Hermodo, kaif fa hal, ni hauma, pe habaq semua. Moga sentiasa di dalam Rahmat Allah.
Dah hampir sebulan rumah aku ni takdak org jaga...takpa ni aku buat open house....mai la bwk cekodok, pisang goreng, durian ka...kita pakat makan ramai2 ya, ni konsep port luck open house la yer ;)

Alhamdulillah 3 minggu lebih dpt bersama abah dan mak di kampung sempena cuti tempoh hari.
Sempat la melawat makcik di Ipoh, kurang sihat dia. Tapi masih dapat membawa kami jln2 ke tesco yg baru buka depan umah tu :).Then sepupu aku teringin sgt nak bawak kami semua tengok tempat dia jogging tiap ptg lepas balik keje. Tempat tu agak jauh juga di kwsn perumahan baru ala2 bandar baru gitu..memang cantik ala2 botani...ada kolam ikan dan tempat jogging. Kolam ikan tu dipenuhi dgn ikan sungai yg besar2 kalau ditimbang mesti berkilo2 lah beratnya...tapi dilarang memancing,hanya boleh beri ikan makan je. Esok paginya dah balik semula ke parit buntar so tak sempatlah nak jumpa sahabat2 di Ipoh. Azwa, insya-Allah kalau ada kesempatan ke sana lagi dptlah berjumpa. Shbt2 yg lain tu, insya-Allah, nanti kita plan bila sya dpt bercuti lama sket di Ipoh.

Di kampung, gi kebun mini abah dan mak.Dah lama gak aku tak exercise sapu laman rumah tu dgn daun2 kering yg gugur dp pokok2 jambu,rambutan, sukun dlln. Setiap yg hidup, cantik, gagah akhirnya bila sampai masa gugur juga ia.Petang teman mak gi kuliah di Pusat Pengajian Umumi Madrasah Al-Hidayah yang baru beroperasi atas usaha Tuan haji Yunus Alias dan shbt2nya yg lain. Tempat tu masih belum siap betul, kalau sahabat free tu jenguklah link yg aku attach kat link blog saya tu. Samalah2 kita berdoa agar usaha murni itu diRahmati Allah di mana untuk menjadikan pusat pengajian ilmu seperti kelas mengaji quran, bahasa arab, jawi,fiqah dan lain2 utk org dewasa, pondok moden yg memerlukan bantuan kewangan untuk membina bangunan dan menambak tanah dan juga rumah anak2 yatim.Kalau dpt membantu dlm bentuk wang ringgit, tenaga dlln silalah contact org yg berkenaan (di link blog). Buat masa ni, baru sebuah bangunan kecil dibina sebagai office smeentara dan juga tempat belajar b.arab, fiqah dan lain2 setiap hari. Aku sempatla temankan mak gi kelas b.arab haritu sehari, tuan haji yusuf sempat berlawak, p.crayon takyah la kita tanya ye dia dah boleh tlg ajar pun hehehe...jgn perli la ustaz...dah tak tahu sgt pun nak wat ayat.

Alhamdulillah Tuan haji Yunus Alias, isterinya Ustazah Ramlah dlln lain memberi khidmat tenaga dan berkongsi ilmu secara percuma dan membangunkan institusi ini, maklumlah bayaran apapun belum dikenakan lagi. Tuan haji yusuf ni bekas KPP bhgn penyelidikan di Jbtn Agama Islam Ipoh dan baru saja pencen. Dulu beliau pernah berkhidmat sebagai hakim syarie selama dua puluh tn lebih. Sikapnya yg peramah, humble dan berilmu serta penglmn ni amat disengani. Beliau ajar untuk kuliah undang2 di masjid utk kaum bapa.Abah aku selalulah menghadirinya. Sempat jugalah aku interview Ustaz ni utk kajian paper aku ni yg diusahakan bersama shbt untk confernce di UKM tak lama lagi.

Cuti2 juga, tp otak duk dgn kerja2 yg dibawa balik bersama. Sian gak mak abah....so aku letak keje kat sebelah...hehehe....masak2 spesel tuk meraikan ulangtahun abah dan mak. Musim doroyan pun tiba...mak aku mmg suka sgt doroyan tuh. Aku suka durian kampung yg warna putih tu mg sedap tp paling banyak aku boleh mkn pun 4 ulas. Tapi balik baru2 ni aku mkn bnyk betul ulas sekali mkn hehehe. Sebenarnya masa kecik2 dulu aku terlalu mkn bnyk sampai tahap aku tak boleh bau durian ni nak pening dan nak terkeluar isi perut. Akhir2 ni je aku baru boleh semula makan durian ni. Plan mak abah aku nak ke Keroh atau nama barunya Pengkalan Hulu untuk ziarah sahabat lama abah aku tapi tak jadi. Abah ni bnyk urusan kat kg, urusan masjid, jenazah dlln. Aku sempat tinggal dan bersekolah di Kroh ni 2 thn lebih. Kroh ni dulu2 terkenal sebagai tempat yg bnyk komunisnya tau bintang 3. Uhh seksa..abah aku nak pi keje pun kena pakai baju biasa sampai opis baru lah pakai baju uniformnya. Takyah la nak citer betapa seksanya rakyat dgn komunis ni kan so renti2kanlah klu ada sesapa yg nak katakan komunis itu Pembela Banggsa!

Cuti aku masih panjang lagi sampai ujung minggu ni tapi sebab aku kena attend conference kat KLCC minggu lepas so dgn berat hati aku tinggalkan kg halaman ku. Kat conference tu jumpa shbt2 baru dan juga teman2 lama ada yg dah lebih 10 thn tak jumpa. Wardina Safiah pun ada hadir salah satu paralel session yg aku sertai. Dalam salah satu session tu, mat saleh lebih cekap menjawab soalan yg dilontarkan oleh peserta kpd speaker tentang sirah nabi dan pemikiran kreatif yg dpt dilihat pd Rosululah. Salah sorang speaker yg duk sebelah aku bisik kat aku kata "mat saleh ni lagi cekap dp kita". Aku jwp.."depa rajin baca, kaji". : ) Salah satu sesi yg paling aku sukua ialah sesi penutup di mana spekar nya ialah Edward de Bono. Sungguh berpengalaman dlm memberi talk seperti seorang atuk bercerita kpd cucunya cukup dgn contoh, cerita dan kisah dan bagaimana nak applikasinya dp pelbagai sudut dan disiplin bukan hanya teori. Antara yg menggembirakan aku, bila salah sorang kwan baru yg dikenali dp Singapore menghadiahkan buku motivasi kpd ku dan seorang lagi peserta conference tu.

Moga cuti kali ni lebih berkualiti ye tak lagi2 berkualiti dlm spend masa dgn keluarga. Ni aku dlm edit paper ni untul last stage...isk duk edit je ni bila nak siap hehehe. Aku call pihak penganjur bgtau nak antar dlm ujung minggu ni full paper..katanya "no problem'. Alhdamdulillah. So dtg le ke opis ni jap wat ape yg patut, jumpa rakan sekerja baru yg juga jadi jiran meja aku ni. Jumaat ni meeting dgn boss baru....moga semangat pun baru bertemu students baru. Next week kelas akan bermula jadi eloklah dpt rehat secukupnya minggu ni..errr tak cukup lagi cuti ni yer ...hehehe. Oklah kengkawan, kita sembang lagi ye, dah nak balik dah. Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat nyambut Rejab...moga amalan kita bertambah dan diRahmati Allah. Aamiin.

date Wednesday, July 1, 2009

Insya-Allah jap lagi berangkatlah ke kg untuk bercuti melepaskan lelah buat seketika.
Kpd shbt2 selamat bercuti dan berehat. Yg kurang sihat, syafakallah, syafakilah.
Aku bercuti nipun paper2ku itu dibawak balik jugak....kena siapkan gak lam bulan ni.
Kalau ada yg ke utara tu, mai la singgah kat kg aku. Mesej aku kat ym yahoo ye : shima_cute@yahoo.com.

Jumpa lagi Insya-Allah di sini.

date Saturday, June 6, 2009

alhamdulillah, hari ni dah selesai grad day utk students. agak keletihan kemudian terus ke rumah shbt yg melahirkan anak keempat, anak perempuan. kpd shbt2, stdnts dan ex stnds yg mengenali Pn. Dzura, pn. Dzura, baby dan ahli keluarga sihat semuanya. Baby comel dan jelita, Farihah Diyana, besar sket nanti kita buh gambar dia kat sini yer. Moga menjadi anak yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiin.

ni sambil rehat2 belek2 juga la paper yg ada depan mata ni......jap gi siap2 nak kemas. Esok pagi Insya-Allah, akan berangkat ke kampung bercuti la kejap. pd shbt2 semua, all the best to u, sapa yg dlm or akan bercuti, slmt bercuti, yg bekerja... slmt berehat juga :)

date Friday, June 5, 2009

pagi ni sebelum ke opis aku dpt sms dpd shbt.....nampaknya shbt diuji dgn kesihatan lagi. Sahabat, aku doakan agar dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t. Cepat2 la gi cek doktor dan berubat apa yg boleh diusahakan. Kena rehat juga tu, cubalah amik cuti bersama keluarga. Kerja ni sampai bila tak kan abis, aku refer kat diri aku jugaklah....tapi dah keje dgn org kan, bukan keje sendiri ..........emm....

hari ni aku kat opis belek2 paper2 aku ni...intai2 bhn2 yg ada.....harini last kat opis buat keje, esok graduation day. Sabtu pagi, Insya-Allah aku akan pulang ke kampung untuk bercuti selama 2 minggu....emmm.....tgh plan nak panjangkan cuti hehehe.....err buat2 lupa la pogram ujung jun ni hehehe.

sempat le berbual2 dgn kwn2 di opis ni tadi....ramai juga yg nak balik bercuti di Canada. aku dah lama ngidam maple syrup ni...aritu mkn fudge yg ada inti cream dibuat dp maple syrup, mmg sedap. aku pun tanyakan sorang ni, hometown dia kat ottawa.aku pesan maple syrup perasa buter bak kata kak Zeem, perasa ni sedap. wah nampaknye kwn aku ni tak tahupun maple syrup ada beberapa perasa... then salah sorang kwn asal dp toronto terus bersmngt ckp psl maple syrup dan terus search web site..maka nampakla bermcm2 perasa ada, strawberry,orange dlln. wah Kak Zeem, akak lagi terer dp minah canadian bab perasa ni hehehe.

maple syrup ni mcm madu la jugak, sedap sgt.cuma fakta yg baru aku tahu dan sgt menarik ini rupanya cecair yg keluar dp bgt pokok maple itulah syrup nya. cara nak dptkan syrup ni mcm kita toreh pokok getah untuk dptkan susu getah. interesting. kak Zeem, klu kwn ni terlupa nak beli nanti, akak tlg post ye hehehe.

nak tahu serba sedikit pasal maple syrup ni boleh baca petikan artikel di bawah, sumber dp wekepedia.

Maple syrup is a sweetener made from the sap of maple trees. In Canada, the United Kingdom and the United States it is most often eaten with waffles, pancakes, and French Toast. It is sometimes used as an ingredient in baking, the making of candy, preparing desserts, or as a sugar source and flavoring agent in making beer. Sucrose is the most prevalent sugar in maple syrup. It was first collected and used by Native Americans/First Nations and was later adopted by European settlers.[1]

Native Americans
Pre-Columbian Native Americans, living in the northeastern part of North America, were the first people known to have produced maple syrup and maple sugar. According to their oral traditions, as well as archaeological evidence, maple tree sap was being processed for its sugar content long before Europeans arrived in the region.Native Americans also used earthenware cooking pots to boil the maple sap. They would heat it over simple fires protected only by a roof of tree branches. This was the first version of the sugar shack.[citation needed] Over time, the sugar shack became more than just a place where maple syrup was produced, it became a place to celebrate; a gathering where a traditional meal could be enjoyed by family and friends.

Maple syrup production is centred in northeastern North America, and is commonly associated with Quebec in Canada; however, given the correct weather conditions, it can be made wherever maple trees grow such as Vermont in the United States. Usually, the maple species used are the sugar maple (Acer saccharum) and the black maple (Acer nigrum), because of a high sugar content in the sap of roughly two percent. A maple syrup production farm is called a "sugar bush" or "the sugarwoods". Sap is often boiled in a "sugar house" (also known as a "sugar shack" or cabane à sucre), a building which is louvered at the top to vent the steam from the boiling sap.

Traditional tap -
Two taps in a maple tree, using plastic tubing for sap collection.
Traditionally, maple syrup was harvested by tapping a maple tree through the bark and into the wood, then letting the sap run into a bucket, which required daily collecting; less labour-intensive methods such as the use of continuous plastic pipelines have since superseded this, in all but cottage-scale production. Production is concentrated in February, March, and April, depending on local weather conditions. Freezing nights and warm days are needed in order to induce sap flows. The change in temperature from above to below freezing causes water uptake from the soil, and temperatures above freezing cause a stem pressure to develop, which, along with gravity, causes sap to flow out of tapholes or other wounds in the stem or branches. To collect the sap, holes are bored into the maple trees and tubes (taps, spouts, spiles) are inserted. Sap flows through the spouts into buckets or into plastic tubing. Modern use of plastic tubing with a partial vacuum has enabled increased production. A hole must be drilled in a new location each year, as the old hole will produce sap for only one season due to the natural healing process of the tree, called walling-off. Maple sap is collected from the buckets and taken to the sugar house; if plastic tubing and pipelines are used, then the pipelines are arranged so that the sap will flow by gravity into the sugar house, or if that is not possible, into holding tanks from which the sap is pumped or transported by tanker truck to the sugar house.

date Thursday, June 4, 2009

izinkan aku mengimbau kenangan lalu bersama teman2 seperjuangan. kpd shbt2 lama yg membaca blog ini moga ukhwah kita berpanjangan, harap sgt dpt contact semula.

aku cuba attach gambar kat sini tp ada technical problem sket. nanti aku cuba lagi letakkan gambar di sini. shbt2 yg bersama dlm pogram EVISIS 97 ke Turkey dan Arab Saudi, harap2 dpt la kita berhubungan semula. Kita telah bersama2 susah senang sebelum dan ketika pogram dlm membuat kajian sejarah di Turkey dan Arab Saudi. Ramai yg dah bertebaran, Asiah di New Zealand mengikut husband buat PHD di sana, yg lain2 tu ramai dah aku tak dgr cerita, Anida ada jugak contact, Rose masih di UIA... kita ni dekat tapi jauh....dah lama tak bersua muka. Anida ada contact baru2 ni mengajak join pogram di universiti tmpt beliau mengajar di Melaka.

di Istanbul, cantik tempat tu dgn bnyk bangunan sejarah yg dijaga rapi. berpeluang melihat tembok yg masih kukuh dan utuh memagari bandar itu bersebelahan dgn laut, berpeluang ke masjid biru `blue mosque', topkapi palace- dulunya istana skg dah jaid muzium, ke tempat sejarah Al-Fateh iaitu insan yang berjaya menguasai Istanbul di mana ketika itu di bawah Kerajaan parsi yg cukup kuat. Shbt2 Rosulullah cuba mendapatkan tempat ini, hanya ketika Al-Fatih beliau berjaya menjadikan tempat ini sebagai wilayah Islam. Namun kita tahu At-tartuk di bawah slogan perubahan, pembangunan, pemodenan, Islam telah dianaktirikan di sana. Ketika di sana, salah seorang shbt org Turkey yg menyambut kedatangan kami memberitahu wlupun sudah berabad At-Tartuk meninggalkan dunia ini, namanya kalau disebut dan dicaci silap2 boleh ditangkap oleh pegawai2 kerajaan.

Ketika kami melawat Istanbul, parti Islam baru je tewas dlm pilihanraya, jadi kira pemerintahan sekular la bermula kembali. Waktu kami berjalan2 di kedai2 dan jalan2 di sana, pelbagai peristiwa kami alami. Antaranya mereka yg tak sukakan pemerintahan sekular tersenyum gembira bila ada org Malaya yg melawat negara mereka, yg paling sayu ketika nak solat di sebuah masjid ada makcik ni menangis2 memeluk kami minta kami berdoa di Makkah nanti untuk kesejahteraan negaranya...terlalu tinggi harapan pd org Malaya...ketika itu....mereka beranggapan org Malaya ni Muslim yg moden tp tak pinggirkan ajaran Islam...emmm......

di bukit teh, mmg bukit tu tinggi menjadi tempat rehat keluarga dp petang hingga 2-3 pagi waktu musim panas. dari puncaknya boleh nampak laut di bawahnya, mmg segar rasa dgn tiupan angin yg agak kuat. ketika kami ke sana mmg musim panas, di Turkey teh menjadi satu minuman yg wajib dihidangkan pd tetamu, dihidangkan dlm gelas kaca yg kecil .... anggaran 3 kali kecik dp gelas kecik biasa kita minum teh tarik kat Mysia ni. mcm2 kaler, mcm2 perasa, ada kaler pink, nak oreng ke coklat, ijau, perasa apple(sbnrnya apple dibuat teh bukan daun teh), mint/pudina, bunga cengkih dlln2. budaya di sana, teh akan dituang oleh tuan rumah apabila gelas kita tu kosong, cara utk ckp "takmau dah teh" dgn sopan ialah meletakkan sudu kecil di atas permukaan gelas tersebut.

masa nak turun dp bukit tu dlm 1.30 pagi, aku terpisah dp kumpulan aku...asyik melihat org ramai bersama keluarga masing2 yg masih di situ, terdapat juga yg menjual mknn ringan di sepanjang kaki bukit tu....aku terpandang satu keluarga yg aku jangka ayah, ibu dan anak lelaki belasan tahun, tiba2 keluar anak perempuan dlm umur 17-19 dp belakang ibunya dan terus meluru ke arah aku dgn senyuman yg amat manis. mmg cantik orgnya, dlm malam tu pun aku bleh lihat wajah dan kulit putih kemerahan. cuma dia sahaja yang bertudung dlm keluarga tu. terus mendakap aku, terpinga2 aku tp sempat beri senyuman...sayangnya kamera aku ada kat kwn, beg semua kat depa...nak bagi apa2 tanda ingatan pun tak dpt...berkomunikasi mcm ayam dgn itik, B.I dia tak paham apatah lagi b.arab....aku sebab agak terkejut terus terlupa perkataan dlm bahasa turkey yg aku pelajari at least nak ucap terima kasih, slmt mlm...aku cuma ckp B.I bagitau aku dp Malaysia...aku sebut `Malazi...Malazia' dia angguk2...waktu tu nama Mysia femes di sana ketika pemerintahan Cik det di malaya ni.

kat Turkey jadual pogram terlalu padat memandangkan tuan umah bnyk jemputan bawa ke sana ke mari. Shbt2 EIVISIS, hampa ingat dak lagi perangai masing2...pantang nengok ada geng kita yg amik gambar, asalnya sorang alih2 jadi gambar beramai2 hehehe.....waktu nak berangkat ke Jeddah (kena transit di Lubnan dulu), kami telah dibawa ke stadium bola tanpa diberitahu awal...rupanya ada sambutan hari kemerdekaan mcm tu....kami diberi tempat istimewa.....ada persembahan tarian kebudayaan dan lain2....yg paling indah....kumpulan kami di sebut ketika perasmian itu dan MC meminta kami semua berdiri dan org ramai melambai2 hehehe....

di Beirut,kami transit tuk ke Jeddah.....bangunan di Beirut bnyk berlubang2 hasil tembakan, bedilan peluru, masa tu baru habis perang, genjatan senjata. turun naik kapal terbang, penuh tentera kat airpot tu....kwn aku ni nak amik gambar airport tiba2 dtg tentera ni dgn muka tegas nak rampas kamera hampir2 nak tampar shbt aku ni, pucat la muka si Nor ni.....salah paham, dia ingat hang KGB kut, Nor hehehe.

Sum, kamek masih ingat cerita kitak, sik boleh lupa bah....kenangan di Madinah dan Makkah.Di Madinah, slps solat zuhur, kami bergegas naik bas yg disediakan oleh tuan rumah untuk bergerak ke Makkah. Tak tau cemana leh berlaku, bila naik je bas semua keletihan dan terlupa untuk mengira ahli kumpulan kami. Aku terus terlelap. Sedar2 bas dah berpatah balik dan bila bas tu berhenti, aku kehairanan melihat Sum dan Kak Su naik bas tu dgn muka yg pucat. Rupanya mereka berdua tertinggal di Madinah. Ya Allah, kesilapan kami semua terlalu keletihan tak mengira ahli kumpulan dlm bas. Yg peliknya, org yg duk sebelah tu pun tak perasan.

dlm menyiapkan paper aku nih, tiba2 aku teringat kisah2 silam bersama teman2. bila aku nengok kembali gambar2 EIVISIS ni aku tersenyum sendiri teringat tetalah dan sikap masing2. Apa khabar Ustaz Ghani ye? agaknya masih di UIA lagi ker. hari tu cuba mengintai berita di sana, tak nampak nama ustaz di pintu office tu. Ustaz sungguh sabar dgn kerenah kami ketika berada di negara org terutamanya sisters (pljr perempuan) yg buat negara org mcm negara sendiri hehehe. teringat sahabat lama org Turkey, Fatma Melek, dah loss contact, Munewer shbt baru yg dikenali di Istanbul (pljr Univ of Ankara waktu itu) utk hanya 2 minggu tp ukhwah menjadi terlalu rapat namun selepas earth quake di Ankara thn 1999 terus loss contact.

adik2ku yg dua org tu, akak takkan lupa sikap ikhlas u all. betullah, bila kita merantau, berjalan jauh dgn shbt2 maka kita akan tahu dan lebih kenal hati dan budi shbt2 kita. di Madinah, aku hilang sebelah kasut, di mana kasut ku telah dimasukkan dlm beg yg aku pegang.shbt2 pun tumpang letak kasut2 mereka dlm beg itu. kasut aku yg paling bwh.Subhanallah, mmg pelik, bila nak amik kasut tu, hanya kasutku yg hilang sebelah sdgnkan beg itu aku yg pegang.Sebenarnya mak aku pesan suh tinggalkan kasut tu di sana.tp aku sayangkan kasut tu. jadi sebelah hilang sebelah ada. ketika nak kuar dp masjid, cuaca sungguh panas, lantai masjid diluar bangunan mmg panas.stokin yg dipakai tak mampu nak menahan rasa bahang dan kepanasan baru di dunia ni.

sbht2 semua beri sokongan untuk berjalan ke tempat bas kami ...mmg jauh. Hanya Allah yg tahu betapa panasnya kaki aku terasa, agak melecur kulit tapak kaki sebelah tu. Namun kata2 dp dua org adik inilah yg buat aku sayu...dua org adik ni minta aku untuk memakai sebelah selipar mereka untuk gilir2 dgn aku....katanya "kalau akak rasa panas kaki tu, kami pun nak kongsi sama kepayahan yg akak rasa".tapi aku menolaknya dgn baik. kataku "moga dosa2 kecil diampunkan Allah, dan jika ini akak yg harus terima, biarlah akak yg terima".aku tak sanggup nak bagi diowang rasa kepanasan itu...mmg terlalu panas...balik otel...kulit agak lecur sket.tu baru kpnsn di dunia.

di Mekah, Sum pulak hilang kasut. dia pun letak kasut yg paling bawah, di atas tu adalah kasut2 kami (kami letak di tempat kasut di dlm Massjidil Haram).Maka, setelah solat isya' sum kena la berjalan dgn stokin je balik ke hotel cuma bezanya tak la pns mcm di Madinah. Sebelum tu ada shbt2 lelaki ni yg menyebut psl kasut sum pakai tu...emmm eosknya terus mat2 ni dtg minta maaf kerana menggelemerkan kasut sum hingga ia hilang dp pandangan. Namun, alhamdulillah, pogram kajian sejarah selamat dijalankan termasuk sempat menunaikan umrah. aku ingat lagi hari Jumaat, waktu mkn pagi di hotel di Makkah, pljr2 lelaki beritahu kami, lps solat jumaat, depa ramai2 nak pi nengok hukuman hudud dijalankan. kami yg perempuan anggun ni pun teringin gak nak ikut, tp ustaz tak bagi....emmm. Bila balik je dp menyaksikan hukuman itu, pljr2 lelaki ni cerita la di mana ada pengedar dadah dihukum pancung, muka ditutup dgn kain hitam, dipancung sehingga darah memancut dan kepala bergolek.Emmm.... patutle ustaz tak bagi pergi.Skg ni tak tau la camne dibuat...dgrnya di Jedah yg ada dibuat hukuman ini.

Jeddah...aku suka coklat kurma, mcm2 aneka coklat yg berinti kacang dan kurma. Bagaimana di Turkey kami di layan baik sekali oleh tuan umah, di arab saudi pun mcm tu. di Jeddah, tak larat juga nak mkn, kek2 tu dihidang beberapa biji tanpa dipotong, potong la sendiri....betullah org arab ni bila layan tetamu yg diraikan...punyalah rai sesungguh2nya....emmm ada ayat quran yg menyebut tntng larangan membazir ni.org arab yg kaya2 ni mmg luxurious la hidupnya. tp kalau nengok dia marah maid dia....kita tak sampai hati nak dgr cacian dia tu....mungkin bukan semua mcm tu kut. Aku tetap teringat perjumpaan dan shbt2 baru di To'if, ketika itu hanya yg dpt pas khas je boleh masuk To'if. Di sana perjumpaan di buat dlm khemah khas utk wanita dan lelaki. Kami dijamu nasi arab sepesel yg dimasak dlm periuk tanah paling kurang 6 jam dgn kibas panggang pun di masak dgn kaedah sama paling kurang 6 jam. Tp org Malaya ni kecik2 comei belaka, mana nak boleh habis makan...dah le nasi tu dihidangkan dlm dulang besar mcm dulang kenduri tu...yg boleh dimakan oleh 10 org...ni setiap dulang hanya utk 4 org...dah tu daging kibas separuh dp dulang tu msk pulak dgn minyak sapi yg terlalu bnyk...emmm....jenuh nak memujuk minah2 arab tu sbb tak dapt habiskan mknn. sapa2 yg pi negara arab...nak le kirim coklat kurma dan manisan...hehehe.

bnyk lagi yg nak dicoretkan di sini. shbt2 yg terlibat dlm pogram ni klu terbaca blog aku ni, care to contact ya....:)

date Wednesday, June 3, 2009

tak sabar nak tunggu cuti bulan 6 ni sbb sebulan cutinya di sini tapi nampaknya setelah aku congak2 hari2 cuti aku, tinggal 2 minggu je dpt di kg lepas tu kena balik ke sini semula kena hadir conference di KLCC. dlm masa yg sama ada shbt lama sms minta join bersama pogramnya di Melaka. sebenarnya bila dah bertugas rasa sgt nak bercuti, terpandang kehijauan sawah padi di kg, air jernih di sungai dan air terjun yang menggamit insan2 untuk menziarahinya lagi2 bila dpt meluangkan masa yg masih lagi dikurniakan Allah bersama ayah ibu, sedara mara, ahli keluarga dan sahabat handai. kalau ikutkan diriku yg dah keletihan ni nak je aku cancel pogram bulan jun ni, 2 minggu tak memadai bagiku untuk berada di kg, menziarahi sedara mara dan shabat handai abah dan mak aku.tp itulah kehidupan kan, jika masih diberi peluang mencari ilmu dan pengalaman dgn menghadiri pogram2 ini, tenaga yg masih bersisa ini perlulah digunakan.

semester ni dah pun berlalu tunggu jumaat ni ada graduation day. namun aku kena siapkan 2 paper yg menanti dgn research yg perlu dilakukan.emmm, stdnts ramai yg dah balik kg bercuti, duk fikir sapa yg nak aku minta pertolongan jwp le survey aku ini hehehe. Alhamdulillah, ada juga stndts, ex stdnts dan kumpulan2 yg aku perlukan untuk menjawap soalan ini muncul samada di hadapanku maupun di alam maya yang masih menjadi pengantaraan demi sebuah ukhwah. apalagi aku attack le dgn soalan survey aku tu hehehe.terima kasih kerana sudi membantu.isi dah ada, nak atur ayat dan susun isi2 tu amik masa juga memandangkan dua paper tu perlu disiapkan dlm minggu ini.ni pun ada stndt yg tlg jwp survey depan aku ni hehehe.

dlm kesibukan ni.... (aku yg rasa jadualku padat, kalau nak dibandingkan dgn shbt2 lain rasanya depa lagi sibuk tp masih steady dan meneruskan perjuangan) selera makanku meningkat, aku asyik lapar je hehehe dan minat untuk memasak dan men-decorate kueh muih, cookies makin bertambah. minggu lepas sempat aku search kat web site dan juga singgah di kedai buku belek2 buku resepi hehehe.sebenarnya ini pun satu terapi bila keletihan,kerisauan dlln lagi perasaan yg ada selain dp membaca al-Quran dan solat sunat yg sudah pastinya satu terapi yg cukup berkesan. aku rasa kehidupan aku dah kurang ber-rekreasi mcm dulu, dulu selalu join kelab badminton kami tu dan lain2 aktiviti utk sihat dan cergas. skg ni aku rasa lebih enjoy jika dapat beradu melayan mimpi indah hehehe.

dlm bnyk yg nak difikirkan, mindaku tak dpt nak lari dp fikirkan hal satu ni...ibarat menunggu buah kelapa yg tak gugur dp pokok, nak dikait, galahnya pendek, pokoknya pulak tinggi, nak dipanjat, tak ada skill.kenapalah susah sgt nak dpt kelapa muda dp pokok yg tinggi tu, agaknya kelapa tu spesel jadi perlu sabar menanti untuk melihat hasilnya.nak beli kelapa tak sama dgn dp pokok yg kita semai dan baja sekian lama dgn beberapa rakan baik. jadi shbt2 yg bersemangat pun selalu bertanya bilakah dapat merasa hasilnya dan boleh dikongsikan bersama org lain.nak kata tak apply lesen tuk tanah bagi sepohon kelapa tu, dah pun dilakukan apa yg patut secara legal.....betullah kata pepatah penantian itu satu penyeksaan.namun jika ini diambil sebagai ujian dan cabaran bagi memulakan satu langkah yg murni, kesabaran perlulah adakan, moga Allah merahmati usaha2 murni ini.

date Monday, June 1, 2009

(2) IMPLIKASI DAN HAK2 MUALLAF MENGIKUT HUKUM SYARAK
TUAN HAJI ABDUL WALID ABU HASSAN
Ketua Unit Pembangunan Undang2 Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah,
Jabatan peguam Negara.

1. Orang Islam keluar dp agama Islam -
Seksyen 49 enakmen pentadbiran agama Islam negeri :

*Mahkamah Tinggi syariah hendaklah :-
a. dlm bidang kuasa mal-nya -> mendengar, memutuskan semua tindakan jika prosiding itu ialah org Islam berhunbungan dgn -
i. pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam

2. Org bukan Islam memeluk agama Islam -
Seksyen 46 enakmen undang2 Keluarga Islam :-
(2) jika salah satu pihak kpd sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam -
maka perbuatan yg demikian tak boleh dgn sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Seksyen 95 dan 96 enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

*95
(1) kehendak2 berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang :

a. mesti mengucap dua kalimah syahadah dlm bhsa Arab secara yg munasabahnya jelas

b. mesti dlm keadaan sedar ketika mengucap syahadah bhwa kalimah itu bermakna " Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi asksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah Pesuruh Allah; dan

c. pengucapan itu dibuat dgn kerelaan hati

(2) seseorang yg tak dpt bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1) (a), mengucapkan dua kalimah syahadah dgn menggunakan isyarat yg menunjukkan makna yg dinyatakan dlm perenggan (1) (b)

*96 - seseorang itu memeluk Islam dan menjadi org Islam sebaik sahaja dia habis mengucap dua kalimah syahadah dgn syarat kehendak2 seksyen 95 dipenuhi;

dan org itu selepas itu disebut sebagai seorang muallaf

3. Agama suami isteri

* Hukum syarak menetapkan - apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pasangan yg tidak memeluk Islam hendaklah diberi peluang untuk memeluk Islam,

-> Jika dia turut serta memeluk Islam maka Islam mengiktiraf pernikahan mereka tanpa akad yg baru - tempoh diberi ialah 3 bulan (masa idah)
(rujuk Mughni al-Muhtaj j.3 m.s 245, Dar al-Fikri)

Mazhab Hanafi :
*Keadaan salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam, pernikahan itu tidak terbatal sehinggalah dibawa ke pengetahuan hakim untuk pengesahan

* apabila dibawa ke hadapan hakim, hakim boleh mengesahkan bahawa mereka masih suami isteri yg sah tanpa mengambil kira berlalunya masa 3 bulan idah

(rujuk kes Maziah Mathavi thuraipandi Bt abdullah lwn Fariz Raj Abd Rahman : MRSWP 2006)
(rujuk kita al-Fatawa al-Hindiah, j.4)

->kes di atas di mana pasangan suami isteri ini bukan beragama Islam. Si suami kemudiannya memeluk Islam dan tidakmemberitahu isterinya dan masih tinggal bersama selama setahun hingga mendapat seorang anak untuk tempoh tersebut.
->setelah si isteri mendapat tahu, beliau sebenarnya mahu menerima Islam
->kes ini difail ke mahkamah dan keputusan hakim adalah mereka sah suami isteri dan tak perlu pernikahan semula

4. Penukaran agama memberi kesan kpd agama anak2 :
* kedua ibu bapa memeluk Islam - anak yg belum baligh mengikut agama kedua ibu bapanya

* ibu memeluk islam tetapi tidak si bapa, anak yg belum baligh mengikut agama ibunya

*bapa memeluk Islam dan tidak si ibu, anak yg belum baligh mengikut agama bapanya

dalil : surah al-Thur, ayat 21 yg bermaksud :
"dan org2 yg beriman yg diturut oleh zuirat keturunannya dgn cara beriman, Kami hubungkan zuriat keturunannya itu Mereka A(di dalam syurga) ...

dalil : hadith - yang bermaksud :
"semua kanak2 dilahirkan dlm fitrah, kedua ibu bapalah yg bertanggungjawap mencorakkannya samada untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".

*Saidatina Khadijah r.a bertanya kpd Rosulullah tentang kedua anaknya yg telah mati semasa Jahiliyyah. Khadijah juga bertanyakan tentang kedudukan anak2nya dgn Rosulullah.

* Rosulullah mengkhabarkan bahawa anak Khadijah yg mati dlm jahiliyah tempatnya di neraka dan anak2nya bersama Rosulullah di dalam syurga.

* Rosulullah bersabda yg bermaksud :
"Sesungguhnya org2 Mukmin dan anak2 mereka di dalam syurga dan org2 Musyrikin dan anak2 mereka di dalam neraka".



*Penjelasan dp Kitab Ahkam al-Ahwal al-Syaksyiyyah Fi-al-Syariah al-Islamiyyah wa al-Qanun -karangan Almarhum Al-Imam Al-Syeikh Ahmad Ibrahim Bek,
Professor Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir.

->kanak2 mengikut agama yg terbaik dr kedua ibu bapa mereka.
->jika salah serorang dp psangn memeluk islam , anak2 yg kecil yg belum akil baligh mengikut agama ibu atau bapa yg Islam

-> jika seorang bayi yg ditemui tanpa ibu bapa dalam negara Islam dan tanpa tanda2 yg menunjukkan ia adalah anak kpd org bukan Islam, anak ini menjadi anak org Islam mengikut status negara tersebut.

-> jika kanak2 itu bermukim di negara kafir Harbi, maka ia tdiak dihukumk sebagai Islam wlupun ibu atau bapa mereka Islam kerana negara Harbi tidak termasuk di bawah wilayah kekuasaan Islam.

* Seseorang manusia itu dihukum sebagai Islam melaui 2 cara:-
i. jalan asal
-> bila dia mengucap dua kalimah syahadah tak kira dia akil baligh, berakal, masih kecil atau mumaiyiz

ii. jalan ikutan
-> jika ia masih kecil samada belum mumaiyyiz, atau sudah mumaiyyiz tp dia sendiri belum memeluk Islam, salah sorang ibu atau bapa atau keduanya beragama Islam dan bagi seseorang yg tidakberakal (gila).


** sekiranya kedua ibu bapa murtad dan anak2 masih kecil, anak2 itu kekal dlm Islam
** jika salah sorang ibu atau bapa murtad lari ke negara lain dan tinggalkan anak di negara islam, maka anak itu adalah Islam
**jika beliau membawa anak itu bersama dan menetap di dalam negara Harbi/ bukan Islam maka anak itu adalah bukan Islam

**samada Malaysia ini dikatakan negara Islam ataupun tidak, Malaysia adalah negara yg agama perlembagaannya ialah Islam. Justeru, seharusnya setiap dilakukan merujuk kpd sistem dlln mengambil berat/ merujuk kpd Islam.

date Sunday, May 31, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu