CUPCAKE CHARITY DRIVE - HELP A CHILD WITH A CUPCAKE.

Baking Sessions : Saturday

March 7 - 8.30am-12.00

14th - same time

21st - Session 1 : same time

- Session 2 : 1.300pm - 4.30pm

28th - Session 1 or 2 : same time as above

Just RM30 per person/ session

* goody bags and high tea are provided

Venue : Baking and Pastry Kitchen - School of Hospitality - Sunway University College.

Contact person : Karen Lee : 03 - 74918622

date Tuesday, February 24, 2009

Insya-Allah sabtu depan, aku akan bawak bebudak dlm kelas aku tu pergi State of 9 pulak (Negeri 9) sebagai rutin tuk educational trip kelas aku tiap thn.Duk bawak depa pi Melaka je, sem ni ubah tempat pulak lagipun majority undi nak pi situ. Emm..bile search kat internet menarik jugak2 tmpt2 bersejarah di negeri sembilan tapi agaknye org nampak Melaka je kut selama ni sebagai tmpt bersejarah yg patut lawati. Emm....aku nengok ostrich farm tu ok gak then bleh la kut lepak kat salah satu pantai kat situ on the way back nanti.Star Farm pun ok gak kan boleh gi ladang buah-buahan.Tapi berapa ringgit kena bayar taktaulah sbb aku lum jumpa mana2 website yg ada detail info pasal ni.

Shbt2 ada tak tau mana2 tmpt makan yg sedap di negeri sembilan?Mana2 lagi tempat yg menarik share le di sini yer.Dah lama tak jln2 ni hehhee.Tadi ada sorang kwn cadangkan apa kata pekena satay kajang masa balik tu...uh lama tak mkn sedapnye tapi rasa tak sempat je....rushing nak balik ke Sunway.Ape pun can't wait for the trip..budak2 epy,aku lagi eppy hehehe.

date Thursday, February 19, 2009



Petikan dp Akhbar Kosmo (online)


NEW YORK - Sekumpulan saintis menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.
Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.
"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.
"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.
Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.
"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya. - Agensi

************
cemburu kalau celik ok tapi kalau buta atau buta warna amatlah berbahaya.cemburu tahap kronik melahirkan mereka yang sungguh kreatif dalam menyelesaikan masalah ataupun menambahkan lagi masalah.rasa2 shbt2 ni kuat cemburu tak?dulu2 aku pernah beli nasi lemak dari sebuah gerai di tepi jalan.masa tu nasi tu dan kuahnya masih panas dan dibungkus dlm kertas warna cekelat tuh.aku ni terketar2 gak la pegang bungkus tu, pns ooo.then, makcik tu ckp kat aku `maaf yer nak, org kata klu tak tahan pegang barang2 panas mcm ni maksudnya kuat cemburu'. Huh? yer ker.apa kaitannya dgn cemburu.nak jugak aku tanya makcik tu boleh dibuktikan dp sudut sains ker hehehe.Cemburu ni mcm2 jenis kan.Klu cemburu baik untuk berjaya dlm hidup dgn menggunakan cara yg baik, tu satu tindakan yg positif.Dlm kasih sayang pulak cemburu ni ujud untuk menambahkan lagi eratnya kasih sayang dan silaturrahim.Tapi kalau dah sampai tuang asid, sembelih pasangan mcm ayam jer tu rasanya bukan cemburu dah tu.Nak panggei ape pun taktau hehehe.

date Wednesday, February 18, 2009

Senyum yang manis ibarat bunga ros yang berkembang indah di taman memberi keindahan kepada warna alam, ibarat gula dalam kopi yang memberikan suatu rasa yang enak.Dulu ada lagu ni selalu berkumandang di radio ataupun televisyen, `senyum kepada dunia..senyumanmu amatlah berharga,senyum kepada semua....'. Tapi aku nengok org skg ni jarang senyum lagi2 yang duk di kwsn prumahan,rumah apartment,flat di mana penghuninya sungguh ramai dan tidak dikenali.Kalau menggunakan pengangkutan awam amat jarang sekali nak lihat pengguna2nya memberi senyuman.Namun, kalau tetiba ada org yang tidak dikenali memberi senyuman, kadang2 boleh memberi tanggapan yang salah kepada pihak kedua. Kalau macam tu, senyum2lah kepada yang dekat dan mengenali anda dulu.Bangun2 pagi exercise senyum baik utk kesihatan :)

Abu Zar al-Ghifari r.a ada meriwayatkan hadith dp Rosulullah r.a yang bermaksud :
"Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah'.

date Tuesday, February 17, 2009

Petikan ini diambil daripada buku Hadis Modal Insan oleh Dr.Zulkifli ,Mohamad al-Bakri.

Abu al-Qasim al-Qusyairi berkata: Diam yang tepat pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia. Antara hadith Rosulullah yang bercakap soal diam ialah hadith yang diriwayatkan oleh Mua'z bin Jabal yang bermaksud :

`Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atas engkau (yang baik ataupun jahat)'.

Ada peribahasa yang mengatakan :
Luka kerana lidah sama dengan luka disebabkan tangan
Lidah seperti seekor anjing gila yang bila tidak diawasi dia akan menerkam.

Sayidina Ali r.a ada berkata dalam sajaknya:
Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
Tergelincirnya kaki tidak mengapa
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.

Petikan daripada karangan Ahmad Safuan al-Karami dalam Don't be Afraid memperjelaskan tentang jenis diam ini :

*Diam bodoh - diam kerana memang tak tahu apa yang mesti diperkatakan sebab kurang ilmu atau lemah pemahaman. Diam ini lebih baik dan selamat daripada bercakap dengan tidak tahu apa-apa.

*Diam malas (tak ada minat)- ia suatu keburukan kerana diam ketika orang lain memerlukan percakapannya.

*Diam sombong - diam kerana menganggap orang yang mengajak bercakap itu tidak setaraf dengannya

*Diam khianat - diam ini bertujuan menzalimi orang lain seperti diam ketika diperlukan menjadi saksi untuk menyelamatkan orang lain yang berada di pihak kebenaran.

*Diam marah - baiknya ialah untuk mengelak suasana daripada menjadi lebih tegang ataupun keruh dan mengelakkan daripada mengeluarkan perkataan yang tidak baik. Buruknya pula ialah apabila berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya juga boleh menambahkan masalah.

*Diam utama - juga disebut sebagai diam aktif. Diam ini hasil daripada pemikiran, renungan dan niat membuahkan keyakinan dan akan mendapat maslahat lebih besar berbandign daripada banyak bercakap.

*********************
kadang-kadang berhadapan dgn manusia ni, diam pun jadi masalah, bercakap pun masalah.so, kena nengok la kategori mana perlu berdiam ye kan.

date Monday, February 16, 2009

Mesti ramai yg tahu ape maksud bagi perkataan aircond tu kan? Air condition tu adalah perkataan bahasa inggeris yang telah diguna pakai oleh rakyat malaysia secara berleluasa yang bermaksud penghawa dingin. Namun, kerana kecanggihan memperluaskan bahasa kita yg dah makin hari menjadi rojak pasembor pecal Malaysia, perkataan `air cond' ini telah digunakan oleh ramai orang dengan mempunyai makna yang berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dibina oleh seseorang itu samada dalam bentuk pertuturan ataupun tulisan.

antara contoh ayat:

1.Man, tolong off aircond kelas ni...dah tahap beku dah ni.
- ayat ini adalah untuk meminta sesorang menutup penghawa dingin dalam bilik kelas.

2.Aku tak suka la mamat tu asyik duk aircond je boss. Kita ni tak reti nak aircond meng-aircond sebab tu la boss ikut je ckp dia.
-ayat ini merujuk kepada seseorang yang pandai membodek ketua.

Ayat ketiga nilah yg paling aku ta dpt lupa bila aku menikmati teh tarik di sebuah restoran kat pekan kg aku tu thn lepas.Aku yg dahaga sgt tu bgtau lah abah aku untuk memesan secawan teh tarik panas dengan hanya beberapa ketul ais.Maka inilah ayat yg abah aku guna :

3.`mamak, teh tarik air cond satu'.
Mamak tu yg mcm dah paham bebenor pun kemudiannya membawa secawan teh tarik dgn sebiji piring kecik yang ada 3 ketul ais di dalamnya. ooo itulah dinamakan teh tarik air cond sbb nak bg sejuk dan dingin sikit je sebab klu nak bnyk ais just minta teh ais.hehehe. Rupenye nilah yg digunakan oleh penduduk di situ. Baru pertama kali aku dengar abah aku guna ayat tu. Sungguh kreatip dan canggih dalam memperkayakan perbendaharaan kata.

Dalam situasi dan keadaan semasa di Malaysia yang dah bercampur aduk isunya dan menjadi semakin hangat diperkatakan setiap hari, aku rasa perlulah ada ayat2 yang boleh meng-airkond-kan keadaan,hati dan minda rakyat, hati dan minda kumpulan2 yang bertelagah. Kadang2 kata2 yang kasar dan kesat hanya mampu mengapi2kan sesuatu.Isu2 biasa dalam kelas,tempat kerja, rumahtangga,dgn jiran sebelah rumah,jiran belakang rumah,sedara mara dan orang lain, mungkin perlukan kata2 yang mampu meng-aircond-kan hati dan minda org lain dalam mencuba menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam erti kata lain, memujuk,memuji,meng-aircond(membodek),berkias,berpantun,bersyair,bermelodi patut dicuba pakai untuk mengurangkan tahap kemarahan,kebencian,dendam kesumat antara satu sama lain. Tapi kadang2 letih la nak guna ayat aircond ni, baik terus straight forward je kan. :)

Jum pekena teh aircond petang2 ni ;). Pekena `camp' pun ok gak.(kopi campur teh)isk aku baru dengar jap tadi dp rakan sekerja aku ni....sedap ker???

date Thursday, February 12, 2009

perkataan lawan tokey nih memang sensitif, lagi sensitip bila guna perkataan `derhaka'.fuhhh berat tuh.derhaka dalam baik boleh ker?mcm hang jebat tu derhaka sebab beridiri pd kebenaran.boleh ke mcm tu?
MB Perak minta izin nak derhaka pd Sultan utk tak melepaskan jawtannya.alaaa Umno dulu pun kat Ganu (maap yer org Ganu) derhaka gak bila MB nye tak nak lepaskan jwtn pd calon MB yg dipilih Sultan..wlupun sama party durhaka tetap durhaka.

Yang penting.....jgnlah sesekali Durhaka pd Ibu bapa dan Pencipta kita.

date Friday, February 6, 2009

Berita terhangat dan terpanas di pasaran.Ia bermula apabila berita itu dimasukan ke dalam ketuhar gelombang mikro petang semalam dan menjadi bertambah panas malam semalam.Kepanasannya telah membahang melalui kaca tv, tv3.Pagi ini, berita itu telah menambah suhu kepanasannya di dada akhbar pula.

Petang semalam pulang dr kerja, aku dpt sms dp salah seorang shbt baikku memberitahu yang Kerajaan Perak yang dipegang oleh angkatan PKR,DAP dan PAS telah bergoncang.Em...apa hal ni yop...cemana boleh jadi macam tu?Apasai tak jaga betul2 bila dah dpt sesuatu..ni kan dah putih mata tak putih tulang.Sian pulak aku nengok MB Perak terkontang kanting la nak menjawap pertanyaan yg diberikan oleh ramai pihak samada tak puas hati atau hendak tahu lebih lagi tentang apa yang berlaku.

Sekarang ni bergantung kpd keputusan dan pertimbangan Sultan Perak.Persoalannya patutke diberikan kpd satu pihak lagi yang menang ataupun election?Pandangan peribadi aku lebih baik election, kali ini pilihlah orang yg betul2 ikhlas nak memimpin dan membantu rakyat.Kedua2 pihak kerajaan dan pembangkang perlulah menapis,filter, kaji dulu siapa org yg nak dipilih untuk menjadi calon2 mereka.Tapi, election ni bnyk wang rakyat habis oooo.Ape pun, election je lah pakai duit party dan org yang bertanding hehehe.

**********
ni aku update apa yang telah diputuskan oleh Sultan Perak.Nampaknye BN ambil alih kuasa.Aduhai sianlah MB Perak.Aku rasa MB ni tak berapa pandai amik hati Sultan tu jd mcm tu.Aku ingat Sultan nak perkenankan another election.Tulah yg memandai buat keputusan membubarkan Adun tanpa bincang dgn ahli2 dlm kabinet dia dan Sultan tu kenape...kan dah berakhir mcm ni.Jgnlah membelakangkan Sultandlm hal2 berat dan penting mcm ni.Mana tak kecik ati kwn.Nampaknye adalah kumpulan yang bergendang suka makan satay meraikan kejayaan ini....emmm...just wait and see what is the impact of this incident on the Malaysians especially `warga Perak'.

date Thursday, February 5, 2009

Guru dipukul disangka hantu
Oleh MANIRAH OTHMANmanirah.othman@kosmo.com.my
Inilah rumah kosong di Marang tempat Khalid mendakwa dia dibelasah teruk oleh seorang kenalan yang mengirim SMS kepadanya. Gambar kecil - Khalid menunjukkan kesan luka di dahi akibat dipukul Jumaat lalu.
MARANG – “Tolong. Aku bukan hantu, aku orang.” Itulah jeritan seorang guru, Khalid Mohd. Akil, 40, ketika meminta tolong daripada penduduk selepas dipukul awal pagi Jumaat lalu di sebuah rumah kosong di Kampung Kelulut dekat sini.
Namun, rayuannya tidak diendahkan walaupun dia bersandar di dinding rumah tersebut selama beberapa minit sambil merayu minta dihantar ke hospital selepas dipukul dalam kejadian pukul 4 pagi.
“Tak ada orang yang boleh tolong,” itu jawapan yang diterima guru itu sebelum dia beralih meminta bantuan sekumpulan remaja yang baru sampai dengan sebuah kereta di sebuah rumah tidak jauh dari situ.
“Aku bukan hantu. Aku orang. Tolong hantar aku ke klinik,” katanya tetapi salah seorang remaja yang membuka tingkap rumah itu enggan membantu mungkin kerana menganggapnya hantu.
Bagaimanapun, menurut Khalid yang ditemui di rumahnya di kampung Seberang Marang dekat sini, salah seorang daripada remaja tersebut yang dikenalinya akhirnya memberanikan diri mendekatinya.
Katanya, remaja berkenaan kemudian menghubungi ambulans dan dia dihantar ke sebuah klinik.

***********************************
tak pasal2 kena belasah.tertanya-tanya jugak kenapa dia boleh berada di rumah kosong pada waktu subuh macam tu?agaknye ni pengaruh kes pocong yang dipaparkan dlm akhbar sebelum ni.nampaknye hantu lebih glamer skg ni sebab movie dan drama pun dah bnyk buat pasal geng hantu ni di Malaysia.Tengok drama2 hantu di tv malaysia akhir2 ni bnyk yg hantunye tak real dan sama je rupa dan caranya mcm filem2 luar.walaupun mcm tu, aku tetap seram gak nak tengok sorang2 kat umah hehehe.Cumanya dlm dunia realiti ni, kadang2 manusia lagi teruk dp hantu...aku rasa la sebab sejahat2 hantu dia akan meraca, menyampuk dan boleh gak la melibatkan nyawa tapi manusia tu boleh membunuh,memperkosa,menipu,mengaku tuhan dan ada nya menggunakan `antu' ni untuk merosakkan orang lain.

date Tuesday, February 3, 2009

Kata pepatah ada masa tertentu lebih baik diam daripada berkata-kata.Walaupun niat baik untuk memberi pandangan kepada seseorang kadang2 memberi tanggapan dan persepsi yang berbeza daripada pihak yang lain.Ada ketika, kita perlu memberi teguran dan pandangan apabila kita manganggap seseorang itu sahabat kerana kesilapan yang sama telah berulang yang mungkin menimbulkan lagi kesulitan kpd org lain.Tetapi mungkin teguran itu patut datang daripada orang lain pulak kerana jika hanya mulut yang tertentu berbicara membuatkan pihak itu menggangap sahabat ini bukan sahabat kerana orang lain tidak pernah menegurnya.Apa pun Allah knows what is in our heart as long as we do it sincerely. :)

date Monday, February 2, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu