PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL MELALUI BIDANGKUASA JENAYAH.(Oleh Tuan Wan Mohd Zakri Wan Mohd)
Firman Allah s.w.t
Maksudnya: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakkan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Surah AlRom : ayat 41
Hadis Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu menjadikan kesusahan kepada manusia (orang lain).”
1. Bidangkuasa
A)Mahkamah Tinggi Syariah
Enakmen Mahkamah Syariah
Seksyen 11 (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan bolah dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan bolah mengenakan apa-apa-hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu;
Seksyen 12 (2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh sseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukuk-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu;
Bentuk Hukuman Yang Diperuntukkan:
Denda – Tidak melebihi 5 ribu
Penjara – Tidak melebihi 3 tahun
Denda dan penjara
Sebatan – Tidak melebihi 6 sebatan
Hukuman gantian kepada hukuman denda dan penjara
Hukuman Gantian
Dikomitkan ke pusat-pusat pemulihan
Dikomitkan ke rumah-rumah pemulihan
Diberikan teguran
Perintah berkelakuan baik
Tujuan Penghukuman
Tujuan Balasan
Tujuan Deteran
Tujuan Pemulihan
2. Tujuan Deteran - Menghukum pesalah supaya dia bertaubat dan tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
3. Tujuan Pemulihan - Berhasrat untuk mengelakkan seseorang pesalah menjadi warganegara dan umah yang mematuhi undang-undang (termasuk hukum syarak)
Peruntukkan Undang-Undang Mengenai Kesalahan Jenayah Syariah
Kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan
i.Sumbang mahram
Seksyen 24. Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
ii. Perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.
Seksyen 25 : Mana-mana orang perempuan yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
iii. Muncikari
Seksyen 28 : Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
iv. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
Seksyen 29 : Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
v. Musahaqah
Sekeyen 30 : Mana-mana orang yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
vi. Khalwat
Seksyen 31 : Mana-mana –
(a)Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya ; atau
(b)Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
dimana-mana tempat yang terselindung atau di dalam
rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
vii. Orang lelaki berlagak seperti perempuan
Seksyen 33 : Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
viii. Perbuatan tidak sopan di tempat awam
Seksyen 34 : Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
viii. Memujuk lari perempuan bersuami
Seksyen 43: Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawa keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.
x. Memujuk lari orang perempuan
Seksyen 46: Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk orang perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan itu.
xi. Anak dara lari daripada jagaan
Seksyen 48: Seseorang anak dara atau thayyib yang lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya yang sah tanpa sebab yang munasabah pada Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai anak dara atau thayyib tersebut.
xii. Mengganggu perempuan di tempat awam
Seksyen 53: Mana-mana orang lelaki menggangu seorang perempuan yang bukan mahramnya di mana-mana tempat awam dengan suatu perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah perempuan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Cadangan supaya peranan Mahkamah Syariah dalam membendung gejala sosial diketahui oleh masyarakat
*Kes-kes jenayah syariah ini diberikan ruang yang lebih luas dalam majalah dan akhbar – tujuan untuk memberikan pengajaran dan pendedahan kepada masyarakat
*Satistik peningkatan kes-kes jenayah syariah diberikan perhatian yang serius sepertimana kes-kes jenayah sivil(awam)
*Hakim-hakim Syarie membuat lebih banyak komen dan ulasan dalam alasan penghakiman
*Diwujudkan pusat-pusat pemulihan akhlak yang khusus untuk pesalah-pesalah jenayah syariah
Kesimpulan
Jika dilihat dari sudut bidang kuasa jenayah yang diberikan kepada Mahkamah Syariah, peruntukkan berkaitan kesalahan dan hukuman serta matlamat hukuman, Mahkamah Syariah boleh dan telah pun memainkan peranannya sebagai salah satu agensi kepada masyarakat dalam usaha untuk mengawal dan menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat kini dari terus berleluasa.
Walau bagaimanapun, bagi menjamin keberkesanannya, semua pihak dan agensi lain seperti pihak penguatkuasaaan, pihak pendakwaan dan orang ramai perlulah saling bekerjasama dan memainkan peranan mereka masing-masing. Walau sebaikmanapun undang-undang digubal dan ditulis, ianya tidak memberi sebarang makna sekiranya undang-undang dan peraturan itu tidak dapat dilihat bahawa ianya dilaksanakan.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional