kat sini hari2 ujan...Alhamdulillah.Aku plan nak balik dah tapi memandangkan ujan yg lebat so terperangkap le kejap dlm opis ni sambil mencari2 bhn2 utk paper aku tuh.
Alhamdulillah rasa lega sikit bila call tuan penasihat paper ni dan dptkan nasihat dan pandangan beliau untuk bagaimana nak kupas isu yg telah dipilih ni.Isu wanita seperti yg diperjuangkan oleh SIS akan diberi perhatian di sini. Mmg benarlah sesorang tu bila bnyk pengalamannya, nampak kelebihan ilmunya yang dpt membantu lagi2 org yg mcm aku ni baru nak belajar2 menulis, melakar...melukis yg tu kena minta bantuan bro ubi hehehe.nampaknye masih bnyk yg perlu dipelajari,dibaca dan dibuat kajian bagi aku yg mmg kurang sngt ilmunya (malas gak membaca nih hehehe).

sambil2 cari bhn2 dan link yg disarankan oleh penasihat tadi, aku dpt sms dp abah, shbt abah dan mak, suami isteri (pak akub) sakit dan baru balik dp hospital.moga cepat sembuh pak akub dan makcik.terkedu gak dgr berita ni lagi2 dua2 sekali pasangan suami isteri ni jatuh sakit.aku akhir2 ni cepat sgt tersentuh hati dgn kisah2 mcm ni.lagi2 aku ni duk jauh dp mak abah aku dah hampir berbelas2 tahun dah.maka otak ni lebih ligat berfikir tentang apa yg telah difikirkan sebelum ini.moga aku dpt membuat keputusan yg betul dan terbaik nanti.

sahabat2 kalau ada idea dan pandangan tentang masalah dan cabaran wanita kini bolehlah berkongsi dgn aku yer.tq again Kak Ani dan Iman yg bg pandangan untuk tajuk ni.
selamat berehat di ujung minggu semua yer.

p/s: all the best pd shbt2 yg nak amik exam tuh, Shazana,Farah,Acap,Umi,Mai,Yong (anak sedara pupu aku) dan juga pd tuan penasihat. Kak Ani pun nak exam jugak kan nanti.Moga sahabat2 tenang dalam menjawab soalan dan mendapat kejayaan yg cemerlang. Amiin.

date Friday, October 30, 2009


1.Ceramic Workshop


2. `Pottery Workshop'- Aromatherapy burner.

bengkel pottery telah mula kembali.kalau ada shbt2 yg berminat jum le join.
1. Ceramic Workshop - RM45 termasuk bahan2 yang digunakan.
2.`Aromatheraphy burner'. - RM25 - termasuk bahan2 yg digunakan.

Maklumat lanjut untuk dua bengkel ini (boleh pilih salah satu) :
14hb November, 2009 - Sabtu
9.30am - 12.30pm
di Studio B-LG-Sun-U North Building, Sunway University College.

date

"Film 786'' is a movie that Holland has made in which our beloved prophet(S.A.W.W), is made fun of.60 million Muslims can destroy the economy of Holland by taking less than 5 minutes to forward this message so that we can answer Allah Subhana Wa Tala when He asks us what actions did you take when His most beloved(S.A.W.W) was made fun of?
Ni email yg aku dpt dp sahabat di Auckland.
Aku letak di sini untuk tatapan shabat2 mungkin ada shbt yg dah tahu hal ini.

Denmark is Loosing Please don't let this mail stop in your pc.
Assalaam O Alaikum, Great News Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret... let us make them regret for good....The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel; all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible ... Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims ... ASAP? REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT,' WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?' 7-up drink, LEGO, Cadbury chocolates, Hall Chewing gums or any product with barcode no. starting with 57 Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.

****************************
tq Asiah for the e-mail. Inilah cabaran dan ancaman dp org bukan Islam pd akhir zaman ni. Tak serik2 nak timbulkan masalah dgn umat Islam. Tambah lagi dgn masalah yg ditimbulkan oleh umat Islam sendiri yg seolah2 tak puas hati dgn tuntutan Islam itu sendiri.
Citer tentang aper yer movie ni. Aku cari2 kat internet, ni aku sertakan antara komen pembaca tentang isu ini:

786 is the sum of the Arabic letters of the opening phrase of the Koran.
Note that in Arabic each letter also serves as a number. The film you describe is Fina; 786 may be a code name for it.
The Dutch film Fitna (Arabic: فِتْنَةٌ‎) uses the Koran to explain current world events. Dutch parliamentarian Geert Wilders says his intent was to alert the West of the dangers of the totalitarian ideologies of the Arab-Muslim world.

Fitna shows Arab-Muslim leaders threatening to destroy the freedoms of the West. It also backs up each speech with a verse from the Koran.You can see the film at www.break.com/usercontent/2009/2/Fitna-D…Wilders produced this film because he is alarmed by the growing threat of violence in Islam.
He sees that the West's way of validating every culture as worthy of respect has blinded the West to a movement that wants to destroy it.

In Fitna, he shocks the West into hearing the messages that Arab-Muslim leaders give to their followers.1) Former member of the Analytic Red Cell Unit and best-selling author Brad Thor discusses Fitna with Glenn Beck . http://www.youtube.com/watch?v=JKVbp4k_h…

2) Freedom, Fitna & Islam: Geert Wilders on the Glenn Beck Show Geert Wilders http talks about his film. http://www.youtube.com/watch?v=TqjWvgQN8…--The population in Holland is almost 16.5 million people. Only 13 million are native Dutch. A new phenomenon is the influx of Muslims. Many Dutch feel that that Muslim immigration is disrupting the native Dutch culture. The trend is for Musims hold on to their culture and not learn Dutch ways or language. At this point Muslims make up over 4% of the population. Meanwhile the Dutch are fleeing to countries that have low Muslim populations.

Source(s):
http://plancksconstant.org/blog1/2009/02…www.break.com/usercontent/2009/2/Fitna

date Thursday, October 29, 2009

sahabat2 tentu pernah dan mungkin acap kali menerima e-mail seperti ini (ataupun sms) daripada stranger yang kononnya perlukan bantuan anda dan as a reward anda akan mendapat sejumlah wang..dlm erti kata lain..boleh jadi kayaa rayaaa dgn membantu insan lain yg tidak dikenali.kadang2 isi e-mail itu dlm bahasa inggeris, ada yg dlm B.Malaysia.dlm bahasa2 arab, tamil, mandarin aku lum dpt le lgi.
sila baca isi e-mail ini:

Assalamualaikum.
Saya adalah Nur Fatima Binti Abdullah, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di Bahagian Audit Dalaman.Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya membantu.Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini. Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan selanjutnya agar dapat memahaminya..Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2002 lagi. Wang ini saya perolehi dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$1..5 JUTA. Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewaris sah kepada wang tersebut.Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan.. Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita sama-sama akan memperolehi keuntungan.

**************************
*peghhhh dlm ramai insan kat dunia ni, aku (atau anda) yang terpilih oleh insan ni yg tidak kita kenali...
*mudahnya nak jadi kaya mcm ni...
*liciknya manusia zmn moden ni....
*berhatilah2 kita dgn tektik2 penipuan ni.

Moga Allah lindungi kita dp segala fitnah, penipuan dan musibah. Amiin.

date

didoakan moga Kak Ani dan Kak Melor cepat sembuh yer. Kak Ani mengalami sakit kaki/lutut. Smlm kak Ani baru dpt injection masukan cecair kat Hospital Salam. Katanya selasa depan kak Ani akan dpt rawatan lagi. Kak Ani jangan banyak bergerak yer, moga cepat sembuh dan pastikan lap top sentiasa di sisi hehee.

Kak Melor demam panas minggu lepas. ni tgh campak pulak.Didoakan agar akak cepat sembuh yer.

Hidup kita ni mcm tulah diuji dgn beberapa ujian termasuk dgn kesihatan. Aku ni 2-3 hari lepas tiba2 rasa bengkak sakit gigi/gusi.Ni dah ok dah tapi rasa nak demam pulak.Dah ok rasa nak demam dah rasa lemah bdn pulak.Emmm....dah lama tak exercise nih....jum kita ber-eksesais..majulah sukan untuk negara.

date Wednesday, October 28, 2009


pai berinti ayam emmm nyummmy......






sejak mingu lepas aku duk intai2 blog shbt je, baca cerita, kisah hidup, pengalaman memang menarik.aku nih duk tgh nak fokus untuk menulis beberapa tajuk tapi nampaknye ketandusan idea nak mulakannya.cadangan ada shbt2 beri termasuk penasihat paper ni tp masih tercari2 apakah isi utamanya untuk digarap nanti.sambil cek2 kat internet tuh termasuk le ke web pancing...wah best gak nengok mcm2 resepi ahli2 forum tu kongsikan..jadi lapaqlak hehehe...hilang dah konsenstrasi aku dlm menulis nih.
dlm duk cek2 cari bhn..then dpt panggilan tepon dp sorang staff kat bangi nuh...tanya pasal paper aku huhuhu....aduss....kena email lagi kat dia.kdg2 line tak ok kut...nak email2 pun maleh dah rasa. then dlm kemalasan yg agak maksima ini ...dgn semangat yg maish bersisa untuk melawan kemalasan yg berlipat ganda ini..aku pun terus mencari dan mencari di internet ini..lalu mindaku pun terfikir tentang perjuangan SIS... okeh maka akupun cek le satu persatu kes yg dibangkitkan oleh SIS ini. Maka aku akan bermula dgn cerita dan kisah2 ini untuk paper aku..huhuhu....tuan penasihat....rasanya mcm berat gak paper kali ni untuk ditulis, dilukis dan dicoret.......apa yg benar dan tak benar .....yang disebut dlm al-Quran..yang dipaham dan diguna pakai oleh si cerdik pandai dan yg menggelarkan diri mereka yg tercerdik....dalam `kononya' memeprjuangkan hak bagi sekumpulan manusia dan juga aku perlu kaitkan dgn kisah hidup tamadun manusia yg lalu dlm prsoses pembentukan tamadun manusia yg berterusan.emmm....aku pun tak paham ni hehehhe...okeh la...ni luahan hati seorang yg ketandusan idea ...... go back to that `SIS' stories.......


maka hasilnya dp penyelidikan ini...tadaaaa....nengok gambar pai ayam kat atas tuh. ni resepi dia hehehe.


Pai Berinti Ayam.

Bahan - bahanKulit Pai :


300 gram tepung gandum3

sdm gula halus1/2 sdt garam

175 gram marjerin

1 butir telur

5 sdm air ais

Inti pai :

2 daging dada ayam,

haluskan400 daging lembu cincang

1 bawang besar, cincang dan tumis

3 butir telu

r3 sdm tepung sagu

100 ml susu cair

1 sdt garam

1/2 pala, parut

1 sdm gula pasir

1 sdm daun sup dicincang

150 gram cendawan butang, dicincang1

batang lobak merah, dipotong dadu kecil

5 butir telur rebus, dikupas

Nota : 1 butir telur campur dengan 1 sdm susu cair, kacau sebati.


Cara Membuat :

Siapkan loyang dalam ukuran 20 cm. Kulit : 1. Campur tepung gandum dengan gula halus dan garam, adun rata. 2. Masukkan mentega, adun dengan menggunakan dua buah pisau atau pisau pastri hingga menjadi butiran tepung dan mentega. 3. Masukkan telur, air ais, adun hingga menjadi adunan yang dapat dibentuk. 4. Istirahatkan selama 30 minit dan giling adunan setebal 1 cm, letak didasar dan mengelilingi loyang. Janagn lupa tinggalkan sedikit sisa untuk dijadikan penutup.


5. Panaskan oven dengan suhu 175 darjah Celcius. Isi: 1. Campur semua bahan menjadi satu, daging ayam, daging lembu, bawang besar, telur, tepung sagu, susu cair, garam, pala dan gula pasir, adun rata.2. Tambahkan cendawan, lobak merah, daun sup yang dicincang , adun rata. 3. Tuangkan setengah bagian isian ke dalam loyang, masukkan telur dan tuangkan sisa adunan, tutup dengan sisa kulit dan sapukan dengan telur. 4.Bakar dalam oven selama 30 minit hingga masak, kemudian angkat. 5. Potong menurut selera, lengkapi dengan kentang goreng, mayonnaise, daun salad, tomato. Cadangan hidangan : Dimakan bersama kentang goreng, mayonnaise, daun salad dan tomato . Sajikan hangat.


Selamat mencuba.


**********************

aku copy and paste je resepi pai ni, tqlah pada insan yg menulis menepek resepi nih....nanti nak cubalah buat yg paling simple....rasanya kulit pai ni mcm karipap juge kan cuma dia tmbh telur dlm adunan pastri tuh.

takper..sambil cari bahan kajian, sambil cari resepi hahaha....sah2 aku lapar dp semalam lagik nih huhuhu.

date Tuesday, October 27, 2009


Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi.
GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Ini tambahan info mengenai kisah di atas yg aku amik dp link yg diberi oleh Bro Ben.Tq so much Bro.
Ali Yakubov is a medical mystery. Doctors and family deny any person is responsible for it and that there is no one writing on the boy’s skin – nevertheless, words from the holy Koran mysteriously appear on his skin.
The word Allah appeared first, on Ali’s chin soon after his birth. Ali was born prematurely with a coronary heart disease and transparent skin which revealed his intestines. At the time doctors warned that he may only live 2 or 3 days.
In another twist, his mother, Madiana, complained to doctors that she could ear him crying before his was born. Doctors dismissed this out of hand but Mr. Ahmedpasha Amiralaev, a chairman of the Sagida Murtuzalieva Charity admitted that by the late term even the doctors themselves admitted that it seemed to be the unborn baby that was crying.
Ali has become a religious sensation in Russia. It has been reported that new Koran Arabic script appears on the back of his legs and hands (sometimes his stomach and head) before fading after a few days. Madiana says the boy reaches upwards of 40 degrees centigrade during these appearances.
In Pure Spirit
What do you think of this report? There are certainly photographs of the poor boy with writing on his skin… but how is it getting there?
**************************
Subhanallah.Allah hu wa'lam bissowab.
p/s: kalau shbt2 nak tahu apa org bukan Islam yg tak suka dgn hal ni komen...boleh nengok kat entry tu baca kat link ni
credit to Bro Ben ;)
Memang la ada je org yg nak menidakkan kebenaran Islam ni. Kalu boleh depa sendiri yg nak keluar fatwa dulu. Contoh dulu2 tolak kebenaran Qiamat, skg berlumba2 depa nak buktikan bila kiamat dan sibuk nak cari tempat dan planet baru utk manusia hidup. Siap buat kajian kalau boleh elak apa yg boleh menyebabkan the end of this world.

date Thursday, October 22, 2009

Lima wanita belasah lelaki dipenjara
RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan lima wanita membelasah seorang lelaki di luar sebuah pub di Grimsby pada tahun lalu.
GRIMSBY, England - Rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di sini menunjukkan insiden yang jarang berlaku apabila lima wanita menendang seorang lelaki sehingga kesan tapak kasut penyerang terdapat pada muka mangsa, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelima-lima wanita itu yang berasal dari sebuah keluarga, menyerang mangsa, Matthew Campbell, 38, tanpa belas kasihan dengan menendangnya pada pukul 11 malam, November tahun lalu.
Rakaman serangan ganas selama lapan minit itu yang dirakam CCTV milik pihak berkuasa tempatan dilihat oleh seorang hakim Mahkamah Diraja Grimsby yang kemudian memerintahkan kelima-lima wanita berkenaan dipenjarakan selama enam bulan.
Pendakwa raya, David Cammies berkata, kelima-lima wanita itu, Helen Barber, Rachel Barber, Kelly Macdonald, Belinda Tomlinson dan Katie Tomlinson yang berusia di antara 21 hingga 42 tahun menyerang mangsa tanpa sebab selepas mereka mabuk.
Campbell yang bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan komersial memberitahu, dia berulang kali merayu kepada kumpulan samseng wanita itu supaya berhenti menyerangnya.
"Saya dididik supaya tidak memukul wanita. Saya memutuskan untuk membiarkan saja mereka memukul saya," kata mangsa.
Lelaki itu bernasib baik kerana tidak cedera parah tetapi seluruh badannya calar manakala kesan tapak kasut terdapat pada belakang, kepala dan mukanya. - Agensi

******************************
sanggup dia biaq pompuan2 tuh belasah dia....
dasat gak wanita alaf baru nih..tula jgn minum ayaq setan tuh.

date

2.KISAH SI ISTERI DAN SUAMI.
Ramai wanita mahu suami curang disebat
BANDAR SERI BEGAWAN - Kebanyakan wanita Brunei mahu suami yang menipu isteri kerana menjalin hubungan sulit dikenakan hukuman sebat, menurut keputusan satu tinjauan di negara berkenaan baru-baru ini.
Tinjauan itu yang dikendalikan laman web brudirect mendapati sebanyak 76 paratus daripada sejumlah 272 responden berpendapat bahawa kaum lelaki yang curang perlu disebat.
Bagaimanapun, tinjauan sama mendapati cuma 55 peratus bersetuju supaya hukuman sama dikenakan terhadap golongan isteri curang.
"Keputusan tinjauan ini merupakan satu petunjuk berhubung perasaan benci yang terbuku dalam hati wanita terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab," kata seorang petugas kemasyarakatan dalam laman web tersebut.
Brunei yang kaya dengan hasil minyak mempunyai 400,000 penduduk. - Agensi

**********************************
hehehe....selalunya takdela aku dengar kes2 berat or kecoh kat brunei ni.kisah ni kira panas le jugak kan.

date

1.KISAH MURID DAN GURU.
Pelajar bengkak pipi ditampar guru
Oleh ROSLI HASSANrosli@kosmo.com.my
MUSLIHIN menunjukkan bagaimana Imran (kiri) ditarik dan ditampar oleh seorang guru di SMK Dang Anum, Jasin semalam.
JASIN - Gara-gara dituduh ponteng sekolah, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum mendakwa ditampar seorang guru lelaki sebanyak lima kali di pipi sehingga bengkak.
Pelajar terbabit, Imran Mahfuz, 15, berkata, selepas perhimpunan pada pagi Isnin lalu iaitu kira-kira pukul 9 pagi, dia mencari kawan-kawannya di padang kerana ketika itu waktu Pendidikan Jasmani (PJ).
Menurutnya, melihat rakan-rakannya tiada di padang, dia terus ke kantin sekolah untuk mencari mereka di sana.
"Ketika melalui gelanggang bola tampar, seorang guru lelaki memanggil saya dan bertanya saya dari mana. Saya memberitahu saya dari padang kerana ketika itu waktu PJ tetapi tiada pelajar lain di padang.
"Namun guru ini tidak percaya dan menuduh saya ponteng dan berbohong lalu mencekak kolar baju dan menampar saya sebanyak dua kali di pipi kiri," ceritanya.
Imran mendakwa, guru berkenaan kemudiannya mengheretnya ke bahagian belakang bangunan dan menamparnya sebanyak dua kali lagi kerana dituduh memanjat pagar sekolah.
"Saya kemudian dibawa ke bilik guru dan ditampar sekali lagi di hadapan guru lain walaupun berulang kali saya menafikan dakwaannya," katanya.
Kata Imran, akibat ditampar, bibirnya pecah dan pipi kirinya bengkak sehingga sukar untuk makan.

****************************
dalam kepalaku ni mcm2 aku fikir.............apepun kena dgr dp dua belah pihak baru tahu cerita sebenar2nya kan.

date

Lagi peristiwa sejadah berdiri
MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.
PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.

*****************************
aku teringat you tube yg tunjuk sejadah berdiri masa time azan kut (di negara Arab tak ingat engara mana)....lepas tu terus sejadah tu jatuh atas lantai lepas azan tu abis (atau lepas solat kut..tak berapa sure). kes kat kelantan ni tak tahu lah yer samada kes benar ataupun sebaliknya. Apepun meremang gak bulu roma nengok hal2 mcm ni. Semuanya ada iktibarnya.Wallah hua'lam.

date Wednesday, October 21, 2009

Mati berebut kerbau
Oleh ZAID MOHD. NOORzaid.mohdnoor@kosmo.com.my
AZAHAN menunjukkan jari tangannya yang luka ketika cuba meleraikan pergaduhan antara bapanya dan jiran di Tanah Merah kelmarin. (KIRI)KERATAN Kosmo!21 Disember 2006.
KOTA BHARU - Hanya kerana seekor kerbau, seorang warga emas mati ditetak oleh seorang lelaki dengan sebilah sabit di Kampung Salak, Tanah Merah dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, mangsa, Mohamed Jusoh (gambar), 71, bersama dua orang anak dan seorang menantunya keluar mencari seekor kerbau yang baru dibeli seminggu lalu berdekatan kawasan paya di rumah mereka.
Bagaimanapun, sampai di kawasan paya itu, mangsa, anak-anak dan menantunya telah dihalang oleh seorang lelaki yang merupakan jiran mereka.
Jiran berusia 57 tahun itu mendakwa kerbau yang dicari oleh mangsa adalah miliknya.
Cerita seorang anak mangsa, Mohamad Azahan Mohamed, 27, tindakan lelaki itu telah mencetuskan pergaduhan antara bapanya dan jiran mereka.
"Ayah dan jiran masing-masing ada sabit dan mereka bertengkar mengenai kerbau itu.
"Kami yang berada bersama ayah cuba leraikan pergaduhan itu tetapi gagal," kata Azahan ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini semalam.
Malah, menurut Azahan, dia juga diserang oleh jirannya sehingga mengakibatkan jari tangan kanannya cedera.
"Lelaki itu terus mengganas dengan melibas-libaskan sabit yang terkena kepala ayah sebelum ayah rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.

*****************
nyawa manusia lagi murah dari kerbau rupenye....ye la sekor kerbau rasanya ada RM2000 kut? ye ke?

date


doughnut - donut - donat....nyummyyy

roll lasagna- lapaqnyaaaa

lasagna- mmg tengah lapaq ni hehehe


sahabat2 yg mmg suka makan makanan2 di atas dan rajin membuatnya sendiri, meh la tepek resepi anda yg original boleh gak cek kumpui koleksi resepi ni. kut2 ada lasagna rendang tok, lasagna tomyam dan memacam lagi la.aku nak belajaq la cara2 buat donut yg lembut mcm j.co donut tuh ;)

p/s:aku mmg tengah lapaq.....so layan je la entry ni yer :)

date Tuesday, October 20, 2009

Ejen khas ketagih seks - Guru menyamar Pegawai Khas Akta Sulit untuk cabul guru
Oleh RAIS YEOP JOHARI dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMberita@kosmo.com.my
HANI menunjukkan laporan polis mengenai tindakan seorang guru lelaki sekolahnya yang cuba memperkosanya baru-baru ini.
SEREMBAN - Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks.
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.
Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.
Sebagai pegawai khas, suspek mendakwa, dia dikehendaki mencari guru wanita di sekolah tersebut untuk dijadikan bahan kajian untuk mengetahui penyakit tertentu yang dihidapi guru yang menjadi bahan kajiannya.
Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.
Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.
Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.
Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan 'ujian berat' melalui hubungan seks dengan suspek.
Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM.
*guru lelaki tersebut sudah mengajar di sekolah tersebut selama 3 thn.sudah berkahwin, tiada anak dan tiada tindakan dispilin yg diambil ke atasnya sebelum ini.
*********************************
alhamdulilah guru perempuan tu selamat.
tak layak org tu jadi seorang guru sampai sangup buat mcm ni.ada masalah mcm tu pergilah sesi kaunseling.patut ada hukuman pancung sampai mati untuk kesalahan mcm ni.(hehehe)

p/s:kalau dah disuruh `kissing' dgn org yg bukan suaminya ape kejadahnya yang nak diikut arahan tu...tak kira alasan apa pun.

date Thursday, October 15, 2009

masih terdengar2 lagi lirik lagu kumpulan Nasyid Raihan,
`Iman tak dapat diwarisi'.
betapa baiknya ayah atau mak....
anak belum tentu lagi akan menjadi baik jika
tidak didik dgn betul...

bagaimana pula kalau ibu dan ayah pula tidak begitu ambil kisah?
sebagai orang Islam, nikmat Islam dan Imanlah merupakan nikmat yang paling besar
bak kata2 dalam cerita kanak2 Indon kat tv3 tu (aku marah2 indon ni, pilem inodn aku layan)
"nak, kita tidak miskin malah kaya kerna kita beragama Islam dan beriman pada-Nya".
"orang yang bnyk harta tetapi tidak beriman kpdNya itulah tanda org yg miskin".
betul apa yg dikatakan itu.
jika ibu dan ayah itu beriman dan tahu sebenar erti islam dan iman itu, maka beruntunglah anak2 mereka.

aku pernah diceritakan beberapa kisah manusia samada disampaikan oleh pihak ketiga ataupun oleh individu itu sendiri.

1. Ayah org melayu, malaysia beragama Islam berkahwin dgn org negara J.Wanita ni memluk agama Islam.Si ayah bukanlah seorang yg bertanggungjawap dan meninggalkan isteri dan anak mcm tu je. Si anak bila dewasa masih bernama dgn nama Islam dan I.C nya menunjukan beliau seorang Muslim. Tapi beliau yang kecewa dgn si ayah mengatakan bahawa dia bukan org Islam dan tak perlu melakukan suruhan dan ajaran Islam.

2. Ibu dan ayah berbangsa I (bukan Malaysia) iaitu negara Islam dan beragama Islam. Kemudian berpindah ke negara F yang bukan negara Islam.Si ayah sudah menjadi aetis dan si sibu masih mengamalkan ajran Islam, memakai tudung, melakukan solat dlln. Si adik perempuan mengikut jejak si ibu tetapi si anak lelaki ini mengikut jejak ayah. Beliau pernah dtg bertanya apa perbezaan Islam dan agama2 lain. Aku pernah berjanji untuk meluangkan waktu berdiskusi dgnnya tetapi memandangkan kesibukan hinga skg tak bnyk sgt dpt dibicnangkan. Sekg ni dah loss contact.

3.Ayah orang melayu beragama Islam dan berkahwin dgn wanita dp negara I bergama katholik. Apabila anaknya lahir di Malaysia, maka I.c nya pun tertulis rakyat Malaysia dan beragama Islam. Kemudian tinggal di negara I. Tak lama kemudian si anak ini dtg ke Malaysia untuk sambung pengajiannya.Menjadi satu peraturan di mana rakyat Malaysia yg beragama Islam wajib mengambil subjek pengajian islam.Sedangkan beliau selama ini adalah khatolik dan mengaamalkan ajaran itu.

Banyak lagi2 kes2 seperti ini termasuklah kes2 mahkamah atau melibatkan perdebatan antara lain2 agama seperti perebutan mayat/jenazah sesorang samada dia itu Msulim ataupun tidak.
Bila ada org dtg minta pndgn untuk kes mcm ni, mestilah aku nak sngt insan2 ni mendapat Hidayah untuk menjadi Muslim.Namun, adakah kita perlu memaksa mereka sedangkan kita tahu apa yg mereka amalkan sebelum ini? Antara peruntukan perundangan dan usaha berdakwah?.Dalam hal2 mcm ni, aku rasa kita perlu bnykkan usaha dakwah secara langsung atau tidak langsung.

Rasa kesal di hati kenapa si ibu dan ayah yg jati Melayu,Muslim (dalam kes di atas)dengan mudah membiarkan anak hilang arah seperti ini.

date Wednesday, October 14, 2009

'Happiness'. (Poem) by: Jane Kenyon

There’s just no accounting for happiness,
or the way it turns up like a prodigal
who comes back to the dust at your feet
having squandered a fortune far away.
And how can you not forgive?

You make a feast in honor of what
was lost, and take from its place the finest
garment, which you saved for an occasion
you could not imagine, and you weep night and day
to know that you were not abandoned,
that happiness saved its most extreme form
for you alone.

No, happiness is the uncle you never
knew about, who flies a single-engine plane
onto the grassy landing strip, hitchhikes
into town, and inquires at every door
until he finds you asleep midafternoon
as you so often are during the unmerciful
hours of your despair.

It comes to the monk in his cell.
It comes to the woman sweeping the street
with a birch broom, to the child
whose mother has passed out from drink.
It comes to the lover, to the dog chewing
a sock, to the pusher, to the basketmaker,
and to the clerk stacking cans of carrots
in the night.

It even comes to the boulder
in the perpetual shade of pine barrens,
to rain falling on the open sea,
to the wineglass, weary of holding wine. (tukar ni dgn sirap yer hehehe)

date Tuesday, October 13, 2009

kadangkala apa yg diimpikan membuatkan kita berfikir sehingga bertanya pada diri sendiri...inikah yg aku mahu?
berada di tempat atau di tahap yg selesa ataupun yg sesuai dgn diri membuatkan kita kadangkala berfikir unutk tidak mengubah gaya,rentak dan suasana.
kadang kala aku terfikir juga, haruskah aku mencuba suasana baru atau berhijrah untuk menggapai apa yg menjadi impian sebelum ini?
masa bukan lagi panjang,lantas tindakan perlu diambil tanpa membiarkan masa berlalu dgn begitu lama dan jauh meninggalkan kita?

date Monday, October 12, 2009

Warga Indonesia kutuk Bendera
Ole AZLI ADLANazli.adlan@kosmo.com.my
SEBAHAGIAN pekerja Indonesia memegang poster membantah tindakan penubuhan Bendera di hadapan Masjid Kayangan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang semalam.
CAMERON HIGHLANDS - Sekumpulan 500 pekebun sayur warga Indonesia mengutuk tindakan rakyat senegara mereka yang menubuhkan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang disifatkan sebagai melampau.
Wakil kumpulan pekebun terbabit, Ahmad Thoyib Matsum, 50, berkata, mereka kecewa dengan perbuatan provokasi Bendera terhadap Malaysia sejak akhir-akhir ini.
"Kami pekerja Indonesia di Cameron Highlands tidak setuju dengan kumpulan Bendera. Kami mahu aman di sini, kami mahu mencari rezeki untuk keluarga di Indonesia.
"Setiap salah faham yang timbul antara Indonesia dan Malaysia boleh diselesaikan dengan baik secara perbincangan, lagipun kita serumpun," katanya.
Beliau ditemui bersama-sama kira-kira 15 pekebun sayur Indonesia lain yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi secara aman di pekarangan Masjid Kayangan, Brinchang di sini semalam.
Menurut Ahmad Thoyib, majoriti warga Indonesia yang mencari rezeki di pusat peranginan tersebut tidak bersetuju dengan pendekatan keganasan dan kekerasan yang dianjurkan oleh Bendera.
**************************
waduhh...bagus sekali bapak-bapak, ibu-ibu sekelian.jangan dipikirin buluh runcing, ambil saja buluh dibuat lemang.
jangan hampa balik sana esok hampa join plak buluh runcing tuh.

date

dua hari lepas, lepas je kelas terakhirku pd hari tu, aku terus bergegas ke Bangi untuk menghadiri seminar di sana.masih rasa keletihan itu, sampai di sana terus ke rumah rehat ungku omar(betul kut nama dia tu), daftar, amik kunci dan masuk bilik. Sahabat ada cadangkan suh duduk di UNITEN tp bilik semua fully book.Sampai bilik, aku mmg keletihan, rehat sekejap sambil belek paper tuk esok sementara menunggu waktu berbuka.Bilik aku tu kira okla untuk duduk sementara waktu. Dgn bayaran RM40 untuk semalam, ada ruang tamu, meja mkn, sofa, tv,dapur (tp takleh masak la), peti ais, bilik air, dua katil, ada aircond dan kipas. Aku mmg suka klu ada kipas sbb tak tahan sgt dgn aircond lagi2 tidur waktu malam. Bagi aku, ok dah bilik ni cuma ada habuk2 sikit, aku ni alah habuk.

lepas berbuka dan solat maghrib, aku bergegas ke dewan chanseleri (betul ke ejaaan ni) dgn eksesais (exercise) menggunakan kudrat berjalan kaki memandangkan aku pi situ pun naik public transport. Mmg aku pilih rumah rehat yg tak berapa jauh dp pusat islam tu. Memandangkan aku dah berabad tak pergi ke situ dan tak familiar sgt dgn jalan tu, tambah lagi waktu malam, aku mula kompius bila sampai ke simpang jalan. sib baik ada student yg juga berjalan kaki nak pergi `ko-ko' katanya, menunjukkan jalan pd aku. sambil jalan tu sempat le berbual2.tq la dik, peramah dan sopan orgnya dan cantik juga namanya.Tq dik Harun Al-Rasyid.
Aku rasa macam student pulak jalan kaki dlm kwsn kampus, teringat masa belajar dulu2. Rasa2nya aku akan kembali lagi ke tempat baru ini jadi student nanti? :) .Sampai ke bangunan tu, aku terus masuk ke dewan tempat perasmian dan jamuan makan malam.aku mmg sorang2 je gi situ, rasa terasing sekali.Sahabat merangkap penasihat paper aku pun tak dpt hadir.Sampai dlm dewan, aku nengok ia dihiasi indah sekali dan ada ketupat2 hiasan tergantung di sana sini, rupenye konsep hari raya.

Aku pun mendekati satu meja ni di mana ada beberapa wanita yg mmg aku tak kenali.Sampai je di sana salah sorang dpnya terus dtg dan memeluk aku. Alhamdulilah, dah hampir 8 thn terpisah, Ros kita berjumpa di sini rupenye.Alhmdlh Ros skg mengajar di Univ Malaysia Sabah.Kemudian masuk pulak Suhaila dp USM, Penang.Dah lebih 9 thn tak jumpa.Dan sorang lagi kakak senior yg mengajar di UIA, kak Marzufah.Lahai kak, rupenye kita sewa bilik bersebelahan. Kak Marzufah mengajak aku teman tidur bilik dia sebabnya dia sewa satu bilik besar yg ada 2 bilik dlm tu. Cantik bilik akak mcm hotel, berbaloi la bayar RM100 utk dua bilik tu.Siap ada sofa yg lebih canggih la dp bilik aku tu, cat pun baru lagi.Takut katanya nak duk sorang.Kalau shbt ada dtg ke kwsn bangi ni bolehlah duduk kat rumah rehat ni. Kalau dtg dlm kumpulan kecil or ada kwn sorang lagi, sewalah bilik 109 sebab bilik tu mmg baru dan selesa sngt(promote ooo). Ros ajak aku ngajar di Sabah, katanya tak ramai yg betul2 dp bidang aku ni di dept dia. Tq Ros, kalau dulu2 aku mmg dah pi, tapi skg duk intai2 nak balik Perak or Penang.

Menu malam tu satay....emm aku dah kenyang berbuka sebelum tu, so mkn 3 cucuk je dan seketul kueh talan yg berinti jagung. Yang mengenyangkan lagi tu sebab jumpa shbt2 lama.Semuanya present paper.Di majlis tu kami dihiburkan oleh nyanyian lagu2 raya dan juga `cinta' hehee.Oklah no kemen, lagipun tak amik port sgt dgn persembahan tu, lebih berbual2 dgn shbt2 lama. Abis program jam 10mlm, Iman pulak yg tinggal tak jauh dp situ dtg dgn mak dia dan puteri2 comel.Selepas aku membawa barang2 aku hijrah masuk bilik kak Marzufah, kami beraya di rumah Iman. Dlm 11.00 mlm Iman dan Azizan hantar kami balik. Tq bebanyak la dgn layanan hang tu Iman dan juga Cik Yah.Malam tu aku mmg rasa dah tak ada tenaga sgt, maybe sbb tugasan yg bnyk sebelum ni.Aku tertidur dgn nota yg sepatutnya aku baca.

Alhamdulillah, pagi esoknya aku dpt present paper tu mengikut apa yg dirancangkan.Majority yg hadir dlm dewan utk sesi aku tu adalah org iran,arab,nigeria dan minority org kita.Daripada sesi pertama lagi, pembentang semuanya adalah Org Iran.Org kita nampaknya lebih berminat untuk join dengar pembentangan dlm BM.Abis sesi ptg, aku rush balik ke sunway.Lepas solat isyak, aku terus dibuai mimpi hingga pagi dan miss mkn mlm.Keletihan masih terasa lagi ni. Thank you la Tuan Tamar for being my advisor dan Tuan Yunus Alias yg bnyk bg pandangan untuk paper tu. Aku rasa lucu juga bila abis present tu, moderator tanya `ni pembentangan paper PHD ker?' (dlm hati aku, amiinnnn) hehehe.Oh ya tq juga pd organizer, tajuk2 yg dibentang pun memang menarik.

Emmm......jap lagi ada meeting pulak.Taktau napa lately aku rasa takde tenaga sgt.Rehat jap..nanti kena sambung draft next papers pulak, ada rezeki moga dpt ke negara2 lain pulak.Tq again Tuan kerana sudi membantu lagi :).Moga conference atau seminar yg akan dtg akan terus menjadi tempat re-union aku dan sahabat2 lama. Amiin.

date Thursday, October 8, 2009

Jangan panik isu buluh runcing
ISMAIL (kanan) mendengar penerangan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar semasa melawat kawasan panas di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam.
KAJANG - Rakyat negara ini diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka 'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.
"Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan perkara itu," kata beliau selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dekat sini semalam.
Kumpulan yang tidak berdaftar di Indonesia itu kononnya mahu menyerang negara ini berhubung beberapa isu berkaitan kedua-dua negara termasuk isu tarian Pendet dari Bali yang didakwa oleh mereka dicuri Malaysia.
Dalam pada itu, Ismail berkata, lawatan beliau ke kawasan panas di daerah itu bertujuan meninjau kawasan-kawasan tersebut supaya bebas daripada jenayah di samping untuk meningkatkan integriti pasukan.
*************
kita ada undang2.kalau ada yg buat mcm ni langgar undang2 kita dan mengancam keselamatan rakyat dan negara ini, jgn teragak2 ambil tindakan undang2 dgn adil dan saksama.
psal tarian pun bukan main marah sgt.yg Israel tu tak mo pi serang ke????

date

Assalamua'laikum dan salam sejahtera (salam satu malaysia...takyah ler..tak tau nak jwp cemane) sahabat2 yang disayangi.
Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal dan masih diberi peluang olehNya untuk menghirup udara dan meneruskan hidup dan perjuangan kita.
Banyak kisah dan peristiwa yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Malaysia yang boleh diambil iktibar.

1. Hari Raya bermula hari ahad jadual aku mmg penuh. Berkunjung ker rumah saudara mara dan tetamu pun datang beraya tiap hari sampai tgh malam. Mmg letih tapi gembira lebih2 lagi bila dpt bertemu dgn mereka yg sekian lama terpisah. Mmg seharusnya kita merapatkan ukhwah sesama sendiri namun kdg2 kerana dek sibuk dgn tugasan harian ia membuatkan kita kurang berinteraksi dgn saudara mara dan sahabat handai.

2.Banjir di Philipina, gempa bumi di Samoa dan yg terbaru gempa bumi di Indonesia.
Sesungguhnya bumi ini sudah tua hanya manusia yang kdg2 terlupa usia sendiri makin menginjak dan masih tidak menyedari iktibar2 yang patut diambil.

3.Nama pun syawal masih ada, maka di Malaysia ni rayanya sebulan. Oleh itu banyaklah jemputan open house, open office dan majlis makan2. Tak tau lah dpt ke nak pergi ke semua tu..tuntutan lain pun bnyk dgn tugasan dan kerja2 yg menunggu serta pogram2 lagi. Emm....fikiran aku skg hanya duk focuss on event selasa dan rabu depan jek.....

4.Kpd sahabat yang akan bertunang pada hari ni. Saya doakan agar semua urusan dipermudahkan Allah. Smile always ya.....:)

5.Sayawal ni nampaknya ada lagi pihak2, puak,2 gerombolan2 yang msih tak duduk diam untuk protes dan menunjukan ketidakpuasan hati. Cumanya yg aku nampak kumpulan2 ini sudah hilang kekreatifannya...balik2 asyik cakap benda yg sama je...memang boring. Dei.....kalau nak voice out pun ketidakpuasan hati tu...buat le research...check le betoi2 jgn pakai hentam kromo je...best ke hentam org tanpa asal usul peksa....dulu peksa tadika lulus tak?Dah le tu, udah2 le....tak larat dah teman nak nengok kes Kartika tu didebatkan. Hampa ni...akai ada ka?

Meh le kita beramai2 senyum selalu....toksah gaduh2 la....jum kita attack mana2 open house.....selamat menjamu selera.:)

date Friday, October 2, 2009

smile always...

smile always...

SHOP ON LINE

SANTAPAN UNTUK HARI RAYA, TEMPAHAN KEK & COOKIES (HOME MADE).
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji

(guna burter/mentega)

Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :

email : shima_cute@yahoo.com

sample juga boleh dihantar.

Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese

Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis

Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau

Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila

Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila

Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila

Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry

Kek Lapis Pandan – perasa pandan

Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila


Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;

Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat

Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese

Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA

KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)

HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu

Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu