Assalamua'laikum dan salam sejahtera (salam satu malaysia...takyah ler..tak tau nak jwp cemane) sahabat2 yang disayangi.
Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal dan masih diberi peluang olehNya untuk menghirup udara dan meneruskan hidup dan perjuangan kita.
Banyak kisah dan peristiwa yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Malaysia yang boleh diambil iktibar.

1. Hari Raya bermula hari ahad jadual aku mmg penuh. Berkunjung ker rumah saudara mara dan tetamu pun datang beraya tiap hari sampai tgh malam. Mmg letih tapi gembira lebih2 lagi bila dpt bertemu dgn mereka yg sekian lama terpisah. Mmg seharusnya kita merapatkan ukhwah sesama sendiri namun kdg2 kerana dek sibuk dgn tugasan harian ia membuatkan kita kurang berinteraksi dgn saudara mara dan sahabat handai.

2.Banjir di Philipina, gempa bumi di Samoa dan yg terbaru gempa bumi di Indonesia.
Sesungguhnya bumi ini sudah tua hanya manusia yang kdg2 terlupa usia sendiri makin menginjak dan masih tidak menyedari iktibar2 yang patut diambil.

3.Nama pun syawal masih ada, maka di Malaysia ni rayanya sebulan. Oleh itu banyaklah jemputan open house, open office dan majlis makan2. Tak tau lah dpt ke nak pergi ke semua tu..tuntutan lain pun bnyk dgn tugasan dan kerja2 yg menunggu serta pogram2 lagi. Emm....fikiran aku skg hanya duk focuss on event selasa dan rabu depan jek.....

4.Kpd sahabat yang akan bertunang pada hari ni. Saya doakan agar semua urusan dipermudahkan Allah. Smile always ya.....:)

5.Sayawal ni nampaknya ada lagi pihak2, puak,2 gerombolan2 yang msih tak duduk diam untuk protes dan menunjukan ketidakpuasan hati. Cumanya yg aku nampak kumpulan2 ini sudah hilang kekreatifannya...balik2 asyik cakap benda yg sama je...memang boring. Dei.....kalau nak voice out pun ketidakpuasan hati tu...buat le research...check le betoi2 jgn pakai hentam kromo je...best ke hentam org tanpa asal usul peksa....dulu peksa tadika lulus tak?Dah le tu, udah2 le....tak larat dah teman nak nengok kes Kartika tu didebatkan. Hampa ni...akai ada ka?

Meh le kita beramai2 senyum selalu....toksah gaduh2 la....jum kita attack mana2 open house.....selamat menjamu selera.:)

date Friday, October 2, 2009


kalau dulu2 malam 7 liku satu kewajipan depan rumah2 ada pelita

dalam bulan Ramadhan ramai yang bertarawikh di masjid

pagi2 raya pun dah ramai yang ke masjid untuk solat Sunat Aidil Fitri
ada jugak yg masa tu barulah kelam kabut nak bayar zakat fitrah
kelam kabut jugalah ajk Masjid yg bertugas


lemang dan serunding daging menjadi hidangan wajip bagi rata2 orang utara

ada yg makan lemang dengan rendang pedas ayam atau daging.
rendang ostrich belum aku penah mkn lagi...ada ka org buat yer
rendang pedas arnab aku pernah rasa dulu2, kwn mak aku buat....tp tak termakan, agaknya teringat arnab tu jinak mcm kucing kut

tokey2 lemang maka bertungkus lumus la membakar lemang
kalau dulu2 kat tepi2 jalan ramai org jual lemang
sekarang ni kat kwsn aku dah kurang sket sbb ramai yg balik ikut highway

ketupat daun palas juga ketupat asasi org utara
ada org suka masukkan kacang atau jagung
aku suka yg original mak aku buat

ketupat nasi ni pulak selalunya femes di bhgn pantai timur dan selatan
raya tahun ni abah aku ckp kita ubah tradisi, tak buat ketupat daun palas..tukar dgn ketupat nasi himpit..mkn dgn kuah kacang dan rendang pedas ayam...nyummmmyyyy

baju untuk raya bermacam2 fesyen dan kaler ditempah oleh rata2 orang kita ni

ada yg dah 3-4 bulan awal tempah takut baju tak sempat siap
aku?mcm biasalah tak penah ada baju khas tuk raya huhuhu.....pakai la baju yg mak aku buat beberapa bulan untuk baju keje yg lalu yg belum aku pakai hehehe


tak kisah la kan....
berapa pasang baju raya kita ada
berapa banyak balang kueh raya kat rumah tu
langsir baru kita dapt ke tak
rumah sempat nak cat baru ke tak
lembu dah di book ke tak... errr mcm kenduri kawin jek hehehe
dpt bnyk kad raya ke tak berbanding zaman kanak2 dulu
dpt balik kg ke tak beraya...especially kpd yg bertugas pd hari tu
yang pasti....
keceriaan tetap ada
bermaafan tetap dilakukan terutamanya dgn ibu bapa
walaupun hanya melalui email, faks, sms, ym, telefon
moga....
kita masih diberi peluang olehNYa
untuk meraikan hari lebaran kali ini
dengan penuh keinsafan
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI AL-MUBARAK
MAAF ZAHIR & BATIN
MOGA RAHMAT ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA SEMUA SERTA KELUARGA
HATI2 BAGI YANG MEMANDU
YANG TERGANGGU KESIHATANNYA...MOGA KEMBALI SIHAT DAN CERIA
KPD YANG MEMERLUKAN...JANGANLAH KITA LUPAKAN
JEMPUTLAH KE KG AKU YER.....
JUMPA LAGI SELEPAS SEMINGGU, INSYA-ALLAH.

date Thursday, September 17, 2009

syafakallah ya akhi.
Akmal skg ni tak berapa sihat, demam yg tak kebah2.
Sahabat2 disayangi, kita sama2 doakan agar shbt kita ni sihat semula dan beri kekuatan dan ketabahan dlm menjalani kehidupan seharian.

Akmal, bnykkan rehat, stop join any sports at the moment.
Insya-Allah, dlm bulan yg mulia ni, kami sentiasa doakan agar Akmal sihat dan ceria seperti selalu. :)

date

Alhamdulillah sekian lama lost contact dgn shbt2 lama terutama geng sekolah di Penang dulu akhirnya dpt gak jejak kasih sebahagian dp shbt2 ni. Pagi tadi sempat la aku berjumpa sekejap dgn salah seorang shbt lama yg tak jumpa sejak masing2 menyambung pelajaran lps SPM.Juhaida ni aku dpt conatct balik bila shbt2 lama mula forward email. Insya-Allah jumpa lagi yer. Dia sempat sampaikan salam salah seorang kwan yg juga aku lost contact selama ni. Lepas bagi kek lapis swk yg dia order tu kami pun berpisah dan insya Allah plan untuk berjumpa lagi kerana dia pun ada urusan tadi.

Then aku jumpa Kak Ani memandangkan masih lagi di shah alam ni.memula plan nak jumpa kejap je then kami ubah plan ke PKNS then apa lagi bermulalah acara marathon mengelilingi gerai2 kerongsang, tudung, kueh raya hehehe. Tq abg osman pinjamkan kak ani sekejap. sorry kak ani, sya taktau yg kak ani nak gi kubur pagi tadi.aku mmg suka sgt nengok biskut raya bukan beli tp nengok decoration nya...untuk dpt idea utk biskut aku hehehe. Then kak Ani hantar aku balik....lahai tq so much kak....ni yg rindu kat akak ni.Rindu gak kak Melor, Kak dib, Az, geng bunga kertas......lepas raya kita jumpa mkn2 yer.Org kita ni lagi2 group bunga kertas kalau berjumpa, acara yg wajib diutamakan ialah acara memberi tenaga iaitu acara makan2 hahahha.

Alhamdulillah Ya Rabb...untuk segalanya2...moga ukhwah kami semua termasuk shbt2 blog dan sesiapa yg aku kenal menjadi lebih kukuh dan berada di jalanMu ya Allah.

moga doa dan impian lain2 yg kami mohonkanyg dipanjatkan dimakbulkan olehMu, amin amin amiiiin.Alhamdulillah.

date Sunday, September 13, 2009

Kalau di Malaya moden ni ada kumpulan jejaka malaya mengusung kepala lembu.
Di Uk skg sekumpulan rakyat UK menyebarkan plan mereka untuk membuat perhimpuan anti Islam.
Mengetahu hal ini, sekumpulan rakyat Islam di UK telah keluar bekumpul utk tahu keadaan sebenar namun telah diserang kumpulan anti Islam ini. Ramai pengulas sejarah dan sosial memberitahu gambaran fasisme bakal berulang kalau tidak dibendung.

Negara kita at least masih aman, so masing2 mesti jgn memberi ruang atau membuka pintu kpd jalan menghina sesama sendiri kerana berlainan agama dan bangsa. Bnyk lagi cara bilhikmah untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tertentu. Jgnlah menuang minyak petrol ke tempat pembakaran....jimat2 la bukan murah petrol tu....sama juga dgn manusai....jgn sesekali mencetus api kemarahan lebih2 lagi menggunakan isu perkauman sebagai faktor utama. Moga dijauhkan sprti apa yg diberlaku di Rwanda (pembunuhan beramai antara kaum sendiri.

Dah la di Indon dgn slogan memberi untung kpd kilang penyapu.Sesunggunya kita berada di akhir zaman....semangat nak membunuh , menghapuskan sesapa saja yg dianggap musuh walaupun tidak bersalah dan tiada kaitan tidak lagi menjadi sesuatu yg perlu dibuat selindung2. Nauzubillah. Moga Allah memberi perlindungan kp kita sekeluarga semua.


***************************

i. Di China pulak, ada sekumpulan yg menyuntik rakyat cina juga dgn virus HIV. Ini dikatakan dilakukan oleh Rakyat Islam ke atas kaum cina yg lain.Tuduhan ini sudah tentu mampu mengganggu gugat kedamaian dan kesejahteraan rakyat sebsebuah negara itu.

ii. Just nak selit sket berita terkini.....lagi berita yg mengorbankan tentera udara nahas pilatus terhempas(pesawat ringan)...baru je aku mentioned di entry kapal selam haritu. Moga Allah cucuri Rahmat ke atas dua angkatan tentera kita yg terkorban dlm nahas itu. Al-Fatihah.

date Saturday, September 12, 2009

date Friday, September 11, 2009

Alhamdulillah dipanjatkan kpd Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi-Nya, kita masih dlm keadaan aman di Malaysia ni walaupun angin2 anak2 hurricane deras juga bergerak ke serata Malaya moden ini.

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk merebut peluang beribadat pd bulan yg mulia ini.


Alhamdulillah dah selesai forum undang2 keluarga kali ketiga untuk kelas aku.
Kalau tengok tarikh ni, org2 barat terutamanya kat U.S nuh mesti takleh lupa tarikh ni. Tapi tarikh tika U.S attack org2 Islam di Iraq pd bulan puasa takde pulak dunia nak buat hari merintih kpd rakyat2 yg tidak berdosa.Malah tidak menghormati Umat Islam yg berpuasa tika itu. Namun nak ckp apa....org2 arab yg kaya2 pun ada ka nak buat sesuatu?adala....bercakap, berbincang...round table discussion....emmmm....

Sebab tulahaku bersyukur sgt2 pd tarikh keramat yg dikeramatkan oleh pihak2 tertentu, forum undang2 yg membincangkan isu2 panas, kontroversi dapat berjalan dgn aman. Takdak kepala lembu, kaki lembu,kepala itik, kaki itik di bawa ke dalam bilik forum. Kalau bukan bulan puasa, boleh gak lunch ramai2 dgn sup ekor lembu bg yg boleh makan dan kari kepala ikan. Tq so much Tn.Tamar kerana sudi dtg lagi berkongsi maklumat dgn pljr2.

Kali ni pljr2 dp fakulti lain dtg join untuk sesi pertama tadi.
Apa yg dimaklumkan pd aku, ramai lecturer mat saleh pun nak dtg tetapi waktu tidak mengizinkan kerana sem ni ramai yg ada kelas waktu sama dgn forum aku ni.

Tadi, video tentang pengakuan kartika untuk isu sebatan dan video cara sebatan ikut syariah dan sivil ditayangkan tadi. Stdnts2 aku nampaknya ramai yg berhati2 untuk menanyakan soalan dan tidak berapa berani untuk bertanya berbanding dgn thn lepas kerana pljr2 sem ni budak2 nya baru je masuk bab undang2 ni dalam 3-4 hari jadi nampaknya mereka lebih ingin mendengar. Apepun, abis je 2 sesi tadi tu ada yg dtg buat informal diskusi dgn Tn Tamar dan menanyakan soalan2 lain. Bersemangat nak tanya so aku suh pakat amik kerusi dan keliling tuan speaker. Mcm2 yg ditanya malah ada bnyk lagi yg depa nak tanya tapi tuan kita tu kesianlah kan, bagilah dia rehat.So tamatkan diskusi tak formal tu kemudiannya. Sayang juga sebab ramai yg ada kelas lepas sesi kedua tu dan aku tau ramai yg berkobar2 nak tanyakan soalan. Tuan, daripada persoalan perundangan nampaknya dah meluas ke isu2 kenegaraan tuh hehehe.

Apepun, tq again Tn Tamar. Moga Allah merahmati tuan dan keluarga dan terima kasih sekali lagi berkongsi ilmu, pengalaman dgn kami di sini. Insya-Allah jumpa lagi. Tadi dah ada stndt bgtau jgn lupa check email dia, dia nak tanya soalan lagi la tu :)

Tq too to all committee yg membantu lebih2 lagi bekerja keras sejak dp semalam lagi, semua stnds dan staff yg dtg termasuk la tetamu dp fakulti2 lain. Tq to Shazana and Farah, tq 4 ur help and support yang tidak berbelah bagi tiap kali kita berpogram. Allah Bless all of you :)

*********************
Alhamdulillah dpt juga shbt2 P.I berbuka puasa dgn Tuan Tamar sehari sebelum Forum.

Alhamdulillah juga dpt berbincang dan mendapat nasihat dan kata2 perangsang dp pakar motivasi pembentangan kertas kerja ni :). Koi akan cuba sedaya termampu 6-7 oktober nanti. Namun, tanpa kehadiran pakar motivasi dan shbt2 pd hari pembentangan tu, rasa agak nervous gak.

Alhamdulillah, masa berbuka puasa dgn pakar motivasi, aku sempat dptkan resepi nasi terkini dp chef otel tu hahaha. Mesti tuan motivasi tu keheranan tetiba jek chef tu (hensem gak oooo....tall, not dark -fair, hensem hehehe) dtg ke meja kami dan terus bagi resepi yg aku minta dlm kertas A4 yg telah di print. Dgn senyumannya yang manis, chef tu ckp...ni saya bagi resepi ni tp confidential tau. Aku masa nak amik nasi tika berbuka, chef tu dtg kat aku sambil tanya aku nak mkn nasi apa...ada 5 jenis nasi kat situ. So, aku sembang2 sket sebab dia bnyk bertanya dan entertain sampailah aku cuba dptkan resepi hahahha.

Disebabkan amanah dia kpd aku untuk menjadikan resepi itu sebagai kopidental so, aku tak boleh la nak bubuh resepi kat sini yer. Takpa kalau aku dah cuba buat Nasi Oriental versi sunway ni...aku tepek gambaq kat sini yer. Ingat nak buat la nasi ni hindangan raya nanti sebagai menu tambahan. Kalau dah menjadi masakan tu, aku ubahkan nama jadi nasi Orental P.Crayon...then aku buh resepi ok hehehehe. Ingat nak pi lagi la berbuka puasa situ dgn kwn sebelum balik raya...tak puaih mkn smlm sbb tak terdaya nak mkn bnyk2...aleh2 tuan motivasi kata....kita ni mkn mcm ni kalau kat kedai RM10 jek hehhee ....nengok org lain mcm2 depa mkn...kami ni duk mkn sambil berbincang ape sgt leh mkn ...cepat kenyang lagi pun. Pi situ boleh cari chef `A' tu lagi....nak minta resepi mskn lain pulak...abihla resepi kopidental aku dpt hahahaha.

Nengok makanan2 yg disediakan terlalu bnyk jenis dan kuantiti itu, lagi2lah aku bersyukur pd Ilahi kerana ramai lagi yg tak de mknn nak dimkn ketika berbuka....

date

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu