sampai je opis kengkawan aku tak kira bangsa apa pun seme muka mcm nengok citer telenovela sedih je...malah sian je aku dengar depa-depa ni tak dpt tidur mlm semalam...fikirkan ada anak yang nak sambung belajar,duit belanja bla bla bla....aku memang sedih sesangat kali ni dengan apa yang terjadi pada rakyat Malaysia...kalaulah petrol tu dapat melihat dan ada hati dan perut sure dia pun menangsi sama.

Aku bukanlah nak marah atau apa walaupun pada hakikatnya rasa marah juga....yang paling aku rasa ialah sedihhhhhhh, masalah-maslaah sosial,jenayah pasti akan lagi meningkat setara dengan peningkatan harga-harga barang...bila individu dah tertekan maka bertambahlah masalah dalam keluarga,tempat kerja dan lain-lain... kawan aku cakap,`takpala kita pi nengok citer Panda The KungFu, boleh gelak-gelak release tension'. Aku ckp kat dia...yeaaaa dan aku pasti harga tiket wayang pun meningkat he he he

Malam semalam hari ini dalam sejarah nampaknya....jalan exit ke tol puchong jem giler...masing-masing nak berebut-rebut isi minyak kreta.Aku tak tau la pukul brape la depa nak dpt turn dan juga sampai ke rumah lepas tu. Kawan-kawan aku yang sms aku rata-rata memberitahu hal yang sama....malah di Kemaman lebih teruk keadaannya, bak kata kwn aku habis kreta-kereta to depa letak atas jalan raya mcm tu je sampai polis kena kawal, Taiping tempat kenangan terindah aku pun yang tak pernah-pernah busy sebelum ni dah sarat dengan kereta di jalan raya.

emmm......Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menempuhi hari-hari mendatang.Amiin.
Nampaknye aku kena fikir jln alternatif cari duit poket lebih ni......jual nasi lemak ke ok tak he he he.

date Thursday, June 5, 2008

9 comments to “Malaysiaku Tercinta”

  1. Anonymous
    June 5, 2008 at 1:36 PM

    Salam,

    Memang betoi ler... apa yg u luahkan kat cni...
    I personally shared and felt the same sentiment and disappointment...
    With such a price hike, bermacam masalah lain kan timbul nanti... tunggu dan lihat je lah...
    Oklah, ciao dulu, nanti post lagi ...

  1. IKRAB family
    June 5, 2008 at 2:41 PM

    wslm anonymous,err ni cik ke puan,tuan,datin,dato?
    tq la sudi ke vila comei hamba ni he he he.err masalah-masalah lain akan timbul ke lepas ni, oh tidak..lagi la bertambah syahdunya aku ni uwaaaaa.ok nanti sudi-sudilah dtg berehat-rehat di sini sambil berkongsi idea ye.tq.

  1. Tirana
    June 5, 2008 at 4:42 PM

    Salam Azwari...

    Kak Tirana balik pukul 12 semalam. Tu pun dapat isi satu kete aje, kete asben. Kereta kak tirana tak sempat.. Bila tengok keadaan kat petrol station semalam, macam2 perasaan ada. Meriah suasana macam berpesta pulak..Tapi jauh di sudut hati..sedih merintih..macam nak menangis bila minyak naik sbb lepas ni semua barang pun akan naik harga.. Yang tak naik gaji.. Sepatutnya bila minyak naik, naikkan la jugak gaji selaras dgn kenaikan harga minyak, baru la kita tak rasa tertekan. Ini gaji tak naik..harga barang2 semua naik..nak jimat setara mana lagi..dah tak boleh nak adjust dah. Hai Malaysia ku tercinta...

  1. TyRoX SaN
    June 6, 2008 at 5:41 AM

    hoho......

    makin makin naek?

    suma naek?

    minyak naek?

    nak tau sbb ape minyak naek?
    coz penjual minyak cam azrap x de kat mesia. huahua.


    Pesanan saya:

    Bersabar je la. Kalo kita mmpu, kita protes. bergantung kepada individu.

    ayat akhir: kenaikan sgt melampau..

  1. IKRAB family
    June 6, 2008 at 1:50 PM

    Wslm kak Tirana, entahlah kak, mmg sedih.Saya ni pun terasa dah dgn kenaikan harga barang-barang, apatah lagi mereka2 yang bnyk tanggungan lagi2 hidup di kl ni.
    Saya sembang dgn salah sorang pakcik jual nasi lemak, dia kata maybe dia pun kena naikkan harga sikit minggu depan tp susah juga katanya nanti org komplen.

    Mr.Tyrox,yelah bak kata kwn saya dulu, semua barang naik kat mysia ni kecuali satu je..hujan je yg turun.He he he, azrap juai minyak apa tuh?minyak atar ka?he he he

  1. Anonymous
    June 7, 2008 at 7:33 AM

    I am suffering too...

  1. IKRAB family
    June 7, 2008 at 12:15 PM

    yupp ticer...so, any alternative?...err selling cookies,etc....looking for part time job he he he

  1. Tirana
    June 7, 2008 at 5:31 PM

    Azwari...

    Kak tirana dah start selling homemade cookies, heehehe.. Kawan2 BMC dah ada yang order. Kak Tirana jual choco chips spotties. Biskut tu simple dan senang nak buat... Kak Tirana nak cari one more type of cookies yang simple. Cukup la 2 jenis kan..Kalau banyak2. nanti tak terbuat pulak.

  1. IKRAB family
    June 9, 2008 at 9:23 AM

    wah syabasss kak tirana....bagusnye..bleh la nanti sya order...rekomen kat tmpt sya ni pulak.emmm.... sya nak jual ape ye....megi goreng order online okeh tak?he he he.emmm.....

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu