Saat menanti lamaran
Bilakah hubungan cinta yang dijalin sejak sekian lama akan berakhir dengan ikatan perkahwinan? (Kosmo Online,17hb.Julai,2008)
Ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat atau saudara-mara, tiba-tiba hati terusik dengan seribu satu persoalan: "Bilakah pula tiba giliran aku?" atau "Bercinta sudah lama, tetapi kahwinnya tidak, bila agaknya sampai saat ini?"
"Hendak bertanya kepada si dia, mungkin dianggap soalan cepu emas buatnya, tetapi sampai bila kamu harus menunggu lamarannya?
Mungkin itulah kata-kata yang sering menganggu fikiran kamu tatkala melihat sebentuk cincin mula disarungkan ke jari manis insan paling dekat dengan kamu, lebih-lebih lagi rakan baikmu.
Pada dasarnya, perkahwinan merupakan saat paling dinanti-nantikan setiap pasangan lelaki mahupun wanita. Ia juga merupakan anjakan seterusnya dalam mengukuhkan lagi ikatan perhubungan.
Apa yang diharapkan dalam percintaan hanyalah kesinambungan intuisi percintaan. Setelah sekian lama mengharung pelbagai rintangan, onak dan duri, kini sudah tiba masanya kamu menamatkan sebuah perjuangan yang ditunggu selama ini.
Menanti yang belum pasti tiba, antara bicara cinta wanita buat si dia yang begitu payah melafazkan bicara akhir. Intim minggu ini berkongsi rahsia kenapa lelaki masih sukar untuk membuat lamaran terhadap kekasihnya.
Sensitif akan putaran waktu
Lelaki tidak gemar dirinya terikat pada usia muda. Hidupnya lebih senang sekiranya tiada sebarang bebanan kerja mahupun tugasan di rumah, lebih-lebih lagi pada waktu cuti mereka.
Baginya, putaran waktu lelaki adalah berbeza dengan kaum wanita. Alasannya ialah kecanggihan teknologi perubatan membenarkan wanita berusia lebih 40-an melahirkan cahaya mata dan mengambil berat tentang penjagaan anak. Tetapi bagi kaum lelaki, sekiranya mereka melakukan tanpa sebuah keikhlasan, mungkin ia akan menggugat rutin kehidupan dan menjadi bebanan untuk melalui semua itu.
Ini adalah alasan terbaik bagi lelaki yang sukar melemparkan kata lamaran. Berbanding seperti kamu, seorang wanita yang bersikap natural.
Takut hari penting.Bukan seperti semua wanita yang mengimpikan hari bersejarah dalam hidup mereka. Menyarung busana perkahwinan pada majlis bersejarah adalah impian setiap wanita.
Tetapi tidak bagi lelaki. Memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman membuatkan mereka takut untuk berfikir dengan lebih serius.
Bukan kerana mereka tidak mahu menghabiskan masa dengan insan tersayang, tetapi dengan persediaan yang kurang mencukupi untuk mengadakan resepsi perkahwinan, lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda masalah kewangan, membuatkan mereka takut untuk berfikir tentang alam perkahwinan.
Untuk menyelesaikan tanggapan sebegini, apa kata kamu menasihati si dia agar menyimpan duit mulai dari sekarang serta memberi contoh yang baik kepadanya. Jangan pula lupa menerangkan maksud sebenar tentang perhubungan dalam perkahwinan.
Perlu persediaan
Sememangnya benar, romantis dalam perhubungan membuatkan ikatan percintaan menjadi bertambah teguh. Tetapi, kepercayaan dalam sebuah perkahwinan adalah masa terbaik untuk kamu berdua merancang, menambah dan menguruskan hal kewangan.
Sekiranya perancangan tidak dilakukan dengan serius, ia akan memberi kesan kepada kehidupan rumah tangga dan anak-anak nanti. Peluang untuk dia melamar adalah sangat tipis memandangkan tiada perancangan kehidupan untuk masa hadapan.
Untuk mengubatinya, rancanglah setiap intipati kehidupan kamu berdua dikemudian hari dan motivasi diri untuk mencapai masa depan yang lebih cemerlang.
Fobia saat melamar .Mungkin kamu tidak menyedari pada hakikatnya, lelaki begitu takut hendak menyatakan lamaran cintanya demi mewujudkan sebuah hubungan bersama insan tersayang.Berfikir tentang kehidupannya selepas berkahwin, apatah lagi mendengar pelbagai isu yang melibatkan keretakan rumah tangga, membuatkan dirinya takut untuk melamar.
Paling menakutkan ketika menanti keputusan yang dibuat ahli keluarga sebelah perempuan, sama ada menerima lamaran dengan memutuskan pelbagai syarat atau menolak dengan pelbagai alasan.
Akhirnya, sekiranya kamu bersedia menempuhi kehidupan di peringkat seterusnya, tetapi masih tidak dapat mempertimbangkan keputusan lamaran, sebaik-baiknya mintalah nasihat rakan atau pakar kaunseling. - NOOR HASLIZA NUSI.
* saje jek aku letak artikel ni kat sini, rasa tertarik hati pulak nak kongsi dgn kengkawan. mcm2 sebab dan juga kengkadang tu alasaj jek yg diberikan, contoh tak cukup duit, tak sangat mengenali pasangan dan ada juga yg actually dia dah ada org lain tuh.
*cuma aku terfikir ada juga pasangan muda yg beriya2 nak melamar dan berkahwin sedangkan belum mampu, dr segi kewangan,persediaan (memahami ajaran agama,tanggungjwp) dan lain2.apepun ia bergantung pada kesungguhan dan keikhlasan dalam mencipta perhubungan yg suci.
*maafla aku menyentuh isu2 di sni tak berniat nak menyinggung sesapa. ada le sorang hamba Allah ni nak sgt melamar dan nak berkahwin. tapi yg tak syoknya, semua ahli2 keluarga termasuk abang2,sedara2, pakcik makcik dipanggil bermesyuarat utk membantu dr segi kewangan.patut ke mcm tu?ada pro dan kons ye tak. cuma aku teringat dulu ada kerajaan selangor/wilayah, tak ingat la...ada anjurkan berkahwin secara ramai2 untuk jimatkan kos dan diberi bantuan. isu ni pun diperdebatkan juge dulu.
ulalala bila jenguk blog kengkawan, seronok baca coretan depa. umah aku ni je yg dah berminggu2 tak di update.aku dah tiga minggu bekerja dan sem baru dah bermula.lepas balik bercuti sebelum kelas bermula, aku kena demam panas, sakit urat seme emmm mcm dah kat 100thn dah umur aku.jumpa doktor 2 kali. memula doktor suspect denggi..tapi bukan denggi katanya sebab tahap kepanasan demam aku menurun, cuma batuk dan sakit seluruh badan tak kebah2.
sakit2 juge, keje2 juge..selama 3 minggu aku tak sihat tu....aku MC sehari jek.doktor tanya, `nak MC tak?'ambik la 2 hari ye. aku jwp `takyah la doktor'.dedikasi le kononnye he he he.susah la kelas baru mula, nak cuti pun susah atiiii.kengkawan pun ramai juge yg demam bila aku dah sembuh.ramai juge tanya, napa selalu sgt sakit ni....aku sambil senyum menjawab, umur makin muda camni ler....aku sebenarnye tak cukup bercuti haritu he he he.
baru je sem baru bermula, dah mcm2 kena settle, uhh dgn marking dah bermula...hari ni jek aku rasa letih jek mark quiz paper ni.tapi nengok peta2 yg anak murid aku lukis...best plak, mencuit hati he he he.....peta malaysia ada yg rupa mcm peta canada he he he...gurau jek.ni dah kena settle seme segala urusan kerja lagi2 minggu depan wakil dr MQA (LAN) nak mai sini...peghhh....aku mula la berangan bila la nak cuti lagiii niiiiiii.
ni pun rehat jap dr marking papers tuh.Yang penting, moga aku diberi kesihatan yang baik oleh Allah supaya dpt melakukan kerja dan kehidupan harian dgn berkualiti. Aamiin.
doktor kata aku kurang eksesais.ye la, keje dgn program...tak cukup rehat dulu..nak eksesais pun tak sempat(malas pun ada ha ha ha).then, aku pulak dah kena say no pada aktiviti hiking sebab dah tak larat la.ini pun dinasihati oleh ayah aku dan juga penasihat gym aku.cayalah...aku pun tak sangka aku pi sign up kelas gym tuh....ala2 jacky chan di pyramid tuh.gym yg ada di tempat keje pun tak pernah aku kunjungi he he he. tujuan aku satu jek utk mengembalikan stamina aku dan jaga kesihatan he he he.minggu depan la aku sambung balik aktiviti tuh....dah cukup sebulan aku join kelas intensif nanti, bolehla aku join kelas boxing ala2 jackie chan...wachaaaa
harini aku masih di opis....kwn2 dr dept lain dlm minggu ni nampak je muka aku semua tanya, eh tak cuti ke...org lain seme cuti?aku beri jwpn tanpa suara, hanya senyum manis (manis yer he hehe) aku pamerkan.Dlm hati Allah je yg tau....tak sabaq nak cutiiiiiiii. Yeaaa esok aku dah mula cutiiii.My parents are coming from kg tomorrow.Insya-Allah, jumaat ni terbang mcm burung eagle ke Ganu kite he he he. Alhamdulillah ada sahabat yg bermurah hati nak jadi pilot we all bwk pusing2 area K.T. aku ni duk tunggu je nak borong kepok lekor dan rasa pure nasi dagang he he he.

emm lapaqla pulak tengok gambaq sotong goreng tepung nih .bleh la sapa-sapa nak cuba resepi nih.
Bahan-bahannya;
4 ekor Sotong saiz besar - di hiris bulat2 dan dibersihkan
Tepung gandum,tepung beras,tepung jagung (diambil 3 sudu makan bg tiap tepung dan dicampur)
garam, rempah kari daging (1 sudu makan)
1 sudu kecil jintan manis ditumbuh halus
2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 mangkuk sederhana besar minyak utk menggoreng
Caranya:
*Tepung tadi digaul dlm mangkuk dgn garam,rempah dan jintan manis tadi.
*Putih telur dipukul sebati dan dikaup dl tepung tadi dan digaul.
*Celupkan sotong tadi satu persatu dlm tepung tadi.
*Panaskan minyak dlm kuali (lebih kurang 1 mangkuk sederhana besar cukup untuk tenggelamkan sotong tuh)
*Kuning telur hendaklah dipukul ebati di dalam mangkuk berasingan.
*Sotong yang dicelup tepung tadi hendaklah dicelup dlm kuning telur dan digoreng dgn api sederhana besar.
*Bila sotong sudah kekuningan nak keperangan bolehlah diangkat. Sedap di makan dgn nasi panas2.
* resepi ni boleh juga digunakan utk hirisan ayam.dan ditaburkan bijan keatas kepingan ayam yang dicelup ke dalam kuning telur sebelum digoreng.
*resepi ni juga boleh digunakan untuk cendawan putih yang bnyk jual di pasar mlm atau pasaraya (bukan cendawan butang),apa namenye ye, warna putih, kalau disusu jadi mcm kelopak bunga.
* resepi ini tiak menggunakan air.boleh juga resepi satu lagi dgn menggunakan bahan yg sama cuma campuran tepung tadi dibancuh dgn sedikit air mcm buat jemput2 atau cekodok sebagai batter.
Selamat mencuba.
Emm....sunyinye opis aku nih,maklumlah ramai yang bercuti....sambil lepak-lepak ni aku nak le menulis sket pasal apa yg ex student aku cerita di sms tadi. Dia minta nasihat, katanya bilik di asrama tempat pengajian dia yg baru ni ada gangguan mahkluk halus akhir-akhir ni. Aku bgtau le apa yg aku tau. Antara ayat-ayat quran yang dibaca dan diamalkan ialah:
* ayat qursi
* surah annas, al-ikhlas, al-falaq
* surah al-mulk
* surah al-waqiah
* surah al-baqorah (awal-awal ayat)
Baru-baru ni pun ada isu-isu ni dibincangkan di al-kuliah dan halaqah di tv9. Cerita pasal spesis yang tak berapa dikenali ni, sebenarnya banyak juge beri kita peringatan. Makhluk halus ni mmg ujud, dlm quran pun ada diceritakan...cumanya org kita ni panggei iblis dan golongan jin ni as hantu so mcm2 lah jenis hantu nih,hantu pinggan,hantu galah dlln, golongan bunian dan lain2.Mat saleh pulak panggei UFO...err UFO nih dlm golongan ape yer...bunian?(klu lah UFO ni mmg ujud). Ada orang tak percaya hal-hal ni..pesal lak tak percaya...kan ujud cumanya jgn lah terlalu percaya sampai terikut2 perangai hantu nih alih-alih nak jadi lebih kuat dan power rangers lak dp hantu nih...mcm cerita gunawan dlm susuk tuh.
Antara misteri yg penah dialami zaman belajaq dulu-dulu;
* masa aku sekolah kat Penang dulu, setengah tahun sekolah aku diganggu seteruk-teruknya sehingga 7 orang pelajar dirasuk...siap ada yg jadi mak,ayah,anak sulung dan anak bongsu...letih betul la nak jaga diowang nih....kami yang duk study dlm kelas bila jam menunjukkan 9.55mlm mula lah semua tutup buku dan mengeluh kerana jeng jeng jeng...tepat pukul 10mlm 7 orang ni akan mula menjerit-jeirt dari tempat masing...then jagalah mereka ni sampai lewat mlm.satu mlm tu sampai ada yg berlari2 jenuh la berkejar2 ala-ala olimpik nak tnagkap diowang nih dikhuatiri terjun dari bangunan.
* masa aku kat univ pulak, balik je dr bercuti dr kg.....satu kampus kena ganggu especially tempat siswi...yg ni mmg seram kalah citer drakula kat tv.....abis diserangnya dlm bilik luar bilik...ni sebabnya ada pelajar-pelajar yg terlalu kreatif pegi main spirit masa kitaorang seme balik bercuti ke kg. terlebih masa la tu. jenuh la penggei ustaz la...buat solat hajat dan lain-lain.aku sure kwn2 aku masih ingat kes ni sampai skg.ada yg kena ganggu dlm lif di tempat kuliah dlln...ada sorang guy nih dan kwn2 dia konon2 nak release tension waktu exam..so nak isi masa lapang, diowang pun pegi naik lift kat situ...naik turun naik turun sehinggalh jeng jeng jeng...di tingkat 6, seorang wanita masuk..the dia keluar di tingkat 8...lepas tu .....jeng jeng jeng...bila wanita tu berpusing...wajahnya tak berwajah maksudnya tak mcm orang biasa la..so lintang pukang la budak2 ni lari...yg sorang tu sampai kena berubat di kg sebulan demam.
* aku tertanya gak kat mysia je ke jadi kes-kes mcm ni?kat oversea?
satu hari kwn aku citer, ada kes berlaku di oversea.sorang guy ni dia belajar di salah sebuah univ di USA.waktu cuti dia balik le ke mysia...then dia join la aktiviti masuk hutan dlln. bila dia balik semula ke U.S, tak lama tu dia jatuh sakit, meracau-racau.Maka, kwn2 dia pun panggei la ustaz ni..jadi la perbualan antara ustaz dan mahkluk satu lagi nih....katanya dia takde kwn di U.S sebab tulah dia kacau budak ni.Hantu2 kat U.S tanak kwn dgn dia maklumlah dia spesis berlainan dp diwoang tuh....jauh dia dtg...naikk kapal terbang katanya.he he he.Adusss....spesis antu ni mmg bnyk memperdayakan manusia.
*maka, moral of the story; elakkanlah apa2 yang boleh mendekatkan diri dgn spesis ni....paling berbahaya bila manusia sendiri bertukar menjadi spesis antu nih.Nauzubillah.
Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan(Oleh Endok Sempo Mohd Tahir)(di blog wanita JIM)
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
*Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
*Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
*Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.
*Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.
*Anak yang tidak berbapa.Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.
*Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
--> Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-->Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-->Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)
*Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan.
Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-
--> Bapa yang komited dan bertanggungjawab.Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.
--> Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.
--> Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
--> Kenali anak anda.Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.
--> Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
*Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:
--> hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);
--> sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan;
--> mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
--> melindungi, menyara dan mendoakan.Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.
--> Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis.
--> Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat. Mencintai ibu mereka.Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.
Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.l Menjadi pendengar yang baik.Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.l Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.
Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.
Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.Selamat Hari Bapa!
PENULIS boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan persoalan boleh dilihat di www.wanitjimceria.blogspot.com
posted by Wanita JI
Aku tertarik dengan kata-kata daripada tokoh terkenal, Hamka; `Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga'.
emm,apakah maksud tersirat yang boleh dikaitkan dengan situasi di Malaysia sekarang?Perlukah kita menggunakan acuan terkini, termoden yang diguna pakai oleh ramai orang di luar neagra nuh?Pelrukah kita mengikut rentak terkini dengan pengubahsuaian mengikut keperluan? Apakah acuan tu dan pengubahsuaian yang mcm mana yang perlu dibuat?
any idea wahai sahabat-sahabatku? emmm.........
___________
ni sahabat yang reply..sungguh bermanfaat.Tq Kak Zeem, saya buh sini ye utk tatapan sahabat-sahabat.
Children of the Hereafter ---
It is reported from ‘Alî b. Abî Tâlib –Allah be pleased with him – that he said:
The thing I fear for you most is following desires and having extensive hopes (about this worldly life). Following one’s desires blocks you from the truth, and having extensive hopes makes you forget the hereafter. Verily, this worldly life is departing and the hereafter is approaching and each of them has its children.
So be children of the hereafter, not children of this world, for today there are (opportunities to do) deeds and there is no reckoning, but tomorrow there will be reckoning and no deeds.
Quoted by Al-Bukhârî, Al-Sahîh, The Book of Raqâ`iq without the first sentence. Reported in its entirety by Abû Nu’aym, Hilyah Al-Awliyâ` Vol.1 p40, and others.
http://www.albaseerah.org/forum/showthread.php?t=3125
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Thursday, July 17, 2008



