Lagi peristiwa sejadah berdiri
MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.
PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.

*****************************
aku teringat you tube yg tunjuk sejadah berdiri masa time azan kut (di negara Arab tak ingat engara mana)....lepas tu terus sejadah tu jatuh atas lantai lepas azan tu abis (atau lepas solat kut..tak berapa sure). kes kat kelantan ni tak tahu lah yer samada kes benar ataupun sebaliknya. Apepun meremang gak bulu roma nengok hal2 mcm ni. Semuanya ada iktibarnya.Wallah hua'lam.

date Wednesday, October 21, 2009

Mati berebut kerbau
Oleh ZAID MOHD. NOORzaid.mohdnoor@kosmo.com.my
AZAHAN menunjukkan jari tangannya yang luka ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dan jiran di Tanah Merah kelmarin. (KIRI)KERATAN Kosmo!21 Disember 2006.
KOTA BHARU - Hanya kerana seekor kerbau, seorang warga emas mati ditetak oleh seorang lelaki dengan sebilah sabit di Kampung Salak, Tanah Merah dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, mangsa, Mohamed Jusoh (gambar), 71, bersama dua orang anak dan seorang menantunya keluar mencari seekor kerbau yang baru dibeli seminggu lalu berdekatan kawasan paya di rumah mereka.
Bagaimanapun, sampai di kawasan paya itu, mangsa, anak-anak dan menantunya telah dihalang oleh seorang lelaki yang merupakan jiran mereka.
Jiran berusia 57 tahun itu mendakwa kerbau yang dicari oleh mangsa adalah miliknya.
Cerita seorang anak mangsa, Mohamad Azahan Mohamed, 27, tindakan lelaki itu telah mencetuskan pergaduhan antara bapanya dan jiran mereka.
"Ayah dan jiran masing-masing ada sabit dan mereka bertengkar mengenai kerbau itu.
"Kami yang berada bersama ayah cuba leraikan pergaduhan itu tetapi gagal," kata Azahan ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini semalam.
Malah, menurut Azahan, dia juga diserang oleh jirannya sehingga mengakibatkan jari tangan kanannya cedera.
"Lelaki itu terus mengganas dengan melibas-libaskan sabit yang terkena kepala ayah sebelum ayah rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.

*****************
nyawa manusia lagi murah dari kerbau rupenye....ye la sekor kerbau rasanya ada RM2000 kut? ye ke?

date


doughnut - donut - donat....nyummyyy

roll lasagna- lapaqnyaaaa

lasagna- mmg tengah lapaq ni hehehe


sahabat2 yg mmg suka makan makanan2 di atas dan rajin membuatnya sendiri, meh la tepek resepi anda yg original boleh gak cek kumpui koleksi resepi ni. kut2 ada lasagna rendang tok, lasagna tomyam dan memacam lagi la.aku nak belajaq la cara2 buat donut yg lembut mcm j.co donut tuh ;)

p/s:aku mmg tengah lapaq.....so layan je la entry ni yer :)

date Tuesday, October 20, 2009

Ejen khas ketagih seks - Guru menyamar Pegawai Khas Akta Sulit untuk cabul guru
Oleh RAIS YEOP JOHARI dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMberita@kosmo.com.my
HANI menunjukkan laporan polis mengenai tindakan seorang guru lelaki sekolahnya yang cuba memperkosanya baru-baru ini.
SEREMBAN - Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks.
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.
Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.
Sebagai pegawai khas, suspek mendakwa, dia dikehendaki mencari guru wanita di sekolah tersebut untuk dijadikan bahan kajian untuk mengetahui penyakit tertentu yang dihidapi guru yang menjadi bahan kajiannya.
Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.
Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.
Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.
Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan 'ujian berat' melalui hubungan seks dengan suspek.
Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM.
*guru lelaki tersebut sudah mengajar di sekolah tersebut selama 3 thn.sudah berkahwin, tiada anak dan tiada tindakan dispilin yg diambil ke atasnya sebelum ini.
*********************************
alhamdulilah guru perempuan tu selamat.
tak layak org tu jadi seorang guru sampai sangup buat mcm ni.ada masalah mcm tu pergilah sesi kaunseling.patut ada hukuman pancung sampai mati untuk kesalahan mcm ni.(hehehe)

p/s:kalau dah disuruh `kissing' dgn org yg bukan suaminya ape kejadahnya yang nak diikut arahan tu...tak kira alasan apa pun.

date Thursday, October 15, 2009

masih terdengar2 lagi lirik lagu kumpulan Nasyid Raihan,
`Iman tak dapat diwarisi'.
betapa baiknya ayah atau mak....
anak belum tentu lagi akan menjadi baik jika
tidak didik dgn betul...

bagaimana pula kalau ibu dan ayah pula tidak begitu ambil kisah?
sebagai orang Islam, nikmat Islam dan Imanlah merupakan nikmat yang paling besar
bak kata2 dalam cerita kanak2 Indon kat tv3 tu (aku marah2 indon ni, pilem inodn aku layan)
"nak, kita tidak miskin malah kaya kerna kita beragama Islam dan beriman pada-Nya".
"orang yang bnyk harta tetapi tidak beriman kpdNya itulah tanda org yg miskin".
betul apa yg dikatakan itu.
jika ibu dan ayah itu beriman dan tahu sebenar erti islam dan iman itu, maka beruntunglah anak2 mereka.

aku pernah diceritakan beberapa kisah manusia samada disampaikan oleh pihak ketiga ataupun oleh individu itu sendiri.

1. Ayah org melayu, malaysia beragama Islam berkahwin dgn org negara J.Wanita ni memluk agama Islam.Si ayah bukanlah seorang yg bertanggungjawap dan meninggalkan isteri dan anak mcm tu je. Si anak bila dewasa masih bernama dgn nama Islam dan I.C nya menunjukan beliau seorang Muslim. Tapi beliau yang kecewa dgn si ayah mengatakan bahawa dia bukan org Islam dan tak perlu melakukan suruhan dan ajaran Islam.

2. Ibu dan ayah berbangsa I (bukan Malaysia) iaitu negara Islam dan beragama Islam. Kemudian berpindah ke negara F yang bukan negara Islam.Si ayah sudah menjadi aetis dan si sibu masih mengamalkan ajran Islam, memakai tudung, melakukan solat dlln. Si adik perempuan mengikut jejak si ibu tetapi si anak lelaki ini mengikut jejak ayah. Beliau pernah dtg bertanya apa perbezaan Islam dan agama2 lain. Aku pernah berjanji untuk meluangkan waktu berdiskusi dgnnya tetapi memandangkan kesibukan hinga skg tak bnyk sgt dpt dibicnangkan. Sekg ni dah loss contact.

3.Ayah orang melayu beragama Islam dan berkahwin dgn wanita dp negara I bergama katholik. Apabila anaknya lahir di Malaysia, maka I.c nya pun tertulis rakyat Malaysia dan beragama Islam. Kemudian tinggal di negara I. Tak lama kemudian si anak ini dtg ke Malaysia untuk sambung pengajiannya.Menjadi satu peraturan di mana rakyat Malaysia yg beragama Islam wajib mengambil subjek pengajian islam.Sedangkan beliau selama ini adalah khatolik dan mengaamalkan ajaran itu.

Banyak lagi2 kes2 seperti ini termasuklah kes2 mahkamah atau melibatkan perdebatan antara lain2 agama seperti perebutan mayat/jenazah sesorang samada dia itu Msulim ataupun tidak.
Bila ada org dtg minta pndgn untuk kes mcm ni, mestilah aku nak sngt insan2 ni mendapat Hidayah untuk menjadi Muslim.Namun, adakah kita perlu memaksa mereka sedangkan kita tahu apa yg mereka amalkan sebelum ini? Antara peruntukan perundangan dan usaha berdakwah?.Dalam hal2 mcm ni, aku rasa kita perlu bnykkan usaha dakwah secara langsung atau tidak langsung.

Rasa kesal di hati kenapa si ibu dan ayah yg jati Melayu,Muslim (dalam kes di atas)dengan mudah membiarkan anak hilang arah seperti ini.

date Wednesday, October 14, 2009

'Happiness'. (Poem) by: Jane Kenyon

There’s just no accounting for happiness,
or the way it turns up like a prodigal
who comes back to the dust at your feet
having squandered a fortune far away.
And how can you not forgive?

You make a feast in honor of what
was lost, and take from its place the finest
garment, which you saved for an occasion
you could not imagine, and you weep night and day
to know that you were not abandoned,
that happiness saved its most extreme form
for you alone.

No, happiness is the uncle you never
knew about, who flies a single-engine plane
onto the grassy landing strip, hitchhikes
into town, and inquires at every door
until he finds you asleep midafternoon
as you so often are during the unmerciful
hours of your despair.

It comes to the monk in his cell.
It comes to the woman sweeping the street
with a birch broom, to the child
whose mother has passed out from drink.
It comes to the lover, to the dog chewing
a sock, to the pusher, to the basketmaker,
and to the clerk stacking cans of carrots
in the night.

It even comes to the boulder
in the perpetual shade of pine barrens,
to rain falling on the open sea,
to the wineglass, weary of holding wine. (tukar ni dgn sirap yer hehehe)

date Tuesday, October 13, 2009

kadangkala apa yg diimpikan membuatkan kita berfikir sehingga bertanya pada diri sendiri...inikah yg aku mahu?
berada di tempat atau di tahap yg selesa ataupun yg sesuai dgn diri membuatkan kita kadangkala berfikir unutk tidak mengubah gaya,rentak dan suasana.
kadang kala aku terfikir juga, haruskah aku mencuba suasana baru atau berhijrah untuk menggapai apa yg menjadi impian sebelum ini?
masa bukan lagi panjang,lantas tindakan perlu diambil tanpa membiarkan masa berlalu dgn begitu lama dan jauh meninggalkan kita?

date Monday, October 12, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu