kalau dulu2 malam 7 liku satu kewajipan depan rumah2 ada pelita
dalam bulan Ramadhan ramai yang bertarawikh di masjid
pagi2 raya pun dah ramai yang ke masjid untuk solat Sunat Aidil Fitri
ada jugak yg masa tu barulah kelam kabut nak bayar zakat fitrah
kelam kabut jugalah ajk Masjid yg bertugas
lemang dan serunding daging menjadi hidangan wajip bagi rata2 orang utara
ada yg makan lemang dengan rendang pedas ayam atau daging.
rendang ostrich belum aku penah mkn lagi...ada ka org buat yer
rendang pedas arnab aku pernah rasa dulu2, kwn mak aku buat....tp tak termakan, agaknya teringat arnab tu jinak mcm kucing kut
tokey2 lemang maka bertungkus lumus la membakar lemang
kalau dulu2 kat tepi2 jalan ramai org jual lemang
sekarang ni kat kwsn aku dah kurang sket sbb ramai yg balik ikut highway
ketupat daun palas juga ketupat asasi org utara
ada org suka masukkan kacang atau jagung
aku suka yg original mak aku buat
ketupat nasi ni pulak selalunya femes di bhgn pantai timur dan selatan
raya tahun ni abah aku ckp kita ubah tradisi, tak buat ketupat daun palas..tukar dgn ketupat nasi himpit..mkn dgn kuah kacang dan rendang pedas ayam...nyummmmyyyy
baju untuk raya bermacam2 fesyen dan kaler ditempah oleh rata2 orang kita ni
ada yg dah 3-4 bulan awal tempah takut baju tak sempat siap
aku?mcm biasalah tak penah ada baju khas tuk raya huhuhu.....pakai la baju yg mak aku buat beberapa bulan untuk baju keje yg lalu yg belum aku pakai hehehe
syafakallah ya akhi.
Akmal skg ni tak berapa sihat, demam yg tak kebah2.
Sahabat2 disayangi, kita sama2 doakan agar shbt kita ni sihat semula dan beri kekuatan dan ketabahan dlm menjalani kehidupan seharian.
Akmal, bnykkan rehat, stop join any sports at the moment.
Insya-Allah, dlm bulan yg mulia ni, kami sentiasa doakan agar Akmal sihat dan ceria seperti selalu. :)
Alhamdulillah sekian lama lost contact dgn shbt2 lama terutama geng sekolah di Penang dulu akhirnya dpt gak jejak kasih sebahagian dp shbt2 ni. Pagi tadi sempat la aku berjumpa sekejap dgn salah seorang shbt lama yg tak jumpa sejak masing2 menyambung pelajaran lps SPM.Juhaida ni aku dpt conatct balik bila shbt2 lama mula forward email. Insya-Allah jumpa lagi yer. Dia sempat sampaikan salam salah seorang kwan yg juga aku lost contact selama ni. Lepas bagi kek lapis swk yg dia order tu kami pun berpisah dan insya Allah plan untuk berjumpa lagi kerana dia pun ada urusan tadi.
Then aku jumpa Kak Ani memandangkan masih lagi di shah alam ni.memula plan nak jumpa kejap je then kami ubah plan ke PKNS then apa lagi bermulalah acara marathon mengelilingi gerai2 kerongsang, tudung, kueh raya hehehe. Tq abg osman pinjamkan kak ani sekejap. sorry kak ani, sya taktau yg kak ani nak gi kubur pagi tadi.aku mmg suka sgt nengok biskut raya bukan beli tp nengok decoration nya...untuk dpt idea utk biskut aku hehehe. Then kak Ani hantar aku balik....lahai tq so much kak....ni yg rindu kat akak ni.Rindu gak kak Melor, Kak dib, Az, geng bunga kertas......lepas raya kita jumpa mkn2 yer.Org kita ni lagi2 group bunga kertas kalau berjumpa, acara yg wajib diutamakan ialah acara memberi tenaga iaitu acara makan2 hahahha.
Alhamdulillah Ya Rabb...untuk segalanya2...moga ukhwah kami semua termasuk shbt2 blog dan sesiapa yg aku kenal menjadi lebih kukuh dan berada di jalanMu ya Allah.
moga doa dan impian lain2 yg kami mohonkanyg dipanjatkan dimakbulkan olehMu, amin amin amiiiin.Alhamdulillah.
Kalau di Malaya moden ni ada kumpulan jejaka malaya mengusung kepala lembu.
Di Uk skg sekumpulan rakyat UK menyebarkan plan mereka untuk membuat perhimpuan anti Islam.
Mengetahu hal ini, sekumpulan rakyat Islam di UK telah keluar bekumpul utk tahu keadaan sebenar namun telah diserang kumpulan anti Islam ini. Ramai pengulas sejarah dan sosial memberitahu gambaran fasisme bakal berulang kalau tidak dibendung.
Negara kita at least masih aman, so masing2 mesti jgn memberi ruang atau membuka pintu kpd jalan menghina sesama sendiri kerana berlainan agama dan bangsa. Bnyk lagi cara bilhikmah untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tertentu. Jgnlah menuang minyak petrol ke tempat pembakaran....jimat2 la bukan murah petrol tu....sama juga dgn manusai....jgn sesekali mencetus api kemarahan lebih2 lagi menggunakan isu perkauman sebagai faktor utama. Moga dijauhkan sprti apa yg diberlaku di Rwanda (pembunuhan beramai antara kaum sendiri.
Dah la di Indon dgn slogan memberi untung kpd kilang penyapu.Sesunggunya kita berada di akhir zaman....semangat nak membunuh , menghapuskan sesapa saja yg dianggap musuh walaupun tidak bersalah dan tiada kaitan tidak lagi menjadi sesuatu yg perlu dibuat selindung2. Nauzubillah. Moga Allah memberi perlindungan kp kita sekeluarga semua.
***************************
i. Di China pulak, ada sekumpulan yg menyuntik rakyat cina juga dgn virus HIV. Ini dikatakan dilakukan oleh Rakyat Islam ke atas kaum cina yg lain.Tuduhan ini sudah tentu mampu mengganggu gugat kedamaian dan kesejahteraan rakyat sebsebuah negara itu.
ii. Just nak selit sket berita terkini.....lagi berita yg mengorbankan tentera udara nahas pilatus terhempas(pesawat ringan)...baru je aku mentioned di entry kapal selam haritu. Moga Allah cucuri Rahmat ke atas dua angkatan tentera kita yg terkorban dlm nahas itu. Al-Fatihah.
Alhamdulillah dipanjatkan kpd Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi-Nya, kita masih dlm keadaan aman di Malaysia ni walaupun angin2 anak2 hurricane deras juga bergerak ke serata Malaya moden ini.
Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk merebut peluang beribadat pd bulan yg mulia ini.
Alhamdulillah dah selesai forum undang2 keluarga kali ketiga untuk kelas aku.
Kalau tengok tarikh ni, org2 barat terutamanya kat U.S nuh mesti takleh lupa tarikh ni. Tapi tarikh tika U.S attack org2 Islam di Iraq pd bulan puasa takde pulak dunia nak buat hari merintih kpd rakyat2 yg tidak berdosa.Malah tidak menghormati Umat Islam yg berpuasa tika itu. Namun nak ckp apa....org2 arab yg kaya2 pun ada ka nak buat sesuatu?adala....bercakap, berbincang...round table discussion....emmmm....
Sebab tulahaku bersyukur sgt2 pd tarikh keramat yg dikeramatkan oleh pihak2 tertentu, forum undang2 yg membincangkan isu2 panas, kontroversi dapat berjalan dgn aman. Takdak kepala lembu, kaki lembu,kepala itik, kaki itik di bawa ke dalam bilik forum. Kalau bukan bulan puasa, boleh gak lunch ramai2 dgn sup ekor lembu bg yg boleh makan dan kari kepala ikan. Tq so much Tn.Tamar kerana sudi dtg lagi berkongsi maklumat dgn pljr2.
Kali ni pljr2 dp fakulti lain dtg join untuk sesi pertama tadi.
Apa yg dimaklumkan pd aku, ramai lecturer mat saleh pun nak dtg tetapi waktu tidak mengizinkan kerana sem ni ramai yg ada kelas waktu sama dgn forum aku ni.
Tadi, video tentang pengakuan kartika untuk isu sebatan dan video cara sebatan ikut syariah dan sivil ditayangkan tadi. Stdnts2 aku nampaknya ramai yg berhati2 untuk menanyakan soalan dan tidak berapa berani untuk bertanya berbanding dgn thn lepas kerana pljr2 sem ni budak2 nya baru je masuk bab undang2 ni dalam 3-4 hari jadi nampaknya mereka lebih ingin mendengar. Apepun, abis je 2 sesi tadi tu ada yg dtg buat informal diskusi dgn Tn Tamar dan menanyakan soalan2 lain. Bersemangat nak tanya so aku suh pakat amik kerusi dan keliling tuan speaker. Mcm2 yg ditanya malah ada bnyk lagi yg depa nak tanya tapi tuan kita tu kesianlah kan, bagilah dia rehat.So tamatkan diskusi tak formal tu kemudiannya. Sayang juga sebab ramai yg ada kelas lepas sesi kedua tu dan aku tau ramai yg berkobar2 nak tanyakan soalan. Tuan, daripada persoalan perundangan nampaknya dah meluas ke isu2 kenegaraan tuh hehehe.
Apepun, tq again Tn Tamar. Moga Allah merahmati tuan dan keluarga dan terima kasih sekali lagi berkongsi ilmu, pengalaman dgn kami di sini. Insya-Allah jumpa lagi. Tadi dah ada stndt bgtau jgn lupa check email dia, dia nak tanya soalan lagi la tu :)
Tq too to all committee yg membantu lebih2 lagi bekerja keras sejak dp semalam lagi, semua stnds dan staff yg dtg termasuk la tetamu dp fakulti2 lain. Tq to Shazana and Farah, tq 4 ur help and support yang tidak berbelah bagi tiap kali kita berpogram. Allah Bless all of you :)
*********************
Alhamdulillah dpt juga shbt2 P.I berbuka puasa dgn Tuan Tamar sehari sebelum Forum.
Alhamdulillah juga dpt berbincang dan mendapat nasihat dan kata2 perangsang dp pakar motivasi pembentangan kertas kerja ni :). Koi akan cuba sedaya termampu 6-7 oktober nanti. Namun, tanpa kehadiran pakar motivasi dan shbt2 pd hari pembentangan tu, rasa agak nervous gak.
Alhamdulillah, masa berbuka puasa dgn pakar motivasi, aku sempat dptkan resepi nasi terkini dp chef otel tu hahaha. Mesti tuan motivasi tu keheranan tetiba jek chef tu (hensem gak oooo....tall, not dark -fair, hensem hehehe) dtg ke meja kami dan terus bagi resepi yg aku minta dlm kertas A4 yg telah di print. Dgn senyumannya yang manis, chef tu ckp...ni saya bagi resepi ni tp confidential tau. Aku masa nak amik nasi tika berbuka, chef tu dtg kat aku sambil tanya aku nak mkn nasi apa...ada 5 jenis nasi kat situ. So, aku sembang2 sket sebab dia bnyk bertanya dan entertain sampailah aku cuba dptkan resepi hahahha.
Disebabkan amanah dia kpd aku untuk menjadikan resepi itu sebagai kopidental so, aku tak boleh la nak bubuh resepi kat sini yer. Takpa kalau aku dah cuba buat Nasi Oriental versi sunway ni...aku tepek gambaq kat sini yer. Ingat nak buat la nasi ni hindangan raya nanti sebagai menu tambahan. Kalau dah menjadi masakan tu, aku ubahkan nama jadi nasi Orental P.Crayon...then aku buh resepi ok hehehehe. Ingat nak pi lagi la berbuka puasa situ dgn kwn sebelum balik raya...tak puaih mkn smlm sbb tak terdaya nak mkn bnyk2...aleh2 tuan motivasi kata....kita ni mkn mcm ni kalau kat kedai RM10 jek hehhee ....nengok org lain mcm2 depa mkn...kami ni duk mkn sambil berbincang ape sgt leh mkn ...cepat kenyang lagi pun. Pi situ boleh cari chef `A' tu lagi....nak minta resepi mskn lain pulak...abihla resepi kopidental aku dpt hahahaha.
Nengok makanan2 yg disediakan terlalu bnyk jenis dan kuantiti itu, lagi2lah aku bersyukur pd Ilahi kerana ramai lagi yg tak de mknn nak dimkn ketika berbuka....
PUTRAJAYA - Kerajaan Indonesia telah memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin berikutan terdapat sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing di republik itu yang mahu mengusir rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar kepada beliau dalam pertemuan mereka tengah hari semalam.
"Saya dah sampaikan kepada Pak Try Sutrisno (Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Indonesia Tan Sri Try Sutrisno) mengenai kebimbangan Malaysia terhadap keselamatan rakyatnya dan beliau berjanji untuk sampaikan kepada pemerintah Indonesia.
"Duta Besar Indonesia dalam pertemuan tengah hari tadi (semalam) telah memberitahu bahawa mereka sedang mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia,'' katanya selepas majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di kediaman rasminya di sini.
Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan di Jalan Diponegoro, Jakarta dalam gerakan yang dipanggil Sweeping Malaysia (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
******************************
betapa bnyk juga kes2 melibatkan org indonesia di malaysia yg pecah rumah, merogol,membunuh,mencuri,menculik,menipu,membuli majikan,menganggu rumah tangga majikan dan org lain dn mcm2 lagi yg menyusahkan rakyat Malaysia untuk sekian lama sejak ramai2 dp mereka ini yg tinggal di Malaysia untuk mencari rezeki....ramai juga rakyat malaysia yg marah dan tak puas hati dgn mereka2 ini ...tp belum aku dengar lagi ada cara berkumpulan membawa senjata mencari setiap org indon di malaysia ini.yg salah kalau benar salah biarlah dihukum di mahkamah mengikut peruntukan undang2 negara....kenapa perlu dibabitkan mereka yg tidak bersalah. aku tak dpt bayangkan, kalau aku pergi ke sana untuk membawa keluarga berjalan2 di sana mengenali tempat org dan membantu pihak sana dlm perlancongan ataupun mereka yg berada di sana menimba ilmu tiba2 jadi mangsa kumpulan buluh runcing tu!!!
dulu `Ganyang Malaysia'
ni `Sweeping Malaysia'
sweeping guna la penyapu pesal lak bawak buluh runcing tu mcm nak hukum sula jek.
Sahabat2 yg disayangi, sem ni insya-Allah dgn keizinan Allah dptlah lagi menganjurkan Forum Undang2 untuk pljr2 kelas aku ni. Isu utama adalah isu2 berkaitan perkahwinan,pembatalan perkahwinan, umur, consent ibu bapa (or tidak) dr sudut Undang2 Sivil dan Syariah. 2 kes terkini yg akan dibincangkan ialah isu tuntutan hak penjagaan anak oleh ibu yg bukan beragama islam dan ayah yg telah memeluk Islam serta isu sebatan dr sudut syariah dan sivil.
Forum ini dibuka kpd shbt2 jika dpt hadir silalah hubungi saya ya...boleh maklumkan di sini.
Tujuan forum ini adalah untuk membantu pelajar2, pendengar2 dan juga diri ni untuk mengetahui apa yg patut dan perlu diketahui agar yg kabur akan menjadi jelas. Terima kasih in advance kpd penceramah Tuan Tamar kerana sudi untuk ke mari lagi berkongsi ilmu dgn kami di sini.
Forum Undang2 Keluarga.
Jumaat - 11hb. September, 2009
Library Training Room, Libary
Sunway Univ College
Anjuran C.I.M.P Dept.
Sesi I : 8.30-9.30a.m
Sesi II : 9.30-10.30a.m
Moga yg kabur menjadi jelas, yg kusut menjadi tenang.Itulah harapan aku lebih2 lagi amat berharap agar pljr2 aku dpt membantu pihak lain untuk memahami apa yg sebenar untuk dipahami dan diterima.
p/s: koi nengok soalan2 yg diberi oleh bebudak ni untuk difokuskan bnyk yg boleh tahan `panasnya'. rasanya Tuan tak dpt berehat lagi tika di soal jwp nanti :)
Tuan, koi kongsi beberapa soalan in advance kat sini ye just tuk berkongsi dgn shbt2 di sini.
Ni antara soalan yg bagiku mencuit hati dan tersenyum sambil membaca ayat2 ini.
1. Will my will be fulfilled regardless of what I requested ( which are related to my properties and assets ) , for example . My house , car , savings will go to my secret wife ( which I didn’t tell my married wife ) instead of my married wife ? Or goes to orphanage / charity instead of my wife and children ?
......amboi siap tanya untuk secret wife tuh hehehe.....dah ada plan untk masa depan ni hehehe
6)For a divorce case, what if the husband has strong religious belief but he does not work while the wife is working and has less religious belief, who gets the custody?
......hehehe.....emmm......kita tunggu je la Tuan Speaker kita jwp nanti.
Semalam ketika sedang bersahur bersama ibu dan ayahku, pintu rumah diketuk memaklumkan seorang jiran yang tinggal di hujung blok ni tak menyahut bila si isteri mengejutkan beliau. Abah aku pergi dulu dan maklumkan pakcik Din dah tak ada. Kemudian kakikatangan hospital datang untuk buat pengesahan. Aku, mak dan sepasang suami isteri di sebelah rumah pakcik ni membuat apa yg patut sementara menunggu orang lain datang. Abah ku selepas solat subuh bergegas semula ke rumah itu untuk menguruskan jenazah.
Tghri ni ketika dlm perjalanan dp kg ke Sunway, aku mendapat sms dp Ina memberitahu sahabat lama ...kami memanggilnya `Mami' yang sama-sama belajar di UIA dulu telah meninggal dunia harini di Melaka kerana barah hati. Kpd shbt2 yang membaca blog ini dan mengenali Mami jika ada info terkini beritahulah ya.
Al-Fatihah, moga Allah mengampuni sahabat-sahabat ini dan ditempatkan bersama org2 yang soleh dan solehah.Amiin.
syabas -pagi ni kapal selam pertama KD Tunku Abdul Rahman tiba di Port Kelang
syabas - pada 3o angkatan TLDM yg terpilih untuk menjalani latihan sebelum ini dan untuk mengendalikan kapal ni
syabas - kapal selam ni ada torpedo....peghhh
syabas - nama Malaysia masuk dalam `peta dunia' lagi
aku nampak - separuh badan kapal selam je terapung kat pelabuhan tu - teringin nak nengok di dalamnya
aku nampak - `pembesar2' negaraku tercinta ini tersenyum simpul
aku nampak - ramai ahli keluarga menunggu untuk bertemu angkatan TLDM itu yg dah lama terpisah kerana tugas dan latihan yg perlu dilalui sebelum ni
aku tertanya2 - bila kapal selam kedua nak sampai sini
aku tertanya2 - memang Malaysia bnyk duit yer untuk beli kelengkapan canggih mcm ni
aku tertanya2 - lepas ni, harga barang2 akan dilambungkan naik tak
aku tertanya2 - lepas ni, kita mampu tak ada roket ke bulan sendiri
aku tertanya2 - kapal ni first hand just come out from the oven ye? mcm kek pulak hehehe
aku tertanya2 - hilkopter dan jet canggih akan ditukar tak kpd yg baru fresh from oven lepas ni supaya tak ada dah heli terhempas
aku tertanya2...........kita bnyk dah terkenal di atas kejayaan2 ini...cemana plak misi melahirkan modul insan yg baik? semakin hari semakin glemer kita dgn kejayaan menambah carta rim (mcm lagu pulak hehehe) gejala sosial di negara tercintaku ini.
emmm....kes bakar jalur gemilang oleh sebilangan rakyat indonesia di negara mereka itu bukanlah pertama kali berlaku.tak puas hati je, ada je isu...maka jalur gemilang menjadi mangsa. aku bukan nak ckp isu ni sebab ia adalah jalur gemilang...tak kisah le jalur ke tak tp itulah bendera Malaysia bendera kita....kenapa pulak senang2 je nak bakar tunjuk protes. kerajaan dia buat apa?cuba kalau ada rakyat Malaysia buat mcm tu forsure pak mak menteri kita dah pi negara tu mohon maaf...silap2 bila check yg bakaq tu bukan org Malaysia pun....harap tak jadi la mcm tu kan sebab org Malaysia ni bijak, cerdik, pintar boleh fikir dgn akal sebelum bertindak, ada iman, ada values, baik pd org (lebih2 lagi org luar), sabar.....tapi biarlah bertempat.
aku mmg emo sket bila nengok org luar sukati je protes mcm tu...mcm biasa Malaysia sentiasa berhemah dgn org luar. wei...bendera jgn main2 oooo.....aku mmg emo nih.
sahabat2 ingat dak lagi citer zaman dulu2 (1980s), mission impossible.
aku taktau la citer tu mula ditayangkan di tv thn bila...tp masa aku dah sekolah rendah tu...citer ni antara yg femes ditayangkan di tv. yelah, dulu mana ade bnyk sgt citer video, cd apatah lagi youtube yg bleh di donwload online mudah cam tu je kan.
Mission impossible ni yg bestnyer sebab semangat setia kawan ahli kumpulan tu dan setiap misi mesti ada kejayaan walaupun tak logik pd akal kita. positifnya....sentiasa kreatif dan usaha untuk complete the tasks dlm apa yg kita lakukan...no retreat.
dalam kehidupan seharian, mesti ada je cabaran kan.....skg ni pun duk fikir cemana nak accomplish tugas2 yg masih berbaki (belum lagi tambah yg baru)....otak letih gak ni...migrain pun dah dtg uarghhh.
Citer Marco (kalau tak silap nilah namanya), kisah sorang budak lelaki yg misinya mencari ibu kandungnya. Tiap kali dia sampai suatu daerah, ibunya baru saja tinggalkan tmpt tu hinggalah beliau menemui ibunya tapi waktu tu ibunya dah pun meninggal dunia. cerita bersiri ni mmg citer paling sedih tika itu. impak movie tu ialah, kasut sekolah pljr2 sekolah rendah kat Mesia ni ialah jenama marco tu :). Ketabahan dan kesetian seorang anak yg kecil tu mmg menyuntik semangat.
Little house on the Pierre, kisah masyarakat di mana sebuah keluarga peladang yg miskin mempunyai anak2 perempuan yg comel dan dididik dgn values masayarakat mereke mempunyai seorang isteri yg jelita dan penyabar serta setia dgn suami yg tercinta. walaupun susak tp mereka tak lokek membantu org lain hingga membela seorang budak laki anak yatim dan mereka mempunyai keluarga yg bahagia. setiap rintangan dihadapi bersama keluarga dgn tabah.
Sampai skg aku duk ingat lagi citer2ni.... skg ni bnyk gak citer2 yang best jugak tapi aku rindukan citer2 seperti ni yg menyentuh hati kita dlm memberi values/ nilai2 murni. aku duk tunggu citer melayu yg seperti ini.....rasanya nur kasih ok kut hehehe....cuma ada slot2 yg terlalu mengulang2 sesuatu masalah agak menjemukan walaupun ia mmg berlaku dlm msyrkt kita.
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional