Ramadhan sudah masuk minggu kedua. Sungguh cepat masa berlalu.Moga kita masih diberi peluang dan memberi ruang dan peluang pada diri sendiri untuk menambahkan amalan dan ibadat.Moga Ramadhan ini menyuntik semangat untuk menjadikan kita insan yang gemilang,terbilang dan cemerlang. Bersyukurnya kita sebab masih berpeluang menikmati hidup ini,ada yang masih berpeluang berbakti kepada ibu bapa, keluarga,bersama anak-anak,orang yang dicintai dan disayangi.Apa yang aku nak coret hari ini ialah berkaitan memcurah kasih sesama insan terutamanya pada anak-anak kecil yang tak berdaya.

Akhir2 ini rasa sayu pulak bila bnyk dpt hal2 kematian...apabila seseorang itu meninggalkan dunia ini, maka tinggallah mereka mungkin anak2,isteri,suami,ibu,bapa,abang,adik dan sedara mara yang rapat.Ada yang pemergian mereka ditangisi,diingati.Bagaimana pula yang hidup dan ditinggalkan?Ada yang masih mampu meneruskan hidup,dan ada yang memerlukan bantuan dan tumpuan serta kasih sayang.Anak2 kecil yang ditinggalkan kerana berpisahnya ibu bapa tanpa ada yang mahu menjaganya,anak2 yg kehilangan ibu bapa sebab kematian,kemalangan serta yang tidak berdaya...mereka perlukan kasih sayang dan bantuan.Aku bila baca berita or cerita bab kemalangan yang meragut nyawa ibu dan ayah, mmgla aku tak sanggup nak baca malah kalau lihat rancangan2 seperti bersamamu atau drama yang ceritakan tentang hal2 mcm ni aku tak sanggup nak teruskan tengok, aku lebih rela tengok kartun.Sombongkah aku?bukan aku tak mau tengok citer tu tapi membuatkan aku sayu.

Baru tadi aku dpt berckp melalui telefon dgn pengasas Rumah Limpahan Kasih (Rumah anak2 yatim dan asnaf) di Puchong.Aku dah letak link kat blog aku ni.Kalau ada sahabat2 yg ingin memberi sumbangan,atau nak melawat ke sana bolehlah kunjungi blog tu.Diharapkan dptla memanjangkan link ni pd shbt2 yg lain.Aku sbnrnya dah lama mencari2 rumah anak yatim yg berdekatan dgn tempat aku keje dan tinggal.Sebelum ni ada juge aku pegi ke tempat2 lain.Aku lihat blog ni bagus dan melihat rancangannya pun bagus.Antara ideanya adalah untuk membuka bengkel bagi ibu tunggal.Aku harap peljr2 aku dpt bersama2 buat program di sana nanti dan dpt juge membantu mereka.Merka juga perlukan bantuan individu untuk makanan harian seperti beras,minyak masak,gula,pakaian,makanan dan dlm bentuk duit.Mereka memerlukan bantuan kewangan untuk membina surau yg lebih besar,bilik kelas dlln.

Aku teringat 2 thn lepas masa aku ikut shbt aku yg membawa pljr2nya ke sebuah rumah anak yatim di Shah Alam.Rumah ni untuk penghuni lelaki sahaja.Apabila sampai di sana, hati kami semua menjadi terusik melihat kasut2 sekolah yg comel2 bersusun di luar pintu hadapan.Bil amasuk ke dalam,lagilah terpegun melihat lebih kurang 30 lebih budak2 lelaki umur 3 thn hingga 11 thn,comel2,sedih pula tengok wajah masing2.Ada yg ibu bapa meninggal dunia akibat kemalangan jln raya dlln.Ada sorang tu umur 3thn bila nak kami nak balik menangis2 dia setelah didukung oleh seorang pljr lelaki kami.Hati ni rasa diruntun2 kesedihan.

Sebenarnya hidup ni tidak ada ramalan yang tepat apa yg akan berlaku pada masa hadapan.Kita boleh sediakan payung sebelum hujan , bagi yang mampu boleh amik insurans,unit trust,menabung duit dlln utk anak2 dan keluarga.Tapi bg yang benar2 tidak mampu dan berdaya,apakah tugas kita?Kadang2 aku terfikir juga kutipan zakat,kutipan duit bagi tabung itu dan ini, masih tidak mencukupi?Atau bilangan mereka yg memerlukan melebihi kutipan yang ada?Apepun memang tanggungjawap bersama untuk menolong mengikut kemampuan seseorang kan.

date Monday, September 8, 2008

15 comments to “Curahlah kasih sesama Insan”

  1. Anonymous
    September 8, 2008 at 2:59 PM

    bulan posa ni mata blur..kena plak baca font kaler purple...hehe

  1. IKRAB family
    September 9, 2008 at 7:54 AM

    Ben,kaler purple tu buleh menyejukkan mata selain kaler ijau.Malah purple menyuntik smngt,harap hang bersmgt hari ni menjalankan tugas dan juge baca blog aku hehehe.gout hang dah ok ke?eh mana cd hang tu, tak pos pos punggg hehehe

  1. INTAN RH
    September 9, 2008 at 8:50 AM

    ni dia dah datang fanatic fan pd kaler purple...
    purple >>> menaikkan mood ketenangan :D

  1. Tirana
    September 9, 2008 at 10:21 AM

    Azwari..lupa lak nak bagitahu..nanti masuk blog kak tirana amik award.. Tengok bawah entry "I love your blog"

  1. IKRAB family
    September 9, 2008 at 11:13 AM

    intan, welkam to the club hehehe.
    ni sure kain langsir,cadar,alas meje,sarung bantal hatta dinding bilik intan pun kaler purpele ye ;).kata psikologi warna, org suke purple ni bersmngt dan fokus dlm membuat sesuatu kerja....gitu ye intan?;)

    ye kak tirana..saya selalu jenguk blog akak baca coretan2 tp tak reti sgtla pasal reward tu hehehe.tq 4 the reward kak.

  1. Anonymous
    September 9, 2008 at 11:24 AM

    Akak speechless sis..
    ALLAH musta'an..

  1. IKRAB family
    September 9, 2008 at 11:39 AM

    ye kak Zeem,nape kak?terpegun dek kefanatikan (sorry merosakkan bahasa ni) intan dgn warna purple ke? hehehe

  1. benludin
    September 9, 2008 at 4:19 PM

    aku suka black...sbb dulu black metal..hahaha

    err..vcd?
    email la ongkos nya buk..ingat free ke..posmen pakai minyak nak antar vcd tu...

    hehe..just kiddin'

    add my ym..benharperbenludin for our further biz deal...selipar hijau wa pun nak jual..mau ke...ahhaha

  1. IKRAB family
    September 10, 2008 at 8:18 AM

    hitam itu menawan kalbu hehehe.jgn ko cat semua dinding umah kaler itam udahle...syahdu tul tuh hehehe.

    aku dah try la ym ko ni takleh aaaa,tah nape tah.aku try lagik nanti okai.aku nak antaqla ongkosnya tapi posmen cuti hehehe.ko bg no accnt, aku bnk in le bro.

    selipar tuh baik heng simpan bebaik, nanti 20 thn lagi hang bleh lelong, uiksss barang antik tuh sure billionnye regenye lagik2 masa tuh hang dah famous sure berebut2 org nak beli hehehe.

  1. Anonymous
    September 10, 2008 at 9:26 AM

    ye! betul! org suka kaler purple ni independent dan romantic...aawww.. :)

  1. IKRAB family
    September 10, 2008 at 11:13 AM

    hehehe,romantik ek?citer bab independent nih sejak kecik sampai la ni rasanya bnyk perkara buat sorang2 wlupun parents la pendokong kuat tapi bleh kira really independent la.intan pung mcm tu kan.takpe bagus being and independent person cuma kengkadang nak gak rasa rehat, ada org tlg buatkan semua hehehe.

  1. Anonymous
    September 10, 2008 at 11:29 AM

    aku suka Deep Purple,Purple Rain...otai aku nih!

    independent?..sure tunku abdul rahman dulu suka kaler purple kan..hehe

    meh sini ym hang...aku try add...

  1. Anonymous
    September 16, 2008 at 1:54 AM

    bahagia buat kasih kita padu...
    ikhlas buat kasih kita jitu...
    jujur buat kasih kita luhur...

    oleh itu jangan abaikan kasih...
    kerana tanpa kasih.. jiwa bakal kosong...

  1. IKRAB family
    September 19, 2008 at 1:46 PM

    deep purple peghhh...memang otai?eh otak tu ape mcm bunyi otak2 jek...juadah peberet aku hehehe.

    anonymous....mmg benar sekali apa yg dikatakan.kadang2 terlupa juge nak buh baja kasih ye pada :)

  1. IKRAB family
    September 19, 2008 at 1:48 PM

    hahaha,T.A.R suka kaler rainbow kut sebab independent dia ni join pelabagai political parties :)...t least dlm kaler rainbow ada gak purple ;)

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu