Pejam celik-pejam celik, hari ni dah masuk hari kedua berpuasa.Mak dan abah aku ada di umah aku duk seminggu sambut puasa sini.Selalunya aku akan balik ke kampung untuk sambut puasa setiap tahun tapi cuma 2 hari je la bleh duk sana.Ni depa dah mai sini seminggu best la dpt berpuasa,terawikh,berbuka dan bersahur bersama2. Isnin cuti sebab hari merdeka jatuh pd hari ahad, happy nye aku dpt rehat di rumah sempena hari pertama berpuasa.So, tghri semalam aku dan abah pergi sunway piramid, seperti biasa untuk membeli barang dapur sket di pasar special iaitu Jaya Jusco.Duk di bandar ni, itulah pasar atau pasar tani aku hehehe, apepun ikan2 dan lain tetap segar dan harga berpatutan banding dgn tempat lain.Dua hari lepas aku beli kepala ikan merah saiz agak besar juga RM8 je mmg puas dan sedap buat kari, wah ckp pasal makan pulak hehehe. Tghri smlm, memula tu aku dan abah masuk Giant,tiba2 dgr le lagu ni dimainkan,lagu raya yang mendayu2 berkumandang nyanyian Sharifah Aini hehehe.Hari pertama puasa dah sambut raya pulak, kata abah aku.
Ptg smlm cadangnya nak bwk abah dan mak pi tengok2 juadah di pasar ramadhan di kwsn msjid depan sunway piramid tuh tapi akhirnya kansel je sbb kami ni jarang sgt beli mknn luar kecuali certain2 mknn mcm murtabak dlln yang aku citer kat atas tuh.So, aku pun plan le buat kueh tepung talam kesukaan kami sekeluarga.Selalunya mak aku ni kire tererlah bab2 memasak lagi2 kueh tradisional ni berbanding dgn aku.Mak aku mmg buat cara tradisional la, tp aku ni sbb asalnya tak plan pun dan ingat nak cepat aku pun beli la tepung instant kueh talam cap NONA.Mak aku nih mmg tak suka sgt brand nih.Ptg smlm mula la buat kueh tu, dah dkt 1 jam, lapisan bwh yg dikukus tak keras2 jugak...mak aku tanya bila nak jadik ni hehehe....so ptg tu aku turun bawah gi belik murtabak.Bila naik ke rumah, kueh yg dimasak dah dkt 3 jam duk macam tu jugak.Kueh tu betul2 masak elok bila dah jam 8.00pm hehehe.So, tak akan ku beli dah tepung tu, nak cepat punya pasal terus takleh mkn, rasa pun dah lain mcm hehehe.Kwn2 kalau ada tau mana2 jenis tepung instant untuk kueh tradisional ni beritahulah ye.Tak berani dah aku nak guna tepung instant nona nih baik kueh serimuka,lompang dlln.
Pagi ni aku masuk kelas seperti biasa.Kelas tetap happening dgn telatah pljr2 aku yg petah bercakap lebih2 lagi ketika group discussion(mcm group gossipping je hehehe....berbaik sangka).15 minit sebelum kelas berakhir,salah sorang pljr perempuan dtg padaku bgtau dia tak berapa sihat.Tak sampai 2 minit dia pengsan depan aku.Maka kelam kabutle kitorang,kaki tangan dia dah sejuk dan pucat.Kemudian dia dibawa ke klinik.Boss aku pun dtg masuk kelas dan membantu.Kadang2 awal2 puasa ni jika tak jaga mkn,ada gastrik, tersalah mkn,terlebih makan,tak cukup tidur juga boleh jatuh sakit dan jadi mcm ni.Ape pun ini memberi sedikit pengetahuan juga pd rakan2 dan boss aku bahawa jika jatuh sakit dan jadi lagi mcm ni, pljr2 ni dibolehkan membuka puasa,diberi minuman dlln.Itulah penerangan aku pd boss aku ni.Aku ada jugak offer shbt2 aku yg dp Canada tu join puasa,ada yg ckp nak cuba, ada yg ckp nak cuba sampai tghri je,ada yg ckp ` oo rasanya tak boleh, sbb saya suka mkn' hehehe.
Bulan Ramadhan bulan yg penuh Barakah.Dalam kesibukan nak fikir kain langsir nak jahit fesyen ape(tq mak tlg jahitkan kain langsir kaler peach, aku dah pasang awal2 kira tuk raya la jugak kan),cat rumah nak kaler ape (umah aku duk ni tak bleh la nak cat sbb umah ni aku sewa jek), kueh nak brape jenis, duit raya nak kena simpan berapa banyak (aku nak kena kira brape thn ni nak tukarkan ke duit syiling hehehe),berbuka dan sahur nak makan apa, nak makan di mana dlln lagi, begitu jugalah persiapan dalam beramal ibadat yang menguji diri setiap insan.Berlapar daripada bentuk mknn mmg mudah diatasi lagi2 kita ni yang dah bertahun2 lamanya terbiasa dgn suasana ni, namun persiapan untuk mendapat kesempuranaan dan Rahmat Allah dalam amalan puasa dan amalan ibdat yang lain perlu juga dilakukan sebaik2nya.
Kadang2 tu mata,telinga terutamanya mulut dan hati teruji dan diuji dlm pelbagai bentuk.Bila dah letih mulala cepat nak rasa marah,terasa dlln.Teringin juga nak mencuba berpuasa di negara2 lain lihat suana berpuasa,berbuka dan bertarawikh di sana.Jgn lupa juga jaga kesihatan diri, minum air masak(air putih)bnyk2 sebelum berpuasa pada hari berikutnya.Ada juga shbt yg dah demam 4 hari, kesian dgr lagi2 dlm bulan puasa ni.Moga cepat sembuh. Dalam kesibukan kita menjalankan ibadah berpuasa dan harian, jangan lupa pada jiran2, masak2 lebih sket tuk diberi kpd mereka (klu aku duk dkt dgn shbt2 di blog ni nak juga aku mintak huluqkan sepinggan dua nasi ayam ke, karipap ke hehe) dan juga mereka yang memerlukan.
Jgn lupe ye bayar zakat fitrah,kalau boleh bayarlah awal2 takut nanti terlupa pula, kdg2 saya heran juga napa juga ada juga orang yg bayar terlalu lewat sehingga dah nak deakat sembahyang raya baru nak bagi.Ini mengganggu juga urusan dan tugas mereka yg berkenaan.Bayar awal membantu dan memudahkan juga pihak tertentu nak buat pembahagian untuk pengagihan kpd yg memerlukan.Aku ada perkara nak disebut di sini.Ada setengah tempat, pengagihan duit bantuan yg diberi setahun sekali sempena raya hanya diberi kpd satu keluarga saja bagi setiap kawasan(untuk beberapa kg).Kadang2 terdapat lebih 2 malah 5-6 ibu tunggal atau yg betul2 memerlukan.Emm...takkanlah collection yg dapat tak cukup untuk diagihkan kpd keluarga2 ni.Dah tu tiap tahun takde plak bg pada keluarga yg lain.
Apepun moga Ramadhan kali ni benar2 membantu kita menjadi Insan yang benar2 berjaya.Rebutlah peluang ini sebaik2 yang mungkin, kerana belum pasti kita masih berpeluang untuk merasai Ramadhan pd tahun berikutnya.Moga Allah merahmati kita semua.Aamiin.
16 comments to “SUASANA AWAL RAMADHAN”
-
IKRAB family
September 3, 2008 at 9:22 AMhehe,tq umi for the tips.ye la kut tepung tu pun letih bangun sahur.insya-Allah nanti saya buh resepi sepesel megi goreng sunway ;)
-
ubilepih
September 3, 2008 at 1:32 PMTradisional sungguh ramadhan lu..ha..ha..ha..sat lagi siap gayut2 pelita lah kot..he..hee
-
September 3, 2008 at 1:50 PMShima...
nenek kalau kiuh tpg talam tu mmg selalu guna tepung beras cap bunga atau gajah...Insyaalah mmg elok jadiknya...
Kalau dah lebih dari setgh jam dikukus tak keras jugak...lain kali tak yah tunggu lagi..mmg dia tak akan keras dah...angkat jer...makan kasi sudu sama dia...macam bubur...hehe
-
IKRAB family
September 3, 2008 at 2:56 PMparadise,wa ingat nak bagi lagik klasik plus tradisional Ramadhan kali ni hehehe.mmg sedih oooo bila nengok kueh talam ku tak jadik.The moral of the story jgn nak cepat je klu hasilnye hampeh.
Kak Dib,tq habaq kat cek.Mak pun ckp ada kwn dia bagitau tepung beras cap bunga yg paling baguih tapi kat J.J ni takdak plak jenama tuh.mmg kueh2 tradisional kena buat cara lama biaq lamabat asalkan selamat :). Sib baik mak kire terela gak, mak kacau2 balik adunan tuh dan lengat balik hehehe.
Another moral of the story kalau dah tak reti sgt nak buat kueh tradisional nih, baik minta yg pakar je buat, takyah nunjuk memandai ye tak, dengaq apa mak ckp :).Ingat nak tunjuk skill kat mak dgn cara cepat hehehe.
-
September 3, 2008 at 3:41 PMeh eh..tepung beras ek, hehe...sori silap maklumat :D
tp shima klu nak hasil cpt, wat buah melaka jek.. :)
ptt la nenek dtg menerjah...hehehe
-
Tirana
September 3, 2008 at 7:14 PMtak pe..tak jadik sekali..lain kali cuba lagi la.. lain kali guna tepung beras cap gajah atau bunga. Kak tirana kalau buat kuih lompang pun guna tepung tu..insyaAllah jadi elok.
-
September 4, 2008 at 12:46 AMpatutnya bg je sama rata collection tu kan...
nak komen pasal tepung talam, mmg tak reti masak pun kuih2 tradisional gitu .. makan reti :)
-
IKRAB family
September 4, 2008 at 11:35 AMhehehe umi,koi ingat tu resepi baru buh tepung gandum :)
kak tirana, ye tq.tak mo dah guna tepung instant ni.
kak zeem, sepatutnye mcm tu lah tp nak ckp ape klu dah sistem dibuat mcm tu, nak kata collection tak cukup untuk diberi kpd lebih satu keluarga, pelik jugak kan.takpe bab makanan akak buh je resepi mknn sepesel berbuka kat toronto tu ye ;)
-
ubilepih
September 4, 2008 at 12:58 PMha..ha..convert je kuih talam,jadi kuih lompat tingkap...gua suadah tukar nama gua jadi ubilepih..oppss lu jagan bikin kueh sama gua sudah...wink
-
IKRAB family
September 4, 2008 at 3:24 PMhahaha,baru jek aku ingat nak buat talam ubi plak,kalau jadik bleh hang jadik dealer utk kueh talam ubi spesel aku nih.;)
-
ubilepih
September 5, 2008 at 12:06 PMha..ha..ha..sedap tu da lama sagat gua tak makan itu juadah...bebalik pada duit zakat ni gua paling anti bila tukang agih tu pilih bulu...maaf cakap kalau tukang agih tu klass ulat bulu tua depa duk pilih janda-janda yang bright color jerrr...ha...haaa...lagi satu pilih parti...ini lagi koman punya kaki...he..heee
-
benludin
September 5, 2008 at 3:50 PMtakyah beria bincang resepi...pi je tunjuk kuih kat bazar ramadhan...instantly siap..done!
-
September 7, 2008 at 2:31 PMShima...
Talam ubi mmg sedap kan?...bengkang (bingka) ubi pun sedap...hehe
ubilepih...kuih lompat tingkap ke lompat tikam? ataupun mmg ada kuih lompat tingkap yg nenek tak tau?
Umi...klu buat kuih kosui mmg nenek guna tpg gandum + tepung ubi
Zeem...tak pandai buat kuih2 tradisi melayu ni pun takpe sbb zeem dok jauh di sana...dan dari blog zeem..macam2 masakan sana yg zeem masak...boleh perturunkan ilmu tu?
-
IKRAB family
September 8, 2008 at 8:24 AMhehehe,kueh lompat tingkap, wa ingat kueh tu tak jadi so keluar tingkap le jwpnye...bab duit zakat tuh,isk ada ke yg pilih bulu,warna kulit dan warna rambut nih?memang tak patuttttt.
mmg sedap kak Dib,tp yg paling saya suka klu kueh tradisional nih ialah kueh seri muka dan limas atau dipanggil tepung pelita.
Ben, kueh tunjuk2 ni aku maleh nak beli sbb selalunya ada jek kekurangan rasa,keras la,terlembik le macam2 lagi la tul blem kategor nak basi lagi tuh.
Kak zeem buatle kueh tradisi toronto ;)
-
IKRAB family
September 9, 2008 at 11:52 AMintan,kueh buah melaka tu mmg nampak senang,masak pun senang, bila buah tu terapung kat air panas kira masakla, makan pun senang masuk lam mulut je...emm lamanya aku tak mkn kueh ni.tapi jgn gelak ye aku tak pernah buat,mak buat aku mkn la.wlu kueh tu senang aku tak pernah buat so tak reti la buat hehehe.Intan bagi resepi ye ;)
Ben, nampaknya ni jadi sesi resepi ye :).Kak Dib mmg pakar buat kueh tradisional mmg patut pun sifu dtg jenguk tlg2 anak murid hehehe.
Kak Tirana, tepung beras cap gajah ada ke kat supermarket kat area kita ni?Klu kak Dib pakar kueh tradisional, kak Tirana pakar roti jala ;).Aku mcm biasala pakar merasa dan komplen hehehe...selaluny aku komplen yg aku masak je la.:)
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
September 2, 2008 at 4:08 PM
buat kuih talam tu, guna tepung gandum biasa jek tp kena balance kan tahap kepekatan dia, br dia nak masak on time. tp agknya tepung instant tu pun posa, tu yg tak masak2..hehe..
slalu blend jek tepung tu bg sebati. tepek la resepi versi sunway kat sini...blh copy :)