Bahan-Bahan:
Bahan kulit:
80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya
Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.
Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan strawberi.
Blackberry Cheesecake.
Bahan-Bahan:
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik
Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur 150 ml (1 pek kecil)
yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W) ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.
Cara Untuk Base: Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus. Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap. Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.
Cara Untuk Filling: Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit. Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil. Masukkan telur satu persatu. Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan. Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia. Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya. Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.
Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.
June 8, 2008 at 6:44 AM
knape miss shimah x penah wat kek ni utk kami dulu?