Kueh Bulan atau moon cake adalah sejenis makanan (kueh) orang-orang Cina yang mempunyai sejarahnya sendiri di tanah Besar Cina beratus2 tahun dahulu.Kini, kueh bulan ni dah dijaikan kommersial di mana pelbagai perasa di tambah seperti coklat,dragon fruit(buah naga) dan lain2 selain daripada rasa kacang merah. Nape plak aku citer pasal kueh bulan pada bulan Ramadhan ni ye?apa kaitannya?Actually aku baru je dpt satu bekas kueh bulan pemberian pljr aku katanya mak dia suh bagi. Di Malaysia ni boleh dapat yang halal tapi kena check betul2 sebab bhn2nya seperti minyak dan lain2 yg digunakan perlulah diteliti ye tak.
Apa yang menarik tentang kueh bulan ni ialah sejarah pembuatannya.Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan surat sebagai pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Surat Usaha ini berjaya kerana ia dapat diedarkan pada orang ramai secara tersembunyi dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Mengikut cerita ini juga, Raja Mongol telah diberi makan kueh bulan ini yang telah dimasukkan racun untuk membunuhnya. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih bulan yang dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai atau kacang merah, kebiasaannya dengan kuning telur masin di pertengahannya.
Perayaan Kueh Bulan atau `Moon Cake Festival' juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung.Apa yang menarik daripada cerita kueh bulan ini ialah kreativiti rakyat dalam membentuk kesatuan dan kekuatan untuk menyelesaikan masalah iaitu berhadapan dgn Pemerintah yang kejam.Ia juga menunjukkan disiplin yang kuat kerana bukan mudah nak kekalkan rahsia supaya ia tak diketahui pihak musuh.Kreativiti dan kesatuan `unity' itu mmg perlu dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Tapi nengok keadaan Malaysia ni, pening dah kepala aku dgn isu2 politik yang asyik bergelombang dan berarus deras mcm banjir yang melanda sebahagian daerah di negeri2 utara Malaysia.Sama sendiri nak bertelagah apa tah lagi di luar kumpulan masing2. Agaknya inilah lumrah alam dan manusia yang mewarnai kehidupan kesan daripada sejarah membentuk sejarah baru yg sama kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah.
Ramadhan sudah masuk minggu kedua. Sungguh cepat masa berlalu.Moga kita masih diberi peluang dan memberi ruang dan peluang pada diri sendiri untuk menambahkan amalan dan ibadat.Moga Ramadhan ini menyuntik semangat untuk menjadikan kita insan yang gemilang,terbilang dan cemerlang. Bersyukurnya kita sebab masih berpeluang menikmati hidup ini,ada yang masih berpeluang berbakti kepada ibu bapa, keluarga,bersama anak-anak,orang yang dicintai dan disayangi.Apa yang aku nak coret hari ini ialah berkaitan memcurah kasih sesama insan terutamanya pada anak-anak kecil yang tak berdaya.
Akhir2 ini rasa sayu pulak bila bnyk dpt hal2 kematian...apabila seseorang itu meninggalkan dunia ini, maka tinggallah mereka mungkin anak2,isteri,suami,ibu,bapa,abang,adik dan sedara mara yang rapat.Ada yang pemergian mereka ditangisi,diingati.Bagaimana pula yang hidup dan ditinggalkan?Ada yang masih mampu meneruskan hidup,dan ada yang memerlukan bantuan dan tumpuan serta kasih sayang.Anak2 kecil yang ditinggalkan kerana berpisahnya ibu bapa tanpa ada yang mahu menjaganya,anak2 yg kehilangan ibu bapa sebab kematian,kemalangan serta yang tidak berdaya...mereka perlukan kasih sayang dan bantuan.Aku bila baca berita or cerita bab kemalangan yang meragut nyawa ibu dan ayah, mmgla aku tak sanggup nak baca malah kalau lihat rancangan2 seperti bersamamu atau drama yang ceritakan tentang hal2 mcm ni aku tak sanggup nak teruskan tengok, aku lebih rela tengok kartun.Sombongkah aku?bukan aku tak mau tengok citer tu tapi membuatkan aku sayu.
Baru tadi aku dpt berckp melalui telefon dgn pengasas Rumah Limpahan Kasih (Rumah anak2 yatim dan asnaf) di Puchong.Aku dah letak link kat blog aku ni.Kalau ada sahabat2 yg ingin memberi sumbangan,atau nak melawat ke sana bolehlah kunjungi blog tu.Diharapkan dptla memanjangkan link ni pd shbt2 yg lain.Aku sbnrnya dah lama mencari2 rumah anak yatim yg berdekatan dgn tempat aku keje dan tinggal.Sebelum ni ada juge aku pegi ke tempat2 lain.Aku lihat blog ni bagus dan melihat rancangannya pun bagus.Antara ideanya adalah untuk membuka bengkel bagi ibu tunggal.Aku harap peljr2 aku dpt bersama2 buat program di sana nanti dan dpt juge membantu mereka.Merka juga perlukan bantuan individu untuk makanan harian seperti beras,minyak masak,gula,pakaian,makanan dan dlm bentuk duit.Mereka memerlukan bantuan kewangan untuk membina surau yg lebih besar,bilik kelas dlln.
Aku teringat 2 thn lepas masa aku ikut shbt aku yg membawa pljr2nya ke sebuah rumah anak yatim di Shah Alam.Rumah ni untuk penghuni lelaki sahaja.Apabila sampai di sana, hati kami semua menjadi terusik melihat kasut2 sekolah yg comel2 bersusun di luar pintu hadapan.Bil amasuk ke dalam,lagilah terpegun melihat lebih kurang 30 lebih budak2 lelaki umur 3 thn hingga 11 thn,comel2,sedih pula tengok wajah masing2.Ada yg ibu bapa meninggal dunia akibat kemalangan jln raya dlln.Ada sorang tu umur 3thn bila nak kami nak balik menangis2 dia setelah didukung oleh seorang pljr lelaki kami.Hati ni rasa diruntun2 kesedihan.
Sebenarnya hidup ni tidak ada ramalan yang tepat apa yg akan berlaku pada masa hadapan.Kita boleh sediakan payung sebelum hujan , bagi yang mampu boleh amik insurans,unit trust,menabung duit dlln utk anak2 dan keluarga.Tapi bg yang benar2 tidak mampu dan berdaya,apakah tugas kita?Kadang2 aku terfikir juga kutipan zakat,kutipan duit bagi tabung itu dan ini, masih tidak mencukupi?Atau bilangan mereka yg memerlukan melebihi kutipan yang ada?Apepun memang tanggungjawap bersama untuk menolong mengikut kemampuan seseorang kan.
Pejam celik-pejam celik, hari ni dah masuk hari kedua berpuasa.Mak dan abah aku ada di umah aku duk seminggu sambut puasa sini.Selalunya aku akan balik ke kampung untuk sambut puasa setiap tahun tapi cuma 2 hari je la bleh duk sana.Ni depa dah mai sini seminggu best la dpt berpuasa,terawikh,berbuka dan bersahur bersama2. Isnin cuti sebab hari merdeka jatuh pd hari ahad, happy nye aku dpt rehat di rumah sempena hari pertama berpuasa.So, tghri semalam aku dan abah pergi sunway piramid, seperti biasa untuk membeli barang dapur sket di pasar special iaitu Jaya Jusco.Duk di bandar ni, itulah pasar atau pasar tani aku hehehe, apepun ikan2 dan lain tetap segar dan harga berpatutan banding dgn tempat lain.Dua hari lepas aku beli kepala ikan merah saiz agak besar juga RM8 je mmg puas dan sedap buat kari, wah ckp pasal makan pulak hehehe. Tghri smlm, memula tu aku dan abah masuk Giant,tiba2 dgr le lagu ni dimainkan,lagu raya yang mendayu2 berkumandang nyanyian Sharifah Aini hehehe.Hari pertama puasa dah sambut raya pulak, kata abah aku.
Ptg smlm cadangnya nak bwk abah dan mak pi tengok2 juadah di pasar ramadhan di kwsn msjid depan sunway piramid tuh tapi akhirnya kansel je sbb kami ni jarang sgt beli mknn luar kecuali certain2 mknn mcm murtabak dlln yang aku citer kat atas tuh.So, aku pun plan le buat kueh tepung talam kesukaan kami sekeluarga.Selalunya mak aku ni kire tererlah bab2 memasak lagi2 kueh tradisional ni berbanding dgn aku.Mak aku mmg buat cara tradisional la, tp aku ni sbb asalnya tak plan pun dan ingat nak cepat aku pun beli la tepung instant kueh talam cap NONA.Mak aku nih mmg tak suka sgt brand nih.Ptg smlm mula la buat kueh tu, dah dkt 1 jam, lapisan bwh yg dikukus tak keras2 jugak...mak aku tanya bila nak jadik ni hehehe....so ptg tu aku turun bawah gi belik murtabak.Bila naik ke rumah, kueh yg dimasak dah dkt 3 jam duk macam tu jugak.Kueh tu betul2 masak elok bila dah jam 8.00pm hehehe.So, tak akan ku beli dah tepung tu, nak cepat punya pasal terus takleh mkn, rasa pun dah lain mcm hehehe.Kwn2 kalau ada tau mana2 jenis tepung instant untuk kueh tradisional ni beritahulah ye.Tak berani dah aku nak guna tepung instant nona nih baik kueh serimuka,lompang dlln.
Pagi ni aku masuk kelas seperti biasa.Kelas tetap happening dgn telatah pljr2 aku yg petah bercakap lebih2 lagi ketika group discussion(mcm group gossipping je hehehe....berbaik sangka).15 minit sebelum kelas berakhir,salah sorang pljr perempuan dtg padaku bgtau dia tak berapa sihat.Tak sampai 2 minit dia pengsan depan aku.Maka kelam kabutle kitorang,kaki tangan dia dah sejuk dan pucat.Kemudian dia dibawa ke klinik.Boss aku pun dtg masuk kelas dan membantu.Kadang2 awal2 puasa ni jika tak jaga mkn,ada gastrik, tersalah mkn,terlebih makan,tak cukup tidur juga boleh jatuh sakit dan jadi mcm ni.Ape pun ini memberi sedikit pengetahuan juga pd rakan2 dan boss aku bahawa jika jatuh sakit dan jadi lagi mcm ni, pljr2 ni dibolehkan membuka puasa,diberi minuman dlln.Itulah penerangan aku pd boss aku ni.Aku ada jugak offer shbt2 aku yg dp Canada tu join puasa,ada yg ckp nak cuba, ada yg ckp nak cuba sampai tghri je,ada yg ckp ` oo rasanya tak boleh, sbb saya suka mkn' hehehe.
Bulan Ramadhan bulan yg penuh Barakah.Dalam kesibukan nak fikir kain langsir nak jahit fesyen ape(tq mak tlg jahitkan kain langsir kaler peach, aku dah pasang awal2 kira tuk raya la jugak kan),cat rumah nak kaler ape (umah aku duk ni tak bleh la nak cat sbb umah ni aku sewa jek), kueh nak brape jenis, duit raya nak kena simpan berapa banyak (aku nak kena kira brape thn ni nak tukarkan ke duit syiling hehehe),berbuka dan sahur nak makan apa, nak makan di mana dlln lagi, begitu jugalah persiapan dalam beramal ibadat yang menguji diri setiap insan.Berlapar daripada bentuk mknn mmg mudah diatasi lagi2 kita ni yang dah bertahun2 lamanya terbiasa dgn suasana ni, namun persiapan untuk mendapat kesempuranaan dan Rahmat Allah dalam amalan puasa dan amalan ibdat yang lain perlu juga dilakukan sebaik2nya.
Kadang2 tu mata,telinga terutamanya mulut dan hati teruji dan diuji dlm pelbagai bentuk.Bila dah letih mulala cepat nak rasa marah,terasa dlln.Teringin juga nak mencuba berpuasa di negara2 lain lihat suana berpuasa,berbuka dan bertarawikh di sana.Jgn lupa juga jaga kesihatan diri, minum air masak(air putih)bnyk2 sebelum berpuasa pada hari berikutnya.Ada juga shbt yg dah demam 4 hari, kesian dgr lagi2 dlm bulan puasa ni.Moga cepat sembuh. Dalam kesibukan kita menjalankan ibadah berpuasa dan harian, jangan lupa pada jiran2, masak2 lebih sket tuk diberi kpd mereka (klu aku duk dkt dgn shbt2 di blog ni nak juga aku mintak huluqkan sepinggan dua nasi ayam ke, karipap ke hehe) dan juga mereka yang memerlukan.
Jgn lupe ye bayar zakat fitrah,kalau boleh bayarlah awal2 takut nanti terlupa pula, kdg2 saya heran juga napa juga ada juga orang yg bayar terlalu lewat sehingga dah nak deakat sembahyang raya baru nak bagi.Ini mengganggu juga urusan dan tugas mereka yg berkenaan.Bayar awal membantu dan memudahkan juga pihak tertentu nak buat pembahagian untuk pengagihan kpd yg memerlukan.Aku ada perkara nak disebut di sini.Ada setengah tempat, pengagihan duit bantuan yg diberi setahun sekali sempena raya hanya diberi kpd satu keluarga saja bagi setiap kawasan(untuk beberapa kg).Kadang2 terdapat lebih 2 malah 5-6 ibu tunggal atau yg betul2 memerlukan.Emm...takkanlah collection yg dapat tak cukup untuk diagihkan kpd keluarga2 ni.Dah tu tiap tahun takde plak bg pada keluarga yg lain.
Apepun moga Ramadhan kali ni benar2 membantu kita menjadi Insan yang benar2 berjaya.Rebutlah peluang ini sebaik2 yang mungkin, kerana belum pasti kita masih berpeluang untuk merasai Ramadhan pd tahun berikutnya.Moga Allah merahmati kita semua.Aamiin.
Alhamdulillah, dah selesai hadiri seminar pendidikan anjuran UKM yang berlangsung selama 2 hari.Bnyk ilmu dan pnglmn yg dikongsi oleh shbt2 dan presenters di sana.Harini dah mula masuk kelas,budak2 ada ujian so nak kena marking pulak, masih rasa keletihan plus ngantuk apepun puas sgt dpt mendengar perbincangan yg amat menarik.Insya-Allah nanti saya masukkan sbhgn pembentangan di runangan kertas kerja di sini.
Sungguh cepat masa berlalu.Hanya 3 hari saja lagi sebelum kita semua menyambut Ramadhan al-mubarak.Moga amalan kita akan bertambah,diRahmati dan diterima Allah dan moga kejayaan menjadi milik kita amiiin.Saya di sini ingin memohon ampun dan maaf pada sahabat2 di sini jika terdapat apa saja kesilapan,kesalahan,terkasar bahasa dan lain2, yang terminum,termakan dll halalkan.Kalau ada terhutang tu bgtau le kut2 lupe.
Seminggu aku cuti sem break, mak ayah aku mai dp kg, sempat la bawak jln2 termasuk la gi MAHA ekspo pertanian tu.Dpt le rehat minda dan badan sket, klu nak ikut tak cukup seminggu nih hehehe.Hari ni aku mula kerja,bincang2 sket dlm kelas dan buat revision dgn depa utk test Khamis nanti.Aku dah habaq kat depa test kali ni aku buat mmg susah betul hehehe.Esok dan lusa aku away lagi hehehe tapi bukan cuti2 Mysia la,ada conference kat putrajaya.Dari umah aku ke tempat conference tu tak le jauh sgt tapi pepagi ni mesti jem teruk ni, nak guna public transport kena kuar awai ler.Ada jugak stndts aku tadi ckp nak ikut aku hehehe, klu ikut hati mau gak aku bwk diowang berkaitan juga dgn subjek tapi depa mana bleh ponteng kelas lain hehehe.Tugasan dah bagi kat depa sebagai souvenir utk 2 hari aku takdek dlm kelas hehehe.okeh kengkawan sembang lagi Khamis ni ye.
Hari ini kelas terakhir tuk minggu ni.Esok dah bermula cuti, sem-break.....seminggu je tp ok la dpt le releks sket minda nih hehehe.Esok mak ayah aku dtg dr kg, so bleh la jln2 jumpa sedara mara kat sini.Plan nak gi MAHA, ekspo pertanian tu.This time, cuti kami sama dgn cuti sekolah, mesti ramai orang nanti kat MAHA tuh.
Okeh kengkawan,happy holiday.Sapa yg tak amik cuti, selamat bercuti utk esok dan ahad :)
smile always...
SHOP ON LINE
*tempahan dibuka -
Tart Nenas (berbentuk hati) - RM22 - 50 biji
(guna burter/mentega)
Kek Lapis Sarawak (home made) :
Set Deluxe : 1 biji (1/2 kg) - RM28.
Pembelian untuk 5 biji ke atas - RM25 tiap satu kek
Juga untuk penghantaran di luar KL dan selangor.
Tempahan atau pertanyaan :
email : shima_cute@yahoo.com
sample juga boleh dihantar.
Kek Lapis Bluberry – perasa bluberry dan cheese
Kek Lapis Chocolate Almond –coklat, pandan dan almond
Kek Lapis Sweet & Sour – perasa pandan dan masam manis
Kek Lapis Chocolate Orange – perasa coklat dan limau
Kek Lapis Chocolate Vanila – perasa coklat dan vanila
Kek Lapis Horlicks – perasa pandan,strawberry dan vanila
Kek Lapis Stawberry – perasa strawberry dan vanila
Kek Lapis Tembikai – perasa vanilla, pandan dan stawberry
Kek Lapis Pandan – perasa pandan
Kek Lapis Keladi – perasa keladi dan vanila
Set Premium
1 biji – 700gm
*harga promosi = RM36
(harga pasaran = RM46-48)
Antara kek lapisnya adalah;
Kek Lapis Buah Campuran – perasa vanilla dan buah campuran
Kek Lapis Chocberry – perasa strawberry, coklat dan vanilla (corak batik)
Kek Lapis Vanilaberry – perasa berry dan vanilla (bercorak dam)
Kek Lapis Roll – perasa strawberry, vanilla (corak batik)
Kek Lapis Cadbury – perasa vanilla dan coklat
Kek Lapis Prune – perasa pandan dan prune
Kek Lapis Cheese – perasa coklat, vanilla, cheese
Kek Lapis Rempah – perasa rempah tradisional
KEK LAPIS SARAWAK- HOME MADE - UTK SANTAPAN HARI RAYA
Tempahan dibuka Sehingga Seminggu Berpuasa
HOMEMADE TART (TART NENAS/BLUBERRY)
TEMPAHAN DIBUKA
Manis-manis kek cekelat, manis lagi senyumanmu
Tuesday, September 9, 2008