pagi tadi waktu aku melangkah nak masuk ke dalam kelas aku diberitahu oleh rakan sekerja aku sorang lecturer dilangar kereta ketika nak lintas jalan ke tempat kerja. Susan daripada Canada, baru je dtg Malaysia tak sampai sebulan, muda lagi dah le pertama kali berjauhan dgn keluarga. Sian dia.Dia ni duduk sebelah meja aku dan membantu aku untuk bwk students ke trip minggu depan. Aku terus call hp dia dlm kelas, stdnts2 pun nak tau juge perkembangan beliau. Alhmdlh dgr suara dia lega sket cuma ada sedu dlm tangisan di situ. Aku ckp jgn bimbang,kami akan pergi ke sana nanti.Boss aku dah awal2 ke sana. Susan dibawa ke Sunway Medical Centre. Students aku semangat nak lawat dia waktu kelas...emmmm aku ckp kena buat keje dulu sbb depa kena habiskan project tu...jgn ponteng aaaa.
Waktu aku pergi melawatnya lepas kelas dgn kwn, dia masih dlm ward kecemasan kerana nampaknya semua bilik di situ telah penuh.Kami hanya boleh masuk sorang demi sorang. Aku masuk dulu, alhamdulilah keadaan angota badan seperti kaki ok, dah scan kepala semua ok cuma giginya patah dan ada keretekan pd tulang kecil di pipi. Tak pasti doktor nak buat minor surgery ke tak. Sian aku nengok dia, keluar air mata dia dah la mak ayah jauh.Sempat lagi tu sambil air mata menitis dia tanya pasal kelas dia sapa nak ganti. Aku ckp dont worry, pihak office akan uruskan, kami akan selalu dtg nanti sms je klu nak mkn ape ke nak ape ker. At the moment dia tak dibenarkan mkn atau minum apa2.
emmm....jalan yg aku lalui setiap hari waktu pagi mmg busy dgn kereta yg laju2 tak kisah pun pada org yang nak melintas. mmg bahaya dan tak de sorang polis pun even pegawai keselematan di situ nak tlg jaga lalu lintas. maafla pemandu2 di mysia ni pulak (tak semua tp bnyk dah skg mcm tu) klu dah nak cepat bila nampak je org nak melintas lagi la dia speed. tadi aku dgr salah sorang shbt dp canada call polis sini beritahu betapa tidak selematnya jln raya kpd kami yg mengugnakannya sebagai pejalan kaki dan juga kpd yg berbasikal kerana rumah kami semua berdekatan dgn tempat kerja.hopefuly a good action and decision will be taken as soon as possible and this will be A PERMANENT ACTION bukan separuh jalan jer atau untuk seketika cuma.
pepatah kata hidup ini ibarat roda
orang kata roda itu berputar, begitu juga hidup manusia
aku ingat lagi masa aku kecik2 nengok roda beskal aku yg tayar 4 tu
rasanya masa tu aku tak kisah sgt roda tu berputar ligat ke tak
yang pastinya beskal aku dpt bwk aku ke mana aku nak pergi
benarkah hidup ini akan berputar, berpusing
seperti sejarah yang akan berulang?
jadi bolehlah kita belajar daripada kehidupan yang dilalui sebelum ini?
adakah sejarah kehidupan seseorang itu akan berulang?
sepanjang hari-hari aku yang masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas
sempat melihat watak-watak pentas dunia yang menggambarkan dunia ini berputar
berputar seperti roda tanpa kita sedari
seperti bumi ini yang bergerak tanpa kita sedari
ada yang dulu menangisi kesedihan kerana hilangnya suatu impian
maka kini diberi impian lain yang sudah nyata hasilnya
adakah hasil itu akan berputar lagi mengikut putaran roda?
ada yang dulu gembira, tenang, selesa dengan hari-hari yang dilaluinya
kini melalui suatu tahap yang berbeza dari apa yang diperolehinya dahulu
ada yang sihat kuat mampu bergerak ke sana ke mari mengikut kemahuan diri
kini hanya mampu merenungi sesuatu yang belum pasti melalui jendela kamar
adakah roda kegembiraanya seperti dahulu akan berputar lagi?
bolehkah kita hentikan putaran roda itu?
jika sudah bahagia dengan destinasi yang kita tujui
adakah roda itu akan tetap berputar
walau jari jemari kita tidak bermain-main dengannya
walau kudrat kaki kita tidak mampu lagi menggerakkannya?
"demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian melainkan ........." (Surah Al-Asr).
peringatan demi peringatan diberi kepada kita.
manusia yang bertuah itu apabila roda putaran hidupnya memberi kehidupan yang bermakna yang mampu memberi kesedaran diri walau dlm keadaan apa sekali pun
manusia itu sangat beruntung bila kehidupan sehariannya mampu
menyuntik semangat untuk ke jalan kebenaran
yang pastinya aku merindui roda tayar 4 beskal aku kecik-kecik dulu
kerana tika itu, aku hanya tahu mengayuh dan biarkan rodanya berputar
tanpa kenal erti penat hanya untuk kepuasan diri, kegemberiaan diri pada hari itu.
beberapa hari lalu aku duk layan blog kenkawan dan kenalan akhirnya aku tersangkut kat satu blog tu sebab lagu yg dia on kat situ hehehe.jiwang gak lagu tuh. lagu tu simple tapi aku rasa tertarik dengan melodi lagu tuh. lirik tu agak jiwang tp aku tak menghayati lirik tu ....hehehe.
aku tak tau apa tajuk lagu tuh dan siapa penyanyi tuh....yg pastinya lagu tu dah berhantu dan kwn aku pun dah tersangkut dgn lagu ni hehehe.
tq to daffodil d, wa pinjam lagu lu tuh, buh lirik di sini ok :)
Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpa menunggu (2x)
biar esok hari datang lagi
cobaku hadap kesemua ini
meski tanpamu oh oh oooh
meski tanpamu
bila aku dpt bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamamu di sini
ku dapat tertawa menangis
di tempat ini aku bertahan
korus:
suara dengarkanlah aku
apa khabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku selalu di hatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
aku masih tetap di sini
aku melewati semua yang terjadi
aku menunggumu
aku menunggu
ulang korus.
*mesti sahabat2 ingat aku ni jiwang ...tak la hehehe....cuma aku suka melodi dia agak rancak. melodi dia ada nak sama dgn lagu ada 2 mamat black- American dulu2 zaman 1990an lagu2 diowang mmg hit .asku suka muzik dan melodi tuh tapi 2 mamat tu ditipu mengunakan suara org lain ketika menyanyi so segala awrd yg dpt semua kena pulang balik. then , teru senyap dua org tu.aku tak ingat aaa nama diowang....takper tak masuk peksa hehehe.
lirik lagu ni tak de kaitan dgn aku bab cintan cintun ni heheheh
tapi yg pasti aku mmg berharap dan menanti bnyk perkara...
mmg letih juga menunggu ni.....
paper2 aku...penulisan yg memerlukan ketekunan aku yg makin pudar, bila nak siap daaa hehehe
pogram yg aku menanti keputusannya.....isk penantian itu kadangkala satu penyeksaan
namun semua ini dugaan......sabaaarrrr.....cobaaaaannnn bak kata p.ramlee :)
Tq Az maklumkan tentang keadaan anak kak Dib (nenek) di blog Az.
Aku baru je call kak Dib. Dia masih di ward jaga anak bongsunya yg harini dah hari ke 12 masuk ke ward kerana demam dan jangkitan pada paru-paru. Suara Kak Dib kedengaran keletihan. Beersabar ye kak, paham keadaan akak risaukan anak-anak bila sakit mcm ni kan. Moga putera akak tu cepat sembuh. Amiin.
Kawasan ais hilang di laut Chukchi.
Sejumlah ais berada (berwarna putih) di Laut Chukchi dekat Pelabuhan Barrow, Alaska (kiri) pada Julai 2006 tetapi situasi berubah pada Julai 2007 (kanan) apabila ais itu cair dan hilang.
WASHINGTON - Gambar yang baru ditarik balik daripada kategori rahsia menunjukkan kesan teruk akibat pemanasan cuaca global di Alaska, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Imej satelit itu yang disiarkan pada minggu lalu oleh tentera AS menunjukkan sejumlah kawasan ais hilang di Laut Chukchi.
Gambar itu sebelum ini disimpan dan tidak didedahkan kepada orang ramai ketika AS ditadbir oleh Presiden George W. Bush.
Bagaimanapun, gambar itu dikategorikan tidak lagi menjadi rahsia beberapa bulan selepas Barack Obama menggantikan Bush.
Gambar itu merupakan amaran keras bahawa pemanasan global berjaya mengubah rupa bentuk di kawasan Artik.
Lebih satu juta kilometer ais cair pada musim panas 2007.
Gambar yang dirakamkan pada Julai 2006 menunjukkan sebuah kawasan ais yang besar dekat Pelabuhan Barrow di Alaska.
Bagaimanapun, setahun kemudian, kawasan yang diliputi ais itu hilang kerana cair disebabkan cuaca panas.
"Ia merupakan gambar yang jelas menunjukkan situasi musim panas di Artik," kata seorang pegawai di Pusat Angkasa Lepas Goddard, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Thorsten Markus.
"Situasi itu menjadi punca kenapa kami berasa amat bimbang," jelasnya.
Menurut beberapa saintis, kecairan ais itu mengundang bahaya.
Sejumlah besar haiwan bergantung pada ais itu seperti beruang kutub dan singa laut untuk hidup.
Obama kini mendesak Kongres AS supaya mengambil tindakan bagi menangani isu pemanasan global.
Ais itu menjadi penting kerana tanpanya, kawasan laut di Artik akan menjadi panas.
Isu pemanasan global menjadi perhatian utama pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin terhadap alam sekitar di Barat. - Agensi
Toyota Prius generasi ketiga yang dijangka dilancarkan pada awal Ogos ini sememangnya mempunyai tarikan yang sangat kuat. Buktinya? Disebabkan permintaan yang tinggi, kilang Toyota di Tsutsumi, Jepun terpaksa menghasilkan model ini pada tahap secepat yang boleh.
Situasi ini, pastinya dicemburui oleh hampir semua pengeluar kenderaan yang sedang bergelut dengan kerugian akibat kelembapan ekonomi global.Secara fizikalnya, Toyota Prius diklasifikasikan sebagai sebuah hatchback. Dengan reka bentuk yang futuristik, ia juga sarat dengan pelbagai teknologi termaju.
Sebagai permulaan, anda perlu tahu cara keluar dan masuk ke dalam kereta ini. Menggunakan sistem kunci keyless entry, simpan sahaja kunci itu di dalam poket atau beg tangan.
Untuk membuka pintu Prius, ia sekadar menggosok tangan anda. Ini kerana sistem itu mengesan haba tubuh manusia. Masukkan tangan di celah gagang pintu. Dalam beberapa saat, anda akan mendengar kuncinya terbuka.
Untuk menguncinya pula, anda hanya perlu meletakkan jari di bahagian atas gagang pintu yang berlekuk. Kemudian, bunyi terkunci yang sama akan kedengaran. Ia memang sangat menarik!
Sebaik sahaja anda masuk ke ruang kokpit, mata anda pasti dihidang dengan barisan butang-butang yang tersusun kemas pada papan pemuka dan konsol tengah. Dimonopoli oleh rona hitam dan perak, sebahagian besar lokasi ini dipenuhi dengan plastik berkontur.
|
|
Tombol gear berwarna biru yang tertulis huruf P, B, N dan D lebih kelihatan seperti joystick konsol permainan video. Untuk mengoperasikannya, anda perlu menekan brek sebelum menolaknya ke arah D untuk memulakan perjalanan.
Paparan digital yang diletakkan pada aras mata pemandu menunjukkan pelbagai maklumat dalam bentuk digital seperti kelajuan, tahap penggunaan bahan api, masa, mode pemanduan dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, grafik lengkap (energy monitor) dengan anak panah yang memaparkan sumber kuasa apa jentera ini digerakkan, sama ada kuasa enjin atau bateri. Monitor ini turut menunjukkan proses enjin atau bateri yang menggerakkan motor, selain bateri dicaj terutamanya ketika pemandu membrek.
Pada sterengnya pula, terdapat dua kelompok butang. Butang di sebelah kiri membolehkan anda mengawal sistem audio. Sementara butang di bahagian kanan pula berfungsi jika anda mahu menukar jenis maklumat Eco Driving Monitor pada paparan digital.
Selain itu, anda cuma letakkan jari ke atas butang-butang tersebut dan paparan berwarna hijau akan membantu anda membuat pilihan dengan lebih jelas.
Setelah enjin dihidupkan dengan hanya menekan butang PWR, Prius menawarkan pemandunya tiga mode pemanduan. Kesemua pilihan itu boleh dibuat dengan hanya menekan tiga butang yang disediakan.
Bagi mereka yang mahukan kuasa, tekan sahaja butang PWR Mode. Ciri ini akan membenarkan anda merasai peningkatan kuasa secara dramatik.
Maksudnya, apabila pedal minyak ditekan, kuasa yang tersedia adalah seperti kenderaan dengan kapasiti enjin 2.4 liter. Sedangkan enjin yang ada pada Prius cuma bersesaran 1.8 liter. Cukup mengagumkan!
Memang seronok dipandu dan kuasa yang ditawarkan tidak mengecewakan. Tetapi mode ini pastinya menjejaskan tahap penjimatan bahan api yang dimahukan. Namun, ciri itu penting jika anda memerlukan lebih kuasa ketika mendaki atau hendak memotong kenderaan lain.
Sementara itu, apabila butang ECO Mode ditekan, prestasi enjin Prius berada pada talaan atau maklum balas cuma 40 peratus sahaja. Ciri-ciri ini membolehkan pemandu mendapat tahap penggunaan petrol yang terbaik.
Apa yang pasti, ia memang direka untuk dipandu di kawasan bandar pada kelajuan sederhana dan inilah mode yang paling sesuai untuk kebanyakan masa.
Berada di jalan yang sesak atau di kawasan parkir, Mode EV menjadi pilihan paling sesuai. Mode ini membolehkan Prius bergerak menggunakan motor elektrik sepenuhnya.
Dengan kelajuan maksimum 45 km/j pada jarak satu hingga dua kilometer, Mode EV bagaimanapun tidak boleh berfungsi jika baterinya berada pada level 3 atau lebih rendah.
Ciri Head Up Display pula membolehkan paparan meter kelajuan digital dipancarkan ke cermin hadapan. Ia hanya boleh dilihat oleh pemandu dan saya merasakan fungsi ini, hanya sesuai untuk menunjuk-nunjuk kerana ia agak mengganggu pandangan.
Banyak perkara yang membuatkan pemandu memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri ketika memandu Prius. Selain aplikasi gear dan butang-butangnya, pemandu juga terpaksa berpuas hati dengan tahap pandangan yang sedikit terhad ketika memandang ke arah belakang menggunakan cermin.
Prius menawarkan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan. Toyota mendakwa jentera hibrid ini mampu mencecah 38 kilometer bagi setiap liter.
Jika anda membelinya nanti, jangan lupa untuk menubuhkan kelab pemilik Toyota Prius. Anda mungkin boleh menjemput selebriti terkenal seperti Brad Pitt, Jack Black, Billy Joel dan Alicia Silverstone untuk menjadi ahlinya.
Walaupun saya beranggapan Prius sepatutnya dipasarkan sejak dahulu lagi, namun dengan anggaran harga sekitar RM190,000 seunit, pasti ramai yang terpaksa menyimpan hasrat untuk menjadi lebih 'hijau' di atas jalan raya.
**********************************
peghhhhh.......jab congak2 jap cukup ke duit syiling dlm tabung arnab tu. eleeee lebih2 je artikel ni, takyah le ajak brad pitt tu....tak glamor la join dgn artist ni.....mmg hatiku dah tertawan dah dgn keta ni tapi nak trade in ape yer.....beskal aku masa kecik dulu bleh kut hehehe.
Jepun ni mmg cemacam idea depa dlm menghasilkan produk2 baru menggunakan teknologi canggih depa tuh. ni depa cipta pulak mesin pengimbas senyum khas untuk pilot ketapi depa untuk melihat berapa manis senyuman depa ni. bagus gak kan, sebab senyum yg ikhlas dan manis ni boleh membuat dunia pagi bagi mereka yg bekerja dan petang time balik ke umah akan rasa tenang. aku rasa bas mini yg masih ada di selangor dan kl ni patut ada mesin pengimbas ni ataupun buh kat tiap lorong2 umah merpati dan umah bukan merpati ni. jiran2 skg pun dah terlalu busy dan penat tuk memberi sebuah senyuman.
Lepas geram dengan 4,000 anak ayam.
PEKERJA am Jabatan Perkhidmatan Veterinar menangkap anak-anak ayam yang dilepaskan oleh penternak di Nusajaya semalam.
NUSAJAYA - Sewaktu kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor datang ke pejabat semalam, mereka tidak menyangka akan mendapat 'hadiah' anak-anak ayam.
Namun itulah yang berlaku apabila sekumpulan penternak melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat itu pagi semalam gara-gara menuntut insentif ternakan ayam daripada pihak berkuasa.
Ia menimbulkan suasana kelam-kabut seketika apabila kakitangan jabatan berkenaan bertungkus-lumus menangkap anak-anak ayam yang baru berusia sehari dan kemudian membawanya pulang.
Menurut wakil penternak, Gan Heng Kok, 49, tindakan protes itu dibuat kerana mereka tidak diberi insentif khususnya kepada penternak yang mempunyai ternakan melebihi 20,000 ekor ayam.
"Setakat ini hanya penternak yang mempunyai tidak lebih 20,000 ekor anak ayam layak mendapat insentif," katanya ketika ditemui di sini.
*****************************
sian anak ayam. tapi sekurang2nya depa masih hidup dgn selamat. ingat lagi dulu, tokey2 yg ternak ayam tak puas hati dgn harga ayam tak dp dinaikkan dgn tinggi...maka anak2 ayam dibakar hidup2....isk.
Bapa Kartika reda dengan hukuman Mahkamah Syariah.
Oleh KUMARA SABAPATTYkumara.sabapatty@kosmo.com.my
KARTIKA SARI DEWI mengesat air mata pada sidang akhbar di Ipoh semalam yang turut dihadiri oleh anaknya dan bapanya, Shukarnor.
IPOH - Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.
Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.
"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.
"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.
"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.
Hadir sama pada sidang media itu ialah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, dan anak bongsunya yang berusia lima tahun.
Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.
"Tiada siapa paksa (meminum arak), saya rela dengan hukuman sebat yang dijatuhkan,'' katanya.
Anak kelahiran Sungai Siput yang menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan rakyat republik itu didapati bersalah meminum arak kira-kira dua tahun lalu di sebuah pusat peranginan di Pahang.
Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.
Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.
Shukarnor pula menyifatkan hukuman ke atas anaknya itu wajar dan tepat mengikut undang-undang Islam. Beliau juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok.
**********************
baguslah diri sendiri nakkan diberi hukuman sedangkan ada kes yg tuduh mahkamah tak adil dan sebagainya. emmm......masih ingat lagi T.A pernah ceritakan dalam forum dulu bagaimana sebatan dijalankan mengikut araham mahkamah syariah di Malaysia berbeza iaitu lebih ringan berbanding dgn undang2 sivil.
Makan malam sambil terapung
AMIENS - Sebuah restoran di sini menawarkan pengalaman unik menikmati makan malam sambil terapung di udara pada ketinggian lebih 48 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelanggan-pelanggan diminta memakai tali pinggang keledar pada kerusi masing-masing sebelum restoran itu diangkat ke udara menggunakan sebuah kren.
Mereka akan dilayan oleh beberapa pelayan manakala seorang cef di tengah restoran itu akan memasak pesanan pelanggan.
Walaupun menawarkan pengalaman makan malam yang menakutkan, restoran dimiliki sebuah syarikat tempatan, Dinner In The Sky, di sini mengenakan bayaran mahal mencecah £13,000 (RM75,933) untuk satu majlis makan malam.Pihak pengurusan pula menasihatkan pelangganmereka supaya tidak menjatuhkan sudu atau pinggang mangkuk ke bawah.
Salam Isra' Mikraj semua.
Tadi hot sket ni dah cool hehehe. Moga kita semua ceria selalu dan bertambah amalannya. Aamiiin.
Isra' Mikraj adalah sebuah sejarah yang menggabungkan nilai2 menceritakan keEsaan Allah yg berkuasa untuk setiap sesuatu itu termasuklah memberi sebuah perjalanan/ journey yg sunguh bermakna buat Rosulullah s.a.w dan umatnya iaitu kita semua. Dari situlah bermulanya tanggangungjawab yg diamanahkan kpd kita semua yg perlu dijalankan dgn penuh pemahaman dan keihlasan kpd Allah s.w.t.
aku taktau dah nak kate apa....yg boleh aku kata....nilah benda yg sama bila aku kena deal dgn org gomen ni. sorry la pd shbt2 yg keje dgn gomen. aku hanya nakluahkan rasa tak syoknya bila kena deal dgn org2 mcm ni dan kena lalui perkara yg sama. awai2 aku dah call pihak berkenaan. nak fax, depa kata hantaq post. aku post ekspress, harini hantaq, esok sampai. seminggu aku follow up, depa taktau surat tu pi mana.then sorang tu suh aku fax.kan baguih klu awai2 depa termia sgnd aku tuk fax surat tu. dah fax. tak dak ape2 info dp sana. aku call buat follow up. okla org yg incharge bg cdgn tuk pogram di sana tp katanya aku kena hantaq surat ke HQ pulak.
awai2 dulu dah aku tanya nak cc atau terus ke HQ, kata org tu(org lain) tak payah sbb pogram tu di tempat tu. masa berjalan. aku buat keje awai akhirnya lmbt gak jadinya. aku call HQ last week, ada org tu suh fax surat. aku fax dan print repot kata pihak sana terima. call pagi ni, org tu pi kursus, org yg patut aku hubungi takdak. org lain plak chek2 katanya takdak pun terima fax. suh fax lagi sekali. aku pun fax la surat. call balik org tu kata terima tp katanya no fax tu patutnya no lain. laaa dah depa bg kat tu kat aku...tak kan aku reka kut.jadi dia bagi no fax yg lain pulak. then, dia kata patutnya bukan berurusan dgn bhgn tu kena deal dgn bhgn dia.....aku risau la pogram dah dekat...katanya lagipun aku hantaq ke HQ pun tak awai sgt.
aku kata la...dah hantaq awai2 dah kat tempat tu......aku buat keje awai tau....hampa yg jadikan benda ni last minute.dah le staff2 tu asyik bagi info berbeza. dah tu, kata org ni, aku kena isi borang online pulak and fax kat no kedua yg diberi tu. ni aku serach online dah takdak pun borang tu.aku dah cari2 merata2 tempat dlm laman web tu...takkan mata aku tak nampak kut.aku call HQ tadak sapa angkat. last2 org tu angkat bg no lain pulak katanya org yg deal dgn aku tadi di tempat satu lagi bukan di HQ.aikks mcm mana bleh jadi mcm tu....padahal tadi aku call guna no yg pertama tu.
emmm........aku pun call no kedua tu takdak sapa angkat. call tempat yg patut aku buat pogram dgn students..pun tadak org angkat.last2 ada sorang angkat, dia kata org yg aku cari tu bukan di situ. lepaih tu dia kata kena call tanya org HQ..awat tak tanya org HQ. pas tu katanya org yg aku cari (aik..tadi kata takdak) sebenarnya kat bhgn pengankutan tadak kaitan dgn urusan ni. `awat contact bhgn pengangkutan, sapa suh contact no tu?'. aku jwp dgn hemah aku yg tinggalberbaki tu.."puan, saya bukan reka no ni malah saya tak reka nama tu....org HQ yg bagi no tu dan nama tu'. dia kata lagi..lain kali apa2 urusan terus ke HQ.maleh dah aku nak layan...puan,tuan,encik,cik,.....aku ni dah buat semua yg hampa2 ckp awai2 dulu. mungkin satu ja yg aku belum buat....habaq kat hampa aku ni Dato' ke tan sri ke apa ka...weiii tu tak baik...dah kira menipu sebab title tuk aku ni hanya wanita angun ja. aku bukan saja2 nak naik angin....tapi tolongggggggggggglah aku ni bnyk lagi tempat lain boleh pi tapi aku nak promote tempat ni dan bantu stndts labih apaham apa yg dipelajai. aku dan bantu Malaysia laaaa...awatnya menyusahkan perkara yg mudah?aku tau la bnyk pahala bila bnyk buat kerja kalau tak merungut..tp cubalah buat kerja dgn efisyen.pastikanlah semua staff yg terlibat bagi info yg sama. aku ni org Malaysia nak tlg rakyat Malaysia nak bantu Malaysia gak.
ni hanya tuk mereka yg terlibat saja.ni hanya luahan hatiaku yg memang tak puas hati dgn sekumpulan ini....dp dulu sampai skg klu berurusan dgn pihak2 g. ni ada je yg jadi mcm ni. aku tau ramai lagi depa yg keje kat gomen tu baguih2 dan efisyen.ni hanya tuk depa yg terlampau efisyen saja.jangan asda sesapa shbt yg terasa kat sini.aku hangat betoi ni......uihsss first time luahan hatiku 100% dlm loghat utara hehehe...sabaq2. Inni asumu fi hazal yaum....aku pose nih....nak minum ayaq milo pun tak bleh ni bagi sejuk sket hati ni hehehe.
Sabtu lepas aku ke mentakab dan bermalam di sana. Thgri tu baru je sampai di sana, shbt aku dan ahli keluarga dia membawa aku ke temerloh untuk mencari gulai tempoyak ikan patin Pak Usop yg terkenal di temerloh tu. Lokasinya bersebelahan tapak pekan sari di tepi sungai pahang. Awal2 lagi shbt aku dah bgtau klu ke situ tujulah ke kedai Pak Usop, gerai no.12. Sampai je di kedai tu dlm jam 12.30thgri. Lauk ikan patin dah pun abis. Tokeynye tgh nak siap2 tuk masak kali kedua. Maka aku kenalah tunggu 1/2 jam. Peghhhh dasyat jugak kedai pak Usop ni. Org sentiasa ramai mkn dan membeli bungkus di sini. Bnyk lauk pauk yg di sediakan tp gulai tempoyak ikan patin yg menjadi rebutan. Hari tu ramai org dr KL yg dtg mkn. Akulah org pertama menulis pesanan aku kemdian berderet2 org berbaris. Sanggup depa tnggu utk 30 minit lagi. Hasilnya berbaloilah. Dapatla mkn di sana dan juga sahur tadi dptla semangkuk ikan patin hehehe. Dgr cerita pak Usop dah pun meninggal dunia, ni anak2 dia yg meneruskan bisnes keluarga ni.
Shbtku, Wanna dan family menjamu aku dgn bermacam2 buah2an, pulasan, rambutan, manggis, duku madu, durian dan buah salak. Aku tak reti makan buah salak, selalu beli tuk mak je. Buah durian plak, aku tak terasa nak mkn, klu makan pun paling bnyk 4 ulas je aku bleh mkn hehehe. Pagi Ahad tu kami ke pekan sari temerloh lagi sekali. The latest aku pi sana ilah 5 thn dulu. Kami breakfast dulu meehoon goreng di rumah then dlm jam 10a.m sampailah di tapak pekan sari. Ingatkan amai yg dah balik dr membeli belah upenye masih ramai orang di sana. Parking pun susah nak cari tempat. Maka bermulalah ekspedisi aku dgn kamera aku, apa saja yg dpt aku snap, aku snap je sampai penjual2 di sana siap suruh aku ambil gmbr mereka dan barang2 jualan. Dptla aku snap gmbr ikan patin yg masih idup2, makcik2 yg masih gigih berniaga, kueh2 tradisional org phg dan lain2. Gaya aku ni mcm org planet asing yg tak penah sampai ke bumi pahang ni hehehe.Bnyk gmbr aku nak buh di sini tp apakan daya nampaknye camera aku masih blum ngam dgn sebarang komputer sejak bebrapa minggu ni. Hanya beberapa gmbr je dpt aku paparkan di sini.
Shbtku ada bgtau carilah dodol kukus di situ. Maka belilah aku sekeping dgn harga RM1.50 utk merasa dodol tuh. Manis, mcm dodol yg biasa aku mkn cuma yg ni nipis dan yg biasa aku mkn tu pejal sket. Aku nengok ada makcik tu dah berumur menjual sayur2 kampung. Aku belilah terung comel2 kaler light purple (warna kegemaranku tu) selonggok seringgit. Jalan lagi, amik gmbr sungai pahang tu plak. Jalan2 lagi, pakcik jual ubat yg aku pernah berbual2 5 thn dulu masih ada di situ, masih dgn pantun2nya sambil menjual ubat. Dia org Kedah tp dah lama merantau di situ dan loghat Kedahnya tak pernah hilang. Kemudian, mataku tak boleh negok kueh2 comel yg mcm2 kaler lalu belilah apam beras yg kaler pink belang putih. Jln lagi, shbtku plak beli kepok lekor basah dlln2. Shbtku Ina yg tak dpt nak ikut ke sini mmg suka tapai ubi. Aku pun belilah utk dia. Aku beli gak tapai pulut yg dibungkus dgn daun getah. Klu di Utara sana, tapai pulut selalunya dibungkus dgn daun keladi. Akhirnya tgn2 kami bertiga ni dah penuh dgn dng mknn maka baliklah ke mentakab. Then lps solat zuhur berangkatlah aku balik ke Sunway ni. Singkat sungguh masa, letih sket tp puas dpt ke sana jln2 jumpa shbt2 lama dan paling penting dpt rasa gulai lemak patin yg jadi sebutan di sana. Kedai pak usop tu smpai masuk rncngn jln2 cari mkn Tv3 ler hehehe. Baru la aku tau perbezaan ikan patin di sana tu dgn patin yg aku mkn kat kl ni. Kekentalan siinya dan rasanya mmg berbeza :) Oklah nanti sambung lai yer. Isk dah bergaris pulak tulisan aku ni.
p/s : Intan, koi sampai termerloh ingat ke aok tapi takde no contact so melepas le nak rasa org temerloh blanja mkn daging masak hitam.errr tu mknn tradsi temerloh ker?koi mkn di kuantan 7 thn dulu lama dah heheh.
Anak2 `refugee' dr negara jiran Turkey happy dpt bergambar :)
Pakcik di Gebzebeledi menjual buah2an di pasar terbuka mcm pasar tani tp takla panjang mcm kat Temerloh tuh ;)
Selat Bosphorus yg memisahkan Turkey kpd 2 bhgn - asia dan eropah.
Banyak lagi gmbr2 kenangan, aku buh sket la dulu dah janji kat shbt2 sini nak buh gmbr. Maaflah gambar yg kabur ini menjelaskan bahawa betapa lama dah gambar ni hehehe.
Sahabat2 yang pernah ke Indonesia terutamanya di sekitar Sumatera mesti biasa dengar Alpukat Es. Ini adalah sejenis minuman. Alpukat adalah alvocado dan Es ialah ais. Buah alvacado amatlah mahal dijual di Malaysia tp terlalu murah di sana perumpamaannya seperti buah mangga telor, orang utara kata mempelam teloq (yg kecil2 tu) tergantung kat pokok depan umah, sapa pun tak amik nak jual pun murah naa.
Aku pernah ke Bukit Tinggi (baru sekali) beberapa thn dulu dgn satu kumpulan shbt2 untuk buat kajian sejarah Minangkabau di sana. Kami juga ke Pagar Ruyung yang terkenal dgn istana lamanya yg sungguh unik. Kena cari gmbr2 tu dulu baru bleh buh sini.Paya Kumbuh ataupun Paya Kumbuah sebutan org sana pun sempat kami singgah. Sepanjang seminggu di sana, aku dan kumpulanku bleh dikatakan wajib order Alpuket Es Coklatnya lebih tiap kali time makan. Sunguh murah harganya. Setiap segelas Jus Alpukat Es yg sepesel punye akan mengunakan sebiji atau 2 biji buah alvocado yg besar dan ranum. Isinya akan diraut dgn sudu kemudian campur dgn ketulan ais, susu dan dikisar mcm ice blended. Warnanya yg kehijaun bercampur corak coklat kat atas jus tu sungguh menyelerakan. Campuran milo ataupun koko digunakan untuk menambah kesedapannya. Hasilnya, badan kami semua bertambah comel dan montel terutamanya bahagian pipi mcm ada tambahan kologen mcm tu, takyah cucuk botox ke vitamin c ke. Mmg rasa segar. Agaknye tulah rahsia org sana kalau nengok pilem indon ni, wajahnya seri2 ayu je selain dp mengambil jamu.
Baru2 ni aku, Ina dan shbt dp Acheh sempat lunch di Retsoran Wong Solo (eh betulke name ni) di Kg Baru. Restoran ni mensajikan makanan jawa yg sunguh sedap dan terkenal. Restoran ini juga nampaknya menitikberatkan soal kebersihan, kecantikan (presentation) makanan tu di mana kopnsepnya `Halalan Toiyiban'. Ni dah kira promote nih. Kat restoran tu ada lah minuman Jus alpukat tu tp hari tu alpukatnya habis la pulak.
Selain daripada boleh memberi kulit wajah yg cantik, berseri dgn suntikan vitaminnya, Alpukat juga kaya dengan kandungan kimia, antara lain saponin, alkaloida, flavonoida, tanin, polifenol, quersetin, dan gula alkohol persiit. Untuk mengatasi darah tinggi, tiga lembar daun alpukat boleh digunakan di mana ia perlu dicuci bersih dan dimasukkan dlm air panas dan boleh diminum selepas biar suam sedikit. Ni yg aku dpt dp internet dan blog. Sebelum cuba, sahabat2 blehlah kaji dulu ye. Lagi satu ialah cara merawat kulit tubuh. Ambil sebiji buah alpukat ukuran kecil yang masak ditumbuk halus, dicampur dengan 70 gram tepung beras, baby oil dan air secukupnya. Diadun hingga menjadi adunan `dough'. Boleh dijadikan `lulur'. Bersihkan badan, lalu lumuri dengan minyak zaitun atau sekadar mandi supaya badan bersih dan lembab merupakan persiapan untuk acara luluran ini.
Setelah minyak zaitun setengah kering, lulurkan seluruh tubuh. Tangan, kaki, dada, perut, sampai paha bahagian depan hingga rata dan jug abelakang. Setelah lulur setengah kering, gosoklah perlahan hingga lulur rontok bersama sel-sel kulit mati. Gunakan ujung telapak tangan dengan gerakan memutar. Lalu gunakan dengan air suam2 panas hingga sisa-sisa lulur yang menempel tertanggal. Then, bolehlah berendam di bath tub. Campurkan segenggam bunga mawar, melati, pandan, minyak esensial beraroma sesuai selera. Atau setidaknya akhiri dengan mandi air dingin. Ni pun aku dpt dp internet dan blog. Mcm best je, leh cuba klu ada bath tub sesekali berluluran dan ala2 spa kat umah sendiri ok gak tu kan.
Nengok jus alpukat ni, teringat masa di Pagar Ruyung dulu, mengimbau kenangan di sana, tenang sekali rasa mcm balik kg kat utara Malaysia. Kampung2nya dipenuhi sawah dan rasa aman dan selamat je berjalan2 di situ. Yg paling aku tak lupa sebuah lagu Minang, lagu jiwang yg berkumandang di radio kaset dlm van yg membawa kami setiap kali melawati tempat2 di sana sehingga kami2 ni addicted dan akhirnya minta pilotnya untuk bwk kami ke kedai muzik dan beli la tape tu sorang satu hehehe. Aku tengah cari lirik lagu ni sebab tapenya dah rosak, kalau jumpa kau buh lirik kat sini. Seronok baca lirk sebutan minang ni penuh kelembutan, silap sebut tak jadi. Minang ni sebutannya lebih lembut dp kebanyakan bahasa minang di Negeri Sembilan dp segi sebutannya, mg payah aku nak sebut hehehe.
Ni Resepi Jus Alpukat.
3 biji alpukat/ alvocado yang tua/ ranum
100 ml sirap gula
100 ml sirap moccaa/kok/milo (serbuknya dicampur dgn sedikit air)boleh juga gunakan serbuk sahaja
100 gm ketulan ais
4 sudu makan susu manis dan dicampur coklat
Cara membuat:
Raut isi alpukat dgn sudu.
Kisar. Tambahkan sirap gula, kisar lagi hingga adunan tu jadi lembut.
Masukkan sirap mocca / koko/ milo dalam 2 biji gelas.
Tuang jus alpukat tadi.
Masukkan ketulan ais.
Tuangkan susu manis dan serbuk koko/milo di atasnya.
*Boleh juga guna cara lainnya iaitu ketulan ais tadi dikisar sekali dgn isi alvocado tadi dan akan menjadi ice blended.
Tadaaa boleh diminum :). Selamat mencuba.
Perkataan gemuk yg digunakan untuk dirujukkan kpd sifat fizikal seseorang kadang kala membuatkan seseorang tu terasa hati atau tidak gembira. Perkataan gemuk adalah yang tidak digemari oleh rata2 wanita, malah ada yang mengatakan diri mereka gemuk atau `gebu' walaupun pada mata org lain tak lah segemuk mana pun.
Perkataan obes dikaitkan dgn kegemukan yg terlampau mengikut ukuran yg diberikan oleh pakar2 terutamanya dp pakar dlm slimming men-slimming nih (sorry mencampur adukan bahasa ni). Cuba kita lihat beberapa kisah dan senario di bawah ini;
Senario 1 :
Remaja perempuan dan wanita ada yg cuba menahan diri dp makan ataupun mengambil pil tertentu untuk membuang lemak dlln kerana mendakwa diri mereka gemuk dan ingin kurus untuk kelihatan cantik dan menawan mengikut apa yg dipaparkan dlm magazine, tv dlln. Akhirnya ada yg jatuh sakit dan maut walaupun tiap ajal maut tu ketentuan Tuhan, tetap bersabit dgn tindakan dan usaha seseorang mausia itu.
Senario 2 :
Kes mahkamah sivil yg melibatkan seorang pelajar lelaki sekolah rendah dimana beliau telah menikam seorang budak perempuan hingga mati kerana tak tahan asyik diperlekehkan dgn gelaran `gemuk'.
Senario 3 :
Ni hanyalah satu hypotesis kerana belum dpt dibuktikan secara saintifik lagi. Kebanyakan lelaki yg sudah berkahwin akan bertambah sihat dp segi fizikalnya. Ramai yg ckp, org lelaki kalau happy sebab ada org jagakan makan, minumnya, dirinya dan anak2, rumah semua terurus, fizikal yang montel itulah lambangnya.
Senario 4:
Wanita2 anggun apabila berjalan2 di shopping complex melihat baju2 yang canti kdan dipakaikan di patung2 di depan kedai tersebut akan berkata :`peghh cantiknya baju tu..teringin la nak try..boleh beli satu'. tapi bila nak pilih size opppsss itu hanya tuk org yg saiz kecil molek, ramping je. errrr.......
* kegemukan boleh dikaitkan dgn penyakit2 yg bakal melanda kerana terlebihnya kandungan kolestrol dan lain2. tapi ada jugak org kurus yg tinggi kolestrolnya.
Aku sebenarnya nak cerita tentang kisah hidup satu tribe di afrika selatan, tak ingat nama tribe itu. Puak ni mempunyai pandangan tentang kecantikan pada seseorang wanita itu yg sunguh berbeza dgn pandangan yg dipakai oleh kebanyakan masyarakat dunia skg ini lebih lagi mereka yg terlibat dlm agensi modelling. Wanita2 puak ini apabila mahu berkahwin, maka ahli keluarga mereka akan menyiapkan bekalan susu kambing untuk diminum oleh wanita ini setiap hari. Sekurang2nya satu buyung besar yg diisi fresh goat's milk ini yg dtg dp ladang mereka sendiri akan diberikan kpd wanita ini setiap pagi dan petang. Tujuannya adalah untuk menggemukkan gadis ini. Kegemukan amat penting pd hari perkahwinan. Setelah berkahwin, wanita ini mestilah mengekalkan kegemukannya, kalau boleh lebih gemuk dp asal. Tujuannya untuk kelihatan jelita dan ini sebagai tips si suami tak cari yg lain. Aku nengok seorang nenek memaksa cucunya yg akan berkahwin yang berumur sekitar 15 tahun untuk minum susu kambing ini di mana tangannya ada sebatang rotan sambil berkata dlm loghat bahasanya yg bermaksud "minum cepat...minum sampai habis kalau tak, nenek pukul kamu dgn rotan ni'. Kak beliau yg sudah berkahwin memberitahu yang beliau perlu memastikan kegemukan diri supaya suami bahagia dan tak mencari wanita lain. Aku nengok keadaan kakak tu dah mcm susah nak bangun dan berjalan kerana fizikalnya itu. Bakal pengantin lelaki yg ditemuramah pula memberitahu tentang harapannya untuk melihat bakal isterinya menjadi gemuk ketika beliau berkahwin dgnnya.
errr......apa pun kita hidup ni mesti ceria dan happy kan terutamanya sihat.memandangkan aku hidup dlm dunia yg mempunyai perbezaan pandangan tentang penampilan diri berbanding dgn puak Afrika tuh dan lama dah aku tak exercise, aku nak mulalah gi gym esok hehhehe...yg penting tuk sihat.:)
Tanah Pusaka (Ahmad Marican / Wan Ahmad Kamal)
Tanah Pusaka Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Diseluruh dunia negaraku Yang berdaulat
negaraku Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia
Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata
**************************
nak dekat2 merdeka ni, rasa semangat sket nak dengar lagu ni....yang penting hayati liriknya. namun, nikmat kemerdekaan yang kita rasa seakan macam tiada erti...itu pandangan akulah...apakah erti kemerdekaan jika terlalu banyak `musuh2 yang tidak jelas kelihatan mampu menguasi kita daripada segi mental, spiritual etc..?'
Kalaulah Natrah tahu...
Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.
PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.
Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.
Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.
Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.
Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.
TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.
Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.
Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.
Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
Khamis lalu, Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.
"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
SETELAH gagal menjejak Natrah di Belanda, Fatini (kanan) pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989.
Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.
"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.
NATRAH meninggal dunia di Belanda pada usia 72 tahun, Khamis lalu.
"Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang.
"Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya.
Natrah cuba bunuh suami.
Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.
"Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.
"Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.
Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.
"Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya.
Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.
"Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.
"Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.
"Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya...
"Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'...
"Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini.
Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.
"Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya.
*******************************
kisah ini diambil dp akhbar Kosmo (Kosmo Online). Aku belum lahir lagi ketika kisah ini memulakan episod tragis dlm sejarah rakyat Melayu Islam di dunia Melayu. Namun aku dpt bayangkan dan rasakan perasaan umat Islam yg benar2 berjuang untuk keislaman Natrah ketika itu hingga ada yg terkorban. Bila cerita ini diungkit kembali, aku terasa sayu....walaupun dia terlepas ke Belanda dan tidak dpt dibela nasibnya sebagai Muslim di bumi Melayu, sekurang2nya kita nampak keutuhan iman dan semangat ukhwah org Melayu Islam yg sanggup berkorban nyawa dan diri demi maruah Islam itu sendiri. Aku terfikir, bagaimanalah keadaan sekarang ini? kes murtad berleluasa, kes keruntuhan akhlak bertambah2 malah dipaparkan dgn gembiranya oleh sebahagian mereka itu.
Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon tuhan
tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan
jangan kau ambil nyawaku
(Chorus)
aku takut akan semua dosa2 ku
aku takut dosa yang terus membayangiku
mungkin tahu malaikatMu kan menjemputku
izinkan akumengucap kata tobat PadaMu
ampuni akudari segala dosa2 ku
ampuni aku menangis minta tobat PadaMu
aku manusia yg takut nerakamu
aku jugatak pantas di surga
Andai Ku tahu kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata tobat PadaMu.
(lagu kumpulan Ungu . Tajuk : Andai Ku Tahu)
***************************************
sesungguhnya kematian itu pasti. yang belum pasti adakah kita benar2 cukup bekalan untuk dibawa nanti berjumpa Rabbul A'lamin. Kematian demi kematian yang berlaku yang sering kita dengar, lihat...mampukah mencetuskan rasa keinsafan dlm diri atau hanya untuk seketika cuma.
yang kita tahu, kematian melibatkan seseorang yang kita sayang, kita rapat, kita kenal amatlah membuatkan kita sedih dan rasa kehilangan.
aku mendapat berita kakak kepada kakak angkat sahabatku Ina iaitu Kak A telah terlibat dlm kemalangan kereta di Klang. Semalam kami pergi menziarahinya di SJMC. Beliau baru sahaja lepas menjalani pembedahan di bahagian hidung di mana doktor memasukan besi untuk sementara waktu kerana ada keretakan di situ. 6 jarum dimasukkan di bahagian bahu sebelah kiri. Anak lelakinya iaitu itulah sorang2 cahaya mata yang Kak A miliki telah kembali ke padaNya dengan kecederaan yg teruk. Mengenali kakak A dan pernah berjumpa dgn anaknya yg di tahun akhir pengajian farmasi, aku dan Ina rasa sebak dan teragak2 untuk menziarahi kak A. Kita yang mendengar dan memandang pun rasa seperti tak mampu untuk berhadapan dengan Kak A. Anaknya ada telefon Ina sebelum pemergiannya bercakap tentang dirinya kalau apa2 terjadi bagaimana dengan ibu dan ayah kerana beliaulah satu2nya cahaya mata dlm keluarga itu. Beliau adalah seorang yang bijak, sopan dan amat manja dan rapat dgn ibu dan ayahnya. Alhamdulillah bila kami menziarahi kak A di wad, tiada air mata di kelopak matanya, kami2 yg melawatnya yg bergenang air mata trmasuk diriku yg ketika aku menulis kisah ini pun masih rasa sebak. Kak A semalam ramah berbual, bergurau dan ketawa bersama kami. Salah seorang dp yg melawatnya ckp 'pensyarah mcm nilah....tak henti dia ckp' :). Kami dpt rasa apa yg akak rasa di dalam hati. Namun ketabahan akak, amat aku kagumi.
Moga akak cepat sembuh, diberi ketabahan dan alfatihah utk putera akak, moga Allah beri keampunan dan meletakan beliau bersama orang2 yg soleh. Aamiin.
Mahu mati selepas gaduh dengan kekasih.
Seorang anggota bomba bersedia menyelamatkan seorang wanita yang mengugut mahu bunuh diri berhampiran Stesen LRT Pudu, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Gara-gara hilang pertimbangan selepas bertengkar dengan teman lelaki, seorang gadis cuba membunuh diri dengan berdiri di tepi laluan jejantas berdekatan laluan transit aliran ringan (LRT) Pudu di sini semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi, sepasukan enam anggota bomba dan penyelamat Jalan Hang Tuah dapat menyelamatkan gadis berusia 19 tahun itu selepas memujuknya selama 45 minit.
Jejantas setinggi 15 meter itu terletak berdekatan Flat Sri Sarawak dan berada di antara Stesen Pudu dan Stesen Hang Tuah.
Ekoran tindakan gadis itu, perkhidmatan LRT di laluan tersebut terpaksa ditangguhkan lebih satu jam kerana bomba mahu memasang jaring di bawah jejantas itu.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Mohd. Rafi Husni berkata, gadis yang dikenali sebagai Rohana itu dikatakan mula bergaduh dengan kekasihnya sejak semalam.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
******************************************
ini adalah satu daripada seribu kisah yang sebenarnya termasuk kisah si anak yang melarikan diri sehingga membuatkan ibu bapa sedih dan tak tentu arah jadinya hanya kerana merajuk, bukan hanya perlu ditudingkan jari ke atas individu itu tapi harus difikirkan oleh semua pihak, ibu bapa, keluarga, masyarakat.........mengapa begitu mudah anak2 kita melakukan seperti itu? setiap sakitnya mesti ada ubatnya kecuali mati.......setiap yg busuknya mesti ada cara untuk mewangikannya....inilah yg perlu dipupuk sedari anak2 itu kecil...kreativiti dlm menyelesaikan masalah dgn cara yg betul.... betapa mudah rapuhnya iman kita....kepada Mu Ya Allah kami memohon perlindungan.
Al-Quran, Surah AL-A'raf, Verse: 146
The translation of the verse is ;
"Those who behave arrogantly on the earth in defiance of right -
them will I Turn away from My Signs. Even if they see all the Signs,
they will not believe in them; And if they see the way of right conduct,
they will not adopt is as the Way; but if they see the way of error,
that is the way they will adopt. For they have rejected.
**************************************
May Allah Grant His Bless and Mercy to all of us and Guide us to theright path. Amiin.
Dlm BM:"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
(ni sumber dp Bro. Ben kita..tq so much bro :) )
'Dilla tak nak merajuk, enggan lari dari rumah lagi' .
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILIahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my
LATIFAH (kiri) dan Mohd. Yusof gembira dengan kepulangan Nur Fazilah (tengah) ke rumah mereka di Tapah semalam.
KERATAN Kosmo! 7 Julai
TAPAH - "Ampunkan Dilla mak, ayah. Dilla tak nak merajuk dan lari dari rumah lagi. Ampunkan Dilla."
Itu kata-kata kekesalan Dilla atau Nur Fazilah Mohd. Yusof, 16, kepada ibu dan bapanya sejurus pulang ke pangkuan keluarga kira-kira pukul 8.45 malam kelmarin selepas menghilangkan diri sejak 1 Julai lalu.
Pelajar tingkatan empat itu memberitahu, kerinduan mendalam dan rasa bersalah terhadap ibu, Latifah Mohd. Sabri, 48, dan bapa, Mohd. Yusof Mohd. Ibrahim, 50, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
"Memang saya merajuk sangat dengan mak tetapi hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya kepada mak," katanya ketika ditemui di Taman Bunga Raya di sini semalam.
Nur Fazilah yang meninggalkan rumah sehelai sepinggang itu turut mengaku bermalam di rumah adik perempuan teman lelaki yang dikenalinya lebih setahun lalu di Damansara sepanjang berada di ibu kota.
**********************
wahai yang bergelar anak, hargailah ibu bapa ketika mereka masih hidup. jangan biarkan masa berlalu terlalu lama untuk menangisi kekesalan dan kesilapan yang lalu.
Kalau nengok sejarah, laluan laut adalah amat penting untuk aktiviti pelayaran, perdagangan dan lain2. Maka angin monson timur laut, barat daya memainkan peranan yg sgt penting. Jika angin ini bertembung keduanya maka akibatnya tidak baik kpd pedagang yg belayar. Justeru pelayar2 dan pedagang2 mesti arif, peka dengan masa dan tempat laluan angin ini.
Cemana pulak bila setiap perkara yg dilakukan di Malaysia kerap je berubah..agaknya ikut angin jugak kut. Sesuatu perkara perlu diperbaharui dan melalui perubahan mengikut keperluannya bagi kesejahteraan dan kebaikan individu itu mahupun untuk seluruh rakyat. Cuma aku tertanya2 apabila sesuatu sistem itu diperkenalkan dgn cepat, maka cepat pula ia berganti dgn sistem yg baru kemudian kembali dgn sistem yg lama seolah2 seperti roda yg berputar2 naik dan turun, letih juga kalau kita ibarat semut duk atas roda yg berputar tu silap2 pening kepala tuh. Aku berharap apa yg dilakukan memberi kebaikan kpd rakyat tapi just rasa kita terlalu cepat membuat keputusan untuk perubahan bagi sesuatu perkara, tak lama dah nak tukar balik......akan beri bnyk impak kpd mereka2 yg terlibat. Anyway......wahai pelajar2, guru2 dan ibu bapa sekelian.....subjek Math dan Sains yg hangat diperdebatkan telah dibuat kata putus oleh mereka yg incharged agar diajar dlm bahasa Malaysia semula. Emmm.........
Dadah ‘pisahkan’ cinta Wook dan suami.
Oleh HARADIAN SHAH HAMDANharadianshah.hamdan@kosmo.com.my
MAJLIS persandingan Mohd. Nor dan Wook pada tahun 2005 di Dungun.
KERATAN Kosmo! 26 November 2008.
HULU TERENGGANU – Cinta Wook Kundur, 107, terhadap Mohd. Nor Musa, 38, mungkin benar-benar buta kerana dia bukan sahaja sanggup mengambil lelaki itu sebagai suaminya walaupun perbezaan umur mereka hampir 69 tahun.
Wook juga tetap mempersuamikan Mohd. Nor walaupun dia mengetahui lelaki itu adalah seorang penagih dadah.
Bagaimanapun, pergorbanan cinta Wook itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila bukan sahaja hartanya dijual oleh lelaki itu, malah dia bakal ‘kesepian’ apabila suaminya ditahan pihak berkuasa kerana mengambil dadah semalam.
Sambil mengakui dia sebelum ini sudah mengetahui bahawa suaminya pernah ditahan di Pusat Serenti Tampin kerana menagih dadah, Wook masih menaruh harapan Mohd. Nor dapat memulihkan diri sepenuhnya dan sentiasa mengingati Tuhan.
Bagaimanapun, menurut warga emas itu, dia tidak sedar bila suami melakukan perbuatan tersebut kerana dia tidak tahu mengesan gerak-geri orang yang mengambil dadah.
“Saya harap dia berubah dan bertaubat. Dulu memang dia (suami) kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ini (semalam) ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
“Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu,” katanya ketika ditemui di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Ajil di sini semalam.
**************************************
sian nenek tu..harapkan pagar, pagar bawak guni padi lari.
ni la lumrah dunia yg apa yg berlaku depan mata jgn diambil mudah.
Ketulan ‘emas’ Pendang bila dilebur jadi arang.
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMEDzainal.mohamed@kosmo.com.my
ORANG RAMAI terus mencari ketulan batu ‘emas’ di kawasan kuari Kampung Jelutong, Pendang biar pun agensi berkaitan mengesahkan ia hanyalah batu sulfat.
ALOR SETAR – Ini pastinya bukan berita menggembirakan kepada pencari emas di Kampung Jelutong, Pendang tetapi hakikatnya, galian yang didakwa bernilai itu apabila dileburkan boleh menjadi abu arang.
Itulah penemuan tukang emas, Yazid Ishak, 35, yang membuat siasatan sendiri menggunakan batu ‘emas’ yang ditemui di kampung berkenaan semalam.
ZAINOL (kanan) menunjukkan sampel batu yang diambil dari kuari Kampung Jelutong, Pendang bukannya emas pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.
“Kalau emas, ia tetap ada kilauan warna keemasan tetapi ketulan yang dijumpai di kampung itu bertukar menjadi hitam selepas dileburkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Bagi membuktikan ketulan itu bukan emas, wartawan Kosmo! turut melihat Yazid mencalitkan asid sulfurik dan hidroklorik ke atas emas campur jenis 750 dan kemudian kepada satu ketulan batu itu.
“Asid tersebut tidak memberi kesan ke atas jaluran emas tulen tetapi warna emas pada ketulan batu yang ditemui itu hilang apabila diletakkan asid tersebut,” katanya.
**********************************************
asal arang menjadi berlian....ni emas jadi arang ...canggih tuh....
Hermodo, kaif fa hal, ni hauma, pe habaq semua. Moga sentiasa di dalam Rahmat Allah.
Dah hampir sebulan rumah aku ni takdak org jaga...takpa ni aku buat open house....mai la bwk cekodok, pisang goreng, durian ka...kita pakat makan ramai2 ya, ni konsep port luck open house la yer ;)
Alhamdulillah 3 minggu lebih dpt bersama abah dan mak di kampung sempena cuti tempoh hari.
Sempat la melawat makcik di Ipoh, kurang sihat dia. Tapi masih dapat membawa kami jln2 ke tesco yg baru buka depan umah tu :).Then sepupu aku teringin sgt nak bawak kami semua tengok tempat dia jogging tiap ptg lepas balik keje. Tempat tu agak jauh juga di kwsn perumahan baru ala2 bandar baru gitu..memang cantik ala2 botani...ada kolam ikan dan tempat jogging. Kolam ikan tu dipenuhi dgn ikan sungai yg besar2 kalau ditimbang mesti berkilo2 lah beratnya...tapi dilarang memancing,hanya boleh beri ikan makan je. Esok paginya dah balik semula ke parit buntar so tak sempatlah nak jumpa sahabat2 di Ipoh. Azwa, insya-Allah kalau ada kesempatan ke sana lagi dptlah berjumpa. Shbt2 yg lain tu, insya-Allah, nanti kita plan bila sya dpt bercuti lama sket di Ipoh.
Di kampung, gi kebun mini abah dan mak.Dah lama gak aku tak exercise sapu laman rumah tu dgn daun2 kering yg gugur dp pokok2 jambu,rambutan, sukun dlln. Setiap yg hidup, cantik, gagah akhirnya bila sampai masa gugur juga ia.Petang teman mak gi kuliah di Pusat Pengajian Umumi Madrasah Al-Hidayah yang baru beroperasi atas usaha Tuan haji Yunus Alias dan shbt2nya yg lain. Tempat tu masih belum siap betul, kalau sahabat free tu jenguklah link yg aku attach kat link blog saya tu. Samalah2 kita berdoa agar usaha murni itu diRahmati Allah di mana untuk menjadikan pusat pengajian ilmu seperti kelas mengaji quran, bahasa arab, jawi,fiqah dan lain2 utk org dewasa, pondok moden yg memerlukan bantuan kewangan untuk membina bangunan dan menambak tanah dan juga rumah anak2 yatim.Kalau dpt membantu dlm bentuk wang ringgit, tenaga dlln silalah contact org yg berkenaan (di link blog). Buat masa ni, baru sebuah bangunan kecil dibina sebagai office smeentara dan juga tempat belajar b.arab, fiqah dan lain2 setiap hari. Aku sempatla temankan mak gi kelas b.arab haritu sehari, tuan haji yusuf sempat berlawak, p.crayon takyah la kita tanya ye dia dah boleh tlg ajar pun hehehe...jgn perli la ustaz...dah tak tahu sgt pun nak wat ayat.
Alhamdulillah Tuan haji Yunus Alias, isterinya Ustazah Ramlah dlln lain memberi khidmat tenaga dan berkongsi ilmu secara percuma dan membangunkan institusi ini, maklumlah bayaran apapun belum dikenakan lagi. Tuan haji yusuf ni bekas KPP bhgn penyelidikan di Jbtn Agama Islam Ipoh dan baru saja pencen. Dulu beliau pernah berkhidmat sebagai hakim syarie selama dua puluh tn lebih. Sikapnya yg peramah, humble dan berilmu serta penglmn ni amat disengani. Beliau ajar untuk kuliah undang2 di masjid utk kaum bapa.Abah aku selalulah menghadirinya. Sempat jugalah aku interview Ustaz ni utk kajian paper aku ni yg diusahakan bersama shbt untk confernce di UKM tak lama lagi.
Cuti2 juga, tp otak duk dgn kerja2 yg dibawa balik bersama. Sian gak mak abah....so aku letak keje kat sebelah...hehehe....masak2 spesel tuk meraikan ulangtahun abah dan mak. Musim doroyan pun tiba...mak aku mmg suka sgt doroyan tuh. Aku suka durian kampung yg warna putih tu mg sedap tp paling banyak aku boleh mkn pun 4 ulas. Tapi balik baru2 ni aku mkn bnyk betul ulas sekali mkn hehehe. Sebenarnya masa kecik2 dulu aku terlalu mkn bnyk sampai tahap aku tak boleh bau durian ni nak pening dan nak terkeluar isi perut. Akhir2 ni je aku baru boleh semula makan durian ni. Plan mak abah aku nak ke Keroh atau nama barunya Pengkalan Hulu untuk ziarah sahabat lama abah aku tapi tak jadi. Abah ni bnyk urusan kat kg, urusan masjid, jenazah dlln. Aku sempat tinggal dan bersekolah di Kroh ni 2 thn lebih. Kroh ni dulu2 terkenal sebagai tempat yg bnyk komunisnya tau bintang 3. Uhh seksa..abah aku nak pi keje pun kena pakai baju biasa sampai opis baru lah pakai baju uniformnya. Takyah la nak citer betapa seksanya rakyat dgn komunis ni kan so renti2kanlah klu ada sesapa yg nak katakan komunis itu Pembela Banggsa!
Cuti aku masih panjang lagi sampai ujung minggu ni tapi sebab aku kena attend conference kat KLCC minggu lepas so dgn berat hati aku tinggalkan kg halaman ku. Kat conference tu jumpa shbt2 baru dan juga teman2 lama ada yg dah lebih 10 thn tak jumpa. Wardina Safiah pun ada hadir salah satu paralel session yg aku sertai. Dalam salah satu session tu, mat saleh lebih cekap menjawab soalan yg dilontarkan oleh peserta kpd speaker tentang sirah nabi dan pemikiran kreatif yg dpt dilihat pd Rosululah. Salah sorang speaker yg duk sebelah aku bisik kat aku kata "mat saleh ni lagi cekap dp kita". Aku jwp.."depa rajin baca, kaji". : ) Salah satu sesi yg paling aku sukua ialah sesi penutup di mana spekar nya ialah Edward de Bono. Sungguh berpengalaman dlm memberi talk seperti seorang atuk bercerita kpd cucunya cukup dgn contoh, cerita dan kisah dan bagaimana nak applikasinya dp pelbagai sudut dan disiplin bukan hanya teori. Antara yg menggembirakan aku, bila salah sorang kwan baru yg dikenali dp Singapore menghadiahkan buku motivasi kpd ku dan seorang lagi peserta conference tu.
Moga cuti kali ni lebih berkualiti ye tak lagi2 berkualiti dlm spend masa dgn keluarga. Ni aku dlm edit paper ni untul last stage...isk duk edit je ni bila nak siap hehehe. Aku call pihak penganjur bgtau nak antar dlm ujung minggu ni full paper..katanya "no problem'. Alhdamdulillah. So dtg le ke opis ni jap wat ape yg patut, jumpa rakan sekerja baru yg juga jadi jiran meja aku ni. Jumaat ni meeting dgn boss baru....moga semangat pun baru bertemu students baru. Next week kelas akan bermula jadi eloklah dpt rehat secukupnya minggu ni..errr tak cukup lagi cuti ni yer ...hehehe. Oklah kengkawan, kita sembang lagi ye, dah nak balik dah. Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat nyambut Rejab...moga amalan kita bertambah dan diRahmati Allah. Aamiin.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional