Alhamdulillah, dah selesai hadiri seminar pendidikan anjuran UKM yang berlangsung selama 2 hari.Bnyk ilmu dan pnglmn yg dikongsi oleh shbt2 dan presenters di sana.Harini dah mula masuk kelas,budak2 ada ujian so nak kena marking pulak, masih rasa keletihan plus ngantuk apepun puas sgt dpt mendengar perbincangan yg amat menarik.Insya-Allah nanti saya masukkan sbhgn pembentangan di runangan kertas kerja di sini.

Sungguh cepat masa berlalu.Hanya 3 hari saja lagi sebelum kita semua menyambut Ramadhan al-mubarak.Moga amalan kita akan bertambah,diRahmati dan diterima Allah dan moga kejayaan menjadi milik kita amiiin.Saya di sini ingin memohon ampun dan maaf pada sahabat2 di sini jika terdapat apa saja kesilapan,kesalahan,terkasar bahasa dan lain2, yang terminum,termakan dll halalkan.Kalau ada terhutang tu bgtau le kut2 lupe.

Selamat menjalankan ibadat harian dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

date Thursday, August 28, 2008

Seminggu aku cuti sem break, mak ayah aku mai dp kg, sempat la bawak jln2 termasuk la gi MAHA ekspo pertanian tu.Dpt le rehat minda dan badan sket, klu nak ikut tak cukup seminggu nih hehehe.Hari ni aku mula kerja,bincang2 sket dlm kelas dan buat revision dgn depa utk test Khamis nanti.Aku dah habaq kat depa test kali ni aku buat mmg susah betul hehehe.Esok dan lusa aku away lagi hehehe tapi bukan cuti2 Mysia la,ada conference kat putrajaya.Dari umah aku ke tempat conference tu tak le jauh sgt tapi pepagi ni mesti jem teruk ni, nak guna public transport kena kuar awai ler.Ada jugak stndts aku tadi ckp nak ikut aku hehehe, klu ikut hati mau gak aku bwk diowang berkaitan juga dgn subjek tapi depa mana bleh ponteng kelas lain hehehe.Tugasan dah bagi kat depa sebagai souvenir utk 2 hari aku takdek dlm kelas hehehe.okeh kengkawan sembang lagi Khamis ni ye.

date Monday, August 25, 2008

Hari ini kelas terakhir tuk minggu ni.Esok dah bermula cuti, sem-break.....seminggu je tp ok la dpt le releks sket minda nih hehehe.Esok mak ayah aku dtg dr kg, so bleh la jln2 jumpa sedara mara kat sini.Plan nak gi MAHA, ekspo pertanian tu.This time, cuti kami sama dgn cuti sekolah, mesti ramai orang nanti kat MAHA tuh.

Okeh kengkawan,happy holiday.Sapa yg tak amik cuti, selamat bercuti utk esok dan ahad :)

date Friday, August 15, 2008






















Hari sabtu lepas aku bawak pelajar2 aku pi Melaka, lawatan sambil belajar...bnyk tempat yg kami pi termasuk Taman Mini Malaysia,Bandar di Hilir tak lupe juga shopping di Dataran Pahlawan hehehe dan berjumpa keturunan2 Protugis di `Portuguese Settlement'.

Apa yg paling menarik bagiku ialah bila melihat contoh rumah2 tradisional di Taman Mini Malaysia.Ini mengimbau memori silam, aku rindu sesangat rumah lama arwah atukku.Suasana kampung atuk sebelah mak aku yang aman dikelilingi sawah padi dengan berdirinya rumah kampung lama,memang cantik pemandangannya.Rumah ni dah lama dirobohkan dan didirikan rumah pakcik aku. Di sebelah ayah pulak, rumah lama yang sungguh luas beranda dan ruang tamunya dan dibelakangnya adalah sebuah sungai.Rumah ni masih ada tetapi dah uzur sgt dan tidak boleh didiami lagi walaupun dah bnyk kali dibaiki bumbungnya.

Gambar-gambar di atas ialah:
1. laut di kampung orang Portugis,Melaka
2.makanan Portugis, Malaysia - kebanyakannya makanan ni diambil dp makanan orang2 melayu dan di ubah suai. Yang mcm karipap tu mmg sedap, tepungnya mcm roti, dalamnya inti ayam cuma warna putih tak dimasukkan rempah kari.
3. salah sebuah rumah keturunan Portugis - ni adalah contoh rumah asal di mana bumbungnya dibuat mengikut contoh rumah Portugis yang asal.
4. Perigi Hang Li po di Bukit Cina, Melaka
5. Tairan tradisional yang dipersembahkan oleh pihak Taman Mini Malaysia
6. salah sebuah rumah tradisional melayu di Taman Mini Malaysia










date Thursday, August 14, 2008

TSABIT BIN QIAS

Beliau adalah sahabat Rosulullah yang dikenali sebagai `Jurucakap Baginda'.
Diceritakan, gelaran ini diberi setelah berlaku peristiwa perutusan Bani Tamim ke Madinah untuk bertemu Rosulullah.Puak Tamim telah menyampaikan syair dan perutusan mereka.Kemudiannya Rosulullah pula meminta Tsabit menyampaikan ucapan bagi pihak Baginda.

Tsabit yang mempunyai suara yang lantang dan kuat telah menyeru jurucakap Bani Tsamim iaitu Utharid bin Hajib dengan bersemangat supaya beliau dan pengikut rombongannya beriman kepada ajaran Allah dan menerima Rosullah sebagai utusan-Nya.

Tsabit juga merupakan seorang yang gagah dalam peperangan seperti peperangan Uhud dan Yamamah.Beliau amat tajam pengamatannya dlm memahami teknik dan taktik peperangan Rosulullah.Di dalam peperangan Yamamah,beliau mendapati beberapa langkah yang diambil oleh tentera Muslimin tidak teratur kerana berlaku perpecahan di barisan hadapan.Beliaulah yang melaungkan kata-kat ahikmah kepada tentera2 Islam dan mengingatkan mereka tentang langkah2 betul yang digunakan oleh Baginda sebelum ini.
Beliau dan Salim memerangi tentera musuh dengan berani dan berjaya memerangi tentera Musailamah al-Kazzab.

date

MAHA 2008 sudah bermula hinggalah 23hb ni.Teringin juga aku nak pi nanti bila parents dtg dr kg ujung minggu ni.Thn lepas kwn2 aku yg pi sana ckp mmg best,ada buah2an,pokok2 buah,sayur,bunga dan produk2 makanan. Yang happyne bila produk2 tempatan dan produk halal dapat dipasarkan dan diketengahkan pd umum.Klu gi shopping complex tak le bnyk sgt pilihan bg produk mknn di sana seperti karipap forezen dlln, yg penting halal dan org2 melayu juga sudah mula menunjukkan minat dlm berniaga ni secara besar2an.

ni laman web dia.adapeta sekali boleh jadikan panduan tuk gi sana.
http://www.mahaexpo.com/maha_location.asp

date Wednesday, August 13, 2008

wah situasi di mysia skg mcm pisang goreng panas2 yang belum di cicah dgn teh o atau ayaq kopi..panas jek...malah berita2 yg berkaitan dgnnya pun laris mcm pisang goreng panas.
belum lagi selesai isu kenaikan harga barang2, kes bunuh,kes dadah,kes dera dlln...dah bar council pulak membawa bahang api yg makin membara...malah menjadi marak skg ni.

ape sebenarnya isu ni....minggu ni dlm kelas aku, dah masuk bab pemerintahan dan undang2 ni...so bebudak aku akan diskusi dan debate isu2 semasa yg berkaitan hal2 di atas termasuk la bab 121 (1A) ni.

okeh...aku pi kelas dulu..sambung jap g...sila2lah shbt2 duk kat meja bulat sambil pekena pisang goreng, ayaq kopi dah bancuh steko..sila2lah berbincang2 ye ;)

date Tuesday, August 12, 2008

Esok insya-Allah aku dan pljr2 akan membuat lawatan sambil belajar di Melaka-one day trip.
Semua preparation sprt membeli dan order makanan, minuman dlln telah dibuat.Doakan kami semua selamat pergi dan balik dan moga ada manfaat dan trip ni diRahmati Allah.
Tempat2 yg akan dilawati, taman mini malaysia...bandar di hilir dan penempatan portugis.
Insya-Allah nanti aku buh le gamabr2 kat sini.Ok papaiiii.

date Friday, August 8, 2008

Lama juge aku tak menulis di sini.Hari ni dan esok bebudak aku nengok citer tajuk `Hotel Rwanda'.Crite ni dah lama dan cd nya dipinjamkan oleh student aku dp Indonesia bertahun2 lalu.Sebab citer ni best, maka aku jadikannya as a compulsory movie utk kelas aku setiap semester.Aku duk cari2 gak cd ni utk dibeli dan jadi harta aku sendiri klu ada dijual di sini tapi lum jumpa. Cite ni pernah ditayangkan di Astro thn lepas.
Tiap kali ditayangkan kp students ni mesti ada yang mengeluarkan air mata terpaku mata menonton lakonan watak2 yg cukup bagus.

Inilah manusia apabila perasaan marah dan benci menguasai diri lebih2 lagi dipengaruhi isu2 perkauman, maka tumpahlah darah,terkorbanlah manusia yang sama bangsa dan warna kulitnya.Terdetik juga di hati, di negara kita yg tercinta pun,mcm2 hal berlaku sbb politik,ekonomi dlln.Klu tak dibendung secara baik, mmg pertumpahan darah boleh berlaku sperti mana sejarah hitam mencalit bumi Malaysia ni pada 13hbMei,1969.Apa yang ketara sekg ni sesama bangsa dan agama pun berpecah belah,menikam dari belakang hanya kerana berlainan fikrah ataupun ada yang kerana untuk kepentingan masing2.

Esok, pelajar2 aku akan menonton sambungan cerita ni.Aku dah pesan, klu hari ni sedih dan terkejut, esok lagi la bnyk suspens nye..sediakanlah tisu bebanyak, paling penting pastikan jantung anda dlm keadaan baik.

date Tuesday, August 5, 2008

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu