tak sabar nak tunggu cuti bulan 6 ni sbb sebulan cutinya di sini tapi nampaknya setelah aku congak2 hari2 cuti aku, tinggal 2 minggu je dpt di kg lepas tu kena balik ke sini semula kena hadir conference di KLCC. dlm masa yg sama ada shbt lama sms minta join bersama pogramnya di Melaka. sebenarnya bila dah bertugas rasa sgt nak bercuti, terpandang kehijauan sawah padi di kg, air jernih di sungai dan air terjun yang menggamit insan2 untuk menziarahinya lagi2 bila dpt meluangkan masa yg masih lagi dikurniakan Allah bersama ayah ibu, sedara mara, ahli keluarga dan sahabat handai. kalau ikutkan diriku yg dah keletihan ni nak je aku cancel pogram bulan jun ni, 2 minggu tak memadai bagiku untuk berada di kg, menziarahi sedara mara dan shabat handai abah dan mak aku.tp itulah kehidupan kan, jika masih diberi peluang mencari ilmu dan pengalaman dgn menghadiri pogram2 ini, tenaga yg masih bersisa ini perlulah digunakan.

semester ni dah pun berlalu tunggu jumaat ni ada graduation day. namun aku kena siapkan 2 paper yg menanti dgn research yg perlu dilakukan.emmm, stdnts ramai yg dah balik kg bercuti, duk fikir sapa yg nak aku minta pertolongan jwp le survey aku ini hehehe. Alhamdulillah, ada juga stndts, ex stdnts dan kumpulan2 yg aku perlukan untuk menjawap soalan ini muncul samada di hadapanku maupun di alam maya yang masih menjadi pengantaraan demi sebuah ukhwah. apalagi aku attack le dgn soalan survey aku tu hehehe.terima kasih kerana sudi membantu.isi dah ada, nak atur ayat dan susun isi2 tu amik masa juga memandangkan dua paper tu perlu disiapkan dlm minggu ini.ni pun ada stndt yg tlg jwp survey depan aku ni hehehe.

dlm kesibukan ni.... (aku yg rasa jadualku padat, kalau nak dibandingkan dgn shbt2 lain rasanya depa lagi sibuk tp masih steady dan meneruskan perjuangan) selera makanku meningkat, aku asyik lapar je hehehe dan minat untuk memasak dan men-decorate kueh muih, cookies makin bertambah. minggu lepas sempat aku search kat web site dan juga singgah di kedai buku belek2 buku resepi hehehe.sebenarnya ini pun satu terapi bila keletihan,kerisauan dlln lagi perasaan yg ada selain dp membaca al-Quran dan solat sunat yg sudah pastinya satu terapi yg cukup berkesan. aku rasa kehidupan aku dah kurang ber-rekreasi mcm dulu, dulu selalu join kelab badminton kami tu dan lain2 aktiviti utk sihat dan cergas. skg ni aku rasa lebih enjoy jika dapat beradu melayan mimpi indah hehehe.

dlm bnyk yg nak difikirkan, mindaku tak dpt nak lari dp fikirkan hal satu ni...ibarat menunggu buah kelapa yg tak gugur dp pokok, nak dikait, galahnya pendek, pokoknya pulak tinggi, nak dipanjat, tak ada skill.kenapalah susah sgt nak dpt kelapa muda dp pokok yg tinggi tu, agaknya kelapa tu spesel jadi perlu sabar menanti untuk melihat hasilnya.nak beli kelapa tak sama dgn dp pokok yg kita semai dan baja sekian lama dgn beberapa rakan baik. jadi shbt2 yg bersemangat pun selalu bertanya bilakah dapat merasa hasilnya dan boleh dikongsikan bersama org lain.nak kata tak apply lesen tuk tanah bagi sepohon kelapa tu, dah pun dilakukan apa yg patut secara legal.....betullah kata pepatah penantian itu satu penyeksaan.namun jika ini diambil sebagai ujian dan cabaran bagi memulakan satu langkah yg murni, kesabaran perlulah adakan, moga Allah merahmati usaha2 murni ini.

date Monday, June 1, 2009

6 comments to “cuti2 mysia...”

  1. INTAN
    June 1, 2009 at 9:11 PM

    gunakan 2 minggu tu semaksima mungkin...perh...siok betoi kan dpt balik kg....!

  1. IKRAB family
    June 1, 2009 at 9:35 PM

    impak maksima yer hehehe....mmg siok rasa nak cuti sebulan je, lupakan pogram itu hehehe

  1. INTAN RH
    June 2, 2009 at 9:07 AM

    shima, jgn lupa hapdet blog wpun bercuti sakan! hehe :P

  1. IKRAB family
    June 2, 2009 at 1:13 PM

    mestiii.... tapi internet tarak elok la kat kg nuh..koi cuba la yer...otak sebalh ni dah fikir cuti, sebelah lagi duk tumpu paper ni...erk 2 paper maaa....uh..

  1. kz
    June 3, 2009 at 11:16 AM

    buat2 lupa je la papers tu... :D

    jgn bimbang sis shima..
    InshaAllah...segalanya akan dipermudahkanNya.. ameen..

  1. IKRAB family
    June 3, 2009 at 2:36 PM

    hehehe...ye kak, buat2 lupa tapi dateline dah dekat takut terlupa terus hehehe.

    tq kak amiiin.to u 2, dipermudahkan urusan oleh Allah.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu