(2) IMPLIKASI DAN HAK2 MUALLAF MENGIKUT HUKUM SYARAK
TUAN HAJI ABDUL WALID ABU HASSAN
Ketua Unit Pembangunan Undang2 Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah,
Jabatan peguam Negara.

1. Orang Islam keluar dp agama Islam -
Seksyen 49 enakmen pentadbiran agama Islam negeri :

*Mahkamah Tinggi syariah hendaklah :-
a. dlm bidang kuasa mal-nya -> mendengar, memutuskan semua tindakan jika prosiding itu ialah org Islam berhunbungan dgn -
i. pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam

2. Org bukan Islam memeluk agama Islam -
Seksyen 46 enakmen undang2 Keluarga Islam :-
(2) jika salah satu pihak kpd sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam -
maka perbuatan yg demikian tak boleh dgn sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Seksyen 95 dan 96 enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

*95
(1) kehendak2 berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang :

a. mesti mengucap dua kalimah syahadah dlm bhsa Arab secara yg munasabahnya jelas

b. mesti dlm keadaan sedar ketika mengucap syahadah bhwa kalimah itu bermakna " Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi asksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah Pesuruh Allah; dan

c. pengucapan itu dibuat dgn kerelaan hati

(2) seseorang yg tak dpt bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1) (a), mengucapkan dua kalimah syahadah dgn menggunakan isyarat yg menunjukkan makna yg dinyatakan dlm perenggan (1) (b)

*96 - seseorang itu memeluk Islam dan menjadi org Islam sebaik sahaja dia habis mengucap dua kalimah syahadah dgn syarat kehendak2 seksyen 95 dipenuhi;

dan org itu selepas itu disebut sebagai seorang muallaf

3. Agama suami isteri

* Hukum syarak menetapkan - apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pasangan yg tidak memeluk Islam hendaklah diberi peluang untuk memeluk Islam,

-> Jika dia turut serta memeluk Islam maka Islam mengiktiraf pernikahan mereka tanpa akad yg baru - tempoh diberi ialah 3 bulan (masa idah)
(rujuk Mughni al-Muhtaj j.3 m.s 245, Dar al-Fikri)

Mazhab Hanafi :
*Keadaan salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pernikahan itu tidak terbatal sehinggalah dibawa ke pengetahuan hakim untuk pengesahan

* apabila dibawa ke hadapan hakim, hakim boleh mengesahkan bahawa mereka masih suami isteri yg sah tanpa mengambil kira berlalunya masa 3 bulan idah

(rujuk kes Maziah Mathavi thuraipandi Bt abdullah lwn Fariz Raj Abd Rahman : MRSWP 2006)
(rujuk kita al-Fatawa al-Hindiah, j.4)

->kes di atas di mana pasangan suami isteri ini bukan beragama Islam. Si suami kemudiannya memeluk Islam dan tidakmemberitahu isterinya dan masih tinggal bersama selama setahun hingga mendapat seorang anak untuk tempoh tersebut.
->setelah si isteri mendapat tahu, beliau sebenarnya mahu menerima Islam
->kes ini difail ke mahkamah dan keputusan hakim adalah mereka sah suami isteri dan tak perlu pernikahan semula

4. Penukaran agama memberi kesan kpd agama anak2 :
* kedua ibu bapa memeluk Islam - anak yg belum baligh mengikut agama kedua ibu bapanya

* ibu memeluk islam tetapi tidak si bapa, anak yg belum baligh mengikut agama ibunya

*bapa memeluk Islam dan tidak si ibu, anak yg belum baligh mengikut agama bapanya

dalil : surah al-Thur, ayat 21 yg bermaksud :
"dan org2 yg beriman yg diturut oleh zuirat keturunannya dgn cara beriman, Kami hubungkan zuriat keturunannya itu Mereka A(di dalam syurga) ...

dalil : hadith - yang bermaksud :
"semua kanak2 dilahirkan dlm fitrah, kedua ibu bapalah yg bertanggungjawap mencorakkannya samada untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".

*Saidatina Khadijah r.a bertanya kpd Rosulullah tentang kedua anaknya yg telah mati semasa Jahiliyyah. Khadijah juga bertanyakan tentang kedudukan anak2nya dgn Rosulullah.

* Rosulullah mengkhabarkan bahawa anak Khadijah yg mati dlm jahiliyah tempatnya di neraka dan anak2nya bersama Rosulullah di dalam syurga.

* Rosulullah bersabda yg bermaksud :
"Sesungguhnya org2 Mukmin dan anak2 mereka di dalam syurga dan org2 Musyrikin dan anak2 mereka di dalam neraka".



*Penjelasan dp Kitab Ahkam al-Ahwal al-Syaksyiyyah Fi-al-Syariah al-Islamiyyah wa al-Qanun -karangan Almarhum Al-Imam Al-Syeikh Ahmad Ibrahim Bek,
Professor Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir.

->kanak2 mengikut agama yg terbaik dr kedua ibu bapa mereka.
->jika salah serorang dp psangn memeluk islam , anak2 yg kecil yg belum akil baligh mengikut agama ibu atau bapa yg Islam

-> jika seorang bayi yg ditemui tanpa ibu bapa dalam negara Islam dan tanpa tanda2 yg menunjukkan ia adalah anak kpd org bukan Islam, anak ini menjadi anak org Islam mengikut status negara tersebut.

-> jika kanak2 itu bermukim di negara kafir Harbi, maka ia tdiak dihukumk sebagai Islam wlupun ibu atau bapa mereka Islam kerana negara Harbi tidak termasuk di bawah wilayah kekuasaan Islam.

* Seseorang manusia itu dihukum sebagai Islam melaui 2 cara:-
i. jalan asal
-> bila dia mengucap dua kalimah syahadah tak kira dia akil baligh, berakal, masih kecil atau mumaiyiz

ii. jalan ikutan
-> jika ia masih kecil samada belum mumaiyyiz, atau sudah mumaiyyiz tp dia sendiri belum memeluk Islam, salah sorang ibu atau bapa atau keduanya beragama Islam dan bagi seseorang yg tidakberakal (gila).


** sekiranya kedua ibu bapa murtad dan anak2 masih kecil, anak2 itu kekal dlm Islam
** jika salah sorang ibu atau bapa murtad lari ke negara lain dan tinggalkan anak di negara islam, maka anak itu adalah Islam
**jika beliau membawa anak itu bersama dan menetap di dalam negara Harbi/ bukan Islam maka anak itu adalah bukan Islam

**samada Malaysia ini dikatakan negara Islam ataupun tidak, Malaysia adalah negara yg agama perlembagaannya ialah Islam. Justeru, seharusnya setiap dilakukan merujuk kpd sistem dlln mengambil berat/ merujuk kpd Islam.

date Sunday, May 31, 2009

(1) ASAS2 AJARAN BUDDHA SEBAGAI PERBANDINGAN AGAMA
DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

antara isi dan kandungan pembetangan ustaz ialah :-

* ajaran Buddha yang dicetuskan oleh Sinddhartha Gautama (563-483 seblum Masihi) muncul di negara Cina telah mencipta pembaharuan dlm kehidupan masyarakat Cina di mana ia mempunyai pengaruah yg kuat
*antara ajaran utama ialah :-
1. Berasaskan kpd 4 Kebajikan Kebenaran (The fourth Noble Truth)
i. Kehidupan mansuia pd asalnya tidak bahagia = Dukkha
ii. Punca tidak bahagia - fikir tentang kepentingan sendiri dan dibelenggu nafsu
iii. Sikap mementing diri sendiri dan nafsu dapat dikawal bila nafsu dan keinginan dibuang yg disebut nirvana = Nirodha (The Seccsation of Sorrow)
iv. Menimbang, berfikir, berbicara, membuat sesuatu, mencari nafkah, berusaha, mengingat dan meditasi dengan kebenaran = Marga. Agama ini tiada perbezaan antara manusia serperti agama Hindu (the way which leads to the cessation of Sorrow)

2. Antara larangan2 dlm ajaran ini kpd pengikutnya ialah :-
i. jangan menggunakan sebarang wangi-wangian
ii.jgn menonton atau mendengar hiburan
iii.jgn tidur atas katil besar/luas
iv.jgn memakai emas dan perak
v.jgn mkn selepas tengahari
*mesej - jgn hidup bermewah2 dan berhibur

3.Jgn menyembah Buddha dan tiada patung2 untuk disembah

* Berdasarkan ajaran utama seperti di atas,Dr.Ridhuan Tee mengatakan apa yg diikuti oleh pengikut Buddha sekarang ini telah menyimpang jauh dp ajaran mereka yg sebenar

* Terapat values dp sudut akhlak dlm perbincangan ini yg perlu disentuh apabila hendak berdiskusi atau berdakwah kpd org bukan Islam yg beragama Buddha ini kerana jika hanya menyebut kebaikan Islam dan kelemahan ajaran mereka ini tidak akan ke mana.

*Ini bermakna ajaran asal Buddha ialah mengajak pengikutnya untuk menjadi orang yang baik.

*Maka persamaan values yg baik antara Islam dan Buddha perlu diketengahkan dlm perbincangan kecuali dp sudut Aqidah tidak boleh diletakkan persamaannya kerana ia adalah perbezaan yg amat ketara.

*Masyarakat Cina di Malaysia adalah yg lebih mudah untuk didakwah Islam berbanding kaum lain jika mengikut cara yg sepatutnya kerana yg mengikut Buddha mereka tidak benar2 berpegang kpd ajarannya malah ramai yg tidak tahu sgt ajaran ini dan tersasar jauh.

*Isu2 permasalahan murtad di kalangan mereka yang memeluk Islam (mualaf) perlulah dilihat dp pelbagai aspek terutamanya dp puncanya dan masalah2 yang dihadapi oleh mereka ini :-
-> masih belum benar2 memahami ajaran - ada yg memeluk Islam bertujuan untuk berkahwin
-> ada yg bila memeluk Islam, dibuang keluarga, tiada tempat bergantung, ada yg miskin inilah cabaran2 kpd mereka

*bantuan perlu diberikan kpd mereka seperti kewangan, tempat tinggal jika benar2 memerlukannya termasuk mengajar dan mendidik mereka ajaran Islam yg sebenarnya

*Dr. Ridhuan menekankan sikap segelintir masyarakat Muslim di Malaysia sendiri yang kadang2 tidak menggalakkan org bukan Islam untuk memeluk Islam.

*Ada antara Muslims yg bersikap menggambarkan Islam ini terlalu ekstreem sedangkan jika dibandingkan dgn ajaran agama lain termasuk Buddha lebih ekstrem (contoh tidak boleh berwangian2 langsung dlln).

*Justeru, perlu berhemah dan tahu bagaiman nak mendekati golongan inti untuk mengajak mereka kpd Islam.

*Semua pihak termasuk org ramai perlu mengambil inisiatif untuk berdakwah kpd org bukan Islam ini.

********************************
sedih dan sayu mendengar kisah2 kehidupan mereka yg tersepit dan akhirnya membawa kepada murtad tetapi kebnyakan org kita hanya tahu menuduh dan menuding jari tanpa melakukan usaha dakwah dp peringkat awal lagi untuk mencegah hal2 seperti ini dp berlaku lagi2 dp mereka yg berkuasa dan mempunyai kuasa.

pandangan Dr Ridhuan ini mmg ada logiknya tetapi berapa ramaikah antara kita berdakwah dan menunjukkan sikap yg baik yg perlu dicontohi kpd org bukan Islam dan adakah cara yg kita lakukan sesuai dgn keadaan semasa di Malaysia ini.

aku pernah membawa pelajar2 menghadiri satu seminar di mana majoriti peserta adalah Muslim dan majoriti pljr aku adalah non-Muslim di mana isu2 yg dibicarakan adalah isu Muslim dan non-Muslim.

terdapat beberapa peserta yg betul2 smgt nak berdakwah kpd peljr aku ni sampai beberapa kali dtg berjumpa dgn aku bertanyakan tentang pljr2 non-Muslim ni untuk berdakwah kpd mereka. Ada yg dtg menyertai kumpulan kami waktu lunch dan terus attack stndts aku ni dgn soalan tntng Islam dan terus berdakwah kpd mereka.

Bagiku mmg terlalu gopoh.Baguslah stnds aku hanya tersenyum dan memandang padaku, kalaulah yg hadir hari tu adalah yg vocal belaka...jadi perang pula di situ. Inilah kelemahan dlm berdakwah.... ada yg terlalu gopoh tanpa melihat sekeliling, persekitaran dan method yg sesuai.

`Blanket method' digunakan iaitu kaedah yg sama dipakai atau tangkap muat untuk semua peringkat manusia tak mengira faktor usia, latarbelakang keluarga pendidikan dlln.

Ada juga yg tak kisah dan menunjukkan sikap diri yg membuatkan org bukan Islam tidak berminat dgn Islam kerana pengikutnya.


Yusuf Islam (Cat Steven) pernah berkata `nasib baiklah aku mengenal Islam dulu sebelum mengenal org2 Islam'.

date

Dah lama aku tak ke Shah Alam jalan2 ke pasar tani dan beberapa tempat di sana sejak sahabat aku, Ina dah posting balik kg kat Ganu kiter.Dah lama juga tak ada pogram untuk aku hadir di sini kecuali 2 minggu lepas di mana aku gi jumpa kak Ani ziarah suami kak Ani, abg Osman di hospital.Hari ini aku bersama 3 org pljr menghadiri Seminar Krisis Murtad anjuran Persatuan Ulama di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah yang membincangkan isu perbandingan agama - Buddha-Kristian-Hindu dan juga permasalahan isu murtad ni termasuk faktor2 dan kuasa undang2 syariah dln2. Antara speakers ialah Dr.Ridhuan Tee Abdullah, Tuan Haji Abdul Walid Abu Hassan dlln. Ilmu yg dikongsi bersama amat bermanfaat untk mengetahui situasi dan kedudukan Islam dan Muslims di Malaysia skg ni dan konflik yg berlaku. Pljr2 ku tak putus2 memberitahu betapa bertuahnya dpt menghadiri seminar ini. Info yg kuperolehi dpt juga membantu untuk paper aku, dlm proses menyiapkannya.


Pljr2ku dah bersemangat nak teruskan berpogram di tempat kami untuk menyentuh isu2 seperti ini nanti. Tq kpd Persatuan Ulama atas inisiatif ini dgn pembentangan yg cukup menarik dan manfaat oleh para penceramah yg berpengalaman dan pakar dlm isu yg dibentangkan dan juga tq kpd shbt Bro Tamar kerana mengiklankan seminar ini di blog beliau. Insya-Allah nanti aku tulis di sini tentang antara isu dan info yg dikongsikan oleh para penceramah tadi.

* Antara seminar yg akan berlangsung anjuran Persatuan Ulama Selangor ialah :

Seminar mengenai Pendidikan Islam - anjuran PUM Selangor bersama Kementerian Pengajian Tinggi

Tempat - Putrajaya

Tarikh - 11hb. Julai, 2009 - Sabtu

date Saturday, May 30, 2009

Pengsan dikerjakan peragut
Oleh MANIRAH OTHMANmanirah.othman@kosmo.com.my
MAZLINA terlantar di katil hospital sambil disaksikan suaminya, Abdul Jalil Sulong (kiri) dan anaknya, Nur Aqidah akibat diragut di Jalan Tengku Omar, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Peragut terus mengganas dan kali ini, seorang lagi wanita hampir menjadi korban dalam kejadian ragut di Jalan Tengku Omar, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu pukul 11 pagi semalam.
Mangsa, Mazlina Nawang, 45, pengsan selepas jatuh tersembam di atas jalan raya, patah dua batang gigi dan cedera di bahagian muka selain lebam pada anggota badan lain.
Mangsa yang bekerja di kedai dobi di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu ketika itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit.
Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi bersendirian tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal lain sebelum lelaki yang menaiki motosikal itu menarik beg tangan di dalam raga motosikalnya.
Bagaimanapun, salah satu tali beg tersebut tersangkut pada raga motosikal mangsa menyebabkan mangsa hilang imbangan lalu terbabas dan tersembam hingga pengsan menyebabkan peragut itu terus melarikan diri.
Menurut anak sulung mangsa, Nur Aqidah Abdul Jalil, 23, dia mengetahui tentang kejadian tersebut selepas mendapat panggilan daripada orang tidak dikenali melalui telefon bimbit ibunya.
“Pemanggil memaklumkan ibu saya sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana kemalangan dan saya bergegas ke sana.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

*****************************
ya Allah, ya Rabb lindungilah kami dan keluarga kami dan bukakanlah pintu hati mereka ini supaya bertaubat dan mejauhi perkara yg mungkar.

kpd mereka yg berkuasa dan mempunyai kuasa, pls tengok dan put more effort demi utk rakyat bukan hanya janji2 manis mahupun kata2 yg terbentang di sepanduk, lencana apa saja , ia bukan untuk dipamerkan atau didagangkan...............

date Friday, May 29, 2009

...

Semester pertama di sini telah pun menuju ke penghujungnya. Isnin (esok) adalah paper utk subjek aku. Final exam dah bermula Jumaat lepas. Dua jumaat lagi convo bebudak ni maka rasmilah berakhir semester pertama ini. Cuti sekolah pun bermula, maka ramailah mempunyai agenda masing2. Yang mempunyai ayah dan ibu, luangkanlah masa sekurang2nya mencari ruang dan masa walau seketika. Yang mempunyai keluarga sendiri, kesibukan seharian selalu membataskan peruntukan masa bersama ahli2 keluarga. Cuba2lah mencari waktu seketika di sebalik kesibukan itu untuk berkomunikasi dan berehat2 bersama mereka kerana anak2 membesar dgn sokongan ahli keluarga secara langsung dan tidak langsung. Institusi keluarga teramat penting kerana segalanya bermula dp rumah. Anak2 yang makin membesar jika tidak merasakan hubungan yg rapat antara ahli keluarga terutamanya dgn bapa dan ibu, maka sudah tentulah kasih sayang dan perhatian cuba ditagih dp mereka di luar rumah. Apabila salah memilih rakan atau pasangan, maka macam2 lah yg berlaku seperti apa yg bnyk berlaku di bumi bertuah ini. Maka masing2 akan menuding jari apabila masalah sosial makin meningkat.....bayangkanlah mereka itu adalah seperti org lain juga yang lahir sebagai bayi yang bersih....kepelbagaian corak hidup mereka adalah ditentukan oleh ibu bapa, keluarga dan kemudiannya anasir atau faktor2 yang lain.

Masihkah ada keluarga yang bersama anak2 dan seisi keluarga membaca alquran bersama dan memahami isi kandungannya sambil berbicara wlu hanya utk seketika selepas solat mahgrib contohnya? Sudah tentu ada......tetapi adakah kita termasuk dlm keluarga itu?
sudah cukupkah dengan ilmu yg dibekalkan ketika anak2 ini kecil dan mereka sudah mampu berdikari dan kemudiannya mendapat ilmu seterusnya di instusi pengajian tinggi maka ia adalah yang terbaik?

Aku bukan mahu berbicara tentang apa yg patut dan tidak patut sesebuah keluarga itu ada dan lakukan kerana kau tahu mudah utk berkata2 tapi tidak sama apabila mempraktiknya apatah lagi diri sendiri belum mempunyai keluarga sendiri. Apa yg ku nukilkan di sini ialah apa yang ku lihat, dengar, baca dp kisah sebahagian masyarakat.Melihat anak2 remaja yang seharusnya dan pastinya mempunyai potensi dan kelebihan tersendiri tetapi ada yg tersasar dari landasan yg sebenar...hati ini menjadi sayu dan sedih......maka siapakah yg harus memulakan langkah untuk membawa mereka ini ke jalan yg benar?Jika tanganku dan tangan mu malah tangan2 kita mampu menggapai tangan2 mereka....mungkin sesuatu dpt dilakukan sebagai ikhtiar....namun jika tangan2 kita tidak mampu menggapainya....tangan2 siapakah yang menyambung tugas ini?

date Sunday, May 24, 2009

TAJUK BUKU : ALEXANDER THE GREAT - MAN AND GOD
PENULIS : IAN WORTHINGTON - PROFESOR - SEJARAH GREEK, UNIVERSITI MISSOURI-COLUMBIA.

Alexander di panggei `the great' merujuk kpd kehebatannya dlm menakluki wilayah2 dan mempunyai empayar pemerintahan yg cukup luas dan kuat ketenteraanya. Antara filem yang dibuat oleh omputih telah memancing kemarahan di kalangan rakyat Greece kerana katanya berlaku penambahan dan rekaan cerita palsu di dalam filem tersebut yang memberi keaiban kpd mereka. Kalau dalam buku teks kita dulu kala, yang kita paham ialah Alexander itu adalah juga Iskandar Zulkarnain malah dalam buku rujukan sejarah SPM beberapa thn dulu ada yg bercampur2 dua nama ini dalam perenggan-perenggan dlm buku tersebut. Zulqarnain adalah nama yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran di mana beliau ada lah seorang raja yang beriman kpd ajaran Allah. Mana pulak kita boleh dpt nama Iskandar kat depan nama Zulkarnain tu yer. Berbalik kpd Alexander ni pula kisah hidupnya banyk kita lihat tidak menunjukkan beliau ini adalah pengikut setia ajaran Allah swt. Kajian2 kini cuba dibuktikan oleh pengkaji sejarah termasuk sejarahwan Islam bahawa Alexander bukanlah Zulqarnain.

Di sini aku nak ketengahkan pandangan Ian Worthington mengenai Alexander dlm bukunya. Samada kita setuju, terima atau tidak bergantunglah kpd pemahaman dan pandangan kita tentang isu Alexander ini.

* lahir pd 20hb Julai 356 M
*putera kpd Philip IV dp isteri yg bernama Puteri Olympias dp Epirus
*mempunyai abang dp ibu lain bernama Philinna
*Alexander menjadi pewaris kpd takhta kerajaan ayahnya
*Olympias bermimpi pd mlm sebelum perkahwinan beliau dgn Philip IV iaitu, izinkan aku quote ayat dp buku ini;
"she dreamed that there was a terrific thunderstorm during which a thunderbolt smashed down from the sky and landed in her womb".
*Philip IV juga bermimpi iaitu ;
"Philip also had a dream thathe took a wax seal and sealed up his wife's womb. Then he saw the figure of a lion on the seal. A seer then prophesied that Olympia was pregnant and would give birth to a lion of a man as far as bravery and power went".

*mengikut Prof Ian ini, kemungkinan juga Alexander sendiri yg mereka cerita tentang kelahiran beliau ini setelah menajdi Raja.
*beliau tidak begitu tinggi dan juga tidak le hensem sgt. cuba nengok ayat prof ni;
"...he was not a movie star as far as looks went".

*beliau merupakan seorang yang gagah dan lasak/ tahan cabaran sejak kecil kerana melalui banyak latihan Leonidas yang merupakan saudara ibunya dimana beliau belajar cara2 berlawan dan berperang,menunggang kuda.
*antara latihan yang perlu dilalui beliau seperti anak2 Macedonian yg lain ialah memburu haiwan buas,musang, singa dan burung.

*Raja Philip berperang di Greece tiap tahun ketika Alexander membesar hingga umur belasan tahun.
*Alexander pernah bertanya kpd duta2 Parsi yg ke majlis perbicaraan Macedonia mengenai kekuatan dan bilangan angkatan tentera Parsi ketika umurnya baru 7 thn.
*Aristotle adalah guru beliau yg mengajar ethics,kesusasteraan dan lain2 . Pembelajaran adalah di dalam taman selama 3 tahun - Garden of Midas
*Beliau dipengaruhi ibunya yang tidak menyukai ayahnya

*tahun 337 M, Philip IV berkahwin dgn Cleopatra sepupu kpd Attalus.Attalus adalah org kepercayaan dan diberi kuasa oleh Philip IV. Ini adalah perkahwinan ketujuh Philip IV
*setelah Cleopatra melahirkan anak lelaki, ini mungkin memberi saingan kpd Olympias untuk melihat Alexander mewarisi tahkta pemerintahan
*berlaku pertengkaran antara Alexander dgn Attalus. Alexander telah membaling gelas minuman beliau ke muka Attalus dan meminta ayahandanya memihak kpd beliau namun Philip IV tidak memihak kpd beliau.
*Philip menolak permintaan Alexander utk membawa tentera ke Parsi.
*Hubungan antara ayah dan anak menjadi makin bermasalah. Malah Philip IV membuang daerah beberapa shbt anaknya itu sebagai amaran dan hukuman.

*Philip IV mati dibunuh. Ramai juga di kalangan sedara Philip IV dan lain2 yg tidak menggemari atau menyokong Alexander sebagai pewaris takhta kerajaan.
*Alexander memerintah negara dan meluaskan lagi empayar yg dibina oleh ayahanda beliau.

to be continued ya.

date

setiap yg berlaku ada hikmahnya cuma kdg2 kurang jelas pd mata kasar yg melihat dan tidak dapat difahami oleh minda kerana kelemahan manusia.Manusia kdg2 lupa setiap tindakannya akan dihisab tak kiralah manusia biasa, luar biasa, rakyat, pemimpin, apa saja jwtnnya. bergembiralah apa yg hak bukan bergembira apa yg batil. Moga ia menjadi peringatan kpd kita dan kpd Allahlah sebaik2 dipohon keampunan, rahmat, hidayah dan pertolongan.

date Friday, May 22, 2009

harini last class tuk this sem.final exam menjelma dan paper tuk subjek aku ialah isnin depan.
Good Luck pd pljr2ku. Good luck juga pada aku dan cikgi2 lain untuk marking party...periksa kertas yg paling mencabar hehehe.

All the best juga pd shbt2 dlm apa saja yg shbt2 lakukan. Aku tak sbr nak tunggu cuti emm.....
Dlm kesibukan yg masih belum reda ni, dpt email dp puan pgrh cnfrnce.....beri peringatan sungguh bermakna tentang dateline paper tuk dihantar...emmm....bru tadi shbt yg bersama aku tuk paper ni call aku bincang hal ni hehehe.....otak tgh fokus tuk exam ni dan marking lenlain papers tuh. Aku ada rasa sedikit stress emm....

Aku amat sgt harap another paper yg telah dipersetujui oleh sorang shbt utk membantu aku diterima oleh sebuah institusi pngjian nih. All the best to us ya. Amiin. Baru je dpt info, alhmdlh paper kami telah diterima tapi masa yg diberikan terlalu terhad...kena submit dlm bulan yg sama dgn 1st paper tu. Dgn nak marking paper tuk final exam....aku betul2 dah rasa `stress' itu.....Pada sahabat utk 2 paper ni terutamanya yg second ni memandangkan research belum dimulakan....bantulah akuuuu.uwaaaa.first time aku uwaaa kat sini. Rasanyala hehehe.Mcm mana gelodak perasaan sebahgian besar rakyat perak dan luar perak utk tahu keputusan mahkamah esoknya....begitulah jugak yg aku rasa bila kena siapkan sesuatu dlm agak last minute sbb tau pun kira last minute gak kan.


p/s: tak sabar nak cuti balik kg....serius nii.

date Thursday, May 21, 2009

DOA

Marilah sama2 mendoakan kejayaan untk kita semua sekeluarga dan keamanan dan kebahagiaan kita di negara tercinta ini.

Didoakan agar Ticer Az cepat sembuh dp sakit gastriknya.
Didoakan Kak Tirana bertambah sihat dan cergas semula.
Didoakan pelajar2ku dapa menjawap soalan final exam dgn tenang dan baik - hari ni last class bagi aku.
Didoakan keputusan yang akan keluar bagi menentukan nasib dan kedudukan RAKYAT Perak adalah yang terbaik....

date

date Wednesday, May 20, 2009

Kamar, kafe bak hotel.

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NORkhadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
Masjid Al-Ghufran bukan masjid biasa. Ada kamar musafir dengan kemudahan bertaraf hotel dan lebih menarik, sebuah kafe yang digerakkan oleh jawatankuasa masjid turut tersergam indah.
MASJID kini bukan sekadar tempat untuk beribadat. Seiring dengan peredaran zaman, peranan masjid juga berubah mengikut kesesuaiannya yang tersendiri.
Namun, ia bukan bermaksud untuk menukar masjid menjadi tempat yang tidak sepatutnya sehingga mencemari kesucian rumah Allah dalam kalangan penganut agama Islam.
Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengimarahkan masjid yang kebiasaannya hanya dianggap sebagai tempat untuk bersolat semata-mata.
Menyedari hakikat pentingnya meningkatkan peranan masjid ke arah tujuan yang lebih besar, jawatankuasa pentadbiran Masjid Al-Ghufran di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur boleh dicontohi oleh kebanyakan masjid di Malaysia.
Di masjid itu, terdapat pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan, selain daripada menyediakan kemudahan tertentu yang boleh disewa atau digunakan oleh pihak yang berkenaan.
Antaranya adalah Sekolah Rendah Agama Balai Islam (SERAMBI) yang mempunyai 200 pelajar dari darjah satu hingga darjah enam, kemudahan kamar musafir untuk penginapan, dewan persidangan bagi majlis rasmi, bilik mesyuarat, dewan makan dan sebagainya.Terbaru, jawatankuasa masjid itu melancarkan pembukaan Cafe Al-Ghufran sekali gus menjadi kafe pertama di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kafe itu diwujudkan bagi mengumpul dana masjid dan dibina dengan kos bernilai RM180,000. Ia mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.
KIRI: SALAH satu kamar musafir yang terdapat di masjid.TENGAH: CAFE Al-Ghufran diwujudkan untuk menambah dana pendapatan masjid.KANAN: RUANG untuk mimbar dan tempat solat imam dipenuhi ukiran.
Berkonsepkan tradisional Melayu, kafe itu menyediakan pelbagai menu istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung, masakan tempatan dan kuisin barat.
Kafe itu telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 9 Mei lalu.
Dalam ucapannya, Raja Nong Chik memuji langkah yang diambil oleh pihak pengurusan masjid untuk mengumpul dana melalui pembukaan sebuah kafe.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali, 68, berkata, semua itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa fungsi masjid kini semakin meluas.
"Bagi saya, setiap masjid perlu diimarahkan dan sentiasa mempunyai aktiviti. Selain itu, ia juga perlu berdikari dan dalam hal ini, sesebuah masjid seharusnya mempunyai dana sendiri yang boleh digunakan untuk menyemarakkan lagi fungsinya.
"Justeru, Masjid Al-Ghufran ini perlu menjadi sebuah masjid yang sentiasa aktif dalam menyediakan pelbagai kemudahan terkini untuk ahli kariah dan orang luar yang mahukannya.
"Masjid ini mempunyai enam aras lantai. Setiap aras dilengkapi dengan kemudahan seperti pejabat, dewan solat, rumah kakitangan (imam, siak dan lain-lain), sekolah, dewan persidangan, bilik mesyuarat, kamar musafir dan juga restoran atau kafe," jelas Hassanuddin ketika ditemui Kosmo! di Masjid Al-Ghufran baru-baru ini.
KIRI: SUASANA kafe yang dilimpahi cahaya pada waktu malam.TENGAH: DEKORASI kafe ini bercirikan Melayu tradisional.BAWAH: KAMAR musafir disediakan untuk golongan berpendapatan rendah.
Menurut Hassanuddin lagi, kelengkapan dan kemudahan yang disediakan itu secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan masjid dan ia banyak membantu jawatankuasa untuk melaksanakan sesuatu program.
"Syukur, setakat ini Masjid Al-Ghufran tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk menerima tempahan daripada pihak luar yang menyewa kemudahan seperti kamar musafir, dewan persidangan, bilik mesyuarat dan sebagainya.
"Hasil yang diperoleh akan disimpan sebagai dana untuk keperluan masjid pada masa hadapan," ujar Hassanuddin yang dilantik menjadi Pengerusi Masjid pada tahun 1998.
Untuk penginapan kamar musafir, terdapat 24 bilik disediakan dengan empat daripadanya adalah jenis suite, lima bilik VIP, empat bilik keluarga dan 11 kamar bujang.
Suite Al-Firdaus yang mempunyai tiga bilik contohnya, boleh memuatkan 10 orang dan kadar sewanya adalah sebanyak RM220 semalam. Suite An-Naim juga mempunyai tiga buah bilik, tetapi untuk penginapan lapan orang berharga RM180.
TERDAPAT pelbagai menu yang boleh dinikmati di Cafe Al-Ghufran.
Suite Al-Ma'wa dan Suite Al-Adnin, masing-masing mempunyai dua bilik dan boleh memuatkan enam dan lima orang. Kedua-duanya berharga RM160 dan RM140 untuk penginapan satu malam. Bagi kategori VIP, keluarga dan bujang pula, masing-masing berharga antara RM90 hingga RM60.
Semua bilik penginapan itu mempunyai kemudahan penghawa dingin, bilik mandi, alat pemanas, tuala, televisyen, meja makan, meja solek dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan sistem wifi yang membolehkan penyewa mengakses Internet secara percuma.
Tambah Hassanuddin, masjid tersebut juga memiliki empat bilik persidangan yang berbeza saiz untuk disewa kepada orang luar yang berminat.
"Dewan paling besar boleh memuatkan 140 orang. Ini diikuti dewan persidangan yang boleh mengisi seramai 50, 40 dan 30 orang. Semuanya berharga antara RM100 hingga RM400 satu dewan.
"Terletak di aras dua pula adalah dewan dan bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan kemudahan projektor LCD, sistem PA, meja dan kerusi," katanya sambil memaklumkan bahawa pada setiap minggu, ada sahaja pihak yang menyewa kemudahan di Masjid Al-Ghufran untuk mengadakan seminar atau kursus.
Ditanya mengenai sejarah awal penubuhan masjid itu, Hassanuddin berkata, ia telah didaftarkan dengan nama Surau Balai Islam di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 6 April 1993.
"Dengan hasil sumbangan individu tertentu terutama golongan korporat, Surau Balai Islam telah diubahsuai sejajar dengan peningkatan peranannya mulai tahun 1998.
"Pada 4 April 2000, surau ini dinaik taraf sebagai masjid dan diberi nama Masjid Al-Ghufran. Nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan, telah diberikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Hashim Yahya," jelas Hassanuddin yang juga bekas ahli korporat sambil menambah bahawa, masjid ini didirikan di atas tanah yang diwakafkan seluas 26,000 kaki persegi.
Sebarang maklumat mengenai kemudahan sewaan di masjid ini, sila layari laman web www.masjidalghufran.com.my atau http://masjidalghufran.tripod.com.

date

ATTABARI

Nama penuh beliau ialah Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir at-Tabari dilahirkan pada tahun 838AD.
Beliau daripada keluarga yang miskin tinggal di Tabaristan berdekatan Laut Caspian.
Beliau adalah seorang yang cintakan ilmu. Ketika kecil beliau mempelajari bahasa dan kusasteraan Parsi dan sejarah Parsi.
Kemudian beliau ke Iraq untuk mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab, philosofi, logik dan geologi di Baghdad.
At-Tabari kemudiannya terkenal sebagai Mufassir di mana beliau menulis tafsiran Al-Quran dgn mengaitkan dgn sejarah dan kehidupan manusia.
Antara tafsir penulisannya yg terkenal adalah `Jami' fi Tafsiral Quran'.
Kaedah penulisan tafsirannya ialah menggunakan hadith dalam menjelaskan isi kandungan Al-Quran.
Beliau merupakan pengikut Imam Abu Hanifa.
Antara penulisannya dalam sejarah yang termasyhur ialah kitab `Akhbar ar-Rusul wa'l Muluk' iaitu mengenai sejarah Nabi2 dan raja2.
Beliau menulis sejarah yang menceritakan peristiwa2 lalu untuk memberi iktibar kpd manusia bermula dp pra-sejarah sehingga tahun 302 AH ataupun 915 masehi.

date Tuesday, May 19, 2009

"Petang tadi saya dapat berita dari Sis Tirana minta saya tolong doakan dia kerana keadaan kesihatan beliau semakin bertambah berat walaupun disebelah paginya dia memberi tahu beliau sudah agak pulih. Siang tadi dia sudah berjumpa dgn Datuk Dr Jamelah di Hospital Ampang Putri dan kemudian dibawa berjumpa seorang neurologist. Setakat ini doktor masih belum dapat pastikan penyakit beliau. Neurologist minta Sis Tirana dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani beberapa ujian tetapi Dr Farouk suami Sis Tirana minta tangguh untuk sehari dua untuk melihat tindak balas ubat yang doktor berikan. Kalau tiada perubahan barulah beliau akan benarkan Sis Tirana dimasukkan dan tinggal di dalam wad untuk menjalani ujian."
Ni mesej dp blog kak Tirana.Tq 4 the info.

Baru tadi dpt balasan sms dp kak Tirana. Beliau di rumah skg ni, keletihan dan kurang tenaga. Dah dibuat ujian darah dan sedang menunggu jwpnnya.Syafakillah kak. Moga cepat sembuh dan diberikan kekuatan diri, kesabaran dan permudahkan segala urusan. Amiin.

date

Sultan Perak tidak boleh pecat Menteri Besar - Hakim

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatannya kerana beliau tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim apabila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar, 52, sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei lalu.

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata, sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.

Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan Fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Menurut Abdul Aziz, Fasal 16 memperuntukkan bahawa sokongan majoriti hanya boleh diputuskan dalam sidang DUN melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Pada pandangan saya, pemecatan Menteri Besar oleh Sultan atau sesiapa sahaja tidak pernah dibangkitkan di bawah Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Jelas beliau, Fasal 16(7) undang-undang itu menyatakan Sultan hanya berhak menentukan kedudukan Exco Kerajaan Negeri dan baginda boleh memecat mereka pada bila-bila masa atas nasihat Menteri Besar.

Abdul Aziz berkata, Sultan Perak telah bertemu tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan seorang yang melompat kembali ke Barisan Nasional (BN) malah diberitahu mereka menyokong BN secara sukarela.


date

Hari Guru yang disambut di Malaysia adalah pada 16hb Jun setiap tahun.
Baru hari ini aku nak wish Happy Teachers Day kpd semua guru2 yang telah mengajar, mendidikku daripada peringkat tadika or tabika (masa tu) hinggalah ke hari ini termasuklah sahabat handai dan mereka yang banyak membantu, mengajar, menyedarkan dan menasihati secara formal ataupun tak formal dan juga semua yang berkhidmat sebagai pendidik. Bagi aku hari2 adalah hari ibu hari bapa dan juga hari guru.

Aku pernah mendengar dan melihat pepatah dan ayat yang mengatakan `semua ibu dan bapa itu juga guru'. Jadi guru awal padaku ialah abah dan mak aku. Ingat lagi bagaimana mak dan abah mengajar aku membaca ABC mahupun mengenal huruf jawi dan membaca Muqaddam sebelum aku ke tadika lagi (tadika masa tu terima pljr berusia 5 thn kat tempat aku la). Ibuku seorang guru yg `garang' bg aku pd waktu tu la, tiap kali baru nak baca `bismillah' dah mula nangis dulu hingalah ke tahap mengaji Al-Quran tetap menangis dulu.Banding dgn rakan2 yg pergi mengaji di surau ataupun di balai raya nampaknye lebih happy :).Namun aku hargai pengorbanan dan ketegasan mak aku tu.

Abah pulak bagi aku seorang guru padaku yang amat berdiplomasi,jarang nak tingikan suara tapi tetap ada ketegasannya. Aku masih ingat dalam diplomasi abah aku tu penah sekali aku kena denda hafal sifir 11 dan 12 masa tu baru masuk darjah 2 sebab abah aku kata aku bnyk main2 bila disuruh hafal sifir.Di sekolah guru2ku mengajar, di rumah mak dan abah aku amik alih...tak de la gi tusyen kat mana2 kan.Masa tu rasanya tak mcm skg bnyk tempat tusyen.

Antara guru2 yg ingin ku ceritakan di sini, masa darjah satu, Cikgu Fatimah guru kelas sebelah pernah offer aku masuk kelas dia tapi aku tanak sbb kat kelas aku, aku jadi ketua darjah hehehe. Sebenarnya aku sayangkan kwn2 aku tuh. Cikgu Hassan yang selalu suka bercerita dan buat lawak tapi anak murid ini selalu je `menyoal' tindakan dan cerita cikgu tu....maaf cikgu.

Darjah 2, Cikgu Siti Hawa lembut orangye sentiasa tenang termasuklah menghadapi seorang pljr yang tak suka berckp malah boleh dikatakan tak akan keluarkan sepatah perkataan pun sepanjang tahun belajar..dia cuma ckp dgn nenek dia je.Emmm, masa tu aku bersekolah di Pengkalan Hulu(Kroh), Perak.

Darjah 6 di Penang. Cikgu Ooii yang banyak membantu, Tq teacher. Cikgu Azlan, maaf lagi sekali jika kata2 yang diberikan dalam penulisanku menyentuh hati cikgu erti kata lain hurt ur feeling, masa tu agak tak boleh diterima jika pelajar2 mengutarakan pandangan yang tertentu.Di mana cikgu sekarang yer.
Ustazah, tq again 4 ur help..dah tingkatan barulah aku tau salah sorang shbt aku tu adik kpd ustazah.

Tingkatan 1 di sekolah Almashoor Lilbanat, Penang. Cikgu Hassan...best la cikgu asyik ada teguran yg sinis je tiap kali cikgu mengajar. Ramai kwn2 yg ckp nape cikgu bnyk tegur sikap2 anak muda mudi padahal kena ajar subjek BM?Aku ingat cerita cikgu pasal buah durian dgn wanita sampai skg. To me you are great teacher. Cikgu bukan hanya nak mengajar tapi mendidik anak bangsa.
Ustaz Din, tak aku lupa lawaknye dlm loghat perlis kaw2 punye. Seorang ustaz Bahasa Arab yg cukup pandai memberi smgt kpd pljr untuk meminati subjek b.Arab ni. Aku mula menyayangi subjek bahasa arab...tapi sorry la ustaz skg dah bnyk tak reti nak buat ayat.

Tingkatan 3, Cikgu Zainab....tq again.. cikgu membuat saya berminat semula pd subjek Sejarah. Cara cikgu mengajar amat berlainan ketika itu. Cara cikgu sama dgn cara aku bljr di UIA dan hingga skg aku suka cara begitu...2 ways of learning.

Cikgu Mokhtar seorang guru Matematik masa tingkatan 1-3...cikgu bnyk mengaplikasikan nombor, angka2, digit, formula tu dgn Islam as way of life.

Ustaz Hashim....masih ingat kata2 ustaz yg sunguh pedih dan berbisa pd kami semua tiap kali ustaz masuk kelas. Namun ustaz tetap menjadi ustaz kesayangan pelajar2.....kalau nak berhujah takkan boleh menang punyerrrrr.

Cikgu Afifah.....ketegasan cikgu masa mengajar subjek matematik tingkatan 4 dan 5 mmg sungguh memberi debaran hehehe. Namun aku takkan lupa masa cikgu sambut kedatangan kami lepas meninggalkan sekolah tu...waktu menziarahi kwn2 dan guru2..cikgu sebenarnya seorang yg penyayang.

Masa di UIA, ustaz mengajar bahasa arab(cemane aku bleh lupe name dia) isk....daripada Kedah, namun wajahnya tetap tak akan terpadam dari lubuk ingatan. Seorang ustaz yg kelakar pandai membuat jenaka yg memebri kesedaran dan cukup bersabar dgn kami sebagai anak2 beliau. Cerita ustaz ni sungguh memberi iktibar kpd kami semua. Beliau mendapat pendidikan di sekolah sains di seberang perai dan dpt menyambung pelajaran di UK. Beliau dan shbt2 beliau adalah antara top 10 untuk SPM waktu itu. Di UK beliau tak dpt tumpukan perhatian pd kos beliau kalau tak silap beliau adalah stdnts science (tak ingat khusus ape). Beliau berhenti separuh jalan dan ke Sudan mempelajari bahasa arab dgn bekerja sendiri di sana. Beliau bnyk mengingatkan betapa pentingnya ilmu Agama dan penghayatan dlm diri dgn merujuk kpd kisah beliau masa sekolah dulu. Dengar2 usatz jadi Imam Besar Masjid..skg ustaz kat mana yer.

Ustaz Amar.....ustaz suka bercerita apabila kami ni semua keletihan...selalunya cerita hantulah menjadi pilihan kami hehehe. Baik sungguh ustaz melayan kerenah remaja mcm kami ketika itu. Ustaz skg dah pun memegang salah sebuah jwtn di Kelantan org kuat Tok Guru. Selamat bertugas untuk rakayat, ustaz.

Dr. Al-Ahsan dan Dr.Hasan....tq so much....banyak membantu dalam kelas terutamanya thinking skill dlm mempelajari subjek sejarah dna tamadun tu serta juga membuat program2 sehinga kami dpt membuat kajian ke Turkey dan Arab Saudi dlm thn 1997. I love your way of teaching us.Dr dan pensyarah2 lain mmg sentiasa support kami termasuklah tidak lokek menderma tiap kali buat pogram mak2n hehehe.

Dr.Pute Rahimah....mengajar subjek sosiology......walaupun hanya satu subjek aku amik dgn dia.... tetap memebri info yg cukup berguna. 2 th lepas terjumpa dgn beliau ketika Conference di sana....beliau masih mengigatiku...tq Dr...sempat aku kenalkan anak muridku pd beliau yg meminati beliau ketika hadir conference tu.

Dr. Hazim dan Encik Imran di UM. Dr.Hazim, bnyk membantu dlm memberi idea untuk penulisan......tak sangka dlm keseriusan wajah, Dr. amat humble dlm membantu pljr. Encik Imran, cara pengajaran yang bnyk menggunakan crithical thinking dan application kpd apa yg dipelajari amat aku kagumi.Tq for the marks :)

Last but not least (sebenarnya ramai lagi guru2 malah semua guru2 yg mendidikku aku tak akan lupa) Dr. Arshard Islam yang menjadi teachers' advisor di UIA...katanya tak akan kulupakn hingga kini.....ketika di tahun 3 aku pernah berjumpa dan bertanya kpd beliau, apakah bidang yg sesuai dgn kursus yg aku ambil selain dp mengajar....lalu perbincangan itu menajdi diskusi 1 jam lebih hehehhe....sebabnya beliau benar2 nak tahu nape aku tak mo jadi cikgu....akhirnya di sinilah aku dgn tugas itu juga perlu aku pegang dgn sebaik mungkin..atas doa mak abah aku juga :)

kini telah ku lalui dan rasa apa yg cikgu2 lalui dulu.Moga ketabahan,kesabaran,keihklasan dan kekreatifan cikgu memberi suntikan semngat kpdku.

MOGA ALLAH MERAHMATI SEMUA GURU-GURUKU DAN GURU2 SAHABAT2 SEMUANYA. KEPADA GURU2/ PENDIDIK YANG TELAH KEMBALI KPDNYA, MOGA ALLAH MENGAMPUNI CIKGU DAN MELETAKKAN CIKGU DI TEMPAT ORANG2 YG SOLEH. Amiin

date Monday, May 18, 2009

sambungan kisah diteruskan dengan Umar Abdul Aziz.
beliau adalah daripada keturunan Saidina Umar Al-Khattab r.a.

Antara sumbangan beliau dalam tamadun Islam ialah :

* sifatnya yang sederhana malah tidak terpukau dgn material ni sama seperti saidina Umar Al-Khattab; Umar Abdul Aziz pernah diberi kenderaan mewah oleh salah seorang rakyatnya sebagai kenderaan khusus untuk Khalifah. Beliau menolaknya dan menunggang seekor keldai yang ditunggangnya selama ini.

*ketika beliau di atas keldai itu, datang serombongan pengawal berbaris di belakangnya dgn memegang tombak tajam untuk menjaganya daripada bahaya. Beliau menolaknya dan mengatakan dia hanyalah di kalangan rakyat biasa kaum muslimin.

* beliau pernah berucap kpd rakyat dgn meminta mereka memilih sesiapa yg layak menajdi pemimpin mereka, namun rakyat tetap memilih beliau.

*akhir abad 17 hijrah, kaum Muslimin menikmati kemenangan pasukan Muslimin di Iraq dan Syam namun kemudian datang musim kemarau berpanjangan di Madinah. Dalam keadaan kelaparan itu, Umar Abdul Aziz pernah dihidangkan roti dicampur minyak zaitun lalu beliau mengajak seorang Badwi untuk mkn bersamanya. Mendengar Badwi itu memberitahu tidak pernah mkn mknn yang dibuat dgn minyak zaitun, Umar bersumpah tak akan memakannya sampai semua rakyat kembali hidup seperti biasa.

--> antara kata2nya : "Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku akan menjadi org terakhir menikmatinya".

date Friday, May 15, 2009

Tanya sama pokok (mempelam harum manis),
apa sebab goyang
nanti jawap pokok
angin yang goncang

Tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawap angin
tanyalah awan...

Awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair...

Tengok dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

CAMPAK SATU BATU
BAYANG PUN HILANG

****************************
lagu ini mengigatkan aku pada mak aku, aku penah tanya maksud lagu ni masa tu aku darjah dua sbb dgr senior2 kat sekolah nyanyi..ada cikgu yg ajarkan lagu ni

lagu ini mengingatkan aku pd P.Ramlee - lagu ini ada dlm filem beliau bertajuk Anakku Sazali - cuma beliau tukar sket senikata jadi lagu cinta- love story gitu

lagu ini membuatkan aku berfikir :
dalam situasi kita sekarang di BUMI BERTUAH ini.....
*mesti banyak bertanya...tak tanya sesat jalan
*tapi tahukah pd siapa yg nak bertanya? silap tanya lagi sesat jalan...
*kalu bertanya adakah jawapannya ---kalau dpt jawapan pun adakah relevant?
*kenapa bila tanya asyik tunjuk jari ..tanyalah org tu...org tu yg bertangungjawap
*adakah semua ini berlaku tiap hari, tiap masa di mana saja? di sekolah,di rumah, di tempat kerja, di tempat awam, di bawah pokok mempelam?

date Thursday, May 14, 2009

Mashitah tegur JAIM
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRANsaiful.sapran@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! 9, 10 dan 11 Mei.
PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) menegur Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana tidak mengambil tindakan segera bagi membendung kegiatan khurafat di Pulau Besar.
Beliau berpendapat, JAIM sepatutnya proaktif dalam mencegah kegiatan tersebut kerana ia bukan peristiwa baru.
"Perbuatan khurafat seperti melakukan penyembelihan haram dan pemujaan adalah salah dari segi akidah serta dilarang dalam Islam.
"Ia sepatutnya dicegah segera sebelum berleluasa dan akhirnya sukar dibendung,'' katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar IslamGRID di sini semalam.
Beliau mengulas pendedahan Kosmo! selama tiga hari bermula 9 Mei lalu mengenai kegiatan itu yang menurut penduduk tempatan semakin menjadi-jadi.

********************
baguih2, cek sokong, tapi bukan JAIM ja (sorry la JAIM,hampa kena teguq dgn D.M tuh),bnyk lagi yg kena tegur tak kira la org atasan ka sapa ka...boleh mula dgn shbt2 puan eh dato' kat dlm kabinet tu.tq dato' mashitah.

Dalam Islam mmg suruh tegur menegur kecualilah mcm filem `JGN TEGUR' tu takut lain lak jadinye kan.nak tegur jgn la sasar pd ikan bilis atau mak ayah ikan bilis je, ikan jerung pun bleh tegur kalau kena cara ye tak.apepun usaha dan niat tu penting.

date


*gambar eksklusif - training room pada jam 8.30a.m - tq Encik Saiful membantu kami

* gambar eksklusif - acara bersantap selepas majlis forum tamat - tuan speakers masih busy dgn menjawap soalan2 yg diajukan - actually, ramai students nak dtg dan bertanyakan soalan selepas makan tapi memandangkan masa yg singkat...next time, Insya-Allah ya.



* gambar eksklusif - meng-test keutuhan dinding sebelum perbincangan dimulakan...hehehe

*gambar eksklusif - tq to Mr.Mark Pluff (t.shirt merah tu)for your support membawa students ke forum ni

KOLEKSI GAMBAR FORUM UNDANG-UNDANG -C.I.MP.


1.Committee sedang berbincang untuk kemaskinikan apa yg patut - jam sudah menunjukkan 9.00a.m

2.Ros menjadi pilihan committee - cayalah - kuning untuk speakers sebab Gov.servant (oo mcm tu ka..royal colour ni hehehe) - putih utk committee - purple tu aku yg pilih utk aku dan lecturers lain hehehe


3. IT team yang sungguh dedikasi...salute la slide u all tu....nengok tu sampai 3 pen dipegangnya....sungguh fokus kpd kerja hehehe

4.Programme's team ....bersedia untuk ketibaan dif2 terhormat..ni idea depa la..klu ikut cikginye...simple je hehehe


5.kehadiran tuan2 speakers disambut dgn bunga ros kaler kuning

6.Tuan Azhari memulakan sesi dengan menceritakan sejarah perundangan di Malaysia

7.menunjukkan cara2 sebatan dilakukan di antara hukuman undang2 Sivil dan Syariah di Malaysia- mmg ngeri...patutnya ada real demonstration kan hehehe

8.Tuan Walid meneruskan perbincangan dengan menjawap soalan2
9. sian tuan speakers - tak dpt nak rehat walau sekejap, soalan2 dilontarkan tanpa henti

10. 3 black stooges (eh betul ke ejaan ni? hehehe)

11.sebahagian committee yang sungguh berdedikasi - nengok tu asyik ketawa je walaupun bincang isu berat- aku pun gelak je - pandai tuan speakers menceriakan suasana

12. sesi soal jawap diteruskan, pelajar dp Pakistan sunguh berminat dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia

- tq banyak2 tuan speakers- sudi menambah masa 30 minit lagi, memandangkan untuk solat jumaat, aku hanya tambah 20 minit..kalau tak maunya sampai 4o-50 minit berlangsung- aku dah ckp awal2 kat tuan speakers jgn bagi can budak2 tu bercakap hehehe


13. sesi mengabadikan kenangan - dari kiri; unknown & unwanted, Jeff Pelland, Mr.Terry, Tuan Azhari dan Tuan Walid - aku suka gambar ni mcm tangga atau graf hehehe


*penat dah otak dan mata dgn peristiwa-peristiwa yang mengglemerkan Perak tika ini. baik aku buh gambaq2 ketika mengadakan Forum Undang-Undang Keluarga - Sivil dan Syariah di Sunway University College pada 24hb. April yang lalu.

TQ again kpd semua yang membantu secara langsung dan tak langsung. Tq to Zaim for the photos. Allah Bless all of us.

date Wednesday, May 13, 2009

uish ...tu respond aku bila dpt berita terkini dp sumber rapat memberitahu pengsiytiharan mahkamah tentang politik terkini di Perak.tak sangkaaaa....tu kata2 stgh shbt2 di sini sampai mat2 canada pun tersenyum dan tahu juga apa yg terjadi di perak hehehe.
aku doakan agar Perakku aman tenteram dan dilindungi Allah selalu.

date Monday, May 11, 2009

dah lama tak menulis daripada sudut sejrah.hari ni nak mulalah sambung menulis sikit2.

2 UMAR DALAM SEJARAH.

Saidina Umar Al-Khattab R.A dan Umar Abd Aziz ada lah dua insan yang memainkan peranan penting dalam sejarah Islam. Di sini, akan diketengahkan beberapa perkara penting dan `contribution' mereka berdua ini kepada tamadun Islam.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

*digelar `ar-rajulul mulha' oleh Rosulullah s.a.w yang bermaksud org yg diberikan ilham di mana tarafnya di bawah sedikit dp nabi.

*sanggup berjalan pd waktu malam berbatu2 jauhnya untuk cek dan mengetahui keadaan rakyat- susah senang, sanggup memasak makanan untuk si wanita yg menjadi ibu kpd anak2 yg kecil menangis kelaparan kerana kematian suami

*berdedikasi - memadam lampu di pejabat apabila berurusan hal bukan rasmi di dalam pejabatnya

*mengkahwinkan anak lelakinya bernama Ashim dgn seorang wanita muda solehah yg miskin bernama Ummu Amarah binti Sufyan bin Abdullah di mana wanita ini melarang ibunya mencampur susu dan air ketika menjalankan perniagaan mereka dan ini didengari oleh Umar

- puteri yg lahir daripada pernikahan ini dinamakan Laila dan kemudiannya berkahwin dgn seorang jejaka bernama Abdul aziz bin marwan
-hasil perkahwinan Laila ini lahirlah seorang anak lelaki yg dikenali sebagai Umar Abd Aziz iaitu digelar Umar ked2 dlm sejarah Islam

*

date Saturday, May 9, 2009

apa yang dicari dalam hidup....
hingga kadang kala menggugat keadaan sekeliling...
tiada rakyat tiada la pemerintah...
tiada ibu dan ayah tiadalah keluarga....
tiada undang-undang tiadalah keamanan...
namun mengapa kekalutanmakin menjadi-jadi?
belum lagi dengan kekalutan diri, keluarga, sekeliling....
apakah setiap yang dilakukan perlu penghargaan...
maka tersuntiklah semangat meneruskan sesuatu usaha?
anak-anak bertengkar, ibu bapalah hakimnya...
manusia bertengkar....siapakah hakimnya?
pertengkaran dan kekalutan diri....
mengapakah perlu dikusutkan lagi kesulitan yang ada....
sejarah sentiasa berputar....
namun ia kadang-kala hanya menjadi hiasan di almari kaca.....
tertulis indah sebagai lembaran koleksi terkini

date Friday, May 8, 2009

Potong gaji bayar zakat
KUALA LUMPUR - Pengarah Institut Kajian Hadis Kolej Universiti Islam Malaysia, Mohd. Farid Ravi Abdullah mencadangkan agar kerajaan mewajibkan umat Islam di negara ini membayar zakat secara potongan gaji.
Pemotongan itu perlu melibatkan semua orang Islam sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) supaya kutipan dan agihan zakat kepada asnaf dapat diselaraskan.
"Kalau langkah itu dapat diperkasakan, kelak kita akan lihat umat Islam akan ada satu sumber ekonomi yang menjamin asnaf.
"Bagi saya, orang yang tak bayar zakat pada hakikatnya menyembunyikan hak orang lain dalam simpanannya. Dia tidak menyumbangkan hartanya kepada orang miskin. Ini dikira mengambil hak orang miskin,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasakan undang-undang membayar zakat seperti yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam mengutip cukai pendapatan.
Bagaimanapun, sebelum ia dilaksanakan, beberapa perkara dari segi peraturan, akta dan undang-undang perlu dikaji terlebih dahulu.
"Pembayaran zakat ini mencecah RM1 bilion bagi seluruh negara pada tahun lalu tetapi persoalan sama ada ia akan dikuatkuasakan dalam perundangan akan dikembangkan pada masa akan datang,'' katanya di Putrajaya semalam.

*************************
good idea.cemane pulak golongan yang bekerja sendiri atau mereka yang berada dalam kumpulan `terselamat atau terlindung' dan terlalu mampu untuk melaksanakan tanggungjawap ini tetapi terlupa taupun buat2 lupa.ini yg patut disasarkan sebagai target utama.

date Wednesday, May 6, 2009

Alhamdulillah.Tahniah kepada Pn.Dzura yang telah selamat melahirkan cahaya mata ke-empat, baby girl. Keadaan ibu dan anak baik dan sihat.Moga kehadiran orang baru akan menambahkan lagi keceriaan keluarganya.

Alhamduillah juga suami kak Ani, abg Osman dah discharged dp hospital. Moga kesihatan yg baik dan Rahmat Allah bersama kak ani sekeluarga.

date Monday, May 4, 2009

`Ibarat menarik rambut dalam tepung' adalah peribahasa orang Melayu yang sebenarnya.Berbalik kepada tajuk di atas, rasanya mana yang lebih challenging, tarik rambut dlm tepung ke tarik tepung dalam rambut?

Bayangkan seorang itu sedang bertungkus lumus di dapur nak siapkan juadah makanan petang untuk keluarga dan juga tetamu yg bakal sampai nanti. Tengah khusyuk gaul adunan tepung tu sambil mengangkat bowl tu tiba2 terlambung bowl tu dan jatuh atas kepala, abis tepung memenuhi kepala dan rambut? Rasanya lebih mudah nak selesaikan ye tak....ambillah apa2 jenis syampoo yg ada 3 or 4 dlm satu siap terapi rambut....cuci rambut dan kepala...settle....kalau nak cuba...syampoo hasil produk burung ostrich pun boleh (promote oo hehehe).So tak payah nak tarik ketulan tepung tu satu persatu...kasih shave itu rambut pun lagi mudah ye tak.

Bagaimana pula dengan menarik rambut dalam tepung?Agar tepung dalam bekas itu tidak berselerak dan rambut itu tak putus?

Persoalannya :
1. kenapakah tepung dan rambut menjadi subjek utama di sini?
* agaknye peribahasa ni bermula bila ada seorang itu nak buat kueh tetiba jatuh la surat rambut dia ye tak.

2.kenapakah rambut itu perlu ditarik?
*maksudnya tepung tu masih nak digunakan lagi.kalau tak buang terus tepung dgn rambut tu.membazir tu , tak baik.tapi ada orang yg jenis geli kalau nengok rambut ni jatuh dlm makanan atau bahan2 makanan ye la rambut tu karang ada kelumumur ke dan seangkatan dengannya.

3.kalaulah kita perlu menarik seurat rambut yg halus itu dalam tepung, apakah ciri-ciri penting yang perlu diketahui:
*kekuatan tangankah?
*kekuatan matakah untuk fokus pada objek2 itu?
*kekuatan mindakah untuk mencari idea?
*kekuatan emosikah untuk memastikan anda betul2 tenang bila lakukan ini terutama dalam telematch (gula2 diganti dgn rambut)
*kekuatan spiritualkah?berdoa dan mendapat hidayah dan kekuatan daripada Yang Mengetahui segala sesuatu
*kekuatan ilmu?seperti kaji dari sudut sains dll untuk mengetahui asal usul keujudan rambut dan tepung bagi mengetahui kekuatan dan kelemahannya. ataupun dari sudut matematik untuk mengkaji dan mengetahui jisim, isipadu, berat tepung dan rambut itu?

tak ke agak complicated ye...apabila ingin mengikut setiap langkah dengan terperinci dan memerlukan kesabaran yang sungguh tidak berbelah bahagi?

dalam kehidupan seharian seseorang itu akan melalui pelbagai rencah yang mewarnai hari2nya.tanpa disedari ataupun jelas di mata kita sering diuji dan teruji dengan sesuatu dalam pelbagai bentuk, kesihatan, kewangan,rumah yang bertangga atau ber-lif,pelajaran,kawan2 dlln samada dalam kedaan yang selesa dan gembira ataupun dalam berduka cita.dalam dunia yang serba canggih ini, maka pelbagai cara dan ikhtiar boleh dilakukan samada cara lembut, keras, legal, illegal, betul, salah,kejam, tak kejam dlln.namun hakikat tetap hakikat, betapa bijaknya manusia itu, kuatnya dia, kayanya dia,apa saja ada masa akan teruji kekuatan emosi, minda dan spiritualnya.Kita telah menandatangani perjanjian dgn Pencipta kita sejak awal2 lagi "Kami beriman denganMu". Maka Allah memberi peringatan "Setiap yg beriman akan diuji".

Manusia mmg lumrahnya hidup dgn manusia yg lain kerana itulah Hawa diciptakan sebagai teman kepada Nabi Adam, maka tak dpt dinafikan kita akan bersemangat apabila dikelilingi ibu bapa, sanak saudara, shbt2, keluarga dan org2 yg kita sayangi menyuntik motivasi walaupun hanya dengar mendengar cerita kita.Undang2 yang perlu dipatuhi atau apa sahaja yang kita lakukan hasil daripada kreativiti sendiri menjadi undang2/ rules untuk menyelesaikan kekusutan yg ada boleh digunakan sebagai usaha. Namun kekuatan yang sebenarnya datang dp Allah s.w.t.Benarlah kasih asyang Allah melebihi segala2nya.Mengadulah padaNya dgn solat hajat menjadi perisai diri.Kadang2 malu mungkin mengusik perasaan kerana ia hanya dilakukan apabila kesedihan dan kesulitan melanda diri, namun itu lebih baik, berbalik kpd Yang Esa.Moga diberiNya petunjuk, jalan penyelesaian, ketabahan diri, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan.

"menarik rambut dalam tepung"- adakah tidak lagi relevant dalam dunia akhir zaman ini?aku teringat sahabat yang memberi kata2 panduan yang menggambarkan teknik dan method ini digunakan. tertanya juga kenapa perlu mengambil masa yang terlalu menyiksa jiwa sesetengah orang yg perlu melakukannya?kenapa tak boleh merentap rambut itu?kalau tepung tumpah sedikit, itulah pengorbanan tepung...ambil kain dan lap tempat yg tumpah?kini aku terfikir dan berfikir, cara ini menunjukkan seseroang itu berhati2 dalam melakukan sesuatu terutamanya menyelesaikan kekustuan yg ada samada berlaku pd diri sendiri ataupun dia menjadi pendengar kpd cerita orang lain.Aku akui kebijaksanaan orang yang mencipta perumpaan atau peribahasa ini melatih kita menjadi penyabar, teliti terutamanya melihat dan peka kepada impak sekeliling bukan hanya pada subjek dan objek.

date Sunday, May 3, 2009

S0bahul khair, Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita dan keluarga, Amiin.
Pagi2 syapie' ni terasa nak mencoret satu dua muka surat di sini sambil menyambung kerja2 penulisan yang ada. Teringat kisah2 kehidupan manusia samada kisah benar atau ciptaan yang menjadi point utama dalam motivasi diri. Saya nak berkongsi di sini beberapa cerita yang mungkin sahabat2 pernah mendengar atau membacanyha sebelum ini, ambillah sebagai reminder pd diri kita kan.

I.KISAH PEMAIN BIOLA
Kisah ni berlaku di sebuah bandar kecil di Itali (aku rasa kat sini la, takper bleh ubah2 nama tempat kan ;) ). Ada seorang pemuda ni kerja dia main biola di sebuah restoran kecil sepanjang hari menghiburkan customer yg rata2nya orang situ juga.Tugasnya bertambah bila malam menjelma kerana akan ramailah mereka yg datang ke situ untuk rehat2 kan minda mendengar alunan lagu sentuhan tangannya yg ajaib. Mereka itu rata2nya terdiri daripada peladang2 yang paginya berkerja keras membanting tulang, maka malamlah waktu yg sesuai untuk berehat sambil berjumpa shbt2 dan berbual2. Maka restoran itulah menjadi pilihan utama. Lelaki ini semakin hari sentuhan tangannya menjadi semakin ajaib di mana mampu memukau puluhan customer sehinggalah restoran itu dibesarkan oleh pemiliknya dan dpt dihadiri lebih ramai pelanggan.Pemuda ini sebenarnya telah bermain biola sejak umurnya awal belasan tahun. Beliau dtg daripada keluarga yg miskin dan menjadi yatim piatu tanpa sedara mara di situ sejak umur belasan tahun. Beliau tak pernah bekerja di ladang malah tidak tahu untuk bekerja selain daripada memain biola di mana beliau belajar daripada seorang lelaki yg gigih mengajarnya (macam cerita Ibu arahan p.Ramlee yg dia main seksophone tu).Semakin hari beliau semakin terkenal, boleh dikatakan beliaulah punca kehadiran customers dp bandar itu. Hari berlalu dan umurnya pun meningkat tanpa disedarinya, popularitinya makin menurun ditambahdgn peredaran zaman di mana customers telah beralih arah untuk ke restoran ala2 pub yg baru di buka untuk mendengar alunan muzik terbaru,pop kut ke pop yeh yeh hehehe (ni zaman tok nadok...kira lama la...boleh la bayangkan 1950an tapi rasanya takde pop lagi kut hehehe).Beliau cuba bermain biola bersungguh2 tapi customer makin berkurangan.Suatu hari pemilik restoran tu meminta beliau mencari kerja lain dan memberi beliau 4 bulan sebelum meninggalkan resotan itu.Pemilik restoran itu menasihati beliau agar2 segera mencari pekerjaan lain atau di tempat lain sementara keadaan makin meruncing. Tetapi beliau mengatakan tidak mungkin kerana tiada pendidikan formal, tiada kelulusan dan juga hanya biola yg beliau kenal berpuluhan tahun.Beliau yakin akan dptkan regular customer kembali ke restoran itu namun ternyata itu hanya impian semata2.Pemilik restoran simpati kpd lelaki ini yg bnyk membatu beliau mengaut keuntungan sebelum ini telah membiarkan dia di situ sehingga 6 bulan berlalu.Suatu hari pemilik restoran ini mencadangkan lelaki ini menjual biola untuk mendapatkan sedikit wang sebelum dpt pekerjaan yg lain. Lelaki ini enggan kerana inilah satunya harta yg beliau ada dan menjadi shbtnya sekian lama. Akhirnya beliau terpaksa akur kerana tiada pilihan lain untuk sesuap makanan.Pada hari lelongan barang2 terpakai atau antik,harga biola yg dah usang itu hanya mampu mencecah harga puluhan ringgit(aku guna malaysian currency la yer).Kerana terlalu sedih untuk berpisah dgn biola kesayangannya apatah lagi melihat harga diri biolanya yg begitu rendah sekali, beliau telah meminta kpd penganjur acara lelongan itu untuk bermain biolanya buat kali terakhir.Ketika bermain itu, beliau bermain dgn penuh perasaan sehingga air matanya mencurah2 deras mengalir mengenangkan nasibnya yang tiba2 berubah sama2 sekali daripada dikagumi ramai sehingga seperti tiada harga diri.Beliau memainkan salah sebuah lagu yg sama yg didengari oleh pelanggan restoran di tempat dia bekerja selama berpuluhan tahun itu.Mereka yg dtg ke pusat lelongan itu pun terdiri dp customer yg dahulu. Tanpa beliau sedari, ratusan mata2 yg menonton persembahannya terpukau seolah2 tidka pernah mendengar alunan lagu tersebut. Setelah selesai, maka bergemalah dewan itu dgn tepukan dan sorakan para hadirin.Ini benar2 mengejutkan beliau malah harga biolanya telah melambung 3-4 kali ganda dp harga asal. Mendapat semula semangat untuk berjaya dlm hidup, beliau membuat keputusan untuk tidak menjual biola kesayangannya itu.Tammatt.Silalah tepuk tangan, clap clap clap.

What is the moral of the story?

date

Sahabat-sahabat yang disayangi dan diRahmati Allah, suami kak Ani, abang Osman berada di ward di Shah Alam Medical Centre, seksyen 19 kerana serangan jantung(sebelum ni tak pernah ada masalah ini),infection pada paru2 dan hati juga membengkak sedikit.Keadaan abang Osman ada perubahan yang positif.Sama-samalah kita berdoa agar Abang Osman cepat sembuh dan moga kekuatan,ketabahan dan ketenangan bersama Kak Ani dan Abang Osman sekeluarga. Jika sahabat-sahabat ada masa kelapangan bolehlah menjenguk beliau di situ.Hari ini hari kelima beliau di situ.

date Friday, May 1, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu