Alhamdulillah, thank to Allah, thank to students who had helped a lot and last but not least (these people should be the first group to be thanked), Tuan Azhari and Tuan Walid who helped us in organizing Forum on Family Law and Issues in Malaysia - Civil and Syariah Court. The respons from students and staffs including the non Muslims and Non-Malaysians are very good. Hopefully we could have this again next time with other more challenging questions :). Allah Bless us.

*********************
aku berterima kasih kpd semua yg menjayakan pogram dan mendoakan kejayaan ini. Walaupun pogramnya kecil dan hanya utk stdnt namun impaknya cukup besar dlm memberi maklumat, peringatan kepada sesama kita, juga merupakan salah satu tugas kita dlm meneruskan perjuangan kan :). nanti aku buh la gambar2 yg diambil nanti. selamat bercuti di hujung minggu semua.

Kepada para pelajarku, sahabat2 yang membantu dalam apa saja dan tuan speakers, doa dan lirik lagu ini sebagai tanda penghargaan. Tuan, tanpa kita sedari, training room yang mampu menempatkan hanya 60 orang telah menerima kehadiran 100 orang lebih mengikut attendance sheet yg ditandatangani peserta sebab kita ada 2 kelas bergilir2 masuk dan join forum.

Teman Sejati (kumpulan Brothers)
Selama ini ku mencari2
teman yang sejati
....to be continued (aku lupa lirik hehehe)

Ni pantun aku untuk speakers (lupa nak ckp kat dlm forum tu, nak translate dlm B.I lagi satu hal, belum lagi dlm mandarin,jepun,korea,kazakhstan dlln hehehe)

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh la budak2 tu menumpang mandi,
Bila ada umur yang panjang, (tak elok sngt guna kalau ni )
Insya-Allah kena mai jumpa kami di sini lagi,

2,3 kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
4,5,6,10 pun kami mencari,
Mana nak sama tuan-tuan speakers 2 orang,

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Isu talak jadi bicara,(confirm eh?si mat canada tu dah booked tajuk ni kan hehehe)
Bertemu di forum semester depan (Insya-Allah).

****************************
aku edit sket ni, yessss M.U menang gak game pagi ni dgn Tot.5-2.memula tu isk geram nengok tadak team spirit tul, dah tertinggal 2-0 baru la nak sedar diri. The moral of the story is `team's work and spirit are crutial'.

Tq to t Forum's team members once again and thank you for your team's spirit :).TQ to Abah and Mak for the doa. (uih speeche aku ngalahkan selebrities dpt award hehehe). I love Malaysia (one Malaysian?oh no comment.....I prefer the phrase of "Ummatan Wasotan" :).

date Friday, April 24, 2009

JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang mahu menyelamatkan anak lelakinya yang disangka terperangkap dalam bilik yang terbakar tetapi dia pula mati rentung.

Mayat Kong Le Lee, 43, ditemui mati di depan pintu bilik anaknya yang telahpun dapat menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Kejadian pukul 6 pagi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini semalam berlaku ketika Le Lee, suami dan anaknya yang berusia 14 tahun itu sedang tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.

Difahamkan ketika kebakaran, Le Lee cuba untuk menyelamatkan anaknya tanpa menyedari anaknya itu telah berjaya keluar dari rumah.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Azman Jantan berkata, mayat wanita itu ditemui di dalam bilik anak mangsa dalam keadaan terlentang di hadapan pintu.

"Kita percaya mangsa cuba keluar dari bilik tersebut tetapi gagal kerana api telah marak di luar bilik.

***********************************

kasih ibu dan ayah membawa ke akhir hayat ,

tanpa perlu kata-kata yang beribu lemon untuk menggambarkannya

sebab itulah kurang kita dapati lirik lagu yang menunjukkan kasih sayang kpd ibu bapa dan keluarga

cinta sesama manusia sesama berlainan jantina lebih ditumpukan dlm lagu2,

lirik dan kata2 pujangga yang kadang-kadang membuat kita terlena seketika....


date Thursday, April 23, 2009

Emm.... tak baik mengeluh
Errr.....taktau cemane nak ckp
............ speechless
setiap yg berlaku ada hikmahnya
walaupun kpd insan lain
ia tetap menjadi guru yang terbaik
pengajaran yang bermakna kepada kita semua
cuma tertanya-tanya apakah yang telah kita lakukan sebagai daie'....
......................
speechless ..................

date Monday, April 20, 2009

"Nampaknya Proton Exora benar-benar mengotakan apa yang ada pada taglinenya - Anda Pasti Terpegun. Exora tampil dengan reka bentuk seakan-akan gabungan cita rasa jentera Eropah dan Asia".


Banggalah anda menjadi anak Malaysia
Bersyukurlah anda menjadi anak Malaysia
Malaysia boleh
Malaysia maju
Malaysia daya saing
buktinya....
perasmian semalam membuktikan anak sulung bertaraf MPV telah lahir

apa yg aku tak bangga....nak tengok keta tu di tv
perlu tunggu perkara2 yang tak dibanggakan berlaku
ucapan berjela2 mengalah pilihan raya
pujian melambung2 kpd diri sendiri
maka sempatlah bangun, duduk, tidur, bangun, masak nasi goreng, makan
akhirnya keluarlah anak sulung bertaraf MPV malaysia di kaca TV

ye mmg berdaya maju dan saing
namun dengan cara perasmian itu...
aku berharap ia akan berlaku lagi dgn tempoh masa sama yang diambil
biarlah ia merasmikan anak sulung kapal selam buatan anak tempatan di Malaysia
ataupun roket ke bulan

p/s: aku menyokong apa yang baik untuk rakyat
aku tidak anti mana2 pihak
aku hanya meluahkan apa yg aku rasa
:)

date Thursday, April 16, 2009

KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa 'dipaksa' meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.
Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian 'markah kasihan'.
"Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.
Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.
Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.
Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.
"Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas," ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.
Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.

*****************
persoalannya, kuantiti atau kualiti?

date Wednesday, April 15, 2009

date Monday, April 13, 2009

Sabtu lepas berjaya juga kaki aku menjejak bumi tempat lama pengajian aku. Cuma bezanya, aku tak biasa sgt kat Gombak ni. Aku dan kengkawan dulu grad kat P.J. Bila masuk kwsn di Gombak ni, rasa sejuk mata memandang dgn bangunan2 berkaler biru putih ni. Maka, memori silam mula menjengah, waktu dgn sahabat2 lama dulu. I miss that time so much. Hati aku tersentuh lihat perkataan2 di papan tanda dlm bahasa arab dan Inggeris berselang-seli di situ. Maybe bg penghuni di sana dah biasa, bagi aku itu yg aku rindukan. Unik dan bezanya tempat tu dgn tempat lain. Di situ aku berjumpa dgn seoarng shbt lama dan baik aku. Dia kaunselor kat salah satu pengajian tinggi, ni dia dpt cuti belajar sambung M.A kat situ. Dah kat setahun dia kat situ, baru ni la aku pi jenguk dia. Sebab dah lama aku tak dtg ke situ dan juga untuk cari bhn2 penulisan aku kat library di sini, tu yg aku pergi.

Then jumpa lagi dgn 2 org lagi shbt merangkap mentor aku T.A dan T.W. Aku sebenaqnya salute shbt2 yg sambung ngaji ni wlupun sibuk dgn kerja dan kehidupan. Seronok dpt berbual2 dgn shbt2 aku, bnyk ilmu depa. Wlupun aku sebut sket je sesuatu isu, depa dah tau cemana nak sambung dan perjelasankan lagi. Dlm hati waktu tu, aku mmg salute spring kat depa, ilmu bak lautan banding ngan aku....nak kata suku dp mug milo aku ni pun lum sampai lagi.Tapi masa agak terhad sbb shbt2 aku tu perlu teruskan dgn tugas2 yg menunggu, ada exam hehehe. Kalau tak, mahu berbakul2 soalan aku lontarkan, sebab aku ni mmg suka tanya, tu belum lagi debate hehehe (sebabnya aku suka org bg ilmu dan kongsi penglmn).Aku tau cemana rase exam....dlm usia yg muda mcm ni eh silap..aku ni lebih muda dari hari ke hari ;)....nak baca, nak hafal, nak ulas dan kupas isu waktu peperiksaan...emmm mmg tahap gaban ketensenan otak kita. Cuma bezanya, org yg dah bekerja dan berpengalaman lama akan ada kelebihan bila sambung study ni mcm shbt2 aku ni.

Salah sorang sahabat di kolej kediaman shbt aku tu pulak buat PHD, umur masih muda lagi. Ni lagi buat aku rasa...bila aku nak sambung bljr lagi. Bagi aku, aku bukan kejar status pengajian tu tapi aku perlu dekatkan diri aku dgn dunia ilmu ini. Aku kena ada kelas supaya ada org monitor aku, aku kena buat paper, exam kalau tak aku ni bukan rajin membaca klu sesaja nak baca wlupun hari2 suh stnds aku baca hehehe. Ni pun papers ada yg menunggu untuk step seterusnya. Mmg letih bila kena buat kajian itu ini, tp itu yg manisnya bila kita berjumpa org dan kita belajar tentang kehidupan dp universiti kehidupan di mana tak dpt dlm buku teks, akhbar apatah lagi majalah mangga (aku rasa kehidupan manusia ada kat situ tp kena tapis guna filter otoman/ultraman dulu).

Untung adik2 yg bljr kat situ, aku nengok rata2 ada kenderaan sendiri, tmpt mkn bnyk dan pilihan pun sedp2. Kpd shbt aku T.A, aku rekomenkan next time pi mkn kat cafe Minah tu kat hostel sisters, mmg best, lauk mknn2 kmpung smpailah ke barat, mcm2 kueh ada, masak asam tumis ikan patin pun ada ;). Masa aku dulu, nak gi kelas, menapak je la kaki ni, mknn emmm...klu kat hostel tu dah le tak de pilihan jual mcm nak tak nak je...kami ni terpaksa juga mkn yg ada. Ingat lagi group aku kat bilik dulu, bila bonda masing2 bekalkan lauk ikan bilis dp kg, kami eppy sgt sebab dlm bilik kami ada bnyk supply tuk dimakan time kebuluran. Ada sekali tu kami ada 4 bekas ikan bilis yg dtg dp pelbagai negeri dan mempunyai pelbagai rasa; Ganu, Penang, Kedah dan Utara Perak. Kami ingat bleh la thn sebulan emmm.... tak sampai 2 minggu dah bis. Mmg pelahap. Shbtku W.I, hang ingat dak lagi kita berdua la tukang perabih supply ikn bilis Ina hehehe. Tp mknn kat cafe kuliah best..ingat lagi ayam panggang ala2 jeddah tu emm sedap..time duit gaji(scholarship) masuk, bleh la mkn ayam tu selalu ataupun sesekali gi KL mkn nasi beriyani insaf. Lps kuar dr restoran tu, insaf jap sbb mhl (tuk stdnts mcm kami waktu tu mmg bleh pokaikan diri). Skg ni tak penah dah pun gi sana, agaknya keinsafan masih tersisa hehehe.

Aku bg tau shbt aku Ina tu, aku rindukan kwn2 lama teringin sgt nak berjumpa berbual mcm dulu2. Nak panjat tangga kuliyah tu jumpa prof2 lama aku tapi hari sabtu depa sure tak dak situ. Aku ingat lagi beberapa bulan lalu aku call salah sorang prof aku (dpt no dp Ina), rupenye prof aku masih ingat kat aku lagi...errr yer ker :). Masa berbual dgn salah sorang sifu aku, T.A tu aku ada ckp thn depan nak pi korea hehehe. Wlupun dlm gurauan, mmg aku teringin nak pergi tak semestinya ke situ, mungkin ke tempat lain bagi meneruskan apa yg patut aku lakukan tapi bila minda ini mula aktif, pelbagai sebab musabab perlu ditimbang tarakan antara tuntutan hidup, kehendak diri dan tanggungjawab yg ada di sini.

Apepun kita patut tahu apa yg kita nak buat, perlu buat dan akan dibuat disusuli dgn tindakan.Begitulah dlm kehidupan kita kan. Kadang2 hanya hati mahu sesuatu tapi tindakan susulan tak diteruskan dgn pelbagai sebab dan mungkin hanya alasan. Apepun all the best to all of you, friends and to me (jugak).

date

'tepen' adalah sebutan bg sesetengah org di utara untuk daerah bernama 'Taiping'.Asal usul perkataan ni katanya dp bhasa Cina yg bermaksud 'tmpt yg aman damai'.klu aku salah, tlg perbetulkan yer.'Tepen' bukanlah kg aku ataupun kg mak ayah aku tapi ia tetap membawa kenangan yg indah sbb di situlah tempat aku dilahirkan dan sempat dibesarkan untuk 3 thn sblum nomad ke penang.

'Tepen' tempat yg menarik, kalau dulu bnyk kawasan adalah lombong skg dah bertukar menjadi kwsn perumahan. Sesekali aku gi sana jln2 dgn parents aku bila balik bercuti,tak jauh pun lebih kurang 30 minit dp kg aku klu naik kenderaan la.Zoo dan taman bunga tepen masih di situ dan dikunjungi ramai. Yg berubahnya ialah dah ada Tesco,Giant...wah mcm2 ada.Daerah mak ayah aku tinggal wlupun digelar Pusat Bandar tetap tak leh lwn tepen sbb takdak tesco, takdak Giant supermarket, tadak zoo dan tadak kebun bunga mcm tepen tu.

Yg membuat tepen lebih terkenal utk tika ni bila ia menjadi tempat untuk para parti dan lawan merebut kerusi yang sungguh bernilai regenye. Klu dulu tepen menjadi rebutan untuk lombong bijihnya.Puak Ghee Hin dan Hai San bertelagah. Skg ni pihak2 yg berjiwa moden pula. Alhamdulillah tragedi yang melanda antara dua puak zaman silam tidak berlaku di sini ketika ini. Kpd yg menang, tahniah dan jalankan tanggungjawab dan amanah dgn sebaik mungkin.Kpd yang kalah tumpukan tugas utama untuk teruskan menabur bakti kpd rakyat bukan hanya berbakti sbelum menang ataupun setelah menang. Berkhidmat biarlah ikhlas ye yop.

Cuti nanti aku nak pi tepen la cari durian mahal tu, sebijik rege rm15, isi memang peghhhh.Tkpa fama sponsor hehehe.

date Wednesday, April 8, 2009

2 hari lepas aku nengok ulangan citer al kausar di Astro.Criter ni terkesan kpd hati2 kami yg menontonnya sehingga salah sorang student merangkap teman menonton aku ni mengeluarkan air mata. Nilah kehidupan kita kadang2 insan terleka dan tersasar daripada jalan yang benar. Namun masih beruntung kerana ketika nyawa masih di dalam tubuh badan, peluang bertaubat dibuka luas dan keinsafan bertamu sebelum I'zrail memberi lawatan pertama dan terakhir. Hanya pengampunan dan Rahmat Allah yang menjamin kebahgiaan di dunia dan akhirat. Akan tetapi, bagaimana pula dgn hablum minan nas?Bagaimana dgn mereka yg menjadi mangsa kpd kesalahan besar dan kezaliman si pembuat itu?Dapatkah mereka memberi kemaafan kpd si pembuat dosa ini? di bawah ini adalah sinopsis daripada beberapa kisah yang aku tonton, baca dan dengar;

1. Drama al-Kausar:
seorang pemuda ketika usia mudanya menipu wanita termasuk kekasihnya untuk dilacurkan.beliau menjadi bapa ayam yang terkenal dgn keganasan dan tidak berperikemanusiaan.di usianya yang separuh abad beliau menjadi seorang imam kampung yang sungguh warak dan disegani penduduk kg. Ketika rombongan peminangan atas anak perempuannya, segala kisah silam terbongkar kembali setelah si ibu kpd si jejaka ternampak gambar imam tu ketika muda. Si ibu jejaka itulah mangsa imam itu ketika muda dulu. Rentetan itu, penduduk kg memulau si imam ini sehingga nak solat di masjid pun tak dibenarkan. Isteri dan anak yg solehah pun menjadi ingkar kpd si imam ini sebagai hukuman atas kesalahan yg lalu. si imam ini tetap bersabar sehingga semuanya tersedar atas kesalahan masing2.
* Aku terdiam dan terfikir - betapa pemurahnya Allah dgn kasih sayang dan masih memberi keampunan kpd hamaba2Nya yg selalu membuat kesilapan. Sedangkan manusia, sekali saja buat silap, terlalu suakr untuk memaafkannya.

2. Kisah benar dp salah satu fail kehidupan yg aku baca di salah sebuah majalah :
Seorang pemuda ni sosial dg kehidupannya sehingga beliau berkahwin dgn seorang wanita yg solehah pilihan keluarga. Selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata, pemuda ini menajdi seoarang suami dan ayah yang baik dan bertanggungjawap. Rezeki beliau bertambah2 sehingga menjawat pangkat yang tinggi di tempat kerjanya. Tika itu, pemuda ini sudah terlupa tanggungjawapnya sebagai seorang suami,ayah dan pentingnya hamba Allah. Berjumpa kembali kwn2 lama, beliau selalu ke club2 dan dosa 2 menjadi lali kpdnya termasuk bersama wanita2 yang tidak halal untuk beliau.Si isteri tetap bersabar dab selalu berdoa kpd Allah agar si suami diberi hidayah walaupun reward dp si suami hanyalah penampar dan tendangan ninja.Kisah ini berlanjutan sehinggalah si isteri dan si anak mati dalam kemalangan jalan raya. Si lelaki ini menjadi terlalu sedih dan bertaubat. Beberapa thn kemudian beliau berkahwin dgn seorang wanita solehah pilihan ibunya.Sungguh beruntung kerana setaip kali bertemu dgn wanita yg solehah. Tika ini beliau berusaha menjadi suami yg benar2 soleh bukan toleh.Namun beberapa thn slps itu setelah dikurniakan cahaya mata, si isteri dan anak meninggal dunia juga dlm kemalangan jln raya. Ketika itu, si lelaki ini merasakan dia dihukum atas kesalahan2 yg lalu. Beberapa bulan slps itu beliau membuat pemeriksaan darah slps mengalami demam yg teruk. Resultnya, postif HIV.

3. Kisah benar, pengakuan oleh 2 orang lelaki pesakit HIV.
Masa aku bljr hampir 15 thn yg lalu, tmpt aku bljr tu jemput 2 org abg ni untuk memberi 'talk' dgn menceritakan kisah silam mereka sebagai iktibar kpd yang hadir.

* Kisah dua org abang ini lebih kurang sama. Datang dan dibesarkan dlm keluarga yg baik, menitipkan ajran Islam. Mereka menjadi pelajar yang pintar, berdedikasi dan diberi amanah untuk menjadi pemimpin di sekolah. Setelah makin dewasa, mereka tewas dgn pengaruh rakan2 dan keadaan sekeliling yg tak sihat hasil berkwn dgn org2 yg tak sihat minda dan imannya. Akhirnya mereka terlibat dlm salah penggunaan dadah tahap maksima sehingga diberhentikan kerja dan mencuri dan pecah rumah untuk dpt duit bagi membeli najis yg menjadi syurga mereka. Perbezaan antara kedua abang ini ialah :

abang pertama tu ketika dia berkongsi kisah silamyna, beliau sudah berkahwin. Isterinya juga dtg memberi sokongan. Ketika hidupnya, beliau pernah memperkosa seorang gadis ketika beliau memecah masuk rumah keluarga gadis itu untuk mencuri.

abang kedua tu masih bujang. ketika hidupnya beliau mengambil dadah dan juga terlibat dgn homoseksual.

sebelum mereka berdua mengakhiri kisah2 silam, kami semua diminta berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk melalui sisa2 hidup dan dapat memberi peringatan kpd msayarakat melalui kisah mereka.

* aku masa dgr kisah itu rasa mcm diri ini terbahagi kpd 2 bhgian ;
sebagai pendengar dan orang yang tak terlibat dgn kisah hidup mereka, sudah tentu aku merasa sayu dan sedar betapa besarnya Rahmat Allah memberi ruang dan peluang untuk hambanya bertaubat.

* kalau aku ahli keluarga atau shbt handai mangsa2 kpd mereka, rasa2nya aku dpt ke nak maafkan mereka berdua?

Kisah2 ini cukup mengisafkan kita. Namun manusia pd perkataannya pun dah menggambarkan sebagai 'tempat lupa', mudah lupa, bukan hanya org MELAYU je tau. Hari ini insya-Allah, aku akan tunjukkan youtube drama `IHSAN', kisah seorang anak durhaka yang benar2 terkesan di hati. Ni add youtube tu :
http://utube.smashits.com/video/OmJuWxcr0OY/Cerekarama-IHSAN-part-6-8.html

Tubnaa ilallah, wa ro ja'naa ilallah.

date Tuesday, April 7, 2009

Korea Utara cetus kemarahan antarabangsa


SEORANG anggota tentera Korea Selatan menonton siaran televisyen mengenai pelancaran roket Korea Utara di Seoul semalam.


TOKYO - Korea Utara melancarkan roket jarak jauh melintasi Jepun semalam sekali gus membangkitkan kemarahan antarabangsa dan mencetuskan sidang tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerajaan Jepun berkata, ia berhenti mengawasi roket dipercayai peluru berpandu Taepondong-2 itu selepas melepasi jarak 2,100 kilometer ke timur Tokyo.

Ujian peluru berpandu jarak jauh berkeupayaan nuklear pertama Korea Utara yang mampu mengenai sasaran hingga ke Alaska di Amerika Syarikat (AS) pada Julai 2006 gagal selepas roket tersebut berkecai 40 saat selepas ia dilancarkan.

Mengulas perkembangan tersebut, Presiden AS, Barack Obama berkata, Korea Utara jelas melanggar resolusi PBB supaya negara itu membatalkan semua program peluru berpandu balistiknya.

"Dengan provokasi ini, Korea Utara melanggar obligasi antarabangsanya, menolak gesaan supaya bertolak ansur dan menjadikan negara itu semakin dipinggir komuniti antarabangsa," kata Obama ketika dalam rangka lawatan ke Eropah.

Sehubungan itu, katanya, dengan nada tegas, pengunaan paksaan ke atas Korea Utara perlu dilaksanakan.

Bagaimanapun, pada masa yang sama White House memberitahu, AS masih komited terhadap rundingan enam pihak bagi memastikan Korea Utara bebas daripada senjata nuklear.

Sementara itu, Majlis Keselamatan mengadakan sidang tergempar semalam selepas menerima permintaan duta Jepun supaya PBB mengutuk keras tindakan Pyonyang.

Bagaimanapun, tindakan lebih keras seperti sekatan tidak dapat dilaksanakan kerana dua sekutu Korea Utara, China dan Rusia awal-awal lagi menyatakan mereka akan menggunakan kuasa veto untuk membatalkan langkah tersebut. - Reuters

**************************************************
haa, barulah buku bertemu ruas, kimchi bertemu cheese, ultraman (aku taktau korean punye super heroes) bertemu power rangers. U.S.A, tau takut dgn org yg tak mkn saman mcm ni. Patutnye negara2 Islam seberani ini, berani untuk yg benar.

date Monday, April 6, 2009

Ramai stres hilang pekerjaan.

PETALING JAYA - Jumlah orang yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya, kata Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil.
Bercakap kepada Bernama di sini semalam, beliau berkata, dalam tempoh dua bulan lepas, jabatan itu mencatat peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut.
Beliau menjangka jumlah itu akan bertambah pada bulan-bulan akan datang sekiranya keadaan ekonomi terus muram dan semakin banyak pekerja ditamatkan perkhidmatan.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan lebih 26,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan lalu.
Mohd. Hussain menambah, perkara itu sepatutnya menyedarkan kerajaan tentang betapa pentingnya isu berkenaan ditangani dengan segera sebelum ia mencetuskan masalah sosial yang lebih besar.
Katanya, mereka yang dibuang kerja bukan hanya perlu diberi pekerjaan lain, tetapi juga dipenuhi keperluan mereka daripada segi sosial dan emosi.
Menurut beliau, antara cara yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani isu itu adalah dengan membentuk kumpulan sokongan sebagai tempat bagi pekerja terbabit mendapatkan bantuan profesional.
Sebagai permulaan, beliau mencadangkan Kementerian Sumber Manusia meminta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang bertanggungjawab bagi keselamatan sosial pekerja supaya menubuhkan klinik sokongan di cawangannya.

****************************
sedih juge dgn keadaan ni yela bagi yang bnyk komitmen, perbelanjaan harian, persekolahan anak2,bil bulanan kereta, rumah dlln.Mmg patut pun kena ada workshop atau usaha membantu mereka ini. Malah mereka ini pun mesti berusaha untuk meneruskan hidup dgn kreatif. Aku nengok kat kwsn tempat aku tinggla ni dah makin bertambah org yg berniaga makanan. Hasil perbualan aku dgn depa, rata2 depa ni diberhentikan kerja atau VSS (lebih kurang serupa la kan). Aku puji usaha depa ni cuma kdg2 tu org kita ni kurang kreativiti. Contohnya tmpt tu dah ada org jual nasi lemak, cucur udang pns2 pd waktu pagi dan petang, namun menu itu juga menjadi pilihan peniaga2 baru akhirnya 2-3 org menjual mkn yg sama pd sesuatu tempat. Ada yg berniaga hanya utk wang, tak jaga kualiti mskn dan kebersihan.

Aku tabik spring kat seorang pemuda org kg aku ni (anak kwn ayah aku). Dia ni engineer tp berhenti (bukan sbb diberhentikan) untuk memulakan perniagaan tani bersama beberapa shbt2 dia yg lain. Skg dah berjaya menghasilkan pisang2 yg berkualiti dan eksport ke luar negara. Nampak mcm mudah tp klu tak biasa dgn keadaan pekerjaan baru tu perlukan mencari ilmu, berani,tabah dan kreatif. Bisnes besar2 ni mesti bnyk modal nak digunakan kan. Bank Rakyat boleh membantu anda :)

date

Alhamdulillah, mlm smlm dpt mesej dp kak Ani. Kak ani dan keluarga selamat sampai ke tanah suci. Katanya ramai betul org kat Masjidil Haram waktu ni mcm keadaan musim haji.
Salam sayang dpnya untuk sahabt2 yang mengenali beliau.

Aku teringat time pegi dgn shbt2 dlm kumpulan buat research dulu2...lama dah. Masih ingat lagi kenangan di sana, first time nak solat asar masa baru sampai di situ, baru nak masuk ke msjidil haram, nampak jenazah di bawa satu satu persatu ke dalam masjid dgn lajunya. Mmg fenomena yg berlainan compare ngan Malaysia, kat sini jenazah di bawa dgn lemah lembut. Ada rezeki lagi doakan dpt la ke sana lagi.Amiin.

date Sunday, April 5, 2009

Klinik bunuh diri di Switzerland
KLINIK Dignitas di Zurich, Switzerland. Gambar kecil Minelli.

LONDON - Pengasas sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak membunuh diri, Ludwig Minelli membangkitkan kemarahan orang ramai apabila dia mempertahankan tindakan membantu lebih 100 rakyat Britain untuk membunuh diri di sebuah klinik di Zurich, Switzerland, lapor sebuah akhbar semalam.
Pertubuhan itu dikenali sebagai Dignitas yang beribu pejabat di Switzerland memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam bahawa bunuh diri merupakan satu pilihan yang hebat.
Sehubungan itu, menurut Minelli, dia mahu membantu mewujudkan undang-undang bunuh diri di Switzerland di mana pesakit tenat boleh memilih untuk mati bersama-sama orang tersayang.
"Bagi saya, bunuh diri merupakan pilihan hebat yang diberikan kepada manusia.
"Bunuh diri memberi peluang kepada individu untuk keluar daripada situasi yang di luar kawalan," katanya.
Seorang pemain ragbi terkenal, Daniel James berumur 23 tahun membunuh diri di klinik yang dikendalikan oleh pertubuhan tersebut pada September tahun lalu. - Agensi

date Friday, April 3, 2009

Oleh Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi, Ketua Pegawai Dakwah, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Takrif Harta Pusaka :
Istilah ilmu faraid - harta pusaka ada at-Tarikah = maksudnya segala yang ditinggal atau dibiarkan oleh si mati.

Istilah syarak - harta warisan/ al-mirath = iaitu harta peninggalan org yg dah meninggal dunia = ia menjadi hak mutlak ahli warisnya - diagihkan di kalangan mereka yang berhak.

Hak2 berkaitan dgn harta pusaka :
1.Penyelenggaraan Jenazah : kos si mati
2.Hutang si mati - upah haji,zakat, nazar dan lain2 hutang yg tertunggak masa masih hidup
3.Wasiat si mati - wasiat yg berpesan utk bersedakah slps kematian si mati dan bukan wasiat utk ahli waris
4.Pembahagian hata mengikut hukum Faraid - untuk ahli waris hany apabila selesai semua tangungjawab di atas dipenuhi.

Sumber dan dalil hukum faraid:
* Surah An-Nias', ayat : 7,11,12,176
* Surah Al-Anfal, ayat : 75
* Sunnah Nabi s.a.w.
* Ijmak para sahabat Rosululah s..a.w

Kadar pembahagian pusaka menurut hukum faraid :
1/2
1/3
1/4
1/6
1/8
Asabah - Baki harta

Hakikat pemilikan harta dalam Islam :
Harta adalah Hak milik mutlak Allah s.w.t - manusia sebagai hambaNya diberi pemilikan sementara - untuk manfaat di dunia dan dijadikan modal pelaburan hari kemudian.

Surah An-Nur, ayat : 33, yang bermaksud "dan berikanlah kpd mereka dp harta (milik) Alah s.w.t yang dikurniakan kpd kamu'.


3 Salah paham masyarakat tentang harta pusaka :

1. Fikir yang anak2 dan isteri atau waris akan BERMUAFAKAT, AMANAH menguruskan harta kita.
2. Fikir yang anak2 dan isteri/waris TAHU APA NAK DIBUAT, jadi tak perlu merancang mengruskan soal faraid
3.Fikir yang Allah s.w.t turunkan hukum dan cara pembahagian harta pusaka ikut faraid - jadi tak perlu buat sebarang perancangan harta.

INFO PENTING : Harta Pusaka TAK BOLEH DIWARISI ATAU DIBERIKAN kpd/dp ahli keluarga yang Islam kpd yg bukan Islam begitu juga sebaliknya.
contoh; Anak yang Muslim (apabila memeluk agama Islam)tak boleh mewarisi harta ayah yang bukan Muslim dan sebaliknya.

WASIAT DALAM ISLAM :
1. Erti wasiat = umumnya - maksud pesanan dibuat seseorang tentang apa2 berkaitan hartanya dgn tujuan untuk dilaksanakan oleh warisnya slps lematiannya.

2. Dalil tentang wasiat, Suarh Al-Baqarah, ayat : 180, bermaksud : "diwajibkan ke atas kamu bila seorang antara kamu ada tanda2 maut, jika ia meninggalkan harta yg banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, kewajipan atas org beriman".

- Surah An-Nisa', ayat :12 : dlm kandungan ayat ini ada peruntukan atau pembahagian dlm harta pusaka iaitu :
suami - 1/2 dp harta si mati jika tiada anak
suami - 1/4 dp harta peninggalan si mati jika ada anak
isteri - 1/4 dp harta peninggalan si mati jika tak ada anak
isteri - 1/8 dp harta peninggalan si mati jika ada anak
saudara lelaki (seibu) atau sedara perempuan - 1/6 dp harta peninggalan waris yang tak meninggalkan anak atau bapa
1/3 dp harta -sama bnyk dibahagikan antara lelaki dan perempuan bagi sedara2 waris jika lebih dp seorang waris

INFORMASI PENTING :
1. Ayat dlm al-Quran yang mengatakan perlu tulis wasiat untuk ahli keluarga si mati (ibu,bapa,isteri,suami,anak2), hukumnya dah dimansukhkan- iaitu kadar pembahagiannya skg mesti mengikut hukum faraid.

Contoh : Si ayah yg tak suka pd anak sulung lalu wasiatkan hartanya diberikan semua kpd anak2 lain kecuali anak sulung. Selepas kematiannya, wasiat ini tak boleh dilakukan, ia mesti mengikut hukum faraid- setiap waris berhak mendapat haknya.

2. Wasiat boleh dilakukan oleh seseorang itu masa hidupnya untuk diberikan kpd harta kpd org lain atau ahli warisnya. Selepas kematiannya, harta utk si waris dilakukan mengikut hukum faraid. Walau bagaimanapun, jika semua ahli waris setuju untuk memberikan hak wasiat kpd org dinyatakan oleh si mati masa hidupnya, maka ia boleh dibuat.

Contoh : Si ayah wasiatkan hartanya iaitu tanah dan sawah padi diagihkan sama rata kpd anak lelaki dan juga perempuan. Selepas kematiannya jika si anak semua bersepakat untuk mengikutnya maka wasiat itu boleh di lakukan. JIka si waris tak setuju, maka perlu ikut hukum faraid.

3. Wasiat BOLEH dibuat untuk memberi harta kpd org lain yang bukan ahli warisnya dgn syarat tidak lebih 1/3 dp harta peninggalan.

4. Wasiat BOLEH dibuat oleh org bukan Islam kpd ahli warsinya atau org yg bukan beragama Islam begitu juga sebaliknya dgn syarat tidak lebih 1/3 dp harta peninggalannya.

Contoh : Anak yg beragama Islam boleh menulis wasiat untuk beri hartanya kpd ibu yg bukan beragama Islam dgn tidak lebih 1/3 dp hartanya.

Ayah yg beragama Christian boleh mewasiat hartanya utk cucunya yg beragama Islam dgn syarat tak lebih dp 1/3 dp hartanya.

5. Wasiat atau wasiyyah tak sama dgn `writing will'` berdasarkan undang2 sivil :
i. `Will' = boleh wasiatkan semua harta yg ada kpd sesiapa sahaja termasuk kepd haiwan peliharaan.

ii. Wasiyah - hanya 1/3 dp harta peninggalan kerana selebihnya menjadi harta pusaka yg perlu diagihkan kpd waris mengikut hukum faraid

6. Wasiat atau wasiyyah - jika si penerima wasiat mati sebelum kematian si pembuatnya - maka TERBATALLAH wasiat itu.

7. Setelah ahli waris setuju untuk menunaikan wasiat si mati, tak bolah menariknya kembali selepas ia dilaksanakan.

Contoh : Si ayah wasiatkan rumah banglo atas bukit di wasiatkan kpd anak perempuan bongsu.Jika anak2 lain bg si mati setuju untuk memberi rumah itu kpd si adik bongsu, mak slps itu tiada siapa yg boleh tuntut semula untuk dibuat secara faraid.

8. Telah menjadi sebahagian atau segelintir sikap org melayu kita yg mewasiatkan si anak untuk berkahwin dgn si polan selepas kematiannya.
Ini tak wajib diikuti kerana pernikahan mestilah mengikut persetujuan dan kerelaan orgnya.

9. Masih terdapat sebahagian msyarakat yang tak endah tentang harta sepencarian dan harta pusaka selepas berlaku percerian. Ia hanya dituntut setelah sekian lama (contoh slps 10 thn).

Contoh kes : Seorang wanita memeluk Islam dan berkahwin dgn lelaki MElayu Muslim. Kemudian bercerai dan mempunyai anak2. Si suami berkahwin lain. Setelah 25 tahun barulah si bekas isteri dan anak2 ingin menuntut harta pusaka.

- Si anak boleh tuntut harta pusaka tp perlu melalui bnyk proses dan ambil masa kerana ia telah telalu lama berlaku.

- Si isteri tak boleh tuntut harta pusaka bg dirinya kerana telah bercerai ketika si suami masih hidup.

- Harta yg melebihi RM600,000 - mestilah ditutut di Mahkamah Tinggi Syariah
- Harta yg kurang dp RM600,00 - boleh dituntut di Pejabat Tanah


*info di atas adalah yg disampaikan oleh penceramah termasuklah jawapan yg diberikan kpd soalan yg dilontarkan oleh peserta2 seminar.

date

Angkara rebut tanah.
Oleh RIZAM ZAKARIYAmohdrizam@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! semalam.

TASEK GELUGOR – Bukan misteri. Kejadian 38 batang anak pokok pisang pelbagai jenis yang tiba-tiba tertanam di sekitar halaman rumah milik Elias Mohd. Desa (gambar) di Kampung Tok Bedu, di sini rupa-rupanya kerana pertikaian hak milik tanah.
Ia dikatakan perbuatan kerana rasa tidak puas hati seorang lelaki yang mendakwa tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang didiami Elias itu adalah miliknya.
Elias, 51, yang ditemui Kosmo! di rumahnya semalam percaya perbuatan menanam pokok pisang itu dilakukan seseorang di kampung itu yang berniat untuk mengusirnya dari tanah tersebut.
“Ada jiran saya memberitahu ada ternampak lelaki tersebut dan keluarganya datang dan bergegas menanam pokok-pokok pisang itu pada petang Sabtu lalu,” ceritanya sambil memberitahu lelaki itu memang beliau kenali.
Beliau memberitahu, tanah tersebut merupakan tanah pusaka milik arwah bapanya, Mohd. Desa Sulaiman.
Kosmo! semalam melaporkan misteri yang menyelubungi Elias dan keluarganya yang tiba-tiba mendapati halaman rumahnya tertanam 38 batang anak pokok pisang tanpa disedari.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

*****************
aku teringat lagi kata2 Prof dan Juga Ustaz Jalaluddin di seminar wasiyat anjuran PERKIM ahad lalu iaitu mengumpul harta tak menjadi satu kesalahan tapi usahalah untuk pastikan harta yang ditinggalkan tidak menjadi masalah kpd waris yg masih hidup tu nanti. Memang benarlah, harta dan anak2 boleh memberi kebahagiaan dan juga menjadi ujian yg amat besar kpd seseorang itu.

date Thursday, April 2, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu