Assalamua'laikum dan salam sejahtera (salam satu malaysia...takyah ler..tak tau nak jwp cemane) sahabat2 yang disayangi.
Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal dan masih diberi peluang olehNya untuk menghirup udara dan meneruskan hidup dan perjuangan kita.
Banyak kisah dan peristiwa yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Malaysia yang boleh diambil iktibar.

1. Hari Raya bermula hari ahad jadual aku mmg penuh. Berkunjung ker rumah saudara mara dan tetamu pun datang beraya tiap hari sampai tgh malam. Mmg letih tapi gembira lebih2 lagi bila dpt bertemu dgn mereka yg sekian lama terpisah. Mmg seharusnya kita merapatkan ukhwah sesama sendiri namun kdg2 kerana dek sibuk dgn tugasan harian ia membuatkan kita kurang berinteraksi dgn saudara mara dan sahabat handai.

2.Banjir di Philipina, gempa bumi di Samoa dan yg terbaru gempa bumi di Indonesia.
Sesungguhnya bumi ini sudah tua hanya manusia yang kdg2 terlupa usia sendiri makin menginjak dan masih tidak menyedari iktibar2 yang patut diambil.

3.Nama pun syawal masih ada, maka di Malaysia ni rayanya sebulan. Oleh itu banyaklah jemputan open house, open office dan majlis makan2. Tak tau lah dpt ke nak pergi ke semua tu..tuntutan lain pun bnyk dgn tugasan dan kerja2 yg menunggu serta pogram2 lagi. Emm....fikiran aku skg hanya duk focuss on event selasa dan rabu depan jek.....

4.Kpd sahabat yang akan bertunang pada hari ni. Saya doakan agar semua urusan dipermudahkan Allah. Smile always ya.....:)

5.Sayawal ni nampaknya ada lagi pihak2, puak,2 gerombolan2 yang msih tak duduk diam untuk protes dan menunjukan ketidakpuasan hati. Cumanya yg aku nampak kumpulan2 ini sudah hilang kekreatifannya...balik2 asyik cakap benda yg sama je...memang boring. Dei.....kalau nak voice out pun ketidakpuasan hati tu...buat le research...check le betoi2 jgn pakai hentam kromo je...best ke hentam org tanpa asal usul peksa....dulu peksa tadika lulus tak?Dah le tu, udah2 le....tak larat dah teman nak nengok kes Kartika tu didebatkan. Hampa ni...akai ada ka?

Meh le kita beramai2 senyum selalu....toksah gaduh2 la....jum kita attack mana2 open house.....selamat menjamu selera.:)

date Friday, October 2, 2009

7 comments to “kisah dan peristiwa di bulan Syawal...”

  1. Hairun Azmi
    October 2, 2009 at 11:32 AM

    Sedaplah Kek Lapis Shima tu...Yang 3 Rasa tu dah licin dah....Nyummyy..Tak sempat nak simpan dalam peti ais. Heheheheh

    Saya memang sokmo senyum..Kalau tak percaya tanyalah saya.Hahahaha

  1. Anonymous
    October 2, 2009 at 11:42 AM

    selamat hari raya PC. lama cuti raya weh... :)

  1. Anonymous
    October 2, 2009 at 12:35 PM

    hehehe.senyum sokmo bagus tu mie :)
    Alhmdlh kalau mie suka.nanti boileh jadi regular customer hehehe.

    selamat raya juga Intan.Raya seminggu je cuti.tp balik opis tak sempat nak menulis sini, jenguk2 visit blog kenkawan je aritu.
    tak dtg puchong ke Intan.Jum mie mai sini sekali,kita makan kat sini. Intan belanja masak rendang pahang hehehhe.
    p.c.

  1. Anonymous
    October 5, 2009 at 10:03 PM

    Wah seronok orang balik kampong. Kita raya di masjid Putrajaya 2nd raya hari tu.

    Tahniah pada member yang bertunang tu. Selamat bertunang.

  1. ubilepih
    October 6, 2009 at 11:38 AM

    :) :) :) :)

  1. Anonymous
    October 8, 2009 at 12:49 AM

    Nice song. Satu penambahan pada blog shima.

  1. Anonymous
    October 8, 2009 at 8:22 AM

    takper kak. beraya dgn keluarga juga.kalau beraya sorang2 kat luar negara lagi sedih kak.rasanya raya haji ni mcm saya tak balik kg je uwaaaaa.sebab sehari sebelum dan selepas raya haji tu saya jaga exam.
    tq kak.ingat nak cari lagu2 zikir, nasyid yg saya suka tu.salah satunya yg duk ada kat tv tuh dgn nasyid zikir kumpulan hijaz tapi tak jumpa lagi utk di download sini.

    ubi, senyum sokmo bagus2.ceriakan diri anda :)
    p.c.

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu